Assalam.
Hi korang.
Jangan terkejut la tuan belog kejap muncul kejap tenggelam. Ini memang biasa bagi pemilik blog yang dah ada anak dua. Eh, Eh ke aku jer yang macam nie? Aku tengok orang lain tue ade je update. Oh, anggaplah mereka ada kelapangan terbang nak update. Mak busy uollss.
Well, sepanjang hampir 4 tahun aku duduk sini (Sarawak), aku rasa aku memang tak pernah tulis or share apa-apa kat blog nie pasal Sarawak. Tapi kalau orang tanya, mintak opinion ke aku boleh je nak bagi. Cuma tak pernah aku officially nak share. Tapi Aku memang ada je simpan gambar-gambar kalau berjalan, makan-makan, Cuma bab nak update tu, err nantilah. Ke nak tunggu nak pindah baru nak share? Masa tu kang mulalah rindu itu, rindu ini. hahaha
Hari ni nak cerita pasal makan. Yer, makan. Aku dan makan macam susah nak dipisahkan. Makan adalah keperluan. Keperluan untuk memenuhi nafsu aku kihkih. Aku tak pasti lah kenapa, tapi aku rasa kat sini nafsu makan aku memang berganda sebabnya takde menda nak buat. Apa lagi nak buat di hujung minggu, sini bukan banyak shopping mall yang besar-besar macam KL nun, so aktiviti weekend ialah jalan-jalan cari makan.
So, makanan pertama yang akan muncul buat pertama kalinya di blog ini ialah Mi Udang! Meh aku review satu² kedai mee udang yang pernah aku try.
1. Mi Udang Gumpey, Simunjan.
Gambar dari Facebook Mi Udang Gumpey Sorry gambar aku tak sempat snap sebab dah terliur sangat nak makan |
- Lokasi: Kpg. Gumpey Gedong, Simunjan, Sarawak.
Nak ke sana lebih kurang 1jam ke 1 1/2 jam Kuching. Kalau dari Samarahan dalam 45minit - 1 jam jugak la. Nak ke pekan Serian tu ok je jalan highway. tapi dah masuk Kampung Gedong nak ke Gumpey nie jalan dia beronak berliku sket.
- Waktu Operasi: Selasa hingga Ahad, jam 9a.m - 10p.m.
Aku tak sure betul ke tak tutup sampai kul 10 malam nie, sebab aku dengar kadang² stok udang abis sebab yg datang segerombolan gituu. Oh yer, hari ISNIN diorang tutup, tapi untuk special request dan bilangan ramai diorang boleh consider untuk bukak. Macam hari tu ada event Regatta hari Sabtu-Ahad, so diorang booked hari Isnin untuk makan kat situ.
- Harga: RM 8 (Gred C), RM15 (Gred B), RM20 (Gred A) & RM35 (Supergred A).
- Service: Kedai dia tak besar sangat tak kecik sangat, just nice. Service aku rasa ok je, Cuma biasalah, kalau tengah lapar sekali tengok meja sebelah udang dah bersusun macam kat meja pengantin kan, kau pun mesti rasa nak angkat tangan tanya, 'Kak, saya punya lama lagi ke?' HAHA Kalau musim panas, memang berasa sikit la bahang kedai nie, tapi aku rasa okay jer, janji mi sodapp!
- Personal review: Aku order gred A saje tu pun dah rasa berbaloi, ada 5 ketul (kot) udang galah besar siap ada misai ke sesungut tu ntah ape namanya. Kuah dia so far the best la antara yang pernah aku rasa. Rasa manis² udang dia sebati dengan mi dia yang macam ada celur kicap sket.
- Overall Rating:
Kan aku cakap dah gambar mi tak sempat amik sebab sibuk nak makan sangat |
2. Mi Udang Family Cafe, Satok, Kuching.
Gambar kedai. Picture credit to Google |
- Lokasi: Jalan Haji Taha, sederet dengan Bangunan AmBank Satok, dekat dengan area town la nie.
- Waktu Operasi: Family Cafe ni bukak dari 8a.m setiap hari. tapi gerai Mi Udang ni tak pasti exactly pukul berapa bukak. Aku pegi masa tu petang, so ada je la mi udangnya.
- Harga: Biasa (RM6), Special (RM15), Udang Galah (RM18), Udang Galah Special (RM38) & Udang Galah Superb (RM58).
Sorry kat sini pun takde amik gambar, sebab sibuk nak makan. Ni Mi Udang Superb RM58. Pict Credit to Google |
- Service: Disebabkan stall dia dalam kedai, dan banyak stall² lain, aku rasa macam crowded sikit la. Tapi masa aku datang tak ramai sangat orang, so ok lah. Aku suggest bawak tissue sendiri, or amik siap² kat kaunter sebab diorang bagi tissue sehelai je, dengan nak makan udang cecomot mampuu ko bertahan dengan sehelai tissue?
- Personal review: Aku try yang Udang Galah. Hmm, takda rasa best sangat sebab aku rasa macam kuah dia tak umphh sangat la. This time punya kuah agak cair dan rasa dia macam rasa kari sket.
- Overall Rating:
3. Mi Udang Cili Merah Cafe, Jalan Stakan, Kuching.
- Lokasi: Dari airport lalu jalan lama depan Kem Semenggo, dalm 15minit. Kalau dari Samarahan amik jalan ke Batu 7, lepas sket dari Kem 1 Div baru ada simpang ke Kampung Stakan. Kedai dia tepi jalan dah nampak signboard. Kedai adalah rumah lot yang dijadikan kedai, so agak lapang la untuk parking.
Photo credit to FB Cili Merah Cafe |
- Waktu Operasi: Weekdays (5p.m - 10.pm) Weekend (4p.m - 11.30p.m). Datang malam makan macam candle light dinner uolls.
- Harga: Small (RM10), Large (RM15) & XXL (RM20)
- Service: Owner dia (kot) sangatlah peramah. Nampak kitorang pakai kereta plat semenanjung layan borak pasal semenanjung. Layout kedai ada yang tersusun dalam car porch, ada yang kat luar berbumbungkan langit malam, so musim hujan amatlah berisiko tinggi makan di sini.
- Personal review: Bagi aku portion mi dia agak banyak compare di Family Cafe & Gumpey. Aku amik yang size L. Tapinya kuah rasa macam mi Jawa. Ada la rasa manis udang tue, tapi bila banyak kali suap dah lebih kepada rasa mi Jawa. Udang memang freshhh terbaik. Masakan goreng² pun ada jugak, rasa okay kena dengan tekak. Oh, ada satu lagi killer menu kat sini Mee Ketam. yang ni nak masuk list lah ;p
- Overall Rating:
Mi Udang saiz L |
4. Mi Udang Ratu Ayam Penyet Kopitiam, Matang.
- Lokasi: Belakang E-mart Matang, bertentang dengan The Animal Kingdom. Kawasan agak sesak sikit.
- Waktu Operasi: Setiap hari, 8.a.m - 12a.m.
- Harga: Mi Udang Galah (RM38) & Mi Udang Biasa (RM18)
- Service: Kedai agak selesa, layanan pun okay je. Ke sebab aku pergi time takde orang? Ratu Ayam Penyet ni adalah kembau ke anak-beranak kepada RJ Ayam Bakar & RJ Ayam Penyet yang ada kat town. So memang tau dah service diorang dan signature menu diorang tiptop.
- Personal review: Portion mi amatlah memuaskan hati, besarrr weh. Dengan harga RM18 untuk Mi Udang, aku rasa okay lah. Udang pun lebih kurang je dengan udang Gred B kat Gumpey tue. Kuah dia pun rasa okay, takdelah rasa mi Jawa mi Bandung mi Kari ke, tapi still aku rasa Gumpey menang lagi.
- Overall Rating:
Ni makan share berdua dengan Isya pun kenyang wehh! |
Okay korang. Kalau datang Sarawak, jangan lupa masukkan Mi Udang dalam senarai ok. Kepada yang dah pernah rasa Mi Udang Kuala Sepetang (tq SK!) tu, boleh buat comparison nanti.
Dah, cukup lah dulu takat nie. Nanti kalau aku ada rasa kat tempat lain aku add on or aku review benda lain pulak. Nak sambung mengemas office yang macam kapal karam sebab buat documentation & filing nie.
Till then. Daaaa~
lapar terusss tgk udang besor2!!!
ReplyDeletewakakaka aku yg menaip pun dok terkenang² je mekk
DeleteSemuanya nampak sedap, tapi kalau udang tu tukar ketam atau sotong mungkin akan jadi triple sedap. Haha.
ReplyDeletenanti aku nak rasa mee ketam pulak hehe
Deletemee udang kuala sepetang la weh! bukan kuala kangsar. hahaha
ReplyDeletewakakaka konfiden level aku tinggi main belasah jer. HAHA ok aku edit. tq weh haha
Delete