Showing posts with label Diary BASYEERA. Show all posts
Showing posts with label Diary BASYEERA. Show all posts

Sunday, March 21, 2021

Pengalaman Bersalin - Little B No.4: BAHEEYYA

Assalammualaikum.

Hi semua!
Dah nak sampai hujung bulan ketiga dalam tahun 2021. Kita masih dalam situasi norma baru yang tak berapa baru, tapi dah ada vaksin penyelamat katanya.
Korang dah daftar ke tue? Ke dah settle amik 1st dose? 😃
Apa-apa pun semoga yang baik-baik saja untuk kita semua #kitamestimenang
.
Biasalah, sis akan muncul bila ada benda-benda penting jer.
Dah lah entry paling last 2018, tetiba muncul 2021.
Nasib baik login id & password dah takde lupa dah, sebab tulis kat notes 😆
.
Kemunculan kembali kali ni sebab nak update birth-story. 
Macam biasa, setiap anak masing2 punya kisah kelahiran yang ku update di blog, untuk kenangan diri sendiri dan untuk tatapan mereka suatu hari nanti.
Satu yang paling tak disangka, tapi sangat disyukuri ialah kisah bersalin ini adalah kisah yang ke-4. 
4 kisah yang pernah dilalui, buat kenangan diri sendiri dan buat aku lebih menyedari tanggungjawab dan amanah Allah yang diberi lebih besar untuk aku.
.
Yang tak pernah tau, dan tak pernah baca, nah link.

👶 Pengalaman Bersalin #01: BATRISYA
👶 Pengalaman Bersalin #02: BADRIENA
👶 Pengalaman Bersalin #03: BASYEERA

So, mana kita mula ya? Maaf lah, lama dah tak menulis blog. Ayat tunggang-langgang tu paham2 jelah yer. Nak menulis benda2 akademik berkaitan bidang pun kadang2 main mengelat 😅 
Apatah lagi nak tulis blog kembali. Sila bermimpi lah. Skill menulis dah makin tumpul.

38minggu (7/12/2020)

✅Atas arahan dan nasihat Dr Ng (Timberland Medical Centre) mama & papa buat swab test minggu ni. Sebenarnya, dia suruh buat masa minggu ke-36. Tapi bila tengok history adik-beradik yang lain keluar pada minggu ke-38, ke-40 dan ke-41, maka nak selamat kita buatlah minggu ke-38. Biasalah SOP norma baru kan. Takde result swab, suami takleh naik LR nanti.

✅ Ada 2 pilihan masa ni. Samada nak buat kat Timberland dgn bayaran RM300 seorang, atau buat kat mana-mana klinik yang ada offer buat swab test. Asalkan test tu valid dalam tempoh 14 hari. Jadi, kitorang decide buat kat klinik kesihatan biasa je dengan kos RM150 seorang. Jimat RM300! Salah satu sebabnya, takut kena swab kali ke-2 kalau baby tak keluar jugak dalam 14 hari. Kot lah kena, kang nanti kena bayar lagi 😅

✅ Papa amik cuti satu hari dan kitorang buat swab-test kat Klinik Kesihatan Kota Sentosa. Jauh sikit dari rumah. Tapi sebab kat sini je boleh walk-in dan datang buat test hari yang sama. Cuma perlu text/WhatsApp details je kat no phone yg diorang bagi untuk booked slot. Slot ada 2x sehari, before 11am & after 2pm. Kitorang buat petang, sebab pagi tu uruskan permit kerja kat imigresen.

Mama 1st time buat test, papa dah 2 ke 3 kali ntah. Syukur, semuanya okay je. Takdelah sakit seperti ada orang cakap. Cuma tak boleh blah die punya geli sebab die pusing2 cotton-bud tu dalam hidung & tekak. Dua2 belah hidung dan tekak kena jolok, doktor tu siap kira ye pusing 10x. Bapak laaaa skema Dr Brian oiii. 

Result dapat hari yang ke-3 selepas test, 9/12/2020. Result tak perlu amik dekat klinik pun, dia sent pdf* format thru WhatsApp je. Alhamdulillah, negatif. Next is, berdoa dan berdoa supaya baby keluar sebelum atau pada hari ke-14 selepas test. Kalau tak memang kena repeat lagi lah test! 😟

RM150 seorang + RM1 caj pesakit luar.

✅ Minggu ni jugak, mama-papa dah settle belikan hadiah untuk kakak2. Heee tradisi dari dulu. Everytime mama bersalin, memang diorang akan dapat hadiah. Tapi mama selalu cakap ni baby yang bagi sebab baby sayang kakak2. In other way, reversed psychology sket especially yang currently bongsu (Basyeera), sebab tak nak bagi dia rasa dah diabaikan bila ada adik.

 Hadiah ni lama dah diorang zikir nak beli, iaitu BASIKAL. Ye, basikal je pun, tapi mama-papa liat nya nak belikan sebab dulu2 rasa nak beli basikal macam takut diorang tak main sangat sebab kalau sekolah diorang balik dah almost Maghrib, memang jarang main luar. Weekend pulak dah full jadual swimming. So memang jarang sangat dapat main luar. Tapi since musim PKP, PKPB, PKPP ni dah keje duduk rumah je kan, memang petang2 ade je masa diorang main luar sebab boring. Kesian pulak. Jadi ok lah, kebetulan mama pun dapat bonus, rezeki anak-anaklah!

Warna feveret masing-masing. 

39minggu (14/12/2020)

Minggu terakhir buat class. Walaupun berbaki lagi 5minggu sebelum habis semester, semua silibus almost dah cover. Ada 2 je sub-topic masa tu belum cover, tapi semua video & materials dah ready. Tinggal post je nanti. Marking pun dah buat la sikit2. Tak nak menyusahkan diri sendiri masa pantang! Just that, Final Assessment je ada orang tolong marking, yg carrymarks memang kena lah gagah marking sendiri ye.

Beginilah kelas norma baru. Budak semester 1.
Jumpa pun tak pernah! Hanya bergurau di alam maya je.

✅ Masa minggu ni, hari2 usap perut, hari2 jalan itik kedepan kebelakang, hari2 light exercise, squat, hari2 merangkak satu bilik tidur. Doa, zikir, surah2 amalan pun tak tinggal. Siap berkali2 minta nenek Mislah doakan cepat2 bersalin. Nenek Bee pun dah siap call dan cakap dia kata terasa macam dah nak dekat bersalinnya. 

✅ Dah janji dengan papa, weekend ni mesti pusing2 taman nak bagi cepat keluar. Neves wehh walaupun anak ke-4! Lagi satu, malas nak repeat swab test. Maka, berjalan-jalanlah kite pada hujung minggu 19 & 20 Disember 2020. Sambil berjalan tu, budak2 dapatlah main kat playground. Yelah lama nau tak keluar sangat.

19/12/2020 (Sabtu)
Hari mendung, so bantai lah jalan pusing tasik pukul 2.00pm. 
Aman damai sebab tak ramai orang. Yelah siapa je yang bersenam pukul2ye tak?

Advanced photoshoot, sempena 10tahun di Sarawak!

✅ Oh by the way, dalam seminggu ni macam ada perasan 'jelly-show' tapi bab nak kata contraction, seperti biasa, mama takde rasa sakit apa2. Sakit mengeras tu biasalah kan. Nak kata mild contraction pun ntah tak tahu nak kata sebab tak rasa betul2 sakit kat pinggang pun. Cumanya, mama tak larat dah laaa nak bawak perut dikkk!

20/12/2020 (Ahad)
Sehari sebelum bersalin. Jalan almost 1km.

40minggu (21/12/2020)

Bangun pagi, lepas Subuh, mama sujud lama sikit. Mohon doa agar semuanya dipermudahkan hari ini. Apa-apa pun jadi hari ini, mama hanya serahkan pada Allah yg lebih mengetahui. By the way, awal pagi ni, macam ada slightly 'brownish-show' masa mandi. Dah terdetik, makin dekat ni 👶

✅ Hari ni, papa memang plan nak amik emergency leave je. Of course sebab kena teman pegi Timberland dan kalau2 lah baby tak keluar, memang kenalah pegi swab lagi. Sebab hari ni last day result valid. Lepas hantar anak2 ke rumah pengasuh, kitorang layan breakfast Lontong feveret. Deting yayy! Masa ni macam biasa je, baby mengeras. Alaaa, masih boleh berjalan, takde rasa apa-apa yang pelik. 

✅  9.30am - Sampai TMC, terus ke klinik Dr Ng. Ada sorang je patient. Tunggu la kejap. Masuk2 je bilik, dia terus tanya ada tanda ke, ada sakit ke. Macam biasa, mama gelak jela cakap -- 'We'll see how lah doc!' Tapi bagitau la dia jugak pasal ada show sikit.

✅ Dr Ng decide nak buat VE, so here we go! Tengok muka dia berkerut2 masa tu, dada rasa debarnyaaaa lahai. Tibe2 die cakap -- 'Ok, 3cm already!' Dangggg. Amik kauuu. Penangan jalan2 hujung minggu. Tapi dalam hati dan mulut memang menyebut, Alhamdulillah, akhirnya dikkk! Good  baby sangat ni dengar cakap. 

Catatan Dr Ng kat Admission Form.

✅ Dr Ng suggest kitorang terus admit, sebab result swab valid sampai hari ni. Jadi apa2pun, selamatkan diri dulu. Sebab kalau dah berada dalam TMC, dah admit, dah ada kat LR dia takkan suruh renew dah. Tapiiiii macam biasalah, mana maunyaaa laki-bini ni nak duduk lama2 kat situ kan. So, bagi la alasan, beg belum habis kemas, nak kena uruskan anak, nak apply cuti yada yada. Nasib baik Dr Ng tu yakin, dia just cakap -- 'Ok, just go lah! Then come back as soon as possible, I will wait for you'. Yayyy, maka balik la kitorang ke rumah dengan rasa syukur sebab tak perlu renew swab test!

10.30am - Sampai rumah, takde rushing apa pun, mama-papa buat rileks je. Sempat lagi kemas2 rumah, vacum, mop, cuci2 toilet. Paling penting kemas tempat tidur baby, sebab InshaAllah esok balik dah bawak baby. Ohhh, masa ni rasa sayu pulak. Mengenang bakal jadi #MakAnakEmpat. Mengenang bakal berpantang tanpa ada Mama teman & jaga. I keraiii 😭

Part paling syahdu 😭

12.00pm - Gerak ke hospital. Tapi, sebelum tu, singgah dulu rumah Mak (mak angkat anak2 @ pengasuh). Lepas salam2 and peluk cium nanges2, gerak la kitorang. Sejenis perasaan yang setiap kali nak pergi bersalin aku mesti akan rasa sebak. Sebelum sampai TMC, macam biasalah, paksa la papa pegi McD tapau Prosperity Beef Double. Nampaknya McD memang makanan rasmi sebelum bersalin yerrr. Masa ni dah call Mama dah. Dah start update lah.

Kakak2 yang kena tinggal.

1.30pm - Sampai TMC terus cari parking, kebetulan rezeki dapat parking betul2 belakang bilik kitorang nanti. Dah naik hafal location bilik, so memang cun lah dapat park situ, sebab senang nak jenguk2 kereta kot ada apa2 kan. Then terus refer admission counter, bayar deposit then naik check-in. Nampaknya bayaran deposit kurang sket tahun ni, compare 2 tahun lepas.

Tq B! Funder for life yeahhh!

✅  Naik je level 3, nurse dah sambut. Dia suruh timbang dulu, bagi baju hospital, masuk bilik, tukar baju, pastu suruh makan siap2. Timbang terakhir sebelum bersalin ialah 78.5kg. Sama je dengan berat sebelum bersalin kakak Eera. Diorang suruh makan dulu, lepas makan baru panggil diorang. Jadinya, makan lah kitorang dengan kool dan tenang jerrr sebab dah check-in. Sakit pun macam belum ada, lek-lek dulu.

Makan tetap makan. Prosperity double yer.

✅  Lepas makan panggil nurse. Tiber dia cakap -- 'Okay jom pi LR terus.' Alamakkk! Masa ni macam neves la pulak. Pastu sempat tanya balik, memang kene pi LR terus ke? Haha soalan aku punnn. Nurse cakap -- 'Iyer, sebab Dr Ng terus nak pecah ketuban'. Adoiiii laaa. Part ni lahaku malas ni. Sebab dah pecah kang aku takleh gerak mana2 dah, dengan nak pasang CTG tu nya. Adoiiii nak mengelak, tapi pikir2 balik baru teringat. Mesti la ada kaitan ngan swab test aku ni. Ok xpe, ikut jela cakap doc. Dia tau apa dia buat, InshaAllah yakin, redha, pasrah!

✅  2.30pm - Masuk je LR, macam biasa la procedure. CTG dah sah2 ikat kat perut lah, VE lagi sekali. Masa ni dah 4cm. Dr Ng terus kata nak pecah terus ketuban, supaya ade contraction dan bersalin hari yang sama jugak. Appppuuuuu, ku redha je dah masa ni. Walaupun sungguh tak rasa sakit lagi pun. Aku dapat imagine dah, aku mesti akan lama nak rasa sakit ni kalau awal2 tak sakit. Sama macam kes Eera, langsung tak sakit, 2x induced pun lambat nak rasa sakit masa dia dulu. 

✅ Maka bermulalah perjuangan. Sepanjang2 tu, memang pasang je zikir dan ayat Quran. Papa pun dah solat Zohor, solat sunat dah. Nenek pun dah tolong doa dari jauh. CTG tu level nya setakat 20-30 paling2 40 je sesekali. Memang Allah kurniakan rezeki nak merasa sakit tu payahnya lah. Nurse pun selang setengah jam memang datang monitor. Kurma, air zamzam & minyak kelapa dara dah separuh dah mama telan. Nak tido pun tak dapat dah masa ni. Sebab hati tak tenang. Kejap2 kang tengok mesin CTG tu. Paling mama fokus ialah heartbeat baby. Alhamdulillah, masih stabil.

✅ 4.00pm - Sungguhnya, siapalah kita nak menidakkan kuasa Allah. Hampir 2jam tunggu, rasa sakit langsung nan hadooo! Dr Ng datang lagi, dia tengok CTG tu macam tak berapa nak memberikan kerjasama, jadi dia kata -- 'Kita drip lah! Slow progress la' Apppuuuu sekali lagi. Bab induced ni la aku malas ni. Dah la aku jenis takut jarum. Adehhhhh. Hadoiii laaa, takpela nak demimu nak mama redha lagi. Moga Allah hapuskan la sikit dosa2 kecil mama atas asbab menanggung rasa gundah gulana nak bersalin ni. 

Kepada yang tak pernah tahu, ni lah CTG graf.
Atas: Baby's Heart Rate, Tengah: Mommy's Pulse Rate, Bawah: Contraction.
Perhatikan lah level contraction yang dah 2 jam masih selow gituuu. Ko ghase?

✅ 4.30pm - Maka mulalah induced drip, Pitocin, mula dengan 30ml. Sambung jela zikir, sambil menunggu kunjungan contraction menjemput. Selang setengah jam, nurse datang check CTG, naikkan lagi ml. Ya Allah, tetap laaa xberasa sakit beriya. Adala sakit pinggang manja2, tapi manja2 be-like je la. Nurse pun banyak kali tanya -- 'Ktk sekda rasa sakit kah? Ilek ajak ktk'. Haaa die tanya, tak sakit ke, muka rileks je. Dah memang aku tak sakit abis takkan nak acah2 sakit? Pastu kujawabkan je -- 'Sikpa, mun dah rasa bena klk kmk padah lah. Tauk kmk rasa sakit nya giya klk' (Kalau betul2 sakit kang aku cakap. Takpe aku tau rasa sakitnya nak bersalin tu camne). Orang lain punyalah menggelupur kata induced sakit, aku pulak berdoa mintak sakit. 

Sejenis penakut jarum, tapi demi anak, redha lah!


✅ 6.00pm - Nurse pun dah siap bertukar shift. Aku beranaknya tak lagi. Adoiiiilaaa. Kebas menunggu je tau dikkk. Masa ni badan dah start rasa seram sejuk sikit. Bagitau nurse, dia amik suhu. 39degrees, demam sipi2 ni. Aduhhhh, tetiba risau pulak, kalau demam nanti lain pulak prosedur. Papa pulak masa ni ntah dah berapa kali keluar masuk, solat la, jawab telefon la. Nenek pun dah bapa kali WhatApp jugak tanya progress. Ya Allah, sungguhnya penat menunggu tu memang menyiksakan. Makan malam pun diorang dah hantar dalam LR masa ni. Nurse kata makan jela kalau lapar. Yer memang lapar pun, makan bubur pun punyalah lahap sebab lapar. 

7.30pm - Tiba2 masa ni macam dah start ada rasa sakit pinggang tu more intensed. Alhamdulillah, finally. Pastu papa pun dok la monitor CTG tu. Dia kata dah naik 80-90-100. Masa tu ade la rasa kerut2 dahi dah. Ok now I know, and I can feel, dah dekat la ni. Papa laju2 pegi solat Magrib, last mama mintak, doakan lah cepat bersalin sebelum tengah malam sebab mama dah penat menunggu. Doakan sekali mujor jurus, bak kata orang Sarawak.

8.30pm - Ok, now sakit pinggang macam makin kerap, like every 5mins kot, ke cepat lagi. Bacaan pun dah stable, 90+ ke 100+ dah. Alhamdulillah la, lega sket sebab masa ni dah rasa anytime dah boleh bersalin. Tak silap masa ni Pitocin dah masuk almost 110ml. 

9.00pm - Rasa macam baby dah makin turun dah. Tetiba je rasa macam kepala baby dah kat bawah. Apalagi, bagitau lah papa. Nurse pun tanya 2-3x dah rasa nk kuar ke? Aah, ku jawab. Nurse buat VE. Masa ni dah rasa dah die dok usik kepala baby. Sah la, full dah la tu. Ok, dah 9cm nurse kata. Soon! Nurse terus call Dr Ng, and aku rasa Dr Ng dari rumah tu bawak kete macam lipas kudung sebab dalam 15minit dia sampai dah.

9.20pm - Sambil menunggu doktor datang, mama dah dok recall teknik pernafasan. Masa ni memang dah cakap kat papa, diri sendiri & baby -- 'Please lah! Kurang 3x teran, keluar zass terus ya. Mama dah lapar nak makan dan tidur. Doktor sampai, terus pakai PPE, sambil2 tu dia cakap relaks ya, macam biasa je.

Ready dah! Dalam kain bungkus hijau tu segala keperluan nak menyambut baby dah ready.

9.30pm - 'Ok now. 9.30pm. Dah rasa sakit, sila push ok!' -- Kata Dr Ng. Ok, aku memang ready giler dah. Kali pertama teran, rasa kepala dah kuar. Papa pun cakap kepala nampak dah. Pastu rest, adalah dalam 45seconds, sangat tenang yer. Siap masa tu boleh cakap, okay kali kedua ni saya nak baby terus keluar, malas nak push lagi dah. Diorang kata okay, rileks je. Masa rest tu, memang kumpul tenaga habis2. Bila dah sampai crowning tu, terus cakap -- 'Ok now saya nak push!' Yg aku dengar Dr Ng dok cakap -- 'Bagus, bagus! Lagi sikit, lagi sikit'. Tetiba macam sendiri rasa -- 'Ehh macam sangkut ni, takleh jadi, kena curik nafas ni'. Lajuuuu aku curik nafas dalam 3kali, sebab memang cakap kat diri sendiri nak habiskan terus. Sempat dengar nurse jerit -- 'Curi sikit, sikit je lagi'. Laki aku pun dah dok cakap dah separuh badan. Dengan segala kudrat masa tu, memang aku teran habis. Ya Allah besarnya tulang punggung ko dikkk! Berasa sungguh. Tapi lepas tu memang sungguh laaaa leganya. Hanya Allah je yang tahu.

9.35pm - Alhamdulillah, dalam masa tak sampai 5minit, 2x teran. Syukur seperti yang diniatkan taknak teran banyak kali dan lama2, dipermudahkan. Selamat melahirkan baby girl, 9.33pm. Masa ni kepala dah rasa berat sangat. Nurse bagi baby, letak kat dada, sempat peluk and cium. Tapi lepas tu nurse kata -- 'Kita bawak nursery yer. U demam, baby tak boleh stay dengan u malam ni'. Alaaahaiiii rasa ralat sangat masa ni. Susukan pun xsempat tau. Tapi takpelah, demi kebaikkan. 

✅ 10.00pm - Masuk bilik tanpa baby 😭 Tapi memang masa ni tak larat wehh. Badan pun bisa2 je rasa. Syukur jugak jahit 1st degree je, 2x pusing jer jarum. Dr Ng cakap pandai teran, cuma sangkut kat montot baby je sket tadi. Haa betul lah. Memang dapat rasa kot. Masa ni memang dah rasa kebulur yakmat. Terus suruh papa order foodpanda, nak bubur je pun. Aku terus buat teh halia, rasa lega dapat minum air panas. Sambil tunggu makanan, dok meratib, bila lah diorang nak cabut jarum drip ni haaa. Nurse cakap memang kena habiskan ubat. Tetiba sel2 otak aku cakap, sebab drip ni la kot agaknya aku rasa lemau dan dedau. Macam tak pernah2 gini. 

✅ 11.00pm - Kitorang dah ready nak tido. Penat yakmattt dari pukul 2 petang sampai ke 10 malam kat LR mau tak lemau badan. So lepas makan, both memang nak pengsan. Masa ni dah start suruh papa amik air panas letak dalam botol, sebab nak letak kat perut, ala2 bertungku. Adalah suruh dia picit2 sikit, nasib laki aku tau jugak basic urut2. Ok lah lega la sikit badan. Nurse suruh makan painkiller & panadol. Nasib baik darah ok, laju keluar, cuma masih berasa bisa contraction tu. Aku yakin sebab drip walaupun nurse cakap takde kaitan, kbai. 

✅ Dalam masa yang sama, rasa ada hikmah jugak baby kat nursery. Dapat aku rest, tido sebab sumpah la letih giler. Dengan laki aku sekali berdengkur kepenatan. Terjaga around 1.00am sebab nurse datang untuk bukak drip, and check suhu. Masih demam, 38.5degrees. Dalam mamai2 aku iyerkan aje, die cakap esok pagi baru anta baby. Lepas tu sambung tido lagi sampai la ke Subuh.

Pantang Hari Pertama (22/12/2020)

6.00am - Aku dah terjaga. Nurse datang nak check suhu. Walaupun aku rasa macam dah okay, tapi bila die check, masih demam, cuma kuranglah. Haihhhlah badan ni. Nurse suruh breakfast, lepas tu nanti dia hantar baby. Aku terus request laki aku assist aku nak mandi. Bdan rasa sungguh melekit, belengas, dulik laa aku nak mandi. Selalunya, masuk je bilik, lepas bersalin, aku terus mandi yer. Ni first time aku tak mampu. Lepas mandi terus makan, minum air panas. Badan masih berasa bisa wehhh. Sumpah laaa drip ni membawak sungguh sakitnya.

7.00am - Nurse anta baby. Sebenarnya masih demam sikit, kalau ikut tak boleh nak pegang baby. Lagi2 dia cakap result swab kitorang dah expired. Nasib diorang ni jenis consider. Dia suruh breasfeed. Baby pun so far tido sepanjang malam okay. Dah kencing, cuma belum berak. Haaa memang ubatnya kena susu badan la. Aku bagi susu dalam 10minit lepas tu terus berak. Alhamdulillah!

Assalammualaikum awak! Why so serious??

9.00am - Dr Ng datang. Check perut, badan, mata, tanya condition. Dia macam risau suhu badan on-off. Dia minta buat urine test jugak just incase takut apa2 infection. And due to swab kitorang dah expired, dia memang tengah discuss macam mana. Aku pun buat la ayat2 sket aku kata, I'm okay. I tak tahu kenapa badan suhu panas, I takde sakit apa2, darah pun okay. Dia kata nanti dia bagitau balik lah. Meantime tunggu Paed datang.

10.00am - Papa keluar pegi cari makan lepas mandi, berkemas and lepas paed datang review baby. So far semua okay. And paed memang cakap, tunggu jela apa kata Dr Ng untuk case aku. Sebab baby okay! Meantime, aku dah siap2 la jugak berkemas barang2. Yakin yer discharged hari ni HAHA Makan tengahari pun dah sampai, makan lagi. Around 2.00pm Dr Ng datang, dia kata since tengok aku macam takde rupa kesakitan, muka pun tak pucat, masih boleh jalan etc dia kata balik jela. Mana tau balik boleh sihat. Just dia kata datang balik kalu tiba2 demam panas. Yayyyyy!

✅ So, papa pun setelkan lah hal2 nak discharged. Settlekan bil, angkut barang2 ke kereta. Sambil2 tu tunggu jugak orang farmasi nak datang katanya hantar ubat-ubatan. Aku text jugak nurse kat klinik Samarahan tu bagitau dahbersalin. So, gitu gini adalah dalam kul 4.30pm jugak kitorang discharged. Sempat la OOTD kejap kat main entrance. Kenangan la pasni macam takde dah nak merasa pengalaman bersalin lagi kot 😜

Puteri ke-4!

Last memory bersalin. 

✅ Kitorang singgah rumah pengasuh. Kakak2 tak sabar nak tengok baby. Lepas tu, kitorang balik bertiga jer. Anak2 tinggal lagi sebab mak diorang cakap, takpe lah, uruskan lah baby tu, masih baru lagi. Malam tu kitorang tido dengan baby tanpa ada drama berjaga malam. Tido aman je yer. Up until now pun, dia sejenis yang tak berapa berjaga malam. Syukur Alhamdulillah, Allah mudahkan. Mungkin sebab tau, aku pantang sendiri, suami pun kerja.

Siblings bonding. First meet! 

--------------------------------------------------------------------------------------------

Begitulah coretan kisah bersalin yang ke-4.
Mungkin yang terakhir dah lah. Cuti kerajaan bagi 360 hari dah habis semuanya untuk 4 orang anak.
Syukur Alhamdulillah, dapat merasa habiskan cuti dan fully-utilised kan kelayakkan yang diberikan.
Kalaulah kot teringin nak lagi, kena tolak cuti tahunan & cuti tanpa gaji lah gamaknya.
Kali ni norma baharu, lain lah pengalamannya. Apa-apapun semuanya tetap manis untuk dikenang.
360 / 4 = 90hari per birth. Selamat digunakan!

Syukur atas kurniaan rezeki. 4 orang puteri, penyeri keluarga kami.

Okay, till then korang.
Tak tahu bila lagi agaknya akan rajin nak menulis.
Lagipun, ada lagi ke orang dok baca blog? Sekarang semua pun buat thread kat twitter, tak pun upload pict kat FB satgi kasi viral.
Apa-apa pun since dah lama pun ada blog ni, so tulis je sini senang buat kenangan & rujukan.


Untuk anak Mama, Baheeyya,
Selamat Tiga Bulan.
Esok jangan nanges kena tinggal okay?

Haiii tuan tanah yang baru!

💓,
#MakEmpatDara

Sunday, May 6, 2018

90 Hari & Pantang Anak Tiga - Tamat!

Assalammualaikum WBT. 

Finally, habis 90hari cuti bersalin. Hari ni Basyeera genap 90 hari @ 3bulan. 
Esok mama nak naik kerja dah. Alaaa, rindu nak gomol bau masyam pagi-pagi nanti!



Sekejap tak sekejap lah. Tapi nak recap balik kejadian 90hari lepas. Sebab apa kena recap? Sebab kenangan 90 hari yang pertama & 90 hari yang kedua ada tertulis. Maka, seperti biasa, seadilnya mama menzahirkan cerita.

Rutin Berpantang #MakAnakTiga

5.45AM

- Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, terus mandi. 
- Eh, eh, bukan mak yang mandi. Anak yang mandi. Batrisya kena dikejut untuk ke sekolah by 6am.
- Sementara dia mandi, dah boleh lah masak breakfast & bekal. Biasanya, dia ni mandi kena jenguk kalau tak mau 30minit dia bersidang kat toilet.
- Lepas siap breakfast & bekal, Isya makan then mama laju-laju pegi solat.
- Wajib siap semua rutin by 6.40am, sebab nak gerak 6.45am (kalau tak hujan), kalau hujan 6.30am dah kena gerak, takut jem nak masuk sekolah. Walaupun sekolah tak jauh, tapi still kena gerak awal sket.

7.00AM

- By 7.00am dah kejut Badriena pulak. Biasanya dia boleh je bangun sendiri sebab kadang dah dengar kakak bising-bising or mama dah mengaum.
- Breakfast & bekal dua beradik ni biasanya sama. Mana yg sempat, sosej, burger, french toast, sandwich, roti stoberi, roti nutella, nasi goreng, bihun goreng, nasi lemak, apa-apa ajelah janji dua2 perut berisi dan ada bekal ke sekolah. 
- 7.30am Dyna dah wajib siap makan. Sebab anytime Ayah (husband pengasuh) akan sampai untuk amik & hantar Dyna ke sekolah. Masa awal2 ada la jugak minta tolong jiran hantarkan, sebab sekolah Dyna jauh sket. Kalau hujan? Kalau hujan, yours truly akan hantar lah.

9.00AM

- Sebelum atau nak dekat 9.00am, mama dah wajib siap mandi, siap makan dan siap pakai bengkung. Bengkung lilit Jawa okay, gigih! 
- Tapi ada masa kalau memang tak dan sebab timing lari sket, pakai bengkung instant jer.
- Once Basyeera bangun je, dia akan menguekk sket2 je. Sebab kat sini matahari awal, pukul 9 dah macam pukul 10, so dah boleh la mandikan Eera.
- Lepas mandi, susu, dan dia biasanya tak terus tido. Dia akan main-main dulu, ajak borak. Masa ni boleh la sambil-sambil lipat kain ke, kemas dapur sket, pam susu ke, asalkan buat keje kite depan mata lah.
- Masa awal-awal pantang, akak yang mengurut dah datang, so dah boleh start sessi mengurut.

Nenek Siti dia mandikan.

Tu haa, pi ikat kat grill, lilit sendiri.

Demi pinggang Jessica Alba.

11.00AM

- Okay, biasanya dia dah tido. Fuhhh! Laju-laju pegi dapur, masak-masak apa yang patut untuk makan tengahari.
- Masa 2minggu awal, ada akak yang mengurut aku ni tolong masakkan. Thanks banyak2 Kak Siti. Dah macam keluarga dah kak Siti & keluarga dia ni.
- Lepas 2 minggu, aku sendiri masak lah. Alaa, simple2 je sebab yang nak makan sorang je pun. 
- Kalau nasib baik, dapat masak dengan jayanya. Kalau tak berapa baik, makanya usunglah Eera ke dapur. 

12.00PM

- Biasanya dah ready nak lunch. Lepas je settle makan, ready nak gerak amik Isya balik sekolah. Masa 2minggu awal, minta tolong mak classmate Isya yg merangkap kawan sekerja iolls tolong amikkan. Thanks banyak-banyak lah Kak Midah yang banyak bantu masa ni.
- Balik amik Isya, anta dia ke umah pengasuh. Kalau hari Rabu & Jumaat hantar dia ke kelas mengaji.

2.00PM

- By 2.30pm dah settle lah semua. Dah balik rumah balik. Eera masa ni pun biasanya dah mamai standby nak tido. Kadang dalam kereta belum sampai umah dah selamat. Tinggal angkat masuk umah je la.
- Kadang dengan mama sekali gudbye lena. Kadang kalau tak lena, lepas solat, ada je keje kat umah tak habis-habis. Masa cuti ni jela boleh nak settlekan hal-hal kat umah macam kemas rak dapur ke, arrange balik tupperware, lipat/susun baju dalam drawer etc.
- Kadang Eera tak tido, dia lek-lek aja dok dalam bouncer ke layan tv ke. So, sama jela still mama ada me-time la buat keja2 sendiri.
- Masa ni jugak lah curi masa update blog yang dulu2 tak dipeduli.
- Kalau ada check up ke klinik, masa awal-awal hari tu kuning kejap dan pegi injection, memang after kul2 baru pegi. Sebab biasanya klinik masa petang orang tak ramai. Yes, pegi berdua je ngan Eera since check-up hari ke-5.

Sebbaik jenis behave dalam kereta! Asal jalan senyap. Sama macam kakak2 dulu!

4.00PM

- Kalau Eera tido, biasanya dia dah bangun dah masa ni. Aku pulak dah ready jugak nak masak makan malam. 
- Kalau dia tak nak tido dan merengek maka makan malam hari tu adalah made-in-kedai/warung HAHA

5.00PM

- Dyna biasanya balik dalam pukul5 lebih. Ayah dia amik. Kalau hujan, seperti biasa la, amik dia.
- Lepas tu, terus amik Isya dari kelas mengaji/ruamh pengasuh. Kadang kat umah pengasuh diorang dah siap-siap makan. Kadang balik umah baru makan. 

7.00PM

- Solat Magrib sama-sama. Masa ni rasa bahagia je dapat nak check rukun diorang, bacaan diorang. Alhamdulillah, Allah beri kesempatan yang mungkin susah nak dapat lepas naik kerja ni.
- Eera sejenis behave. Masa orang solat/mengaji dia akan duduk diam dalam bouncer.

8.00PM

- Makan malam. Kalau diorang lapar lagi, suapkan aje. Kalau diorang tak makan, masa ni lah diorang berebut nak main dengan Eera. Lagi-lagi lately Eera dah pandai respons, kemain suka menyakat & mengagah.
- Makan masa pantang setakat mana yang mampu. Kadang memang diakui pantang seorang diri ni memang menguji kekuatan. 
- Masa ni, makan secepat yang boleh sebab Eera dah merengek nak tido

9.00PM

- Sebelum ni pun memang hari sekolah, paling lambat 9.30pm dah gelap dah rumah.
- So, lepas Eera tido, aku akan ke bilik diorang untuk baring sama-sama dan tidokan diorang.
- Eera jarang berjaga malam, jadi aku tido dengan tenang adan aman. 
- Dia bangun pukul 4-5pagi untuk susu & tukar pampers. Biasanya masa ni pun aku dah ready nak bangun balik mulakan rutin yg sama dari atas, setiap hari.
- Kalau weekend, kadang breakfast luar dengan papa. Lepas tu kuar la merayau.

#Pantang kali-3 the End!

- Kesimpulannya, pantang kali ke-3 ni walaupun hanya ditemani mama pada minggu pertama, Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Terima kasih Mama & Ayah yang berada di sini minggu awal berpantang.

- Urusan anak-anak sekolah yang awalnya dulu agak membimbangkan juga berjaya diharung. Allah hadirkan insan-insan sekeliling yang banyak membantu --  jiran, rakan sekerja, pengasuh, kakak urut dan runner masak semua mereka mempunyai peranan masing-masing. Hanya Allah dapat membalas jasa mereka dan moga mereka juga akan dipermudahkan dalam setiap urusan.

- Pantang kali ke-3 banyak mengajar aku yang Allah sebenarnya tahu apa yang sulit untuk kita dan apa yang dikurniakan untuk kita sebenarnya adalah sebaik-baik aturan yang telah ditetapkan. Rezeki berpantang sendiri, jauh dari keluarga, tapi anak Alhamdulillah anak-anak tak banyak meragam. Jahitan pun baik di hari ke3-4, jadi lepas tu mudah juga untuk uruskan diri sendiri.

- Allah juga kurniakan anak-anak yang cerdik, bijak dan memahami. Yang tak pernah jemu membantu walau kadang mama emo dengan mereka berdua. Terima kasih Batrisya & Badriena kerana jadi kakak yang baik. 

- Untuk suami, terima kasih atas segala pengorbanan dan kesudian mengorbankan masa dan tenaga berada di sisi sepanjang berpantang kali ini. Maafkan isterimu jika ada tika dilanda emosi dan ketidakstabilan hormon sejak jadi mak anak tiga ni.

Selesai sudah 90 hari cuti bersalin anak yang ketiga. Jika diberi rezeki, mungkin ada kisah yang keempat. Jika tidak, maka kisah ini tetap akan aku ingat sampai bila-bila.
Syukur!
Okay, esok nak start rutin yang sama tapi situasi sedikit berbeza.
Wish me luck :)

Mama sayang korang!

Selamat Malam, 
#MakAnakTigaNakMasukKerjaDahEsok

Monday, April 23, 2018

BASYEERA | Sunat @ Khitan anak perempuan

Assalammualaikum WBT.

21 April 2018 - Basyeera selamat dikhitankan.

Debor ke tu dikk?

Berkhitan?
Berkhitan / berkhatan / bersunat bagi bayi perempuan adalah proses yang melibatkan hanya pemotongan sebahagian kulit pada bahagian atas faraj. Ala-ala cuit secoet jer. Tak perlu nak takut yer, totally tak sama dengan proses berkhatan bagi lelaki.

Hukum Khitan?
Terdapat beberapa pendapat utama dalam hukum sunat/khitan bayi perempuan. Dalam konteks Malaysia dan Mazhab Syafie – wajib, tetapi ia tidak diberatkan sekiranya terdapat halangan mahupun kemudaratan bagi anak tersebut.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 – 23 April 2009 telah membincangkan Hukum Pemotongan Genitalia Wanita (Female Genital Mutilation) bersetuju memutuskan bahawa hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib. Namun, sekiranya ia boleh membawa kemudaratan pada diri, maka ia perlu dielakkan.

Bila boleh / sepatutnya bawa bayi perempuan berkhitan/bersunat?
Anak weolls tiga-tiga perempuan. Semuanya buat seawal 2 - 3 bulan. Senang cerita masa belum  naik kerja lah. Sebab incase kalaulah ada apa-apa masalah macam demam ke, melalak tanpa henti ke, baby masih ada dengan mak dan tak perlu nak stress kot anak tak selesa/sakit di rumah pengasuh/taska/dengan maid. 

Lagi satu masa awal ni senang nak handle. Paling-paling pun baby akan menangis. Kalau dia nak meronta-ronta pun setempat aje. Kena pegang kaki je pun masa procedure tu. 

Kakak-kakak teman adik

Lama ke prosesnya?
Allah. Cepat. Tak sampai seminit kot. Prosesnya melibatkan memotong sebahagian kecil selaput daging pada bahagian atas saluran kencing yang menutupi klitoris. Doktor cakap sesedikit yang mungkin agar tidak akan mencacatkan mahupun mencederakan. Tak perlu bius tak perlu nak distract baby. Tapi kalau dah besar maybe kena lah kot. Tak pasti.

Persediaan?
Sediakan duit. HAHA. Ok takde apa nak disediakan pun. Bawak pampers spare je lah kot. Dan, make sure baby sihat. Kalau demam tak perlulah bawak dulu, nanti baby cranky, kesian.

Penjagaan? 
Sunat anak perempuan ni amat cepat nak sembuh tak macam lelaki. Lepas sunat, tahan dengan kapas, darah tak mengalir lagi, kira dah ok lah tu. Basyeera lepas sunat boleh pi jalan AEON hahaha

Bersihkan macam biasa kita tukarkan pampers baby. Kalau pakai wipes, dalam 1-2 hari lepas khitan jangan la kuat-kuat sangat tekan kat tempat dikhitankan. Kalau spray air/basuh/mandi bersihkan perlahan-lahan. Ada baby yang menangis kalau kena sabun. Ada jugak yang lepas khitan, bila kencing menangis maybe sebab kena luka khitan tu. Apa-apa pun jaga je kebersihan kawasan tu. Oh ye, tak perlu letak minyak gamat ke apa, luka tu akan baik dengan sendirinya.

Tudiaa, sejam lepas sunat dah pi raon AEON baru. Kelass ko dik.

Pantang selepas khitan?
Takde pantang. Sebab tu dicadangkan baby seawal 2 bulan tu boleh terus buat. Sebab masa ni baby hanya minum susu ibu. Yang maknya kalau masih dalam pantang tu jaga je lah pantang okay.

Klinik by appointment @ walk in?
Sebelum pergi, weolls dah survey 2-3 klinik swasta yang boleh buat sunat/khitan bayi perempuan sekitar Kuching. Ada juga yang dicadangkan kawan-kawan. Sebaik-baiknya carilah doktor Muslim walaupun now dah ada doktor non-Muslim yang provide servis khitan ni.

Please refer dan contact dulu klinik sebab lain klinik lain polisi. Ada klinik boleh walk -in, ada klinik by appoinment sebab tunggu doktor ada baru buat. Ada juga yang buka weekend, ada yang boleh buat weekdays sahaja. Lain klinik, lain kepakaran dan pengalaman yang berbeza. Terpulanglah pada preferences masing-masing.

Kos?
Around RM25-RM70, bergantung kepada lokasi klinik dan kepakaran doktor di klinik tersebut. Itu sebabnya kena survey dan tanya dulu.


Untuk yang ada anak perempuan yang masih belum bersunat, eloklah disegerakan. Kenapa?
- Makin besar budak, makin macam-macam tantrum. Nanti kena bius plus susah nak control @ pegang budak masa proses sunat, kot dia meronta-ronta kan.
- Umur 4-5 tahun anak-anak dah boleh mengingat dan tahu perasaan takut. Nanti budak fobia @ takut jumpa doktor.
- Kita selalu didik anak-anak jangan exposed private part kepada orang lain, jadi taknak nanti jadi confusing pulak kat budak tiba-tiba disuruh kangkang depan doktor.

Untuk orang-orang Samarahan or Kuching, ktk org bolehlah nangga list dibah tok klinik-klinik yg ktk org boleh pegi nak polah sunat kei anak ompuan k? Mun anak laki boh nanyak kmk, awal mdh lom sampei masa nak survey hehehe

Klinik sunat/khitan bayi/anak perempuan di Kuching:

Klinik Syafa' (area Satok, bersebelahan Sendayu Tinggi)
Walk-in, weekdays & weekend.
Bayaran: RM25
Umur bayi : Bawah 1tahun.
Tel: 082-232 803

Klinik Sharifah Ihsan (Satok, shoplot setentang dengan Bank Islam Satok)
By appointment, weekdays & weekend.
Bayaran: RM50
Umur bayi: Tiada limit. 
Tel: 082-255 100

Klinik Naluri (area Kubah, sederet Wanda)
Walk-in weekdays sahaja.
Bayaran: RM25
Umur bayi: 4 bulan ke atas.
Tel: 082-410 848

RM25 tunai! 

Rasanya dah jelas lah kot kepada yang bertanya tentang sunat/khitan bayi perempuan.
Okay, semoga bermanfaat kepada semua.
Daa~

Wednesday, March 7, 2018

Pengalaman Bersalin - Little B No.3: BASYEERA

Assalammualaikum.
Holla! 
Hari  ni nak habiskan hutang cerita pasal #littleBno3 ni dulu baru aku boleh move-on topik lain. Satu lagi post yang WAJIB di blog ini ialah pengalaman bersalin. Agaknya kalau anak aku 8 orang, akan ada lagi 5 cerita bersalin ke atau nanti masa tu buat referal link je, sila rujuk pengalaman bersalin #No2, ke #No1 gitu? Lol.
Pengalaman Bersalin #01: BATRISYA
Pengalaman Bersalin #02: BADRIENA
Semalam 6 Mac, kalau ikut tarikh kira sebulan lah si Basyeera atau dengan kata lainnya dah sebulan berpantang. Tapi kalau dihitung kira bebetul hari ni lah baru 30hari nya. Another 14days to go (44hari). Semalam jugak pergi check-up baby. Alhamdulillah semua ok. Berat terkini 4.15kg. Patutlah lenguh tangan pangku dia.
1 month old. 4.15kg.
Sementara dia tido laju-laju lah maknya menaip karangan cerita kelahiran dia ke donia untuk rujukan lagi 2tahun, eh? HAHA

30 Januari 2018 - 40minggu

# Masa ni punya neves dupdap tak payah la cerita. Asyik la menyebut, usap perut, zikir apa lagi lah semua dah buat untuk pujuk #littleBno3 keluar.

# Gerak hati macam nak kata belum sampai masanya lagi anak aku nak keluar ni walaupun macam kadang2 macam ada feeling macam sakit, tapi mama tau tu bukan sakit nak beranak.

# Bekerja macam biasa. Minggu ni memang busy dengan mesyuarat dan hal-hal peperiksaan. Selaku wakil peperiksaan jabatan, mak masih gigih siapkan semua presentation, analisis keputusan dan hal-hal kerja lain mana yg sempat. Siap dah pesan kat bakal pengganti selama 3 bulan ni. Moga-moga tak menyusahkan orang dan diri sendiri yang nak bercuti panjang.

# Pergi check-up 40w, doctor pesan dah siap2 next week serah diri, sebab berat baby dah 3.45kg masa ni. Takut makin besar dan susah nak keluar nanti. Gulpp! Asyik la terbayang orang cakap induced sakit, tamauuu! Doa. Doa.

40weeks check-up!

# Officially bercuti 1hb Februari. Nenek Mislah pun dah sampai Sarawak dah masa ni. Menunggu kemunculan awak nak oiii.


6 Februari 2018 - 41 minggu 

# Sesungguhnya, perancangan kita takkan dapat mengatasi apa yang telah diaturkan di Luh-Mahfuz. Dengan pasrah, redha dan tawakal, maka pagi Selasa ni memang ready dah nak serah diri.

# 7.30am - Lepas hantar Isya pegi sekolah, terus gerak sekali jalan lah hantar Dyna, then terus ke hospital. Jalan dah kurang sikit jam so dalam pukul 8.30am dah ada kat hospital.
Status terakhir sebelum serah diri :)
# Kali ni, decide nak bersalin kat Timberland Medical Centre (TMC) Kuching. Saja nak try TMC pulak sebab Dyna dah merasa kat KPJ. 

# Sampai je terus refer admission, tunjuk je surat serah diri yang Dr. Ng dah bagi last week. Papa pergi setelkan deposit, then terus diorang escort naik wad dalam kul9 camtu.

# 9.30am - Nurse datang, tukar baju, check BP. Doctor akan datang untuk check dan induced dalam pukul 10am katanya. Masa ni otak tak tentu arah dah. Sebenarnya dah 2-3 hari lepas dok tanya pengalaman orang2 yang pernah kena induced. Ada yang meyakinkan. Ada yang saiko duhh, like masuk2 je ubat induced nanti terus sakit. Demmit sungguh testimonial dan perasaan mental itu!

Senyum neves tu uolls.
# 10.15am - Doktor datang buat VE. Well yeahh, kenyataan doc yang buat mak makin neves -- "Masih tebal servic, jalan tak buka lagi, so we induce u lah. We'll see how after 4-6 hours".

# Nama pun dah serah diri dan pasrah kan? So relalah diseluk dan dimasukkan ubat induse 1st dose. Auchhh sakit manja sket la sebab ala2 kena paksa kan, jalan belum bukak. Bermulalah penantian nak melahirkan anak no3 nih. 

# Sambil tu melayan whatsapp dengan makcik dan adik ipar aku, dua2 nurse, dua2 pernah kena induced. Mama kat rumah dan husben buat solat hajat mohon dipermudahkan.  

# 11.00am - Nurse datang nak pasang CTG sebab dah sejam masuk ubat. Seperti yang dijangka nan-hado contraction. 

Graf contraction yang paling bawah tu. Less than 10% hoii apa pun tak rasa masa ni.

# Pemahaman dan pembacaan orang cakap induced sakit. Sakit macam dijemput2 bak kata makcik iolls. Tapi selama 4-6 jam tu memang tak rasa apa. Masa ni segala tok mak nenek petua jalan itik, merangkak, squat, ehh you-name-it-lah, yg dah aku buat berminggu yang lepas aku buat lagi, dan lagi. 

# Nurse datang selang sejam pun asyik la aku tanya kenapa saya tak rasa contraction lagi. Dan berhuhuhu je diorang cakap -- "Biasalah, tengok orang jugak! Ada kena masuk ubat sekali terus sakit, pastu sambung drip. Ada yang sampai 3x tak beranak, lepas tu czer. Rezeki masing2"

# 4.00pm - Cukup 6jam. Doc datang. Check VE lagi. Masa ni memang berharap bukak ler jalan at least 2cm. 

# 4.15pm - Tak payah nak cerita banyak,  2nd dose masuk. 

# Tiba2 terasa nak makan prosperity burger. Maka, lepas je solat Asar, suami mithali pun pergilah cari McD. Pergi McD yg dekat dgn hospital, boleh pulak lupa yg McD tu dah tutup. Ok, gigih dia pergi McD kat airport dalam sejam lebih gak pergi balik. Demi isteri katanya!

# 4.50pm - Nurse datang pasang CTG. Nurse lain pulak, dah tukar shift. Lagi sekali soalan aku -- "Kenapa tak sakit eh?"

# Masa ni memang berdoa tak henti moga Allah kurniakan rasa sakit itu. Pelik tak mintak sakit? Huhu mintak sakit sebab nak ada rasa itu, supaya boleh bukak jalan dan beranak normal.

# 6.20pm - Yesss, kali ni macam nampak ada progress. Sakit pun manja2 be-like. Alaa, macam ko lepas buat sit-up jer.

See trending peak dia dah makin naik dan konsisten. Masa ni contraction 40%-50%.
# Text husben bagitau dah ada sakit. Agak menggelupur lah dia, sebab jalan jem sket biasalah petang orang balik kerja kan. Gua pesan leklek je bro! Sambil tunggu dia, sempat pi mandi dulu sebab rasa rimas belengas badan dah seharian kan.

# 7.00pm - Makan Prosperity idaman hati. Tapi tak habis, sebab lepas 3x suap tetiba rasa sakit yang ditunggu. Jengjengjeng!

# 7.30pm - Macam dah rasa contraction kuat. Masa ni timing pakai apps. Selang 5minit dah contraction. Husben tolong timing siap dia dah hafal bila peak sakit tu. Terus cakap kat dia, panggil nurse @ midwife nak suruh diorg check VE.

# Nurse datang check VE. 5cm. Syukur sangat masa ni. Alhamdulillah lega. Diorang suruh siap2 nak masuk labor room. 

# 7.40pm - Jalan kaki je masuk LR, tak jauh pun LR depanbilik je hahaha takyah ngada nak wheelchair bagai.

# 8.15pm - Doc datang, check VE, 6cm. Woww! Tak sampai sejam 1cm lagi. Masa ni dalam hati cakap mau lagi setengah jam aku beranak ni. Doc decide pecahkan ketuban. Contraction 80%. Doc cakap dia nak turun klinik jap.

# 8.20pm - Contraction dah 100% oiii. Selang seminit ke tak sampai seminit dah cungap2 mintak nyawa. Ngadu kat husben rasa macam nak teran dah. Panggil sorang nurse ni dia cakap -- "Belum lagi ni. Jangan teran nanti koyak". Dia tak tahu aku rasa macam nak sepak orang je masa ni. Mangsa keadaan masa ni ialah suami yang perut ke pinggang dia kena gigit sebab kepala aku berpaut kat pinggang dia.

# Husben berkeras suruh panggil doc @ midwife mintak check VE. Masa ni dah terbayang Prosperity burger balance tadi dan hot-chocolate kat wad. Laparrrr! 

# 8.30pm - Midwife check -- "Full". 10cm. Terus call doc panggil dia naik balik. Masa ni aku rasa nak push dah, copek sket boleh tak doc? 

# Sementara tunggu doc, sempat suruh husben hulur kurma, air zam-zam & VCO, sebotol VCO aku teguk dan-dan tu abis dengan harapan senang baby keluar. VCO ni botol ke-4 aku minum dari 7-bulan mengandung. Doc sampai je terus cakap -- "Saya nak push ni!". Doc cakap okay!

# 8.40pm - Tepat lah kata hati aku cakap setengah jam lepas pecah ketuban dah beranak. Dengar suara tangisan baby after drama 10mins, 5x teran, baby meluncur laju zasss gitu. Masa nak teran kali ke-3 tu rasa nak muntah. Apehal ntah. Allahuakbar! Tapi, syukur & lega sangat. Soalan seterusnya -- "Koyak tak doc?" Doc senyum, cakap sikit jer. 

# 9.00pm - Siap semua. Jahit 1st degree, 2x pusing jer jarum tu, syukur! Baby dah sempat breastfeed 1st round, lepas tu anta nursery. Aku tak pikir lain masa ni -- Makan, makan, makan. Lapar! Sampai wad terus makan dan minum dengan jayanya sebab lapar hamatttt. Husben cakap nak pegi tapau makan dia lapar, sebab makanan dia pun aku dah habiskan miahahaha

# 11.00pm - Nurse datang tanya nak pilih doc paed mana. Ada doc yg akan datang pagi lepas rounds, ada yang tengahari baru ada. Kitorg nak yg paling cepat supaya esok boleh discharged awal, so kebetulan ada doc on-call paed. So proceed.

# 12.10pm - Doc datang review baby. Baby dah berak & kencing masa keluar tadi. Syukur tak tangguh pegi spital kalau tak ntah dah berak dalam perut kot, Nauzubillah. Lab result keluar esok pagi. Hearing test pun buat esok pagi. 
Baru keluar nursery! 
# Baby tido dengan kitorang malam tu sebab nurse cakap diorang boleh datang nanti pukul2 & pukul5. Ok done, boleh tido dengan tenang lah gitu. Bangun sekali je malam tu sebab kencing & nak susu. Lepas tu, dia bangun Subuh sebab kejutkan papa nak balik hantar kakak2 pegi sekolah & amik nenek datang hospital.

# Esoknya, 7hb, kitorang discharged dalam pukul 11.00am. After Dr Ng datang check mama & after result darah & hearing test baby keluar. Bermulalah episod pantang sampai ke hari ini.

Officially #MakAnakTiga & #Papa3B

Dengan nenek.
Terima kasiih semua atas ucapan & doa kalian.
xoxo,
#MakAnakTiga