Friday, October 22, 2010

Movie: RED



Salam Jumaat. Mari kita cerita pasal wayang! Malam tadi, I heret encik so-army tengok movie. As usual, GSC Leisure Mall Cheras sebab kat MBO S*PARK Desa Petaling tak kuar lagi. I suka tengok kat dua tempat nie sebab aman. Aman di sini bukan bermaksud takda orang dalam panggung, tapi aman sebab datang 5minit sebelum show-time pon bleh pilih2 seat plus parking senang dan mudah! Lagipun, area ni kawasan cha-ya-nun-alif, so, kalau tengok cita Melayu ke, memang heaven la :) Eh, tapi I bukan tengok cerita Melayu malam tadi.


RED = Retired Extremely Dangerous! Yes, memang extremely dangerous kau! Sinopsis? Hmm, I ni memang tak reti sgt nak buat review/sinopsis, tapi demi Bruce Willis I sanggup!! HAHA. Hero pujaan sepanjang zaman!!

Sinopsis:
RED! Boleh kategorikan as an action-comedy movie kot, tapi ada la sket touch of romance. Cerita ni pasal CIA agent yang dah bersara, Frank Moses (Bruce Willis) yang mengalami kejatuhcintaan kepada Sarah (Mary-Louise Parker), seorang penjawab telefon di sebuah Agency's pengurusan pencen.
Cerita bermula dengan adegan perbualan telefon anta Moses & Sarah, yang kemudiannya, di akhiri dengan attacked oleh team of assassins. Moses melarikan diri dari rumah, dan ke rumah Sarah untuk mengkidnap Sarah sebab merasakan nyawa Sarah juga dalam bahaya, sebab perbualan telefon mereka of course didengar!

Mereka lari membawa diri dan kemudian Moses membentuk kembali team lamanya yang terdiri daripada orang tua kulit hitam yang duduk dirumah pesakit kanser, Joe Matheson (Morgan Freeman), si gila2 Marvin Boggs (John Malkovich) yang duduk di tengah2 hutan sebab nak mengelakkan diri daripada dikesan CIA dan Victoria (Helen Mirren) ex-sniper,MI5. Cara mereka membentuk kembali team tue yang buat menarik kot filem nie. Plus, misi mereka nak mencari punca peristiwa Guatemala 1981 dan kenapa semua 11orang yang terlibat dibunuh oleh CIA sangat best. Plot dia macam tersusun, full dengan action. Untuk orang yg suka action memang I recommend filem nie.

Lain-lain komen dari I, jalan cerita filem ni dah boleh di predict kot sebab I dah biasa sgt tengok movie action. Selain tue, heroin filem si Sarah ni, macam kurang menyerlah. Bruce Willis boleh dapat yang lagi menarik + mantap kot! ;p Tahniah kepada Bruce Willis, walau dah tua tapi masih mantap! Gilooss I memang suka dia sejak kecik2 tengok cita Armageddon! :)
Ohh, sesiapa yang suka A-Team, Date Night, Salt, citer RED ni ala2 cite tue. :)

Keseluruhannya I bagi 5-stars!  Thumbs up untuk director RED!

Dan, paling penting, encik so-army sangat soooka ini cerita. Itu penting, sebab I paksa dia tengok cerita nie! Naseb baik dia senyum! Okeh, dia senyum I bahagia. ;p Tiba2 dia cakap, "Yang, rindu plak zaman dolu2.." HAHA. Zaman dolu2 kami yang bergelumang dengan senjata2, lumpur2, panas-hujan :p Tak terjangkau akal napa I leh join menda2 tue semua. Kenangan! manis untuk diingati, Pahit untuk diulangi!

Mampu lagi ke I nak melepasi menda ni sekarang? Dulu 41kg, Now 55kg. ok! Duduk diam2 sudah!


 Ini kami dulu2. Ya-Rabbi, sumpah chomot & tak semenggah gilooss!!


BisikChenta: Tiba-tiba rasa mahu menembak senjata berat! Rindu lapang sasar Ulu Tiram!

9 comments :

  1. i dah tengok juga daa.. hehe~
    best tapi boring sikit laa..maybe sebab jalan cerita dia lambat..
    hee~rafiqy sempat lelap lagi..

    ReplyDelete
  2. Sis Qah
    ~ HAHA. yeke? ntah la. i gelak kukikukik dalam panggung :) rafiqy tido? Hmm..mesti bukan faveret genre movie dia nie ;p

    ReplyDelete
  3. kalau le amir boleh masuk wayang..
    hmm cari cd pirate la jawabnye.

    ReplyDelete
  4. owh! rindu juga lapang sasar ulu tiram! ahaks!

    ReplyDelete
  5. sis BaHa
    ~ hehe. u tinggal amir jap kat umah mak. pastu gi la lari jap :p

    sis June
    ~ tue la, rindu plak nak menembak! rindu nak jadi sharp shooter laa :)

    sis Farah
    ~ HEHE. pegi tengok! sesuai ngan jiwa kita :)

    ReplyDelete
  6. wow. dear. baru baca ur entry lepas geram. fuh. very the sentap kalau that gal bace. hee. bagus.
    woh. 5 thumb untuk movie ni ek? ok. akan tengok la. tq for the review ;p

    ReplyDelete
  7. mek..dh buat entry special utk ko! cekidaut

    ReplyDelete

Komen lah korang!