Showing posts with label Kids Milestone. Show all posts
Showing posts with label Kids Milestone. Show all posts

Tuesday, January 6, 2015

Hello 2015!

Salam.

Tak sempat nak babai 2014 pun last year.
Nak type entry pun takde masa, sebab masa yang ada dok dihabiskan dengan bercuti dengan keluarga.

Tahun ni taknak cakap pasal resolusi/azam. Simpan aje sendiri-sendiri.
Sebab ada je, benda lacking sana-sini dalam nak mencapai azam tahun-tahun lepas. Makanya, kita perbaiki je diri slowly dengan niat yang baik dan moga semuanya akan berakhir dengan kesudahan yang baik-baik nanti.

Okay, 2015 dimulakan dengan episod pertama, Batrisya melangkah kaki ke sekolah secara formal buat pertama kali. Dulu acah² hantar sebab ade emergency, hantar pun tak sampai sejam. Ni haa kat entry nie. Ini kali takde acah², takde anta kejap², ni memang betul² hantar sampai petang.

Alhamdulillah, hari ini hari kedua dia kat skool. Semalam hari pertama agak okaylah. Cuma ada la kejap dia nanges. Nak gelak aku dengar cikgu dia cakap sebab dia nanges.

Satu, nanges sebab takde kawan. Bukan takde orang nak kawan dengan dia, jauh sekali dia mengasingkan diri. Orang semua tido, dia je tak tido, memanglah takde kawan. Cikgu ajak main, berhenti menangis. Divaa sangat!

Dua, nanges sebab taknak mandi tengahari. Mula² dia kata nak mandi sorang², bila biar sorang dia tiba² ubah statement nak mama mandikan. Yelaaa, senang cakap dia taknak mandi. Hari ni aku pesan, dia taknak mandi biar jelah, nanti balik mandilah.

Oh, time orang solat dia kata taknak solat sebab nanti nak solat dengan mama. Ok foinnneeee! Mama lagi, semua mamaaaa!

Tu jelah kot perangai diva yang dia buat. Yang lain ok.
Harapan aku supaya bertahan lah selama sebulan, dan bulan² seterusnya.

Aktiviti pertama semalam.

Besar dah anak mama. Belajar pandai² ye kakak *lapairmata* okay mama memang over!

 Memang yerr. Mama yang sayu. Sayu sebab mengenang kejap je masa berlalu. 

Friday, November 7, 2014

Selamat Satu Tahun, BADRIENA!

Assalammualaikum.
Salam Jumaat!

Alhamdulilah. Di penghulu segala hari, syukur kupanjat pada-Mu Ya Allah.
Setahun sudah berlalu, genap setahun Masihi anak Mama, BADRIENA!

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan melihat dia membesar di depan mata.
Syukur juga dia diberikan kesihatan yang baik sehingga hari ini.
Syukur atas segala kekuatan yang diberikan menjaga dan mendidik dia hingga hari ini.
Tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya mengharungi tahun pertama beranak dua.


Semoga Anje mama-papa membesar menjadi anak yang cerdik, bijak dan aktif.
Semoga cidobot sentiasa di kurniakan kesihatan yang baik.
Sayang Mama & Papa pada Dyna tak pernah berbelah bahagi. 
Bila besar nanti, jadi anak yang menyenangkan Papa & Mama, berbakti dan berbudi pekerti pada semua serta jadi muslimah yang taat pada Allah.


HAPPY 1st BIRTHDAY BADRIENA!



Gambar wajib untuk semua anak Mama, Insya-Allah.
Kakak punya kat SINI.

 Sayu pulak tiba-tiba. Kbai!

Wednesday, March 6, 2013

# 20 bulan & Vocabs!

Yesss. Anak dara itu sudah berusia 20 bulan = 1 tahun 8 bulan.
Kalau nak tulis sesatu, memang aku takde masa lah hoii.
Ni pun sebab nak rileks kejap take-5 konon sebab stress marking esaimen students melambak ni.
Bagi aku, mengikuti perkembangan Isya di usia dia, aku rasa vocabs dia agak ok.
Ok means, aku rasa bagus dan boleh difahami untuk mak² budak seusia dia.
Aku compare dengan anak jiran, sama baya Isya beza tak sampai sebulan, aku rasa Isya lebih sket vocabs lah. Ayat pon boleh paham walaupun setakat 3 perkataan.
Tapi tahu lah kan, development budak lain².
Dia mungkin cepat bercakap, tapi hari tu kemain lambat berjalan.
Tumbuh gigi pun 4 batang dari bulan 12 sampai sekarang.
So, untuk hari ni, aku catatkan vocabulary Cik Batrisya setakat 20 bulan

Perkataaan² yang boleh disebut dengan jelas sebutir²: 
MAMA, PAPA, ATOK, NENEK, AYAH (husband babysitter), BABY, PLANE, DOG, MOUSE (Mickey Mouse), TAYO, SHOES, BABAI, MOON, AYAM, FISH, ASUK (Sarawak: Anjing), MOK (Sarawak: Mahu/Nak), OKKAY, ELMO, UBAT, GIANT, ADOII, AMIN

Perkataan² agak pelat:
TATAK = Kakak
INUS = Hingus
ANAS = Panas
TEJUK = Sejuk
CICAP = Cicak
ABAM = Abang
TET = Cat/Kucing
IDO = Tidor
BOOT = Book
DOOD = Good
GIGITAR = Gitar
AETOM = Assalammualaikum
TATOT = Takot
ANYI = Nyanyi
SAYAM = Sayang
METAP = Make-up
UTAK = Bukak
MEDETA = Merdeka (bila nampak bendera or org nyanyi lagu patriotik! Jiwa sungguh)
OPAT = Lompat
TEJAR = Kejar
ATAN = Makan
ADI = Mandi
POCOT = Opocot
AWAH = Allah (swt)

Perkataan lain, maksud lain:
VROOM, BROOM = Motor
BUMBUM = Baring
GUDUK² = Aksi naik kuda
OOK,OOO = Bila buat something yang salah

Ayat 2-3 patah perkataan:
Mama work, Papa work (haaa, sangat comel. Boleh plak halau mak bapak pegi keje!)
Tatak sool = Kakak school
Mama antuk ido jum = Mama ngantuk, tido jom!
Tatak pun / Kamek pun / Papa pun / Mama pun = Kakak punya, saya punya, mama punya, papa punya. (Ini bila nampak barang kepunyaan sesapa lah!)
Sayammm mama, Sayang papa
4747 = Mengira. Aku pun tak paham kenapa suka ngan no 4 & 7. Kalau kira dari 1, 2, tiba² dah 4 pastu terus 7.
HA, NUN, YA = Baca Alif Ba Ta, tapi yg dia follow ini aje.
1, 2, Gooo = Bila nak main lari² or kejar²
Mama, Nenek koiii = Mama, nenek call (Asal dengar hp bunyi, nenek call! Hahaha)
Tu je lah kot yang aku teringat. Tapi sungguh bahagia melihat perkembangan anak kannn?
Rasa kalau boleh nak biar dia kecik je, sebab tak puas nak gomol dan main dengan dia.
Dah, nak sambung kerja! Bai!
Muka nakal nak ikut mama work! Sayang kamu ketat²!
 NotaChenta : Bila stress, tengok gambar anak terus senyum sensorang!

Friday, January 4, 2013

# Past 3 months!

Assalammualaikum, Salam Jumaat.
Serius tak tahu nak update ape weh. Dari tadi dok taip sket, delete.
taip lagi, delete lagi. Ntah serba tak kena. Di tambah dengan selsema, pening kepala dan sakit pinggang. Ya Allah, rasa nak balik tido tapi tak jadi sebab nak kena habiskan baca jurnal ni hah.
Lama tak update pasal anak dara kesayangan. Meh lah cite sket pasal budak yang dulu kecik sekarang dah besar pandai jalan kedek² pampers senget sebab masa nak pakai pampers dia dah sebok main loncat² tengok kartun.

Disebabkan dasar pemalas dalam diri masih ada, ditambah dengan rasa sakit² itu tadi, maka aku mengkopipes aje dari BabyCenter pasal child's development nie. Saje je browse through tadi sambil baca jurnal. Masa baca, kejap angguk, kejap geleng bila baca. Sebab ada yang Isya dah start buat lama dah, tapi ade pulak yang langsung dia takde buat lagi. HAHAHA. Nak gelak pun ade. Tapi yelah orang cakap, development baby ni kan lain².
Sebab tak update 3 bulan, so cerita pun pasal 3bulan lah kan. 
So cekidddaauttt!

Child's age: 16 months
  • Turns the pages of a book - ✔ Siap dah mumbling. Pastu nampak gambar kucing, bunyi "miaw"
  • Discovers joy of climbing - ✔ Memula scary. Panjat, jatuh, merengek jap, pastu panjat balik sambil ketawa mengekek!
  • Has temper tantrums when frustrated - ✔ Merajuk siap tutup muka siap masuk bilik, tutup muka dengan bantal. Hadoiii. Ikut sape ntah kuat merajuk! *serius bukan aku ok!*
  • Stacks three bricks - ✔ Bukan 3 je, lebih. Jangan kata bricks, semua pinggan mangkuk kuali kat dapur pun sama!
  • Becomes attached to a soft toy or other object ✔ Ok lah. Tapi Isya tak minat sangat soft toys. 
  • Learns the correct way to use common objects (e.g. the telephone) ✔ Yang ni memang lama dah. Since 1year old kot, dah start telefon cakap sorang²
  • Switches from two daytime sleeps to one ✔ Masa ni dia still tido 2x sehari. Cuma kat rumah kalau dengan Mama & Papa dia kejap tido kejap tak! Nak perhatian lettew.
  • Gets fussy about food ✔ Tak lah fussy sangat. So far apa aku masak untuk Isya semua dia makan. Kadang makanan kitorang pun dia nak. Tapi mulut asyik sebut "ayam,fish,ayam"
  • Takes off one piece of clothing by himself ✔ Isya tak amik baju sendiri. Aku sediakan siap². Tapi kalau lipat baju, dia akan acu semua baju kat badan. Lagi best yang aku dah lipat dia boleh pegi bukak. Stresss! 

Child's age: 17 months
  • Uses a handful of words regularly ✔ Memang pun. Banyak cakap si kenit nie.
  • Enjoys pretend games ✔ Ok jugak lah. Tapi kejap je, pastu bosan, kacau Papa & Mama
  • Likes riding toys ✔ Ni pun dari umur setahun dia dah suka. Especially kete mainan dapat masa besday dan luggage dia.
  • Responds to directions (e.g. "Sit down") ✔ Yup. Isya dah start faham bila aku cakap sit down, nak makan, baca doa dsb!
  • Feeds doll ✔ As I said, Isya not into toys sangat. Tapi ada lah nampak dia pegi masukkan patung Upin dalam carseat, pastu nyanyi & cakap "tido,tido"
  • Talks more clearly ✔ Kadang bukan clear aje. Siap jerit!
  • Dances to music ✔ MasyaAllah. Yang ni semua orang cakap ikut aku. Hampehh! Tapi dia memang suka lagu PSY Gangnam Style. Dia akan sebut "Apatas" plus buat tangan silang tue! Siap boleh nyanyi "Heyyyy, ceeii" sambil buat gaya 'sexy-lady'
  • Sorts toys by colour, shape, or size ✘ Yang ni aku tak nampak lagi lah. 
  • Kicks ball forward ✔ Kaki bangku sangat! Macam mama. Tak suka sukan yg melibatkan kaki kecuali running. 

Child's age: 18 months
  • Will "read" board books on his own ✔ Yup, dah pandai sebut gambar² yang dia baca like cat, dog, moon, abang, kakak, ball, fish, ayam, mouse
  • Can pedal when put on trike ✘ Yang ni aku tak confident Isya boleh buat sebab dia pun hari tu start jalan lambat sket
  • Scribbles well ✘ Yang ni masa aku marking paper hari tu dia dah start tunjuk pandai. Dah ade colouring book yang penuh dengan contengan.
  • Strings words together in phrases ✔ Ok lah untuk budak umur 1 1/2 tahun yang kejap cakap Melayu, kejap cakap Sarawak, kejap cakap English. "Mama, jom jalannn" = Feveret sentences!
  • Brushes teeth with help ✘ Gigi baru 2 batang nak berus apenya. Tapi dia memang ada berus gigi tiap kali mandi sebab aku dah beli since 8months
  • Builds a tower of four cubes ✔ Passed!
  • Throws ball overhand ✔ Jadi net-ballers, hand ballers, bowlers, volley-ballers ye nanti sayang :) Boleh join mama main nanti! ;p
  • Takes toys apart and puts them back together ✘ Ohh tidakkk. Setiap hari kena kemas bilik mainan u alls. Aku soh simpan, dia campak kat tempat lain. Ada sekali hp husben aku takde. Bila call, ada dalam laci baju. Aku punye make up pulak, ada yang kat atas katil, ade yang sampai sekarang tak jumpa. Haihh la anak!
  • Shows signs of toilet training readiness ✔ Dah pandai cakap "biyak" & "memeh" (kemeh = kencing *Sarawak's language) tapi bila dah buat lah. Hahaha. Tapi memang husben aku nak suruh train pun!

Dah tu je kot. Nak balik lah wehh. Sakit pinggang dah ni haa.
Mood pun nak enjoy weekend je nie. So, take care u alls. 

Ehhhhhhhhh, jap, gambar selingan! Gambar "orang" yang disebut².
Gambar kenangan IG. Nasib lah ade Statigram! T_T

Gigi saya baru 2 batang!

Price tag!

Bila Isya tengok gambar ni dia ckap "BoboiBoy" Hahaha

Ayu lettew! Naik tapi tak kayuh. Main seret kaki je

Aktiviti riadah di petang hari.

Enjoy weekend u alls :)

Calligraphy Fonts

Wednesday, July 11, 2012

# WW: Milestone: Happy 1st Birthday, BATRISYA!




 BisikChenta : Kalau ikutkan tak muat nak cerita dalam satu gambar!

Friday, July 6, 2012

# 6 Julai - Kisah SATU Tahun Lalu

Satu tahun dah berlalu,
Tapiiii.........

Macam baru semalam je rasa konpius, 
"Eh,nie ke contraction?"


Macam baru semalam  aku call husben dan cakap, 
"B, macam nak keluar je budak ni. Ada darah lah" 
...dan husben pun cakap "Alamak! Alamak!"

Macam baru semalam je tukar pad tapi takde darah yang keluar,
"Eh,betul ke water bag pecah nie? aku nak bersalin ke ni?" 
...air dah macam paip bocor. hehehe.

Macam baru semalam je rasa call bestfriend,
"Aze, teman aku gi spital"
....dan kemudian paksa dia singgah McD untuk makan. HAHA.

Macam baru semalam rasa ngeri kena seluk kali pertama dan dengar doc cakap,
"Dah bukak 5cm dah awak ni, masuk wad terus lah yer!" 
...5cm? aku ingat baru 1-2cm. Cepatnya! Neves ok!

Macam baru semalam kena baring atas katil dan rasa nak kencing pastu nurse cakap,
"Nanti kita bawakkan tiub untuk awak kencing" 
...Erkk!

Macam baru semalam doctor cakap CTG graf tak cantek,
"Baby awak ni tido, kena kejut. Sebab tu awak tak rasa sangat contraction" 
...Ohh,camtu ke? Maaflah saya tidak tahu graf itu harus cantek.

Macam baru semalam nurse kat wad meyakinkan aku bersalin malam,
"Ala dik, rileks. Sempat suami awak sampai"
"Lagipun awak 1st baby, mesti bersalin dalam pukul 8malam"
...Masa ini pukul 5.15ptg.

Macam baru semalam kena naik LR pakai wheelchair,
"Nurse saya jalan je boleh tak. Kebas lah bontot baring jer" 
...Degil sangat kan?

Macam baru semalam rasa duduk dalam LR 5minit bersamaan 30minit di luar,
"Kakak, baca Laailahailla-anta-Subhanakainni-kuntum-minazdhalimin, ayat Qursi banyak2!" 
...pesan Mama dan aku memang tak sempat minum air selusuh ke semua bagai!

Macam baru semalam nurse jaga aku kat LR offer epidural,
"Dik, nanti doc datang pukul 6 nak buat VE lagi. Time tu kite last offer epidural"
"Akak pegi solat jap ye?"
...Jangan kata epidural, akak tu pun tak sempat tengok aku bersalin. HAHA

Macam baru semalam rasa ade belon keras kat ari-ari,
"Mama, rasa macam ada benda koyak kat dalam lah. Pastu rasa sakit belakang nie" 
...Still confuse ;p

Macam baru semalam mama panggil nurse lain sebab nurse jaga aku pergi solat,
"Jap kita check. (.....) Ya Allah, ni dah fully dilated dah ni dik. Akak panggil doctor!"
...dan aku serius tak sedar bila masa kaki aku kena angkat dan tiba2 ramai orang depan aku!

Macam baru semalam rasa ada suara orang jerit,
"Teran lagi sekali dik! Dah nak sampai bahu dah nie!" 
...Kali ke-3 aku teran! Tak sedar dah. rasa macam belon air keluar!

Macam baru semalam doctor tunjuk baby kat aku,
"Ni baby awak, tengok boy ke girl?" 
...Aku jawab dan dia letak baby atas dada. Subhanallah. Air mata mengalir sebab frust husband takde!

Macam baru semalam aku rasa sakit kena jahit adalah lagi sakit dari beranak,
"Kak, ni lapisan akhir kita jahit yer. Sakit sikit" 
...Sakit sikit hotak dia! Dah lah tak bius,jahit hidup-hidup! Pheww!

Fuhhh! Ni kalau taip ni sampai esok pun tak abis macam nyer!
Dah sudah lah. Tak buat kerja orang nak baca nanti. kahkah.

Alhamdulillah,
Hari ini, Batrisya genap setahun! Yes, 1 TAHUN!
Alhamdulillah atas kurniaan-Nya yang sangat bermakna.
Alhamdulillah kami sudah setahun bergelar Mama + Papa.
Alhamdulillah juga Batrisya membesar dengan sihat, walaupun takde gigi lagi dan tak berjalan lagi.

Banyak yang aku belajar sepanjang setahun nie,
Belajar menjadi mama yang sempurna walaupun kadang-kadang aku tahu ianya tidak.
Dari tak tahu, boleh jadi sangat tahu, perlu tahu & wajib tahu!
Dari buat satu kerja dan boleh buat 2-3 kerja satu masa.
Syukur! Dan pastinya, banyak lagi aku perlu belajar & harungi.

Untuk anak Mama tersayang, Batrisya,
Satu hari kalau kamu baca ini,
Kamu akan tahu bahawa kasih sayang Mama + Papa pada kamu tak ternilai.
Mama mahu kamu membesar jadi anak yang solehah, cerdik dan pintar, seperti makna nama kamu.
Jadi anak yang menyenangkan hati Mama + Papa.
Jadi anak yang berguna pada agama & negara.
Jika panjang umur Mama, suatu hari nanti Mama nak lihat kamu juga berjaya seperti  Mama + Papa,
Ataupun jauh lebih baik daripada kami.
Mama sayang kamu hingga akhir hayat Mama.

Happy 1st Birthday Icha Ichott! :)

Gambar pertama setelah BF buat pertama kali :)



 BisikChenta: Malam tadi tak nak tido awal. Macam excited sebab nak tambah umur hari ini. Alahai anak!

Tuesday, March 6, 2012

# Update 8 bulan!



Assalammualaikum.
Kalaulah boleh update blog tanpa perlu menaip, sejam sekali aku update!
HAHAHA.
Okey! Sedikit update kepada yg merindui. Ecehhh, konon ade peminat.
Lantaklah blog aku. Taksukabacaketepikau!
Mama Batsrisya punya updates:
- Susu sudah sangat merundum. Sedang membuat survey utk topup FM. 
- Sudah start bersukan kembali. First day bersukan, badan sengal2.
- Berat badan turun 2kg, bersemangat nak kembali aktif!
- Terlalu sibuk kejar silibus dan busy dengan aktiviti kampus.
- Nak exam, so nak key-in markah, naik carry marks.
- Sibuk sket dgn bisness. Alhamdulillah, ada menampakkan hasil :)
- Merindui nak WhatsApp! 
- Eyeing for smartphone.
Milestone Batrisya:
- Pandai menjerit yg nyaring sangat (Papa cakap leh duet dgn mama lagu 3suara nanti!)
- Membuat pemeriksaan harian bawah meja, semua bilik-bilik dan dapur.
- Tolong kemas meja dengan mencampakkan semua buku2 ke bawah. Perfect!
- Sangat suka main air compare dulu dia kena air (kecuali air dlm besen mandi) astik menggeletis nak lepaskan diri. Kami dah start bawak dia berenang :)
- Suka carrot dan ayam (macam mama!)
- Jadual makan dah teratur. Senang nak handle kalau bawak berjalan.
- Duduk dalam stroller tak reti diam. Tak nak bersandar! Hishh geram!
- Takut2 nak merangkak. Tapi sudah tegap berdiri. Ada sekali hari tue, melangkah 1 tapak jer. pastu menangis! Kelakar lah!
Terlalu cepat rasa masa berlalu.
Rasa tak puas main dengan Batrisya setiap hari dan hujung minggu.
Rasa nak berhenti kerja dan duduk rumah jaga anak (KALAU BOLEH LAH!)
So, today!
My little B, is 8 months old!
Happy 8-months-old Batrisya!
Jangan nakal-nakal sayang.

Bunga-bunga di kepala adalah trademark Isya :)

 BisikChenta: Esok outstation. Malasss sangat!