Thursday, July 12, 2012

# Majlis Kesyukuran & Birthday Bash!



Update 3 Hari Sebelum Event!

1. Guest list
- Harus lah dah confirm. Sebab dah order makan. Ada yang aku dah jemput thru Facebook Events jugak.

2. Cards
- Hampir semua diedarkan. Simple card, design sendiri, print sendiri kat rumah bukan kat kedai printing.
- Aku print out dalam 50keping. Sold-Out. Siap ada yang request nak card personal,tak mau share. Sebab ada yang aku bagi by bilik / ikut housemate. HAHA. Hasilnya? Nantilah aku buat full-review after majlis.

3. Doorgifts
- Aku beli makanan aje. Masuk dalam paperbag. 2 jenis packaging : Kids & Adults
- Packing pun simple je, masuk dalam brown/white paperbag & ciello bag (yang transparent colourful tue)

4. Foods & Drinks
- Nama aku nak masak sendiri nan hado. Penatlah weh aku rasa. Esoknya Isnin, kerja. Baik aku concentrate nak layan tetamu, gossiping, chit-chatting etc.
- Pasal ape buat Ahad? Aku nak buat Sabtu mulanya, tapi clash-date dengan babysitter Isya. Diorang buat majlis tahlil arwah. Tak sedap pulak kan kalau aku tak pergi dan teruskan event.
- Aku mintak akak caterer merangkap jiran lama aku, nak pinjam bekas air, sebab aku takde. Pastu kira aku pinjam sekali tray, buffet set dan sewaktu dengannya.
- Pinggan, mangkuk, sudu, garfu, aku beli yg foam-type aje. Kahkah. Nampak sangat kan dasar pemalasnya? Bukan ape, husben aku cakap, rumah kecik, dapur kecik, nanti nak kehulu kehilir nak basuh-lap-angkat dah satu hal. Sape nak tolong satu hal. Bukan sedara-mara ciak-miak ade kat sini. So,the best thing pakai yg disposable aje :)

5. Khemah
- Yang ni kerja encik so-army, tapi aku rasa dah settle lah.
- Apa yang aku tahu, dari survey tue, kitorang dapat standard khemah 20x20, 4 meja, kerusi tak ingat. 6/8 biji satu meja. Ok lah kot, sebab ruang dalam rumah aku pun orang boleh duduk nanti.

6. Deco
- Yang ini memang kerja aku. Yang DIY dalam proses.
- Yang dah ditempah belon². Mula aku rasa macam malas nak amik belon, tapi encik so-army kate, amiklah, tak meriah kalau takde belon, jadi aku pon okkay aje :) Deco belon ikut tema rainbow. Pandai²lah orang tue deco. Diorang datang setup Sabtu malam.

7. Candy Buffet
- Ini masih dalam pertimbangan, tapi aku macam nak jugak buat. HAHA. Aku dah beli lah mashmallow, candy stick, gula², coklet etc. Balang pun dah beli :)
- So far aku tengok kat sini, baik majlis kawen ke, birthday party, dinner aku tak pernah lagi jumpa candy buffet. Kira ini macam salam perkenalan kepada orang² Sarawak lah. Mana tahu tibe² ada orang nak tempah ke kan? Nampak tak hidden agenda di situ? kahkah.

8. Guestbook + Wishing Table
- Wish tag dah ada, tapi aku tengah pikir mana nak letak, macam mana nak deco. Masih dalam proses mencari idea!

9. Pakaian
- Baju Isya dah lama siap. Party hat pun. Tutu-skirt hasil keras-tangan mama Isya pun dah siap, cuma belum bagi Isya try pakai je. Aku harap dia tak buat hal tarik skirt tue!
- Baju Mama + Papa? HAHA. aku plan, pakai baju putih tudung warna-warni. Nama nak beli takde ahh! Malas aku. Laki aku T-shirt je kot. Ntah, tak bincang lagi pasal ini.

So, dengan ini, dengan ikhlasnya aku menjemput sesiapa yang kebetulan ada plan ke Sarawak minggu nie, untuk datang ke rumah aku, sempena Majlis Kesyukuran pindah rumah & Birthday Bash Batrisya!


Okey, mahu sambung buat kerja! Full review, selepas majlis.
Tata :)

 BisikChenta: Penat sama macam plan kawen. HAHA.

10 comments :

  1. Ahkakkkk prati majli Isya dari kejauhan je lah nnt ye. Nama nak datang tu, nan hado lah kan.

    Pssst, jgn lupa, habis majlis je terus upload gambo tau. Kahkahkah.

    ReplyDelete
  2. wahhh nk p gak tapi jauh la kena nek belon :p

    ReplyDelete
  3. besh..!! tapi jauh nau dari semenanjung ni aku nak gi...:)

    ReplyDelete
  4. Happy Birthday Batrisya!

    eh, dulu kita pernah sewa kat Desa Ilmu tau! 2 thn..masa study kat unimas..shopping kat everise..=)

    ReplyDelete
  5. waaaaaaaaaaaa...aku bace pun xcited, dh terbyg2 meriah dgn seni2 ko tu weh..alaaaa..nk pergiiiiiiiiiiiii!!!

    ReplyDelete
  6. aku tgk event kat sarawak. mmg tak sampai laaaaaa.hahaha. lainla aku cucu ananda krishnan dpt tix g balik naik MAS lol. anyway semoga lancar majlis nt :)

    ReplyDelete
  7. curlasss kan ko meks.. lengkap segala.. jadi syakir's bday party planner plisshhh.. (itu pun kalau ada bday bash la.. )

    ReplyDelete
  8. suka suka suka. nanti review. mesti cantik punya macam haritu hehehe :)

    ReplyDelete
  9. Xsabar nak tgk gambar Isya dengan tutu skirt & party hat nya.

    Nanti upload gambar cepat2 tau! :)

    ReplyDelete

Komen lah korang!