Wednesday, March 13, 2013

# Soalan Cepumas : Bila nak menambah?

Sebelum kawen, orang tanya "Bila nak kawen?"
Dah kawen, orang tanya "Bila nak ada baby?"
Dah ada anak sorang, tanya pulak "Bila nak tambah lagi?" "Bila nak ada adik nie?"
Ehhh, aku tak emo. Jauh sekali nak sentap.
Ini normal kan? Normal dalam masyarakat kita. 
Normal untuk menanyakan soalan² sebegitu dan kadang² tanpa memikirkan perasaan orang yang ditanya.
Kalau jenis yang hati kering macam aku, senyum je lah. Jawab "Insyallah, doa²kanlah yer!"
Kalau jenis hati rapuh tisu? Soalan nak tambah tu ok jugaklah, kalau yang takde anak lagi, kau tanye lebih² kang tak memasal nangis pulak kawan tue.
Jujur aku kata, akau tak menolak rezeki. For now, aku rasa aku dan suami (dan Isya hopefully!) dah ready nak tambah ahli keluarga. 
Kalau ikutkan perjalanan aku menuju ke arah pembinaan keluarga, berkelajuan agak sederhana tapi tak lah terlalu laju.
Bertunang di usia 22 tahun. Belum habis belajar dah gatal nak tunang.
Berkahwin di usia 24 tahun. Pun masih lagi belajar, gigih siapkan dissertation.
Dapat tahu mengandung, setelah 10 bulan berkahwin dan baru nak masuk kerja.
Melahirkan anak sulong di usia 25 tahun.
Dan sekarang di usia 27 tahun (plus,plus!) aku rasa aku sudah ready untuk menimang cahaya mata kedua. 
Kang aku published entree ni kang, mesti ada yang kata 
"Eh senangnya dia ni cakap nak anak, nak plan 2nd baby, orang yg takde anak lagi ni ape lah perasaan?"
Maaf. Aku tak bermaksud nak buat korang² terasa ke ape. 
Cuma sekadar berkongsi rasa dan menjawab persoalan sesetengah kawan² dan keluarga² yang bertanyakan soalan pasal tambah-menambah nie.
Macam aku cakap tadi, aku tak menolak dan aku takdelah stress gila² nak kejar geng² yang dah dok pregnant 2nd baby.
Cuma aku berharap akan datang jugak rezeki itu, Insyallah. 
Sebab, sejarahnya, aku nak dapat Isya dulu tu pun macam² dugaan sebenarnya. 
Jadi aku hanya 'go-with-the-flow' sahaja. Doa²kanlah yer :)
Dalam masa yang sama, untuk menambah bilangan ahli keluarga nie, aku dan suami menimbangkan pelbagai aspek. Zaman sekarang semua benda nak kena pikir dulu sebelum buat.
Eh, bukan maksud aku zaman dulu tak payah pikir. Cuma situasinya sekarang, kena betul² kaji masalah dan faktor² tertentu dari segi fizikal dan juga mental.
Contoh macam aku, kena consider jugaklah, kalau menambah ahli, menambahlah jumlah ongkos untuk aku pulang ke kampung halaman. Bila Isya dah 2tahun, harga dah kira macam Adult. Plus Infant lagi. 
Yer aku tahu, rezeki anak lain². Tapi dalam masa yang sama kena ingat jugak, kita pun ada komitmen² lain yang perlu dilunaskan. So semua benda kena consider.
Ready or not? Tepuk dada tanya lah diri sendiri dan pasangan anda.

For now, aku bahagia di samping suami dan puteri permata hati.
Jika diberikan rezeki, aku menerima dengan penuh kesyukuran.
Kesimpulannya, IM4U, eh, I'm ready now!
Korang macam mana?
Gambar takde kaitan, tapi aku suka. HAHA.
Source: Google
 NotaChenta : Kun-fa-ya-kun! Percayalah!

37 comments :

  1. Replies
    1. Hahaha. semangat kau menyokong kan Lin?
      Insyallah, doakan yer :p

      Delete
  2. Replies
    1. kau kenapa? nak kene kejar? HAHA

      Delete
    2. kak harz jeles ko baru 27+ hehehe aku pong..27+ hehehe

      Delete
  3. ku mendoakan mu...lalalalalala


    aminnn

    ReplyDelete
  4. Ok ah tu 27 nak proses anak ke 2..aku ni dah 30 anak pertama setahun pon tak lepas lg..nak proses anak ke 2 tah biler pulak..ngee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. rilek² saje weh. rezeki tu bukan kerja kite.
      kite usaha aje selagi boleh. hihihi.
      kau tumpu besarkan Qaleef dulu dan hias rumah baru. haha

      Delete
  5. aku xready lg!
    tp mcm kata kau,kun fayakun.klu dh Tuhan tetapkn aku preggy anak ke 2 di usia 30 ini,aku terima.InsyaALLAH..
    #eh kenapa mesti aku mention 30 tu??ngeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. rileks weh. tak ready lagi silalah plan.
      aku paham situasi kau. ngehehe. alah 30 is just a number. gituuu!

      Delete
  6. good luck...akk doakan sis dpt boy ye...

    ReplyDelete
  7. Good luck..... pasni biar dpt boy, dh sepasang..

    ReplyDelete
  8. Gmbr sengal. Kahkahkah..buat bazir sperma!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... I didn't get the joke at first... lepas recall the word 'tonsil' now I realized 'they' are going from the top. Yikes... mmg xkan jumpa la fallopian tube haha...

      Delete
    2. Nawal: bazir? kenapa? hahaha. inesen!
      Qis : Aku tengok gambar nie mula² dah gelak dah. Adoii lah! Memang penat dan takkan sampai kot. HAHA

      Delete
  9. itu memang soalan yg biasay orang tanya..huhu...sabar je la ye..

    p/s: Saya ada buat segmen 'Aku Seorang Surirumah'. Segmen tamat pada 30 April 2013, dan hadiahnya adalah Mivva Beauty Box. Jom la join sekali ye.
    Bacaan lanjut di sini: http://bardboo.com/segmen-aku-seorang-surirumah/jom-join-segmen-aku-seorang-surirumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. takde ape pun for me. ok, will pay a visit later! :)

      Delete
  10. Kehkehkeh.

    No komen.


    Tapi saje nak gelak kat sini.

    ;p

    ReplyDelete
  11. eh ko kawin umur 24 mcm mak aku la.hehe. dah bole nk get ready utk no 2 dh ni. insyaallah. jgn jd cm kr. tetibe je ckp april bole pregnant 2nd baby. thn dpn hannah dh nk 2 thn so ok la dpt adik. i was like "heloo?! letih xckup tdo xhilang lg.hahha.tgu laaaaa dluuu lps jadual tdo dh kembali pulih.keh2. xpun lps pindah ke puncak alam ke lol"


    tp kalau dh allah nk bg redha je le huehuehue

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak aku pun sama, kawen umur 24 tahun.
      oiii, KR dah bg sign tue. ape lagiiii?
      HAHAHA. bab tido no komen sbb aku punye jadual tido dah selesa.
      bila kau pindah puncak alam? aku lagi 2 tahun kot. tu pun kalau permohonan berjaya. sekian!

      Delete
  12. hujung bulan ni umur iman setahun. bila erna cakap dengan suami dah ready nak ada baby lagi..suami cakap...suami x ready..x ready..x ready..cara dia cakao x ready tu, macam dia pulak yang nak mengandung :P heheheh

    semoga berjaya!

    ReplyDelete
  13. Babe kau kenal asuhaizam tak? Budak 1uitm dgn kau.saja tanye je ni.
    Babe if tuhan bg rezeki tak kemana
    Gudluck.. aku tua dah. Tu yg kena branak dah ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errr, aku mcm penah dengar nama tapi tak ingat muka.
      Mana kau kenal? dia kenal aku ke? HAHA
      takpe² selamat beranak utk kau!

      Delete
  14. Kang dh smpai 40 an "menantu dh berapa ramai?" "cucu dh berapa org?" LOL..

    I'm at a stage " bile nk kawen ni?" alamak, boipreng belajar lagi..haha..
    btw, semoga cepat lekat ye sis! Aminn.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oiii awal nau nak tanye pasal menantu di usia 40an tue.
      biar belajar dulu, dah ujung² nak abis tu nak tunang takpe. bahaha.
      boipreng belaja lagi? suruh dia habis cepat² pahtu keje.
      eh, tibe² rasa tak sabar nak buat hantaran. hihihi

      Delete
    2. Betul..mak aida dulu musim 40an dh bertubi2 kene soalan gitu..ahakz..
      Tunang? Eh, aritu mama de ckp nk tunang time belajar boleh..giteww..haha..nnt wat hantaran cantek2 ye..;p

      Delete
    3. erkkk? 40-an. ohh I still hot mama ler gittew!
      Mama cakap? HAHA. dia takpe je, bleh je mama & ayah payung tue. Nak ke tak jer!
      tak jantan lahhh. haha

      Delete
  15. bakis, ko 27 ye?kire ko lg mude dr aku ye?aku igtkn same!aku taum ni udah 28 lor...hahahhahaha

    psst: good luck!im not ready yet :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. yana, oii kite sebaya lah.
      tapi sebab aku lahir hujung tahun, takanak mengaku dah 28 lah.
      HAHAHA.

      ok, semua dah wish good luck nie, macam ape je aku rasa!

      Delete
    2. hahhaa...ko rase macam masuk acara lumba lari pecut 100m x?cm terbyg2 reben yg akan ko langgar kt depan?wakakkakaka

      Delete
  16. cepat2,xsabar nak hantar ko g labour room nih!hehe..

    p/s:isya nanti biar dia main ngan ammar & amni.haha..best x planning?gaya dah jadi je =p

    ReplyDelete
  17. aku patut copy gambo ko itu pastu paste kat blog aku. alhamdulillah, semoga rezeki utk anak kedua tu ada :) aku plak la nie gigih usaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah Reen. Sabar, usaha & doa.
      Mane tahu terus keluar twins kauuu!

      Delete
  18. hi dear
    just found ur blog when people ask about bila nak tambah lagi? penah plak nk memikir ni..hehe
    and thanks for this entry
    mmg agak lawak
    plus with the last picture tu.hahahahaha!!!

    selamat berkenalan ;)

    www.airinaiman.blogspot.com

    ReplyDelete

Komen lah korang!