Wednesday, February 28, 2018

Kisah Mengandung #LittleBno3

Assalammualaikum, Hi!

Anggaplah ni post panas enjin. Ayat tunggang-langgang ke mohon ampun awal-awal. Skill mengarang, menulis kena carik balik. Tiba-tiba rasa, aku setuju dengan Aty Fared, tulis blog bukan lah isu gigih, gagah, rajin ke ape sebenarnya. Cuma bila tulis tu rasa puas hati, pastu macam tak pedulik pun la sapa nak baca, ada followers ke apa. Paling tak pun, esok besar anak boleh baca balik kot masa tu mama lupa ke nyanyuk ke kan?

Ok, kenapa dah beranak baru nak tulis? Haha sebenarnya hakak ni dik, semua post kat draft, ada tajuk, pastu content kosong. Koman-koman pun akak type, Assalammualaikum je. HAHAHA 

Tapi tajuk ni wajib publish sebab kisah mengandung No1 & No2 ada dalam blog. Siap berepisod week-by-week lagi. Jadi tak adil lah pasal #littleBno3 takde kan. Kang esok besar dia claimed mama biased pulak.

--------

November 2016
- Last suntikan Depo Provera. Genap 2 tahun since 2014, amik injection depo masa umur Dyna 1 tahun. Ini menjawab soalan bila ramai yang tanya/speku puasa penuh tiap tahun. 
- Yesss, depo memang kacau hormon & menstrual cycle. Also weight gain! Tapi pandai-pandai la control wehh. Tu sebab akak kene exercise dikkk! Beauty is pain gituuu.
- So depo akan on, sampai bulan Februari 2017 la. Lepas tu baru clear!

Anniversary ke-7 bulan December, tapi belum plan baby lagi masa ni sebab masih under depo.

Mac 2017
- Masa ni assumed je lah depo punya dosage dah clear, sebab period dah regular balik. So start planning #littleBno3. Beli ovulation kit dari Kina @ TheShopABlog. 
- Sempat back in shape. Baju dah boleh pakai saiz S cuma ada la ketat sket hehehe
- Orang selalu cakap, kalau kurus ni bahaya, kang lekat. Time ni mak tak kesah nak lekat nokksss HAHA Lagi-lagi time ni husben iolls dah permenantly kat KL. So, memang ada masa memang travel ke KL during weekend.
- Aktiviti sukan tetap maintain cam biasa. I is kenot tahan kalau asyik buat daily routine jerkk. Nak gak sukan yang kena pegi court ke, keluar sedut udara segar. Tabata ke 30mins workout tu buat lah jugak tapi serius tak boleh kalau tak buat aktiviti outdoor. Lemasss akak!

Larian KL - Februari 2017. Last running event for 2017 :)

Netball macam biasa, kalau tak ada match, jadi referee pun boleh.

Acah-acah dah kurus kejap masa nih. BMI 22 uolls!

Mei 2017
- Last menses early April. Kesimpulannya, badan aku tolerate well dengan depo, sebab tak kacau hormon sangat. Ada yang sampai setahun baru hormon okay after stop injection. So far untuk aku, okay!
- Demam panas yang ketarrrr sampai MC 3hari. Complete pakej sekali dengan sakit tekak & selsema. Masa ni dah terdetik dah, tapi malas nak berharap. Kesimpulannya, tiga kali pregnant, mesti akan dimulai dengan demam panas sampai cecah 40-41 degrees.

Orang jarang demam gini lah. Petanda!

Balik weekend bertiga + baby dalam perut apedehallll!

Jun 2017
- First time Raya husben takde. Sedih wehhh! Emosi masa ni jangan cakap lah. Rapuh! 
- Amik cuti sebulan. Dari puasa sampai raya. Sakannn! Kebetulan tengah transisi nak adjust semester break sama ngan universiti lain. Cuti pun melambak so cutilah lama balik semenanjung. Batrisya tak sekolah idoncare. Balik nakkk mama takkuad nak mereput berpuasa sorang2 lagi. Cukuplah masa Dyna dulu dapat puasa 3-4hari je ngan papa.
- Husben balik raya 3hari je, kau rasa? Dah la balik pun 2 minggu selepas raya. Lepas escort kitorang balik ke Sarawak, dia pi naik laut balik. Maka, leklek aje la pegi beraya bawak diorang berdua, hiburkan hati pi jalan  raya umah orang sambil ber#ootd. Tu je lah modal iolls nak hilangkan dukalara gituuu. 

Banjir masa bulan puasa. Tabah iolls tolong bersihkan rumah.

Family photo Raya pertama T_T

Mana menantu Hj Mail yang lelaki?

Official family photo. Dah raya ke-14 oii! 

Setakat berat laki akak ni boleh lambung-lambung jer!


OOTD mak & anak yg mengundang bosan netizen. Dulik!

Baju raya 30 pasang be like!

Ok done raya ke-28 masa ni. Tahun ni ada sorang lagi join frame.

Julai 2017
- PERTH. Ok yang ni tak boleh nak skip!
- Tiket beli bulan November 2017. Abis takkan nak burn kot? Memang lah dapat murah RM500+ return, tapinya tak sanggup akak nak berkorban tak pergi. So, jalan jela program walaupun end-up pergi berdua je, sebab plan asal berempat last-last masing-masing tak jadi pegi atas sebab tak dapat nak elak.
- Masa ni, memang berdoa semoga tak jadi apa-apa time travel. Sebab semua destinasi kitorang nak kena drive almost 4-6 jam setiap hari.
- Balik ke Kuching, terus pegi check-up terus sebab macam ada blood stain dari 2 hari sebelum balik. Syukur Alhamdulillah takda apa, doc cakap masa ni maybe sebab banyak sangat berjalan dan tekanan kot flight back-to-back PERTH-KL-KUCHING.
- Cerita Perth pun ada dalam draft. Sabaqq na!

Mak kangaroo ni mesra pulak dgn mak paus haha

Travel-buddy! Thanks Piqa for the unforgettable experience.

Sejenis perempuan yg lupa diri bila disuruh posing/bergambar.

14 weeks with #littleBno3

September 2017
- Semuanya macam biasa jer. Husben pun on-off travel. Hari-hari kuliah, anta anak-kuliah-amik anak things pun seperti biasa.
- Sempat jugak ke Sabah untuk annual event - dinner & sukan.
- Planning utk surprise trip 'babymoon' ngan husben. Beli je tiket dulu dengan harapan dia tak ke laut or tengah busy time tu.

Acah-acah je pakai bip tu hehe

19 weeks #littleBno3

November 2017
- Banyak benda berlaku bulan10 & 11 ni. Mama is penat!
- Batrisya konvo habis belajar di Albaghdadi Playtime Centre. Cukup 3 tahun, Alhamdulillah banyak benda dia belajar sepanjang di APC. Terima kasih cikgu-cikgu!
- Badriena pulak sambut birthday yang ke-4. Lambat sket pergi sekolah, tapi takpelah nakk, slow-slow yer. Mama tau Dyna bijak!
- Batrisya amik peperiksaan kelayakan tahun 1 nak masuk sekolah kluster kat sini. SKA Ibnu Khaldun. Daripada 322 yang datang 45 boys & 45 girls sahaja layak. Alhamdulillah!

My first born!

Dyna turns FOUR! Shark doo-doo.


Big girl don't cry, ok!

Disember 2017
- My feveret month. Gila kau tak feveret? Double celebration. Anniversary & Birthday.
- Surprise plan menjadi yeaayyy!
- PHUKET. Punyalah lurus jujur laki aku, sampai masa nak check in luggage pun masih blur nak pi mana. Dia mati-mati ingat nak pi Langkawi sebab dia tau iolls suka pulau. Tetttt! Well, everything went well. We enjoyed the trip. Sempat lah maternity shoot kat sana. Aktiviti pun santai aje asalkan berdua gituuu.

32weeks #littleBno3

8th Anniversary!

23rd birthday eh? #forever23

Januari 2018
- Menunggu hari. Fuhhh! Deborr rasa. Hari-hari orang dok tanya bila nak beranak.
- Batrisya pun dah Darjah 1. Badriena dah start sekolah full-day. Rutin hari-hari dah berubah. Bangun seawal 5.30 pagi siapkan itu-ini untuk anak-anak. Hantar masing-masing pi sekolah. Tengahari amik Isya balik sekolah, petang Dyna pulak. Sarat punnn gigih!
- Sampai masuk bulan Februari akhirnya baru nak keluar si #littleBno3. Terpaksa serah diri. Episod bersalin no3, entri lain ok.

Sesi Persekolahan 2018.

40 weeks #littleBno3. Masih bekerja menguruskan hal exam.

Kesimpulan pregnancy No. 3:
- Tanda-tanda demam panas sama macam No 1&2.
- Kerap makan asam awal-awal padahal takdelah nak muntah ke apa.
- Sejenis tak boleh jadi co-pilot sangat kecuali laki aku yang drive sebab die je yg sama cara driving ngan aku. Kalau duduk belakang atau jadi co-pilot i is pening pusing2 mabuk.
- Kaki tak cramp @ simpul biawak. Ada 2x je kena, sekali masa kat airport, sekali ada satu malam tu letih sangat kot.
- Hantu pavlova, red velvet, honey-dew.
- Minum air gula skali je masa 6bulan. Fuhhh lega! BP & HB sepanjang mengandung ok seperti biasa. Syukur.
- Berat terberat sepanjang mengandung 3orang = 75.5kg (sebelum beranak)
- Supplement makan asal ada kejap skip, kejap tak ingat, kejap ada la ingat. Susu harommm memang dari dulu aku tak minum susu. Adalah minum susu Rizqi tu pun sebab rasa Vanilla. Konon nak reduce potensi baby kena kuning.
- Pinggang sakit denyut-denyut masa dah masuk 7bulan. Banyak sakit belah kanan. Rupanya, bidan cakap bahu baby senget ke belah kanan, dia betulkan masa 40weeks. Konon masa ni ikhtiar berurut la jugak sikit taknak serah diri.

Yess, see you in May!

Ok, berjaya habiskan.
Till then, daa~

Sunday, February 25, 2018

Warna Tema Raya 2018

Assalammualaikum WBT.

Awal ke nak cerita pasal raya? Ehhh, pejam celik nak masuk bulan 3 dah wehh. Korang dah tempah or survey baju raya tahun nie? Warna apa pilihan hati uolls?
Jom kita tengok warna apa  yg 'in' dan hot tahun ni. Kalau tahun lepas warna hijau 'Greenery' tahun 2018 ni Ultra Violet telah dipilih sebagai 'Color of The Year'.


Amacam? Kena tak dengan jiwa korang? Kalau agak-agak tak sesuai tak kena jiwa, atau dah pernah pakai kaler purple or ungu, korang boleh tengok lah pilihan warna Pantone 2018 ni haaa.


Kira ni antara warna-warna yang bakal hot dan jadi trend lah untuk 2018. Biasanya, designer or 'key-player' dalam industri fesyen ni dah survey awal trend warna ni. So, warna-warna ni mungkin laa akan ada dalam setiap rekaan diorang.

Kalau korang rasa nak gabungkan warna-warna tu buat 'color-blocking' pun boleh wehh. Takpun, nak cari yang ada lace ke, bunga ke, corak ke, kaler tudung ke, boleh try mix-and-match warna-warna Pantone 2018 ni.




Haaa, rambang mata tetiba tak leh nak decide warna tema baju raya tahun ni. So, ladies apa pilihan korang? Hakak seperti biasa la, sejak anak-anak dah pandai melawa, dah pandai bagi idea dan pendapat akak tanya diorang je lah. Lagi-lagi si kakak Batrisya tu dah suka komen lawa tak lawa, kemainnn tau anak dara aku. Hmmm, pening jugak nak pikir ni sebab rasanya banyak dah warna yang pernah akak pakai sepanjang berkahwin ni.


2017!

Warna-warni tak tema raya hakak tiap tahun? Haruss lah kannn. Siapa nak teka tema baju raya 2018 kami? Hehehe. Jadi korangggg, selamat membuat pilihan. Till then, daaa~

 Akak dah follow dah semua IG & FB yang dah start promote pre-order raya.

Tuesday, February 13, 2018

2018

Hai korang!

Tak payah nak gosok genyeh mata tue.
Yesss, I'm back, gittuuu.
Hari ni seharian godek blog ni, dengan harapan dan imej baru.
Dan harapnya lepas-lepas ni akan menyusul post yang lain.

Banyak, terlalu banyak untuk dikongsikan.
So, sabarlah, dan haraplah aku gigih update blog yang dah terbiar ni.



 Misi 30 blog-post untuk 2018! Amiin.