Showing posts with label ZB BirthdayxAnniversary. Show all posts
Showing posts with label ZB BirthdayxAnniversary. Show all posts

Friday, March 30, 2018

Phuket - AnniversaryXBirthday Trip 3Hari 2Malam (PART #03)

Assalammualaikum & Hi!

Kepada yang masih membaca, terima kasih kerana gigih! HAHA
Sambung cerita last day trip acah-acah honeymoon laki-bini ke Phuket.

Ini trip laki-bini, short-trip ala-ala weekend trip la jugak. 
3 HARI 2 MALAM je, over-the-weekend, tak dirancang secara teliti sangat pun.
Budget/kos biasa2 bukan backpackers style sangat, jauh sekali terlalu cozy. 
Kos yg dinyatakan adalah untuk 2 orang.
Trip ini juga free-and-easy dan flexible sebab iolls tengah pregnant 7bulan. 
So, kalau korang ada 2-3 hari je, nak berjalan santai babymoon/honeymoon kat Phuket macam kami, boleh lah ikut itinerary ni.

Yang tertinggal MRT, boleh baca episod sebelumnya ni haaa!

HARI PERTAMA (01/12/2017)
HARI KEDUA (02/12/2017)

HARI KETIGA (03/12/2017)

- Pagi ni bilik kitorang tibe2 takde air. Management bagitau syarikat air tengah buat maintenance. Tapi tak semua bilik. Toilet & bathroom kat area lobby masih boleh guna. So kitorang pakai toilet kat lobby je sebab malas nak tunggu bila kala nak ada air.

- Sebelum keluar, kitorang hantar baju ke dobi kat kedai depan hotel sebab malas nak bawak balik baju lembab & basah sebab main air masa photoshoot semalam. Kitorang amik yg same-day pick up mahal sket 90THB/kg. Kalau amik next day, boleh tawar dapat 50THB/kg.
Notakaki: Harga dobi depends on berat & berapa cepat korang nak pick-up. Banyak jugak kedai dobi area Patong ni. Maybe sebab diorang tau tourist mesti takkan angkut baju basah2 banyak.

- Breakfast nasi lemak berlauk @ Wai Thai & European Food. Nama nak europe kau tapiiiiii lauk die superrrrrr-pedas. Husben weolls yg kuat pedas pun mengaku lauk akak tu masak kategori pedas. Tapi tengokdie rileks je makan, dasar perut org Melaka. Gamba tak sempat amik sebab kelaparan dan ditambah kepedasan HAHA

- Lepas makan terus cari kedai minyak. Isi 3 botol terus. Yeayyy, hari ni nak abiskan masa ride atas motor. Memang kitorang tak plan nak ke pulau, just nak jalan2 pantai kat Phuket. Kitorang ada saja2 survey pakej pulau a day before, memang dah bajet, diorang takkan bagi makyong naik speed-boat. Diorang cakap naik tail-boat boleh, tapi pulau yg dekat je. Tail-boat bercinta nak sampai hooii.
Notakaki: Harga pakej ke pulau2 range THB900 - THB1200 ke atas. Nak boat/cruise/mini-cruise ape semua ada pilih je la. Kalau yg nak ke pulau, better booking sehari awal sebab biasanya diorang suruh kumpul & gerak awal pagi.

- The Big Buddha Phuket. Sepanjang jalan jumpa lah beberapa pantai. Big Buddha ni kat atas bukit, jadi masa naik bukit tu agak slow lah, sebab berat paus dua kali ganda. Lebih kurang 45minit sampai, ikut cara pemanduan dan beban masing2 HAHA

45meter, tinggi tak? Tinggi lagi sayang sama kamu, gituuu!
Tetiba teringat cerita Journey to the West.

- Masa kitorang datang Big Buddha tengah ada major renovation. Kitorang datang pun buat syarat je nak tengok besar mana lah statue nie. Kat sini semua FOC -- entrance, parking, toilet semua free. Yang berbayar kalau korang nak jumpa sami Buddha mintak restu atau nak beli souvenir atau nak beli daun emas buang hajat. Takde apa sangat pun yang menarik kat sini, ada lah view dan aktiviti menggosok gong.
Notakaki: Silalah cuba sebab tak semua orang berjaya buat gong tu mengaum. Orang2 hebat dan berskill tinggi je boleh, ehemm.

Ala, ni ala2 buat "ZB wuz here" kuukir namamu di awan gunung jeraiiii eh?

Yang gong tu akan keluarkan bunyi mengaum tapi kena gigih. Mat saleh before kitorang takleh bunyi padahal kemain kuat die berusaha. Tu lah kena tau skill, teknik & aplikasi fizik gitu.
Kemain diorang Q nak mengadap jumpa sami.

- Promthep Cape Viewpoint. Dari Big Buddha kitorang terus ke sini. Plan asalnya nak pegi petang, sebab kat sini cantek nak tengok sunset. Tapi bila tengok awan hitam kat langit macam panas tak sampai ke petang je, kitorang terus ke sini. Kat Promthep Cape ni, ada lighthouse & so called tempat penyembahan Buddha. Ada muzium jugak tak silap tapi kitorang tak pegi.

- Nak ke tip tu kena berjalan meredah denai, ada orang cakap dalam 30minit la jugak nak ke sana tu. Ikut hati nak je sampai ke hujung tu, bukan sebab tak daya, tapi sebab keadaan denai die macam berbatu2, berpasir dan menurut kata orang tak berapa nak rata jadi tak berani nak amik risiko takut tergelincir ke ape kan.
Notakaki: Nak ke hujung tip tu kemain sayup mata memandang. Will definitely come back for the sunset view! Kat bawah cape ni ade deretan souvenir shops, convenient store & stall jual makanan.

Satu hari kau tungguuuu!

- Windmill Viewpoint. Tak jauh dari Promthep Cape, dalam 5minit je. Adalah windmill sebatang tu je haa. Boleh la buat ada-ada nak tengok windmill hehe Kitorang berhenti tak lama dalam setengah jam je, test drone, then terus sambung ride.


- Sepanjang jalan kitorang melalui beberapa pantai -- Nai Harn Beach, Kata Noi Beach, Karon Beach, Rawai Beach.

Yang kaler pink tu semua kitorang lalu!

Ni area Karon. Cantek view!

Sis suka la design resort SIS ni. Kata Beach.

Ni Rawai Beach. Pantai betul2 depan jalan tu je.

- Kitorang lajak sket ke Paradise Beach, saje je jalan ke arah situ sebab area tu macam exclusive sket. Hotel & pantai pun less crowded. Tapi pantai die kitorang tak pegi sebab nak masuk kene bayar kat  management club THB200.

- Kitorang balik ke Patong, nak lepak pantai. Sempat lepak tepi pantai Patong minum air kelapa, tapi tak sempat abis air kelapa hujan mula turun, ape lagi pecut lah kitorang balik ke hotel.

- Sampai hotel around 5pm. Baju dobi kitorang dah ready kat registration counter. Lepas tu terus mandi, solat dan rest kejap sebab pinggang makyong sakit sket. Lepas Magrib baru keluar dinner.

- Dinner @ Bang Ya Muslim Food. Kedai dia tak ramai orang pun, sebab kedainya masuk ke dalam sikit. Kitorang makan tomyam. Yarabbiiii sedapnya tomyam Thai. Terbayang2 lagi rasa dia macam susahnya nak jumpa kat sini yg sedap gitu.
Notakaki: Update terkini dari kawan yg baru je pegi bulan lepas, restoran ni dah tutup. Tak pasti kenapa. 

Tomyam ayam, sotong cili & kailan ikan masin. Teh kuasa dua. THB580. Kenyangggg gils!

- Lepas makan, kitorang plan nak buat last round naik motor jalan2 Phuket. Sempatlah pegi beli aiskrim goreng, beli air kat 7Eleven buat sekian kalinya dan pusing2 sampai ke arah Kamala beach, cari lokasi Soi Kep Sap (sila google sendiri), tengok orang practice surfing.

- Dah abis jalan2 pun rasa malam masih muda. Baru pukul 9pm kat sana. So kitorang sempat singgah Chillva Expo. Chillva ni ala2 uptown la kalau kat Msia. Bukak hari2 tak silap.
Landmark: Masuk lorong Jungceylon Shopping Mall. Dia kat belakang mall tu.

View dari container tower!

Bersih weh pasar malam dia. Tengok siap ada sediakan kerusi meja nak makan.
Pastu jenis diorang lepas makan kutip semua bersih.

Aiskrim goreng tetiba teringin.

- Balik hotel dalam pukul 11malam. Pack barang. Baru teringat flight balik Kuching tak add on luggage lagi. Dah la gap 2 jam je kang sampai nak terus check-in mana sempat nak add-on. Lupaaaa sangat part ni sebab iolls beli tiket asing ngan husben, sebab tiket die company belikan. Menggelupur malam2 cari sapa boleh tolong sebab nak add-on kena pakai card, takleh pakai bank transfer biasa. Bukan takleh add-on sendiri, tapi nanti masalahnya ialah TAC number tak masuk sebab pakai simcard lain kan. Btw, nasib ada adik iolls tolong hee!

- Next day bangun kul 4.30am sebab janji dengan taxi kul 5.00am. Masuk je kereta, tido sampai ke airport. Check in luggage then proceed masuk ke gate. Brekfast finger-food 7E buat kali terakhir gituuu. Flight delay sket, tapi ok je selamat sampai KL.

Benda alah ni susah nak move-on wehhh! CP Finger Food. Sapa pi Thai nak kirimmmm!

- Sampai KL terus ke Luggage Storage amik baproceed check-in luggage balik Kuching. Settle je semua kitorang menggelabah nak masuk, tetiba tengok flight delayed. Huhhh, selamat! Boleh lah rilek sket.

KOS HARI KETIGA

+ Foods (Breakfast/Lunch/Stall/Air Kelapa/Kebab/Aiskrim) - THB 1,540
+ Minyak - THB 120 (3 botol)
+ 7Eleven - THB 210
+ Fridge Magnet & Thai Green Tea - THB 536
+ Dobi - THB 180 (THB90/kg)
+ Airport Transfer - THB 800
= TOTAL - THB 3,386 / RM 440 *currency rate masa ni x 0.127-0.13*

- Well, siap dah 3 hari punya cerita. Overall aku rasa, Phuket besttt! Bali vs Phuket aku prefer Phuket kot. Orang cakap Krabi lagi best, nantilah ade rezeki sampai Krabi pulak. Boleh repeat Phuket lagi nanti nak bawak anak2 pulak.

- Total cost untuk trip ni lebih kurang RM2,700 ALL IN untuk 2 orang. Bagi aku ok lah untuk trip weekend & free-and-easy. Tiket pun beli xdelah awal setahun. So kategori biasa-biasa lah, asal dapat release stress, manja2 dengan suami sebelum beranak sempena ulangtahun ke-8 perkahwinan. Yang makcik bawang dok nak kutuk/kondem kitorang tinggal anak, kesian anak tu sukahati lah korang nak cakap apa, teruskan membawang idonchcare!

Kot ada yang mintak itinerary & full bajet tinggalkan email kat komen.
Happy Weekend uolls!
Sini awal weekend, hari ni Good Friday. Till then, baii!

Wednesday, March 21, 2018

Phuket - AnniversaryXBirthday Trip 3Hari 2Malam (PART #02)

Assalammualaikum & Hi!

Ini trip laki-bini, short-trip ala-ala weekend trip la jugak. 
3 HARI 2 MALAM je, over-the-weekend, tak dirancang secara teliti sangat pun.
Budget/kos biasa2 bukan backpackers style sangat, jauh sekali terlalu cozy. 
Kos yg dinyatakan adalah untuk 2 orang. 
Trip ini juga free-and-easy dan flexible sebab iolls tengah pregnant 7bulan. 
So, kalau korang ada 2-3 hari je, nak berjalan santai babymoon/honeymoon kat Phuket macam kami, boleh lah ikut itinerary ni.


Ok, takda intro. Sambung terus cerita trip laki-bini ke Phuket.

HARI PERTAMA (01/12/2017)

HARI KEDUA (02/12/2017)
- Maternity shoot session. Photographer kitorang amik nak bawak pegi breakfast. Taknak makan heavy so dia bawak pi beli kuih-kuih kat kedai tepi jalan. Diorang punya style 'on-wheel'. Kuih-muih, nasi-nasi selera Malaysia, diorang pun boleh cakap Melayu sikit2. Beli kuih & nasi goreng.

Breakfast on-the-go katanya!

- Photographer kitorang nama dia Haron, Islam. Photoshoot area pantai tapi dia bawak kat tempat yg tak crowded. Shooting patutnya 1 jam je tapi dia layan sampai 2jam, sebab katanya kitorang sporting. Auuchhh! Nak tengok portfolio dia boleh cari kat IG @andamanphotowork. Yang nak tau details pakej kitorang boleh PM tepi.

8th Anniversary!


- Abis photoshoot, balik hotel, tukar baju, then nak pegi cari lunch. Kitorang decide nak jalan kaki & naik tuk-tuk.
Notakaki: Bangla Road siang hari dia bukak utk kenderaan. Malam memang tutup sebab penuh dengan nightlife kan. Kedai bukak macam biasa kecuali club/bar/disko lah.

Sambil jalan-jalan terjumpa ni - Husband day-care. Takpelah kak, sy boleh jaga husben sy!

- Lunch @ Delhi Darbar Indian Restaurant. Nama je Indian restaurant, tapi segala makanan Thai ada je sebab tukang masak Melayu Thai. Makyong teringin pineapple fried rice.

Pineapple Prawn Fried Rice & Chicken White Curry. Total 2pax THB580.

- Lepas makan, sambung jalan kaki sampai ke Patong Beach sign. Jarak Bangla Road dari kedua-dua pintu gerbang utama lebih kurang 1km je.
Notakaki: Ada 2 'Patong Beach Sign'. Yang selalu orang ramai yg betul2 kat tepi pantai. Nasiblah kalau gambar asyik kene photobomb!


Fruits stall banyak sepanjang jalan. Harga THB100/botol. Makyong biasalah beli mangga, yummss!

Ni sign yg tak banyak sangat org datang sebab jauh sket dari main beach.

Ni sign yg memang betul2 port orang lepak. Take turn jugak nak amik gambar kat sini.

- Cari tuk-tuk untuk ke Tiger Kingdom & Elephant Trekking. Patong ke Tiger Kingdom dalam 30 minit je naik tuktuk. Kitorang memang deal terus nak ke 2 tempat & hantar balik ke hotel.
Notakaki: Tuk-tuk memang bersepah kat area Bangla Rd & Patong Beach. Tawar lah sampai dapat harga yg korang nak. Lagi ramai naik, boleh tong-tong dapat lagi murah lah.


Area ni memang betul2 hadap pantai. Bersepah tuk-tuk & minibus.

Tuktuk ride THB400/return. Beach - Tiger Kingdom - Elephant Trecking - Hotel.

- Tiger Kingdom. Ada few pakej untuk bergambar dengan harimau ni. Baby, Small, Medium & Big. Korang boleh check kat Tiger Kingdom web. Kitorang amik pakej Medium, THB900/pax tak termasuk VAT (Value Added Tax).
Notakaki: Bayaran dibuat selepas dapat nombor. Nombor tu kena ikut queue card sebab diorang nak make sure berapa orang yg tgh ada kat dalam setiap cage. 


Queue card & resit bayaran Tiger Kingdom

- Actually, sebelum pergi memang iolls dah ready nak kena kecam for supporting animal cruelty. Malas ahh nak layan kecaman netizen, once in a lifetime, kasi lah chan kitorang nak masuk jumpa rimau. Hari-hari lain semut pun kitorang bela tau kat rumah. FYI, iolls adalah penderma tahunan WWF since 2010 ok. So kira macam balanced la kan nak try ni sekali seumur hidup?

- IMHO ada yg kata tiger ni kena drugs tapi seriously lah wehhh, masa kitorang masuk dalam ni ada sekor tu tengah berendam lompat2 dalam air & sekor lagi masa kitorang nak amik gambar dia boleh nak lompat atas pokok. Ko rasa under drugs ke ape?
Notakaki: Nah bacalah review orang lain yang ada experienced ke sini jugak. TIGER KINGDOM!

- Tapi memang sepanjang masa guide/instructor dia akan jerit mintak kita ikut arahan dia, jangan datang dari depan & harimau tu pun dia akan attract utk dengar apa dia cakap like sit, up, no, go etc. Takde langsung adegan dera, pukul mahupun sebat tiger tu. Sebab semuanya macam behave. Cuma, kalau tanya kitorang perasaan dalam hati ko jangan cakap lah, mulut bermacam doa, zikir semua keluar siap mengucap kot jadi apa2.
Notakaki: Pokok & pagar ada electric volts. Mohon berhati-hati. Kamera allowed tapi tak boleh pakai tripod atau stick. Yang ada tali2 pun mohon elakkan, flash camera sila off. Ada service photographer, tapi kami plan nak mintak tolong guide/instructor je. Bagi tips kat guide sebab seriously diorang memang sangat membantu nak dapatkan gambar yg cantek. Macam gambar kitorang, eh!


The Tiger Mummy!

Deborrr jangan cakap lah weh!

- Next, kami ke Elephant Trecking, dekat je tak jauh dari Tiger Kingdom. 5mins. Sampai2 je kitorang nampak ada pengantin tgh buat photoshoot. Style gakk. Well, actually ada banyak je tempat nak naik gajah kat Phuket, boleh check SINI. Tapi yg kitorang pegi ni takde dalam list, tak sefemes yg lain kot.

- Elephant Trecking @ Kathu. Pakej untuk gajah dia count ikut masa. 30, 45 & 60 minit. Amik yang 30 minit sudehhh. Harga sama macam tiger. 900THB/pax. Sebenarnya iolls nebes nak naik gajah sebab terhentak-hentak pastu dok imejin kang kalau tak balance nanti terjatuh camne? Maklumlah iolls kan masa tu ibarat paus di daratan hihihi Tapi Alhamdulillah syukur selamat semuanya walaupun detak-detup jantung toksah nak cite.
Notakaki: Diorang akan bawak lalu jalan hutan dan ada bukit2. Ada 2x stop, dia bagi gajah tu makan tebu & 1 lagi dia suruh gajah mandi pastu simbah kita kat atas. Nasib kitorang tak basah sgt kena sipi2. 


Gajah tu mesti menyumpah sebab membawa muatan berat di atas badan.

- Cuma bab gajah ni memang iolls kesian. Menyesal pun ade. Kesian tengok gajah tu kene luku kat kepala & tepi telinga pakai macam sabit. Then, budak yg bawak gajah kitorang tu dok promote jugak taring baby-gajah soh buat rantai/tangkal, katanya buat sucikan baby dalam perut. Oh-no-no-no, yg ni iolls tak support. Sobs, tetiba kesian.

Kesiannnnn. Kesan luka kena ikat tali kat leher & kat tepi telinga tu banyakkk luka.

- Balik hotel dalam pukul 3 petang. Bersihkan diri dan rest kejap. Lepas Asar kitorang cari motor untuk disewa kat depan hotel. Yayyy, lama dah merempit dgn husben. Lagi2 sejak pregnant. Kitorang sewa motor kat depan hotel je. Rate sewa motor 200-250THB (RM25) je sehari.
Notakaki: Sewa termasuk helmet untuk 2 orang. Nasib2 lah dapat helmet ade/takde visor. So, better standby sunglasses/shades la.

HONDA Click 125i. 450THB/2 days.

- Nak sewa motor kat sini kena tinggalkan passport tapi kitorang twist sket sebab tak berani wehh nak tinggalkan passport gitu. Kitorang bagi passport DPT yg kitorang guna utk duduk Sarawak. Mula2 diorang macam pelik jugak tengok passport tu, tapi lepas kitorang goreng sket, selamat! Mujur lah owner tu tak berapa excellent sangat English.
Notakaki: Ada org cakap normal lah tinggal passport dan yes, memang ramai pun tinggalkan passport diorang. Sebab nampak dalam box dia simpan semua passport penyewa motor/kereta. Iolls berpegang konsep kat negara orang, passport tu lah dokumen pengenalan kite. Ada yg bagi tips sewa motor melalui hotel, so diorang tak amik passport sb kita hotel-guest. Tapi hotel kitorang memang depan tu je tempat sewa motor, diorang suruh deal sendiri je. Ada jugak certain agent accept photocopy passport tapi kami malas lah nak pening2 pegi carik, pusing2 harga sama jugak nanti.

- Cari souvenir @ OTOP Patong. Sebenarnya kedai souvenir mana2 pun ade je sepanjang jalan kat Patong. Tapi sebab dah beberapa kali lalu situ kitorang nampak macam situ port beli souvenir, kira macam one-stop-centre la.
Landmark: Dekat dengan Hard Rock Cafe Phuket, sebelum HRC yer. So dari jauh dah nampak sign gitar HRC tu slow la sket, sebelah kiri korang nampak la pintu gerbang dia.
Notakaki: Make sure parking motor kat tempat yang betul. Polis bersepah cari keje nak saman orang especially tourist lah. Kalau beli souvenir, cari kedai yg owner/pekerja memang org Thailand. Bukan Bangla/Nepal/Indon. Tawar sampai dapat harga yg korang nak lagi2 kalau beli banyak barang kat 1 kedai.


Mujor kat sini akak tak hilang pedoman. Maybe sebab mood nak honeymoon bukan nak shopping. 

- Lepas beli souvenir yang tak seberapa tu, kitorang balik sebab nak Magrib dah. Plus masa tu dah mula hujan renyai2 sket, so nak balik cepat kot2 makin lebat. Lepas Magrib, hujan dah reda baru kitorang keluar dinner.

Dinner @ Kusuma Seafood. Well, memang femes kot kalau baca review orang mesti suggest WAJIB makan kat sini kalau sampai Phuket. Kebetulan kitorang dilayan oleh owner dia malam tu. Owner orang Malaysia, asal Terengganu, tapi membesar & menetap kat Thai.
Landmark: Andaman Beach Suites Hotel. Tak jauh je dari pintu gerbang Andaman tu, tak sampai 100m. Kusuma kat sebelah kanan, ada signboard WHITENING TEETH kat depan kedai. Motip? Sebab siang hari area ni adalah tempat parking kereta. Kusuma ni betul2 kat parking lot whitening teeth tu.
Notakaki: Portion okay untuk 2 orang kira kenyang la makan. Tempat crowded sikit. Tapi masa kitorang datang okay. Halal. Harga tak berapa nak murah, makan berdua almost RM80. Tapi sebab makyong lapar dan mengidam sotong telur masin, so suami layankan.


Kangkung tu akak  hadap sorang tinggal sipi2 je utk husben. Sotong telur masin memang sodap aihh.
Green Thai Curry pun sedap. Dapat pulak jus tembikai & oren memang terliuqq teringat balik masa tulis nih.

- Lepas makan kitorang cari kedai jual minyak. Isi 1 botol je dulu sebab plan nak pusing2 pantai. Kat sini minyak agak mahal. Sebotol kecik harga 40-50THB/botol (RM5). Stesyen minyak susah sket nak jumpa, tapi memang bersepah kedai2 persendirian atau syarikat tour-agent atau tepi2 jalan. Kebanyakannya memang diorang letak dalam botol kaca kicap tu.
Notakaki: Kalau jumpa stesyen minyak better isi minyak full terus sebab lagi murah. Ada jugak gasoline point tepi jalan, tapi tak pernah cuba.

- Naik motor kat Phuket ni lebih kurang je kat Malaysia sebab boleh laju & selit sana sini macam KL. Kitorang takde spesifik tempat nak berhenti. Jalan saja selagi tayar bergolek. Patong Beach, malam2 pun penuhnya sama macam siang. Cafe/bar yg tepi2 pantai ni memang ada bukak table la nak lepak by the beach. Tetiba teringat Bali. Kitorang jalan cuci mata je sebab lepas tu makyong ngadu lapar.
Notakaki: Kalau korang tak biasa naik motor selit2, hati2 sket sbb diorang kat sini memang laju. Ada one time tu, tetiba je ada 2-3 motor berdesup lalu sebelah, lagi laju dari laki akak. Adehhh, pastu dapat pulak laki tak reti nak mengalah, boleh dia pegi main cucuk2 kejar. Mengucapppp hakak kat belakang!

This is Phuket yaww!

Masuk HRC kejap je cari Fridge Magnet. Tapi x beli sebab design yg typical kitorang nak tu takde plak stok. Ada lain, mahal sket, malas ah beli.

- Supper time yayy! Banana pancake, Teh tarik, Thai Green Tea kat kedai Ro-Tea-Coff. Kedai dia bukak sampai pukul 11 malam.
Landmark: Kedai akak ni betul2 sebelah Masjid Nurul Islam, tepi kedai ada ATM machine.


Yg dalam teko tu teh macam teh cina. Free. Ala2 complimentary drink gitu.

Thanks akak kedai tolong amik gambo. Laki-bini memang sejenis muka tak malu sapa2 pun boleh suruh amikkan gambo.

- Lepas supper, sambung ride pusing2 lagi. Then cari kedai nak try foot massage. Well, Phuket memang terkenal kan dengan pusat urut yg melambak. So kitorang try lah kedai kat area Siam Medical Clinic, sebab on the way balik ke hotel kan. Ala kat sini, korang pegi je la mana2 pun range harga lebih kurang je kecuali yg private *ehems*.
Notakaki: Massage centre banyak buka sampai 12malam. Tips nak cari kedai yang tak buat extra service biasanya tukang urut tu pakai baju sama/beruniform biasanya tu yg ok lah, walaupun baju/uniform diorang memang tak cukup kain terbelah sana-sini.

Kedai ni biasa2 je. Foot massage THB250/pax. Gambo tukang urut takdo sebab seksi nau uniform haha

- Perut kenyang, kaki baru lepas urut, kepala dah melayang, mata dah rasa berat. Maka beransurlah kitorang balik ke hotel. Seperti biasa sebelum balik singgah lagi 7-Eleven.

KOS HARI KEDUA

+ Foods - Breakfast (THB 115), Lunch (THB 580), Fruits (THB 100), Dinner (THB 540), Supper (THB 120)
+ Tuktuk - THB 420 (Return + Tips)
+ Tiger Kingdom - THB 900 + Tips THB 50
+ Elephant Trecking - THB 900
+ Sewa Motor - THB 450 (2days)
+ Minyak - THB 45
+ Foot Massage - THB 500 for 2 person
+ 7Eleven - THB 76
= TOTAL - THB 8,116 / RM 1,055 *currency rate masa ni x 0.127-0.13*

Okay, next post nanti last day dah. Till then, daaa!


Tuesday, March 13, 2018

Phuket - AnniversaryXBirthday Trip 3Hari 2Malam (Part #01)

Assalammualaikum & Holla everyone!

Hari ni just nak share ringkasan trip ke Phuket berdua-lebih-baik selama 3hari 2malam. Kejap je pun. Trip ni tahun lepas, mungkin dah basi ni, tapi saja nak kongsi kat sini untuk kenangan hari tua, meski nanti rambut tak hitam lagi, eh?

Trip ni memang dirancang tanpa pengetahuan suami sempena Anniversary kami yang ke-8, birthdayy iolls yg ke23 eh? dan babymoon. Nak tunggu laki akak buat surprise yg memang selalunya tak jadi, lambat nau. So, bulan September tahun lepas beli tiket flight senyap-senyap. Trip ini memang tidak diketahui langsung hujung-pangkalnya oleh encik suami sebab ianya -- Surpriseeee! Orang tertentu je tahu. Dan, syukur menjadi, sebab laki iolls yg blur dan jujur itu sampai nak check-in luggage pun masih tak tahu hala tuju kami. Dok ulang tanya -- Kita nak pegi Langkawi ye? Haiii lah laki aku!

Sebelum tu nak buat disclaimer awal-awal.
Ini trip laki-bini, short-trip ala-ala weekend trip la jugak. 
3 HARI 2 MALAM je, over-the-weekend, tak dirancang secara teliti sangat pun.
Budget/kos biasa2 bukan backpackers style sangat, jauh sekali terlalu cozy. 
Kos yg dinyatakan adalah untuk 2 orang. 
Trip ini juga free-and-easy dan flexible sebab iolls tengah pregnant 7bulan. 
So, kalau korang ada 2-3 hari je, nak berjalan santai babymoon/honeymoon kat Phuket macam kami, boleh lah ikut itinerary ni.

HARI PERTAMA (01/12/2017)

- Berlepas dari KUL ke HKT. Flight delay sikit, dalam pukul 9lebih baru take-off. Nasib baik memang tak ada special plan ke apa malam tu. Dalam flight zzZZ!


25 minit sampai dah!
Kasi chann tuan tanah selfie sebelum tak sedarkan diri

- Perjalanan 1jam 30minit je. Tapi masa beza 1jam dengan Malaysia. Sampai di airport Phuket lebih kurang pukul 10 waktu Thailand. Queue kat Imigresen Phuket agak ramai. Kastam dia lek-lek aje,  boleh cakap Melayu, slang Kelantan.



- Beli simcard: Kitorang beli dtac, unlimited data plan 7hari. Keluar Departure pandang kanan melambak booth. Nak booth sekali pakej2 pulau ke apa ada jugak.
Notakaki: Simcard tu harga lebih kurang je mana2 telco. Kitorang amik dtac sebab masa ni ada promo tourist sim. Beli sorang satu sebab takdelah mahal nau pun!

Kitorang dapat harga THB149/pax.

- Transportation: Minibus. Naik minibus kena cukup kuota. 10 orang baru jalan. Banyak stop sebab ikut hotel/tempat penginapan masing2.
Notakaki:  Tak sesuai untuk yg kejar masa/ada plan lain. Driver ada stop dekat tour agent jugak, tapi kitorang memang tak turun sebab memang tak nak amik apa2 pakej pun. Almost 1hour baru sampai hotel. Kitorang tido sepanjang jalan sebab this will be the only time nak recharge energy.

- Sementara menunggu, singgah 7E, beli air. Cuba cari finger food brand CP sebab member suggest suruh beli tapi masa ni takde, abis kot.

- Sampai hotel/resort -- THE HACIENDA PHUKET. Letak barang, keluar balik cari makan. lapar yang hamatt. Beli kebab tak jauh dari lokasi hotel dan singgah 7E.
Notakaki: Resort ni sangat recommended, walaupun bertaraf 1-star je, tapi review memnag tiptop. Sebab, lokasi dia 100m je dari Bangla Road, pastu 5minit je jalan dah boleh sampai Patong Beach sign kat pantai. Paling aku suka sebab dia landed, tak payah nak turun-naik lift ataupun panjat tangga. 


Ready to go!


Kebab cheese - THB120.

- Jalan2 tengok nightlife kat Bangla Road. Wuhooo! Macam2 pemandangan ado. Kecik, besar, tulen, tak tulen semua ada. Jalan half-way jer sebab mak buyong tak larat dah, seharian dari pagi travel dari Kuching - KL - Phuket.
Notakaki: Diorang memang tak peduli pun korang pakai tudung ke apa, dia tetap offer nak tengok show. Orang cakap, hati-hati kadang diorang main tarik je. Atas sebab tu jugak, akak peluk lengan laki akak ketat2 dikkk!

Jalan-jalan cuti mata je. Aummm!

- Sebelum balik kitorang singgah 7E. Nampak tak, asyik2 pegi 7E? Lepas beli sket roti, air & stok makanan untuk alas perut esok, kitorang balik hotel, tido.
Notakaki:  7E & Familymart kat sini bersepah. Tak perlu risau haus ke nak cari air ke. Ada 2 benda paling best kat 7Eleven Thailand ialah air self-service dia semua sedap. Iolls rasa semua - Hershey's Choc, Milo, Kopi O, Kopi susu, teh tarik. Sampai laki cakap macam minuman penaja sepanjang kat Phuket. Satu lagi, finger food & burger dia. Brand CP. Beli, bayar, pastu diorang panaskan. Serius sodappp, mengenyangkan. Tapi kena check tau brand CP ada jugak yg takde Halal.

Ni memang feveret! 38THB lebih kurang RM5.

Sodappp! 24THB/cup.

KOS HARI PERTAMA

+ Simcard - THB 298
+ Minibus - THB 360
+ Hotel - THB 2,295 - 4Hari 3Malam (booking.com)
+ Kebab - THB 240
+ 7Eleven - THB 70
= TOTAL - THB 3,263 / RM 420 *currency rate masa ni x 0.127-0.13*

To be continued...
Anak nanges dah. Kbai.

Wednesday, February 28, 2018

Kisah Mengandung #LittleBno3

Assalammualaikum, Hi!

Anggaplah ni post panas enjin. Ayat tunggang-langgang ke mohon ampun awal-awal. Skill mengarang, menulis kena carik balik. Tiba-tiba rasa, aku setuju dengan Aty Fared, tulis blog bukan lah isu gigih, gagah, rajin ke ape sebenarnya. Cuma bila tulis tu rasa puas hati, pastu macam tak pedulik pun la sapa nak baca, ada followers ke apa. Paling tak pun, esok besar anak boleh baca balik kot masa tu mama lupa ke nyanyuk ke kan?

Ok, kenapa dah beranak baru nak tulis? Haha sebenarnya hakak ni dik, semua post kat draft, ada tajuk, pastu content kosong. Koman-koman pun akak type, Assalammualaikum je. HAHAHA 

Tapi tajuk ni wajib publish sebab kisah mengandung No1 & No2 ada dalam blog. Siap berepisod week-by-week lagi. Jadi tak adil lah pasal #littleBno3 takde kan. Kang esok besar dia claimed mama biased pulak.

--------

November 2016
- Last suntikan Depo Provera. Genap 2 tahun since 2014, amik injection depo masa umur Dyna 1 tahun. Ini menjawab soalan bila ramai yang tanya/speku puasa penuh tiap tahun. 
- Yesss, depo memang kacau hormon & menstrual cycle. Also weight gain! Tapi pandai-pandai la control wehh. Tu sebab akak kene exercise dikkk! Beauty is pain gituuu.
- So depo akan on, sampai bulan Februari 2017 la. Lepas tu baru clear!

Anniversary ke-7 bulan December, tapi belum plan baby lagi masa ni sebab masih under depo.

Mac 2017
- Masa ni assumed je lah depo punya dosage dah clear, sebab period dah regular balik. So start planning #littleBno3. Beli ovulation kit dari Kina @ TheShopABlog. 
- Sempat back in shape. Baju dah boleh pakai saiz S cuma ada la ketat sket hehehe
- Orang selalu cakap, kalau kurus ni bahaya, kang lekat. Time ni mak tak kesah nak lekat nokksss HAHA Lagi-lagi time ni husben iolls dah permenantly kat KL. So, memang ada masa memang travel ke KL during weekend.
- Aktiviti sukan tetap maintain cam biasa. I is kenot tahan kalau asyik buat daily routine jerkk. Nak gak sukan yang kena pegi court ke, keluar sedut udara segar. Tabata ke 30mins workout tu buat lah jugak tapi serius tak boleh kalau tak buat aktiviti outdoor. Lemasss akak!

Larian KL - Februari 2017. Last running event for 2017 :)

Netball macam biasa, kalau tak ada match, jadi referee pun boleh.

Acah-acah dah kurus kejap masa nih. BMI 22 uolls!

Mei 2017
- Last menses early April. Kesimpulannya, badan aku tolerate well dengan depo, sebab tak kacau hormon sangat. Ada yang sampai setahun baru hormon okay after stop injection. So far untuk aku, okay!
- Demam panas yang ketarrrr sampai MC 3hari. Complete pakej sekali dengan sakit tekak & selsema. Masa ni dah terdetik dah, tapi malas nak berharap. Kesimpulannya, tiga kali pregnant, mesti akan dimulai dengan demam panas sampai cecah 40-41 degrees.

Orang jarang demam gini lah. Petanda!

Balik weekend bertiga + baby dalam perut apedehallll!

Jun 2017
- First time Raya husben takde. Sedih wehhh! Emosi masa ni jangan cakap lah. Rapuh! 
- Amik cuti sebulan. Dari puasa sampai raya. Sakannn! Kebetulan tengah transisi nak adjust semester break sama ngan universiti lain. Cuti pun melambak so cutilah lama balik semenanjung. Batrisya tak sekolah idoncare. Balik nakkk mama takkuad nak mereput berpuasa sorang2 lagi. Cukuplah masa Dyna dulu dapat puasa 3-4hari je ngan papa.
- Husben balik raya 3hari je, kau rasa? Dah la balik pun 2 minggu selepas raya. Lepas escort kitorang balik ke Sarawak, dia pi naik laut balik. Maka, leklek aje la pegi beraya bawak diorang berdua, hiburkan hati pi jalan  raya umah orang sambil ber#ootd. Tu je lah modal iolls nak hilangkan dukalara gituuu. 

Banjir masa bulan puasa. Tabah iolls tolong bersihkan rumah.

Family photo Raya pertama T_T

Mana menantu Hj Mail yang lelaki?

Official family photo. Dah raya ke-14 oii! 

Setakat berat laki akak ni boleh lambung-lambung jer!


OOTD mak & anak yg mengundang bosan netizen. Dulik!

Baju raya 30 pasang be like!

Ok done raya ke-28 masa ni. Tahun ni ada sorang lagi join frame.

Julai 2017
- PERTH. Ok yang ni tak boleh nak skip!
- Tiket beli bulan November 2017. Abis takkan nak burn kot? Memang lah dapat murah RM500+ return, tapinya tak sanggup akak nak berkorban tak pergi. So, jalan jela program walaupun end-up pergi berdua je, sebab plan asal berempat last-last masing-masing tak jadi pegi atas sebab tak dapat nak elak.
- Masa ni, memang berdoa semoga tak jadi apa-apa time travel. Sebab semua destinasi kitorang nak kena drive almost 4-6 jam setiap hari.
- Balik ke Kuching, terus pegi check-up terus sebab macam ada blood stain dari 2 hari sebelum balik. Syukur Alhamdulillah takda apa, doc cakap masa ni maybe sebab banyak sangat berjalan dan tekanan kot flight back-to-back PERTH-KL-KUCHING.
- Cerita Perth pun ada dalam draft. Sabaqq na!

Mak kangaroo ni mesra pulak dgn mak paus haha

Travel-buddy! Thanks Piqa for the unforgettable experience.

Sejenis perempuan yg lupa diri bila disuruh posing/bergambar.

14 weeks with #littleBno3

September 2017
- Semuanya macam biasa jer. Husben pun on-off travel. Hari-hari kuliah, anta anak-kuliah-amik anak things pun seperti biasa.
- Sempat jugak ke Sabah untuk annual event - dinner & sukan.
- Planning utk surprise trip 'babymoon' ngan husben. Beli je tiket dulu dengan harapan dia tak ke laut or tengah busy time tu.

Acah-acah je pakai bip tu hehe

19 weeks #littleBno3

November 2017
- Banyak benda berlaku bulan10 & 11 ni. Mama is penat!
- Batrisya konvo habis belajar di Albaghdadi Playtime Centre. Cukup 3 tahun, Alhamdulillah banyak benda dia belajar sepanjang di APC. Terima kasih cikgu-cikgu!
- Badriena pulak sambut birthday yang ke-4. Lambat sket pergi sekolah, tapi takpelah nakk, slow-slow yer. Mama tau Dyna bijak!
- Batrisya amik peperiksaan kelayakan tahun 1 nak masuk sekolah kluster kat sini. SKA Ibnu Khaldun. Daripada 322 yang datang 45 boys & 45 girls sahaja layak. Alhamdulillah!

My first born!

Dyna turns FOUR! Shark doo-doo.


Big girl don't cry, ok!

Disember 2017
- My feveret month. Gila kau tak feveret? Double celebration. Anniversary & Birthday.
- Surprise plan menjadi yeaayyy!
- PHUKET. Punyalah lurus jujur laki aku, sampai masa nak check in luggage pun masih blur nak pi mana. Dia mati-mati ingat nak pi Langkawi sebab dia tau iolls suka pulau. Tetttt! Well, everything went well. We enjoyed the trip. Sempat lah maternity shoot kat sana. Aktiviti pun santai aje asalkan berdua gituuu.

32weeks #littleBno3

8th Anniversary!

23rd birthday eh? #forever23

Januari 2018
- Menunggu hari. Fuhhh! Deborr rasa. Hari-hari orang dok tanya bila nak beranak.
- Batrisya pun dah Darjah 1. Badriena dah start sekolah full-day. Rutin hari-hari dah berubah. Bangun seawal 5.30 pagi siapkan itu-ini untuk anak-anak. Hantar masing-masing pi sekolah. Tengahari amik Isya balik sekolah, petang Dyna pulak. Sarat punnn gigih!
- Sampai masuk bulan Februari akhirnya baru nak keluar si #littleBno3. Terpaksa serah diri. Episod bersalin no3, entri lain ok.

Sesi Persekolahan 2018.

40 weeks #littleBno3. Masih bekerja menguruskan hal exam.

Kesimpulan pregnancy No. 3:
- Tanda-tanda demam panas sama macam No 1&2.
- Kerap makan asam awal-awal padahal takdelah nak muntah ke apa.
- Sejenis tak boleh jadi co-pilot sangat kecuali laki aku yang drive sebab die je yg sama cara driving ngan aku. Kalau duduk belakang atau jadi co-pilot i is pening pusing2 mabuk.
- Kaki tak cramp @ simpul biawak. Ada 2x je kena, sekali masa kat airport, sekali ada satu malam tu letih sangat kot.
- Hantu pavlova, red velvet, honey-dew.
- Minum air gula skali je masa 6bulan. Fuhhh lega! BP & HB sepanjang mengandung ok seperti biasa. Syukur.
- Berat terberat sepanjang mengandung 3orang = 75.5kg (sebelum beranak)
- Supplement makan asal ada kejap skip, kejap tak ingat, kejap ada la ingat. Susu harommm memang dari dulu aku tak minum susu. Adalah minum susu Rizqi tu pun sebab rasa Vanilla. Konon nak reduce potensi baby kena kuning.
- Pinggang sakit denyut-denyut masa dah masuk 7bulan. Banyak sakit belah kanan. Rupanya, bidan cakap bahu baby senget ke belah kanan, dia betulkan masa 40weeks. Konon masa ni ikhtiar berurut la jugak sikit taknak serah diri.

Yess, see you in May!

Ok, berjaya habiskan.
Till then, daa~