Monday, January 10, 2011

# Bila Kerinduan


Bila Rindu, terkenangmu sayang, kurasa sayu!!
YESS!
Sayu. Sebak. Sedih.
Itu perasaan sejak semalam.
.
.
.
.
.
.
Semalam,
Si suami sudah pulang ke Semenanjung.
Si isteri bersendirian di bumi Kenyalang.
Sessi menghantar si suami di airport nampak bersahaja.
Macam tiada apa2 kecuali saat berpelukan.
Air mata? Tak usah tanya!!
Pulang ke rumah?
Si isteri mengadu kepada bantal sebagai ganti bahu si suami.
.
.
.
.
.

Perasaan?
Tak tergambar dengan kata-kata.
Semoga si isteri & si suami tabah mengharungi semua ini.
.
.
.
.

Kuatkah si isteri? Tabah ke si isteri?
Sekuat mana pun, setabah mana pun,
Mesti akan terkenang juga.
Pasti akan terasa juga kehilangan bila berjauhan.
.
.
.
.
.

Untuk si baby,
Sama-sama kita harungi dugaan ini yer.
Mama tau baby kuat macam mama.
Mama tak kuat sangat, tapi bila ade baby mama jadi lebih kuat.
Sama-sama kita doa papa dapat duduk dengan kita nanti yer.
Mama & Papa sayang baby!
.
.
.
.

Untuk si suami,
Maaf kerana tidak akan berada di sisi menjaga makan minum,
Menyiapkan pakaian kerja seperti selalu,
Menemani tidur di malam sepi,
Menjadi makmum di waktu solat,
Menjadi teman bergaduh & bermanja setiap hari.
Menghadiahkan ciuman setiap pagi dan pulang bekerja.
Si isteri sudah merindukan suasana itu! :(
Namun, si isteri berharap supaya si suami juga tabah.
Si isteri tahu, si suami juga berat nak melepaskan si isteri seorang diri di sini.
Kita doa supaya dipermudahkan semuanya.
Dan semoga si suami  beroleh rezeki untuk berkerja di sini.
Ini dugaan Allah untuk kita kan?
Dugaan yang mungkin menghadiahkan sesuatu nanti. 
InsyaAllah :)
.
.
.
.
.

Empangan air mata runtuh lagi.
Sungguh, si isteri belum boleh menabahkan hati lagi.
Semoga semuanya lebih baik selepas ini.
Mencari masa dan ketika untuk menjadi lebih kuat.



Bingkisan sayang dari jauh dari si isteri yang merindui si suami :)


BisikChenta: Malam ini, kusendiri, Tak ada yang menemani, Seperti malam yang sudah2. T_T

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...