Monday, February 22, 2010

Wedding: Tips Memilih Hantaran Kahwin

Yess..akhirnya..berjaya juga I menukarkan "wajah" blog ini..penat mak cari design blog yang kena dengan jiwa..ade jumpe 1-2 tapi tak berkenan..yang nie kire paling berkenan la nie..malas nak pikir2 lagi..tapi puas hati dengan new layout..nampak sejuk mata memandang dan boleh rasa angin sepoi2 bahasa kat dalam belog ini..okay..okay..itu penipuan terancang! :)

Memandangkan I tengah relax2 sekarang (bohong kau nie, kau punye thesis tak gerak2 lagi..) I nak update review pasal wedding lagi..atas permintaan (oh, wow..amazing!) dr readers yg nak I cerite lagi pasal pengalaman mengorganise majlis kahwin (macam ejaan rasaksa gorgon!) so, I dengan berbesar hatinya ingin memberi sedikit tips/idea/info pasal.....HANTARAN!

Okey, tak tipu, I paling suke bile bincang pasal hantaran ini dengan inchek so-army mase dulu2 (macam dah byk pengalaman jer, padahal baru je kahwin 2 bulan plus plus! ahakss..) Yeayy..bile bincang pasal hantaran orang pompuan (spesifik lagi, I la kan..u ols I tak tau laa..) I memang akan memastikan ianya menepati selera mak buaya I nie..muahaha..oh, no! bukan demanding okey, I just nak ape yang I dapat nanti, I confirm boleh gune..Bukan letak dalam kotak, or pakai 1kali setahun..tak mau yer..

Mak mertua I penah cakap, dulu2 antara hantaran diorang tebu, bayam, gula & garam, kuih tradisional tapi sekarang macam-macam benda jadi barang hantaran..Kunci pun boleh letak kat dulang hantaran (Oh,maveles! Bestnya jika kunci itu kunci kereta Mitsubishi Lancer atau kunci rumah banglo! Berangan :p)

Nowadays, dah ada macam2 barangan yang dapat dibuat barang hantaran samada untuk pertunangan ataupun perkahwinan. Dari yang murah seperti kain pelekat sampai la ke mahal-mahal seperti handphone atau kereta (ini bukan mahal, ini mewah! untung badan kau kalau dapat) dan sebagainya. Apa-apa pon barang hantaran ni depends la on our budget la kan. Nanti dah syiokk sangat dok berhabis dengan barang hantaran yang vogue-d-vass persediaan lain pulak ntah ke mana. Kata orang, berpada-padalah berbelanja dan ikut kemampuan & budjet!


Untuk korang2 yang dah ada list barangan yang nak dibuat hantaran tentu dah takde masalah lagi, tapi bagi yang masih tengah blur-blur dan macam tengah membuat pertimbangan pasal budget dan kebolehgunaan barang-barang tersebut, harap2 list yg I bagi nie boleh la digunakan. Yang dah ada list pun boleh double-check or tolong comment kalau2 ade yang I tertinggal okeh!

Okey tips/idea/info ini I bahagikan kepada 3 bahagian barang hantaran ni kepada 3 bahagian iaitu; Hantaran Mesti Ada, Hantaran Harus/Biasa & Hantaran High-Budget.


Hantaran Mesti Ada
(yg nie I refer kat adat orang melayu la..)

Mas kahwin (L)
Barang kemas/cincin untuk upacara batal air sembahyang (L) - (tapi sekarang perempuan pun dah trend bagi cincin kat lelaki)
Sirih junjung/ tepak sirih (L&P)


Hantaran Harus/Biasa
(P)
Kain ela/baju kurung @ kebaya siap
Purse / handbag (nak dua-dua pun boleh! tamak)
Make up set
Telekung
(L)
Kain pelekat
Sampin & baju melayu
Songkok & butang baju melayu
Wallet & belt set
Kemeja & seluar

(L & P)
Sejadah
Al-quran
Perfume and Toileteries
Jam tangan
Kasut/Heels/Sandal
Kek/cupcakes/muffin
Biskut, Kerepek etc
Potpouri
Shades/glasses
Towel
Buah-buahan
Manisan i.e : halwa, wajik, coklat, gula-gula
Buku-buku Ilmiah
Pulut kuning



Hantaran High-Budget
Digital camera (nak lagi gempak DSLR )
Handycam/Videocam
Handphone/iPhone
Laptop/notebook
iPod
PSP
Kereta


So far, berdasarkan pengalaman dan pemerhatian, nie lah antara list barang2 yang boleh diberikan semasa majlis kahwin/tunang. Kalau ada nak memberi pendapat dan bagi nasi tambah, silakan! Tapi terpulang la korang nak terima ke tak list nie yer..As guidace je benda nie & berkngsi info..Apa2pun seperti yang dah I cakap, kalau bajet setinggi busut, jangan pulak selera nak sampai gunung Everest..miahaha..berpada2lah yer!

Okeh, enjoy gambar2 hantaran I dari zaman tunang sampai la I kahwin.. (zaman tunang, hantaran I DIY..so, macam sempoi giler...)

Selamat shopping barang hantaran kepada brides-to-be! I pun nak shopping jugak laa..hehe..Gud luck!
--- ♥ ~ ♥ ~ ♥ ~ ♥ ---

Hantaran Pertunangan { 9 Mac 2008 }

--- ♥ ~ ♥ ~ ♥ ~ ♥ ---


Hantaran Perkahwinan { 5 Disember 2009 }
(sila klik pada gambar kalau rasa rabun2 ayam nak tengok! :p)
--- ♥ ~ ♥ ~ ♥ ~ ♥ ---

BisikChenta: Ada duit semua jadi! Tapi bila jadi, banyak pulak mulut berbunyi :p Renung-renungkan!

2 comments :

  1. sayang, thanks percaya kite and the team utk gubahkan hantaran..! nanti kite nk curik gamba letak kat blog aci tak..?

    ReplyDelete
  2. kak fathinz..ok nanti kite email la pict2 tue.. :)

    ReplyDelete

Komen lah korang!