Showing posts with label Student's Life. Show all posts
Showing posts with label Student's Life. Show all posts

Wednesday, December 1, 2010

StudentsLife: My Masters Dessertation Completed! Syukur!

Alhamdulillah.
 Selesai sudah another chapter dalam hidup.
Syukur!
Setelah 2 tahun bergelut dan berhempas pulas.
Setahun dilalui zaman bujang.
2 minggu sebelum kawen masih ber'exam'!
Dan setahun lagi I harungi sewaktu sudah berkahwin.
Terima kasih encik so-army banyak support & tolong I.
Akhirnya berjaya jugak I menyiapkan ini.
.
.
.
.
.
.

Tahun depan konvo yeayy!
Konvo bersama baby. Mak buyong berkonvo. HAHA.
Okey. Now, masa untuk DIY benda2 yg boleh sebelum mula mengajar.
Nanti dah sibuk, harus DIY I tinggal jer. :D
BisikChenta: Boleh slash satu lagi IMPIAN LIFE-TIME kat sidebar tue :)




Monday, August 9, 2010

Motivasi - Keep on Moving!


Tiada henti,
Aku menapak mencari arah dan meneruskan langkah
Tiada henti,
Aku berjalan menuju sesuatu yang menunggu di sana
Tiada henti,
Aku berlari terus mengejar impian yang aku ingini
Tiada henti,
Aku berdoa semoga semuanya dapat aku miliki
Tiada henti,
Aku meyakini bahawa janji dan ketentuan Allah itu pasti
Tiada henti,
Dan aku masih tak berhenti
Walau berjalan, berlari dan kadangkala menapak memabawa diri
Moga akan aku temui kesudahan
Di suatu destinasi akan tiba suatu hari nanti pasti aku jejaki…

tiada henti

BisikChenta : Ini motivasi untuk diri sendiri yang dalam mood struggle! :)Wish me luck… 20 hari lagi! Gambatte!!

Tuesday, June 1, 2010

Friends: Girls 5B SMKAJ Outing

Weekend lepas sehari selepas I balik dari Bali, I join outing girl’s classmate :) Oh course full strength sebab kelas I dulu ade 5 orang je gadis yang ayu macam perempuan melayu terakhir. Hahaha.. I rase last I jumpe they all mase wedding one of our classmate Amirul Faizi.
Lokasi pertemuan kami ialah Times Square! Puan Natrah hadir bersama suaminye Encik Zam. Die sempat lagi berfish-spa sebab die org paling awal sampai. Janji pukul 3 okey! I dengan encik so-army la kan, kami datang selepas menghadiri kenduri kawen officemate necik so-army, Sabri & Ekma. Cik Sueza yg masih single (if I’m not mistaken la..) orang kedua hadir sebelum I.
Aktiviti dimulai dengan sessi membaling bowling ke longkang. Disebabkan mase tue tak cukup korum lagi, hanya kami bertiga, so, we all proceed dengan main bowling dulu.

P5310004
( me, sue & atah ~ start to bowl!)

View outing1

Lepas start 3-4 balingan, Cik Ruwaida yg kecil molek datang! Ohh..suprisingly Cik Ummu Fadhilah the last person yg sampai! Dan die bertemankan jejaka pilihan hatinya bernama Encik Syed Sigaragar saudagar barang purba! :p

P5310020  (akhirnya cukup berlima! 5 Bestarian girls!)
Next..Kami pegi menkaraokekan diri di News KTV Imbi Plaza. Sessi gossip menggossip pun bermula la time nie. Hmm.. Tapi memang enjoy la. Nyanyi ke laut pun takpe, janji enjoy! Paling best nyanyi lagu2 zaman skolah dulu of course BSB, Britney, Alicia Keys :)

View outing2


(sessi melalak..!)

Siyesly, really enjoy it! Walaupun I ngan encik so-army still penat lagi sebab baru balik dr Bali tp kitorang enjoy je, especially sebab I dapat jumpe kengkawan lama! :) Sangat rindu zaman sekolah dulu bersama mereka ini. Kelas I ade 5 orang je pompuan, so haruslah kami nie close to each other. Now, masing2 dah ade kerjaya masing2, life masing2 but I hope we can still hang-out, gossiping & lepaking together2. Siyesly, walopun masing2 dah keje jauh, dah ade life sendiri, tapi mereka tetap I ingat sampai bile2 okey. Mereka adalah kawan yg patut dimiliki :) I love u all Diela, Sueza, Atah & Eda! Friends forever!

P5310021
BisikChenta: I suke gile lagu  Graduation – Vitamin C..Sangat touching!

Friday, March 5, 2010

StudentsLife: Info - Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM

Maaf kepada yang email I dan I tak sempat nak buat entry pasal TPM (Tenaga Pengajar Muda) Sungguh ramai yang search TPM UiTM ni dan klik link ke blog I yer..

Okey, taknak buang masa. Mari I bagi sikit INFO (or frequently asked questions) berkenaan Tenaga Pengajar Muda UiTM ni..*terasa I betul2 muda remaja dan nak jadi cikgu**

Baiklah..I may start now! Tawaran TPM UITM nie, tertakluk kepada beberapa syarat:

1. Mesti mendapat tempat pengajian di universiti dalam/luar negara yang diiktraf oleh Kerajaan Malaysia.

2. Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris. WAJIB menduduki TOEFL 460 (paper based) atau 140 (computer based) atau IELTS Band 5.0.

3. Meletakkan jawatan (sekiranya bekerja) sebelum memulakan pengajian.

4. Menandatangani Surat Perjanjian untuk berkhidmat dengan UiTM selama 7 tahun selepas tamat pengajian atau gantirugi RM 100,000.

5. Lulus Tapisan Keselamatan oleh JPA dan UiTM.

6. Memulakan pengajian dalam tempoh setahun selepas tawaran biasiswa.

7. Tidak menerima biasiswa/pinjaman atau mengikat perjanjian dengan mana-mana penaja/badan lain.

8. Setelah tamat pengajian, mestilah melapor diri dengan SEGERA dan menghadiri temuduga oleh pihak Universiti untuk dipertimbangkan ke jawatan pensyarah.

Baiklah. Cakap pasal SYARAT kat atas mesti boring kan? Cube I cakap pasal DUIT/ELAUN..mesti laju je korang nak scroll kan? :p

Biasiswa Tenaga Pengajar Muda nie menawarkan pakej percutian biasiswa/kewangan seperti:
Yuran Pengajian (ditanggung sepenuhnya mengikut yuran pengajian universiti masing2)
Elaun Tutor : RM 1,500 sebulan
Elaun Sara Hidup : Mengikut kelayakan
Elaun Buku : RM 750 setahun
Elaun Perkakas : RM 900 setahun
Elaun Penempatan : RM 1,350 (sekali sepanjang pengajian)
Elaun Thesis : RM 1,500 (Sarjana) / RM 6,000 (PhD)
♥ Elaun Akhir Pengajian : RM 500+

Haha..sekarang dah terjawablah kenapa I boleh kawen dan duduk kat umah saja tak payah kerja sambil belajar :) Kantoii :p

Harap2 yang bertanya/email I dah baca entry nie. Kalu nak tanya ape2 lagi, boleh private message I, tak pon letak kat komen yer..

Sekali lagi nak cakap bende nie, UiTM DiHatiku (wah, siap kaler purple lagi kau!)

*Big boss* Bernaung di bawah MOHE! :)



BisikChenta: Menunggu elaun bulan ini.. :p

Wednesday, September 16, 2009

StudentsLife: Elaun TPM, makcik kayoooo!

Yahooo.....Makcik kayoooooo!!
Oppss..Nada riak..Tak baik.. (tarik balik...:D)

Alhamdulillah...
Elaun TPM aku dah masuk..
Hambik ko segedebuk die bagi..Tak penah plak dlm bank aku ade duit byk tue..
Adela..tapi maksud aku, duit yg org masukkan segedebuk byk tue..Slalu dah kumpul lame baru dapat kot!
(Jumlah tak leh dinyatakan di sini atas sbb2 keselamatan ;p)


Yahooo...leh shopping raye!
Ermm..xdela shopping sgt pun..(haha..boleh caye ke ko nie Balqiz?)
Pagi2 aku dah dok tekan2 CIMBClicks!
Pastue..tgok je duit dr RM 80 jadi RM xxxxx terus call Mama aku..Kukhabarkan berita gembira padanya! Harussss....
Then siap amik gambar transaction History, MMS kat ChentaHati.. (ciss..punyela heppy!)

Hehe..adik aku xde klas hr nie..
Nak ajak die gi shopping raye la kat JUSCO Bukit Raja jap lagi..
Sekali sekala pe salahnye kan??
Bukan luak pon, adik aku sorang je..

Yg selebihnye, nak beli brg sket2..
Then yg lain nak simpan tuk kawen!!
Walllaweeyyyyyy!!
Yabedddaaaabedddoooooo!!


Aku seronok sgt tak terkata..
Jadi cukup stakat ini okey! =)
Syukur Alhamdulillah atas rejeki yg Allah kurniakan untuk aku tahun nie..
InsyaAllah, aku tak lupa yg memerlukan.. =)

BisikChenta: Rezeki sepupu2 & anak2 buah laa raye tahun nie..

Saturday, September 12, 2009

Friends: Iftar-Gathering @ Shah Alam

Agenda hari ini!

MAJLIS BERBUKA PUASA
BATCH 26 PALAPES UiTM

(Army-26, Navy-8, Air Force-2)
+ DATE: 12 SEPTEMBER 2009
+ VENUE: U12, DESA ALAM, SHAH ALAM

++++++++++++++

Kali ke-2 penganjuran Majlis nie. Tahun lepas buat kat UiTM sbb masih ramai yg belajar. Tahun nie, buat kat rumah skuad plak. Lame tak jumpe skuad2 aku nie.
Teringat kenangan puasa dalam medan mase Junior! Mara 7km, compass matching 15km..haha..ramai btul yg "burn" puasa time tue..

++++++++++++++

Gambar gathering tahun lepas aku kongsikan di sini!

+ Time makan..Laju je sume! +

+ Army Ladies! ~ Macam tak percaya sume nie askar..haha~ +

+ Together we Unite! Batch 26 Rawkksss! +

++++++++++++++

Dan ini, gambar dolu2 Ramadhan 2004, UiTM Sri Iskandar, Perak!
BisikChenta: Betapa aku merindukan mereka2 ini, walaupon sgt perit utk aku ulangi zaman ini!

Wednesday, July 8, 2009

StudentsLife: IELTS Test @ IDP Centre, Subang Jaya

++++++++++++
Aiyyakk..Entry kali ni takleh bebel byak sgt! Mahu menumpukan perhatian (cewwahh..konon!)
Seperti yg aku katakan kat entry Bahasa oh! Language..blogger-emoticon.blogspot.com
Hari nie aku ade satu exam speaking, IELTS..
Aku dah study malam tadi..Nie tgh study sket2 la
gi nie..Sebenarnye aku pon tak tau ape nak study! =)
Main bace je contoh2 speaking test dalam buku yg aku pinjam 2 hari lepas nie.. (ehh! aku pinjam buku?? Kagum2!)
Ntah ape aku nak merepek kjap lagi nie..Jangan die tanye soklan2 isu semasa sudah! Mati aku!
Manek Urai, H1N1 tu aku tau laa sket2..lately,aku jarang dah bace paper online! Malas ya Rabbi!
Yg pelik2 kang, berbelit lidah Jawa aku nie nak menjawab kang! Hahaha...
Okeylah..Mahu bersiap..Test aku start kul 1.30ptg..Kene ade di IDP Centre, SS15 Subang Jaya lebih kurang 1okolok!
Doakan aku berjaya oke! Sekurang2nye Band StudentsLife: 5 la..harap2 lepas.. ;p
blogger-emoticon.blogspot.com
++++++++++++
BisikChenta: Nak hujan nie..Harap2 mase aku gerak tak kene hujan nanti!

Monday, July 6, 2009

StudentsLife: New Semester!

Mula dah...

Semester baru 'persekolahan' aku bermula hari nie..
Aku masih dalam mood malas n tak ready!
Cuti 2 bulan saaangatttt beeessstt..Asyik berFB, berBlog dan bermalas2an di rumah sambil konon2 buat preparation tuk Thesis aku! ;p
Huh...Malas nk start study balik (evey sem pon camnie la aku!)
Minggu ni dah start membusykan diri oke!
Kelas mungkin bermula hari ini (berharap agar tak mule lagi.. ;p)
blogger-emoticon.blogspot.com

*****

Untuk semester nie 4 subject yg akan aku ambil..

BSV 706: Facilities Planning & Management of the Building Fabric
BSV 707: Services & Environment Management
BSV 708: Computer Aided Facilities
BSV 09: Integrated Simulation Faciities Management Project

Kesemuanya berjumlah : 16 jam kredit oke!
Killer subject (sumber drpd senior2 lepas) : BSV 706 & BSV 709
Kelas pada setiap Isnin & Selasa.. (ringan sket..last sem klas hari2)
2 subject setiap hari bermula dr jam 5.30ptg smpai 11.30 malam.. (huhu..dah tak leh tgok tv dah mam2..huhu ;p)

*****

Oke! Walo camnepun aku tetap belaja oke!
Skarang je ckap malas..Dlam kelas aku rajin oke!
Hehe..tak caye tanye kawan kelas aku! Aku budak baik oke!
blogger-emoticon.blogspot.com

*****

Cukup di sini saje..Aku mahu bersiap utk ke kelas! Berusahalah Balkhiz!

blogger-emoticon.blogspot.com

BisikChenta: Konon2 mahu dapat Dekan lagi semester nie..Mampukah aku???

Friday, July 3, 2009

StudentsLife: IELTS Test demi TPM UiTM

Hai all..



Aku baru balik register IELTS (International English Language Testing System), kat IDP Subang!
Ekcelli, bende nie salah satu compulsary requirement yg aku kene attach utk Lecture Scheme yg aku apply..
Smalam ade briefing, hari ni terus register.. (semangat giler)
Bukan ape, selagi tak amik exam nie, selagi tue allowance tak dibayar n yuran semester nie kene hold..
Baik aku wat cepat memandangkan aku start klass next week..

Next week, Rabu - Speaking Test dann...Sabtu-Pen & Paper Test (Writing, Reading & Listening)..
Hoho..kelihatan seperti exam MUET oke!
Dan kelihatannye seperti aku kene pergi library INTEC jap lagi tuk pinjam buku nak study IELTS nie..
Dan lagi,aku haruss practice 'skeaping' English oke!
Hadoiii.. Study lagiiii..
Baiklah!
Berusaha untuk dapat band 5 dan ke atas oke! Sbb itu requirement!
blogger-emoticon.blogspot.com

Dan lagi, mulai hari ni aku kene start isi borang2 n agreement2 yg melambak..
Ade 2 buku setebal 40pages utk diisi oke! lol~
Yg pasal tue, aku hapdate later oke!

Berusaha untuk dapat band 5 dan ke atas oke! Sbb itu requirement!
Gud luck untuk diri aku dan juga utk bakal rakan sejawat aku : Elma & Khairi ;p


BisikChenta: Terpikir...nape nak kene amik English Test cam aku nak gi blaja n mengajar oversea plak!? Xpela..ikut je a requirement oke!

Wednesday, June 17, 2009

StudentsLife: Rindu nak berlariiiiii

Salam..
Aku dah tidor tadi sbb makan ubat..Pastu aku terjaga plak, sbb byk-nye la nyamuk kat sini..Aku rase nyamuk2 mmg suke la datang Shah Alam pastu sebarkan penyakit denggi..Aku ni pun selsema & sakit tekak (maybe sbb jerebu kot!)

Lalu..aku pun bangun dan apelagi..on la my lappy nie..huhu..aku pon blog-walking la bace org punye en3..tibe2, aku terjumpe blog runner's club uitm..kat citu aku jumpe blog bdak2 yg mmg suke join xtxt larian kat M'sia nie..

: : : : : : : : : : : : : : : : : :


Wahhh...aku tibe2 teruja dan..dan...dan aku tibe rase nak mengimbas kenangan lalu..huhu..

Kalo nak tahu, suatu masa dulu aku pon suke sgt join xtvt2 berlari nie...aku sbenarnye dpt mengesan bakat aku yg suke berlari nie sejak form 3 la...mule2 aku join xtvt2 common yg biase2 seperti main bola baling, bola jaring, masuk gak la acara olahraga tp 200m, 400m n lompat jauh je aku join..

Pastu tibe2 ade 1 hr tue cikgu sukan aku, Cikgu Asura tanye nak masuk tak merentas desa wakil skolah..aku pon cam nak tak nak je! (sbb mase tu aku tak confident yg aku leh lari long-distance) Tapi at last, aku join ak..1st penyertaan aku tyme tue..pastu aku dpt no5 kategori menengah rendah..huhu..mase tue top 5 dpt wakil zon g pringkat daerah..aku tibe2 cam seronok lak..pastu mase pringkat daerah pon aku dapat no5..so dpt gi negeri..Bangga gile dpt wakil daerah gi pertandingan prgkat negeri Selangor! =)

Dari situ la mulenye aku punye semangat & keinginan tuk join long-distance..Maka setiap tahun, aku pasti akan mendaftarkan diri tuk masuk acara long distance (rentas desa, 800m, 1500m)..dan biasanya, aku mesti dpat placing,tapi ade gak la mase2 tak dpt gi pringkat negeri..cume mase form 5 aku slow sket sbb mak ayah aku x bagi active sgt sbb nak SPM..


: : : : : : : : : : : : : : : : : :

Melangkah ke alam U, aku join plak ROTU..Aku bernaung di bwah & bergelarAngkatan Tentera Malaysia Pegawai Muda setelah ditaliahkan pada 2007..Zaman askar, tak payah cite la..memang keje aku berlari je arr..berlari nak kejar mase, berlari time training, berlari mase wat serangan-pengunduran etc. Tiap Rabu, wajib berlari satu UiTM n every Sabtu-Ahad aku training, mesti ade sessi berlari pagi2..walaupon ade org ckap sgt memenatkan, tapi aku suke!! lagi2 bile nyanyi sambil berlari..haha.. dan yg pastinye aku meletakkan nama aku antara kadet yg mantap mase tue! Setiap tahun ade pentauliahan mesti ade 5km run n aku diwajibkan join n pastinye menang medal..sumenye top10..Alhamdulillah..


(Zaman g memeritkan tapi menyeronokkan!)


: : : : : : : : : : : : : : : : : :

After commission, baru aku dpt join xtvt2 lain dlm uitm..cthnye main kayak, join nyanyi band, n join xtvt lari kat luar..sebelum nie aku bukan tak nak join, tp aku terikat ngan komitment ngan idup sbg ashkar! takot tak dapat bhagi mase..nnti nak kejar sume bende, ape pon tak dapat!!

Aku rindukan UiTM Water Chaser..name yg dipersetujui ramai..aku trlibat dalam pembikinan logo & jersey UiTM WC! Nasib tak brape baik mase join MASUM..tapi aku redha dan pengalaman itu sgt berharga bg aku..Now, aku rase cam rindu je nak turun tasik n main kayak balik..lagi sronok dpat main polo air n blaja naikkan kayak sndiri bile terbalik..Rindu Encik Ady, Coach, Amir Kayap, Koyok, Iwan, Adeq, Bird, Fairus, Ida, Jambu, Apis, Shimi, Stim, Wan...huuu... =(


(UiTM Water Chaser at MASUM 2008)

: : : : : : : : : : : : : : : : : :

Pastu..aku teringin nak active berlari..aku stop bukan sbb ape..aku semakin busy sejak aku sambung stady! aku pnah join UiTM Runner's Club, tapi aku tak pnah dapat turun training sbb klas aku every day 6pm till 11pm..diorg training every Tuesday & Thursday..cane la aku nak turun...haiyyyoo..

Pastu, weekend plak aku bz ngan xtvt ngan kengkawan or family punye hal memandangkan aku nak kawen..aku rase factor yg menyebabkan aku tak berlari lagi selain dr busy stady ialah sbb aku takde member nak ajak aku berlari..kalo dulu, junior2 aku dlm ROTU or skuad aku slalu ajak lari tasik, lari UiTM or gi gym..now kengkawan dah takde, aku pon jadi malas...

Ape2 pon aku tetap nak active balik...tgok la jadual aku sem nie..kalo tak pack, aku try la join diorg! Neway,aku bukan tak kenal bdak2 dlam team Runner's Club tue.. Bird, Ruby, Ghafur n PakLah antara yg aku knal..sebenarnye takde la nak segan..tapi aku mungkin keseganan sb aku rase aku mesti jadi paling KOKAP a.k.a paling cepat PANCIT kalo trun training nanti..


Okey..We'll see la nanti camne erk...


(Orange Run~The Curve)

(Larian pentauliahan IPTA 2008~5km)


p/s: blogwalking kat page si zuddin (presiden Runner's Club) tadi buat aku rindukan kenangan lalu~ huuu...berusahalah Balkhiz!

Friday, June 12, 2009

StudentsLife: Finally I've Passed!

Akhirnya.. Muncul jugak ape yg dinanti.. hari2 aku dok buka student portal tunggu result tak kuar2..huhu..


Alhamdulillah...segala usaha aku (usaha sgt laa..) akhirnye berbaloi..fuhhh...begitu tough-nye amik master nie..sakit jiwa dan pening pale aku nak menjawab exam yg memang memerlukan aku berfikir sbg org yg dah bkerja dalam line construction nie..tapi, nasib baik sumenye ok..cume ade la 1 paper yg mmg killer n mase nak dekat paper nie, aku tak stadi pon sbbnye aku TENSION bace buku sbb aku tak paham sgt subject tue..pastu bleyh plak aku kuar jlan2 ngn anak buah..haha..pastu gi shopping la..padahal esok paper! kuang3.. tu yg teruk sket..


Tapi..Alhamdulillah,syukur sgt2 la..okey sumenye dan aku tak jangka pun result ni sebenarnye, sbb aku byak memain mase nak exam..kalo paper killer tue dapat A, mesti dalam sejarah aku lah student 1st Master in Facilities Management yg dapat 4flat..haha..(bukan riak nie..tp kenyataan..)


Ape2pun..tahniah kepada kengkawan yg baru dpt result..Kalo result kurang okey tue, tambahkan lagi usaha..InsyaAllah, kejayaan pasti milik org2 yg berusaha dgn gigih..Selebihnye tawakal pada Allah.. (chehh..pandai plak aku nasihat org.. ;P)



Huu..terima kasih kepada keluarga..Mama Ayah yg sanggup bayar bil beribu2 tuk aku sambung stadi..juga kpd encik ChentaHati..terima kasih kerana memahami statusku sebagai STUDENT..heehee..



p/s: Skim Tenaga Pengajar Muda dah kuar offer letter..gembira berganda2! =) Syukur Ya Allah!

Tuesday, June 2, 2009

StudentsLife: Konvo Degree @ Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam

Lamenye tak hapdate!! =)
Yeehaaaa!! Finally... =) Graduation day!! (Aku convo jugak akhirnya..)

Di sini aku ingin merakamkan penghargaan untuk insan2 yg berada di sisiku dan di belakangku sepanjang 3-4 tahun aku melanjutkan pengajian di menara gading...
Setelah bertahun, akhirnya pengorbanan insan2 yg aku sayang terbalas juga..

Terima kasih yg tak terhingga kepada kedua ibubapa, Ayah & Mama-ku, yg terlalu banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi melihat kejayaan aku ini..4 tahun itu sudah cukup untuk memperlihatkan kasih sayang dan perhatian mereka yg tak pernah berbelah bahagi dan sesungguhnya aku sangat2 terharu dan sayu ketika tangan mereka aku kucup atas kejayaan ini..Ayahku berkata, "Alhamdulillah...penat2 belajar dapat jugak skrol nie..", sambil dia tersenyum tanda berpuas hati dan bangga dengan tertulisnya ayat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama di atas kertas yg cukup bermakna itu...Mengalir air mataku tatkala mereka mengucup pipiku sambil mengucapkan tahniah..Tahukah mereka bahawa kejayaanku ini bertitik tolak dari usaha mereka yg tk kenal penat lelah demi membesarkan aku dan melihat aku berjaya..?? Aku berjanji aku akan membalas segala pengorbanan mereka selagi aku terdaya dan selagi mereka masih ada di dunia ini..Terima kasih Ayah & Mama!! Kakak doakan Ayah & Mama sentiasa diberkati dan dilindungi dalam apa jua urusan yg dilakukan setiap hari... =)


(Aku & keluarga)

Untuk adikku, teman aku bergaduh & bermanja, terima kasih atas sokongan kamu..Kakak sayang kamu, dan buktikan kamu juga boleh berjaya macam kakak ataupun lebih lagi..

Tak kulupa buat bakal suami, tunang tercinta, terima kasih atas dorongan dan semangat darimu..Terima kasih juga kerana memahami aku dalam kesukaran mengharungi semester2 terakhir yg aku lalui dulu..Aku hargai juga pengorbanan kamu yg banyak membantu aku menyiapkan tugasan2ku walaupun sekadar jadi peneman..Aku sayangkan kamu dan aku ingin kamu tahu bahawa akulah insan paling bahagia menunggu saat2 kita akan diijabkabulkan beberapa bulan lagi.. =)

(Aku & Mr. Chenta Hati..)
Buat rakan2 sekelas dan se'batch',terima kasih untuk semua memori terindah yg telah kita ciptakan bersama2..Class trip, site visit & survey2 yg kite jalani bersama2 byk mengajar aku erti kerjasama, persefahaman & tanggungjawab..Aku doakan kalian semua berjaya mengejar impian masing2 dan membina kehidupan di masa hadapan..

(Aku & Elma (best buddy) - kami berjaya melakukannya...)

(Kami berempat - Aku, Asma, Elma, Farha)
(Kami berjaya!!)
Juga teristimewa untuk insan2 yg telah mendidik aku sepanjang 4 tahun lalu, aku ucapkan jutaan terima kasih atas segala ilmu yg telah dicurahkan..Aku tahu mereka mungkin takkan membaca coretan ini, tapi dalam doaku aku bersyukur mempunyai tenaga pengajar yg telah memberikan aku pelbagai ilmu pengetahuan yg tak dapat dijual beli,semoga mereka menghalalkan segala apa yg telah diberi..Untuk mereka juga aku doakan semoga beroleh keberkatan dan sentiasa dirahmati Allah atas tugas mulia mereka itu..Aku berharap dapt mencontohi mereka suatu hari nanti.. =)

Aku tak lupa untuk berterima kasih kepada skuad Batch 26 pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) yg juga sgt2 supportive,pegawai dan staff PALAPES, pegawai & staff Kolej Teratai, rakan2 sefakulti juga kepada semua yg mengenaliku, yg pernah membantuku juga sesiapa jua yg namanya tidak tersenarai di sini tetapi pernah menyumbangkan jasa kalian kepadaku..

Untuk semua yg membaca coretan ini, aku ingin kalian tahu, aku sangat2 bersyukur dapat mengecap kejayaan ini, dan memperolehi insan2 yg tersayang di sekeliling aku sebagai pendorong adalah sesuatu yg sgt2 manis tentang kejayaan ini...Aku berharap kalian juga berjaya dalam apa jua yg kalian lakukan dan sentiasa berada dalam lindungan Yang Maha Esa tak kira siapa pun kalian dan apa pun yg kalian lakukan..Sama2lah kita berdoa untuk kesejahteraan bersama..Amin..

Terima kasih kerana membaca. Sekian.
Noktah..


Thursday, March 19, 2009

StudentsLife: Temuduga Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM

Alhamdulillah...
Baru 3jam yang lalu aku menghadiri temuduga untuk pengambilan tenaga pengajar muda (TPM)
atau Young Lecturer Scheme..
Semuanya berjalan lancar.
Neves...Of course laa..
Ape yang aku nak share ialah, pengalaman aku time interview.
Ada 2 sessions.

1st aku kena mengajar (mock-teaching)
2nd aku ditemuduga secara formal. (informal je sebenarnye)

First task - kene pura-pura mengajar.
Pretend ade students kat depan.
Buat2 macam ade two-way communication.
Huh! baru aku tahu, bukan senang nak jadi pendidik nie.

2ndly.. formal interview. dia suruh introduce diri. (bende biase laa..)
Dan seperti biasa juga diorang akan trace aku anak JAWA.hahaha...
Masa ditanya2,
ade la soalan yg agak2 tricky, nak menduga aku. Contohnya:
(Diorang campur cakap ENglish + Malay)

1. Awak willing nak di relocate?
2. Kalau kami nak suruh awak terminate your current Masters program, are u ok?
We send u to UK and continue your Masters there, senang cite buat course baru?
3. Are u getting married? Ur future husband keje ape? Biasenye, perempuan ni, janji sekarang boleh nak ke posting, tapi last minute cakap tak boleh.
4. If u kene send ke Sarawak, willing ke x nak pergi?
5. What are your perceptions towards lecturer2 muda n senior tak ngam each other?
6. What is the best quality yang u ade?

tu lah antara soalan2 killer yang aku kena jawab tadi.
Tapi, as mama aku pesan,

no matter what happened, juz be confident.

So walaupon aku rase jawapan tue xkene ke,
cam x brape bagus ke, aku jawab je.
Layan sudah.

Moga kesudahan baik-baik sahaja untuk aku.

Moga ada rezeki untuk aku. Aminnn :)

Wednesday, March 11, 2009

Friends: REUNION PALAPES UiTM Batch 26 #Part 2

Date: 7-9 Mac 2009
Venue: Port Dickson
"Gathering PALAPES - Batch 26 Army, Intake 8 Navy & Batch 2 Air-Force"
Sudah lebih setahun kami ditauliahkan.
Ini kali ke-2 kami bertemu, yang pertama time Buka Puasa tahun lepas..
Kehadiran agak memberangsangkan walaupon sebenarnye ramai yg cancelled last minit!
Aku, selaku organizer, amat berbesar hati
dan berterima kasih kepada semua skot2 yg sudi datang,
terutamanya yg datang dari Johor, Pahang, Perak, Melaka..
Sarawak pon ade..
Terima kasih juga sbb bagi support n kerjasama,
sewaktu wat event kat tepi pantai!
aku pn xpasal2 jadi event planner..
dari riak muka,
majoriti nampak berpuas hati..
dan ada juga yg mencadangkan diadakan xtvt nie diadakan annually!!
Hmm...mungkin boleh dipertimbangkan...
Next reunion mungkin boleh pass kat Navy or Air-Force utk jadi main organizer...
Apa2pun, sekalung tahniah untuk organizer n AJK,
Mr Muluk, Ms Iylia, Mr Meor, Mr Chip, Mr Putam, Ms Ayu, Mr Aziq
dan semua yg terlibat secara lansung atau tak lansung...
Sebenarnye, rase sayu sangat mase masing2 nak gerak balik..
tapi, aku tahu, satu masa nanti,
jika panjang umur, ada rezeki,
akan kita semua brjumpa kembali...
berkumpul lagi..
sambil mengimbas memori2 lalu.
Thanks again skuad!!
Miss all of u... =)
(dah nak balik...gambar depan kereta...)

(baru abis game!!)


(baru je sampai...Ocean View Resort, PD)

Wednesday, January 21, 2009

StudentsLife: Those were the days my friends!


"Shah Alam ROTU Army Batch 26: Memori Abadi Selamanya!!"

"Team Rentas Halangan PALAPES UiTM: Pentauliahan 2007~GempurWira!!"

"3 years belonging 2 them: ROTU Army Ladies Batch 26 "


“As we go on
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
Come Whatever
We will still be
Friends Forever”

Lagu yang tibe2 membuatkan aku teringatkan rakan2 seperjuangan…Terpanggil aku untuk mencoret di blogku yang sekian lama dibiarkan sepi ini…

Bila aku renungkan kembali, terlalu banyak kenangan yang telah aku cipta bersama rakan2, teman2 & sahabat2 yang aku kenali sejak di bangku sekolah rendah hingga ke tahap ini. Telalu banyak jugalah peristiwa2 penting yang telah aku lalui yang penuh dengan pahit manis serta suka duka bagi melengkapi kehidupan aku…

Kadang2…aku terfikir, apalah erti sebuah ikatan persahabatan jika akhirnya terputus jua di penghujungnya. Kenapa dulu kita tegar bersama mencipta impian, tapi kini masing2 haluannya berbeda? Walaupun bukan kita yang meminta untuk mengakhiri sebuah pertemuan dengan perpisahan, tapi itulah kenyataan pahit yang harus ditelan…Mungkin, inilah ketentuan… Jodoh pertemuan, ajal maut semuanya di tangan yang Maha Esa…

Masa begitu pantas berlalu… Rakan2ku juga semakin hari semakin silih berganti…Pelbagai karenah sahabat yang telah aku temui. Walau bagaimanapun, kenangan & memori itu tetap terpahat di minda dan sanubariku…

Untuk sahabat2 dan kenalan2 yang penah kutemui, pernah kukenali, pernah melewati hari2 remaja bersama hinggalah ke saat2 melewati kedewasaan yang mematangkan kita, aku hargai setiap pertemuan dan kenangan bersama kalian… Sesungguhnya, kalian tidak pernah luput di ingatan..Maafkan aku jika aku pernah melakukan sebarang kesilapan. Aku amat2 merindui kalian. Jika aku bisa menyenaraikan semuanya di sini, aku rasa takkan terdaya rasanya kalian menyemaknya satu persatu… Cukuplah kurangkaikan kalungan terima kasih yang tak terhingga kerana sudi bersahabat denganku…TERIMA KASIH SAHABAT!!




"Bestarian...SMK Abdul Jalil : unforgettable.."

"A2 collegue: short term memory remain"

"Aze & Dayana: "kuliah"mate...zaman notie2"

"KAKOM memory: kawad team..."

"BS Memory...05-08"

"Interior Architecture,UiTM...in loving memory"

"Elma, Farha & Asma : Babeh!! miss u all..."

"We're all BS gurlz..."



"UiTM Kayakers & Rowers!! - MASUM 2008"