Ok, maaf belum ada masa nak update/review birthday bash last week!
Later okey.
Alhamdulillah, selamat sudah aku mengganti 27 hari puasa aku tahun lepas.
Ingat lagi, aku memang sungguh kepenatan & rasa macam nak pitam je bila aku cuba puasa 1-2 hari.
Mungkin, time tu aku belum boleh adapt kot. Tak sampai sebulan lagi berpantang ponn! Tapi untuk tahun ini aku rasa InsyaAllah takde masalah.
Lagipun dah train masa ganti puasa hari tue.
Susu memang macam agak drop, tapi cover balik masa berbuka lah. Kira okey lah.
So, seperti semua orang dah tahu, dah dengar pengumuman penyimpan mohor² besar.
Dah naik status pasal puasa kat FB, tweeter dll. Esok dah start puasa.
Tahun ke-3 aku berpuasa sebagai isteri, dan tahun pertama sebagai ibu!
Untuk tahun ini, aku dah senaraikan checklist aku. Checklist untuk diri sendiri.
Masak untuk suami - berbuka & sahur (tahun lepas kami berjauhan, kesian aku tengok laki aku kurus je balik kampung! Tahun 1st dok umah mak ayah. hehe. tak acilah mama masak) Menunaikan solat Tarawikh (mungkin bergilir² dgn husben!) Jelajah semua bazaar Ramadhan kat Kuching. Tidak mahu berbelanja sakan sangat untuk raya. *ehem*
Khatam Al-Quran (kat sini takde Tadarus lah, boleh aku suggest ni)
Belikan Mama+Ayah serta Mummy+Babah hadiah raya (tahun lepas skip! bagi kuih je)
Buat kuih raya 1-2 jenis (itu pun kalau ade duit lebih lah nak beli oven!)
Harap² berjayalah aku menunaikan list aku nie. Tak semua, ada sikit² pun jadilah.
Di kesempatan ini, aku nak ucapkan,
Selamat menunaikan ibadat puasa Ramadhan kepada semua umat Islam.
Semoga sama² kita mendapat rahmat, keberkatan & ganjaran daripada Allah SWT.
Ingat, berpuasa bukan sahaja tak makan & menahan lapar aje, tapi juga mengajar kita mengawal diri dan menjauhkan diri daripada perkara² yang mengurangkan ganjaran pahala kita.
Muhasabah diri & berpuasa dengan penuh rasa syukur, kerana diberikan lagi peluang untuk merasai nikmat Ramadhan tahun ini.
Selamat hujung minggu! :)
BisikChenta: Esok pagi aku masak nasi goreng aje! :)
selamat berpuasa korangs..
ReplyDeletearini...kidz ade dimerata-haha..asal org hapdate ko komen...bagus!!... Selamat berpuasa mama isya! jgn ponteng tau...hehe
ReplyDeleteSelamat Menjalani Ibadah Ramadhan..
ReplyDeleteSep 5 lah nak buat kuih raya juga. Tu pun kalau lah sempat sebab oven dah ada dah. Hehe.
ReplyDeleteSelamat menjalani ibadah puasa Qis.
esok pagi kl aku rajin goreng roti canai segera..kl malas pudin ckp koko krunch pun jadik...hahaha..nasib baik dpt laki yg ngap je seme bende..
ReplyDeleteyg "xnak bbelanja sakan tuk raya" tu ...aku mcm kurang pcaya la..kah kah!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteinsyAllah,Amin2
ReplyDeletetapi ehem gak tu bab shopping hehe