Friday, November 7, 2014

Selamat Satu Tahun, BADRIENA!

Assalammualaikum.
Salam Jumaat!

Alhamdulilah. Di penghulu segala hari, syukur kupanjat pada-Mu Ya Allah.
Setahun sudah berlalu, genap setahun Masihi anak Mama, BADRIENA!

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan melihat dia membesar di depan mata.
Syukur juga dia diberikan kesihatan yang baik sehingga hari ini.
Syukur atas segala kekuatan yang diberikan menjaga dan mendidik dia hingga hari ini.
Tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya mengharungi tahun pertama beranak dua.


Semoga Anje mama-papa membesar menjadi anak yang cerdik, bijak dan aktif.
Semoga cidobot sentiasa di kurniakan kesihatan yang baik.
Sayang Mama & Papa pada Dyna tak pernah berbelah bahagi. 
Bila besar nanti, jadi anak yang menyenangkan Papa & Mama, berbakti dan berbudi pekerti pada semua serta jadi muslimah yang taat pada Allah.


HAPPY 1st BIRTHDAY BADRIENA!



Gambar wajib untuk semua anak Mama, Insya-Allah.
Kakak punya kat SINI.

 Sayu pulak tiba-tiba. Kbai!

4 comments :

  1. Happy Birthday Dienaaa. Belajar pandai-pandai nanti jumpa Reezqy kat Unibesti tau. Haha.

    Yang iklan maxis tu memang favourite geng2 Diena kot. Si Reezqy pantang jumpa kipas semua nak jerit aaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. Happy Birthday Badriena..Semoga menjadi anak yang solehah dunia akhirat ye sayang..untung awak, ada Mama yang kreatif..kalau harap Auntie nak buat memang tak reti langsung..gamabr tu penuh makna..I loikeee!

    ReplyDelete

Komen lah korang!