Tuesday, August 2, 2011

# Rutin Berpantang First Baby (My Confinement Experience) - Part #01

Assalammualaikum semua :) Hai!
Sudah 2 hari berpuasa kan? :) Syukur!

Alhamdulillah. To-date, Batrisya sudah berusia 27hari.
Alahai cepatnya masa berlalu kan? Kejap je nak dekat sebulan dah.
Makanya, hampir sebulan jugak lah I berpantang.
Hoyeahh! Gigih nak menghabiskan 17 hari lagi berpantang.
Bagi I time pantang adalah masa yg sangat bagus.
Bagus sebab boleh monitor dan melihat perubahan diri, fizikal & mental :)


Seriously, I really enjoy confinement period I setakat ini.
Walaupun banyak benar "No", "Cannot", "Tak boleh", "Jangan"
dan lain2 frasa yang menidakkan sesuatu, tapi semua itu memang ada jugak benarnya.
Dalam berpantang, I takde lah banyak songeh dan melawan cakap sangat,
walaupun hakikatnya I ni jenis degil kepala batu sket.
Cumanya, jika ada amalan2 tradisional yg macam pelik sket tue,
I lebih prefer amalan moden or ikut nasihat doctor or based on info I baca.
Kalau encik so-army lagilah,
semua yang diamalkan mesti ade sebab dari segi scientific or clinical.
Kalau ngarut2 memang dia tak bagi ikut.
Tapi so far, semuanya okey. No worries ;)


Frankly speak, memanglah sangat susah bile orang super-active dan lasak macam I nie,
kena kawal itu ini, dok tercover2 ayu sopan santun gayanya,
jalan pun terkapit-kapit, nak buang air pun tertahan-tahan.
Hadoiiilah, seksa rasanya.
Tapi, satu je I pegang bab pantang2 nie, 
yang baik tue I ikut demi kebaikkan dah kebahagiaan I dan suami di masa akan datang. 
Chewwah! ;p


So, mari sini I share apa yang I tengah amalkan sewaktu berpantang nie.
Kalau ade mommy2 yg rasa nak tambah pasal pengalaman masing2 silalah yer.
Tambah lauk, tambah nasik, tambah dessert :)
Seronok betul I cakap pasal makanan kalau bulan pose nie ehh. Makhruh! ;p



Mandian rebusan daun dan akar kayu.

# Yang ni I amalkan 2minggu je. Air rebusan daun2 macam daun kunyit, serai wangi, daun ape ntah lagi I buat mandi hari2 campur dengan air paip. Yes, memang badan rasa segar, boleh hilangkan bau2 badan especially bau hanyir darah, daki2 pun senang hilang. Tapinya, yg tak best ialah, badan akan rasa berlengas sket bile dah lama-lama.

# The saddest part, masa minggu ke-2, I kena gatal-gatal yg amat dasyat like merenyam satu badan kau. Lagi-lagi time berpeluh, homaigodddd, rasa nak suruh org sekeliling tolong garukan sekali badan I. Hehe. Bila pergi klinik, doc suruh stop mandi air dedaunan tue. Memang hakikatnya kulit I nie jenis sensitip touching2 gitu. Sebab tue la gatal2 kot. Lepas makan ubat alahan, dan Alhamdulillah till now takde gatal2 dah. Menggatal adelah ;p 


# Everyday until now, I mandi air suam aje. Ngada-ngada? Bukan I tak boleh mandi air paip biasa tue. Boleh aje. Takde hal lah. Tapi, I ikut je cakap org tua. Kata Mak Tok selagi belum 44hari badan tak boleh direct kena air sejuk. Noted! 


Berurut

# Berurut adalah super BEST! I memang suka berurut dari zaman anak dara. So,no problem lah.

# Seminggu yg pertama berpantang, I diurut oleh bidan & tukang urut kampung professional yg dah bertahun2 pengalaman dalam mengurut dan membidankan orang nie ;p Sape lagi kalau bukan Mak Tok, nenek I sendiri :) Import dari Batu Pahat bawak sini yer. Free of charge! Cicit pertama Mak tok, haruslah eksited!

# I diurut 2x sehari, selepas mandi pagi dan petang. Selama seminggu, tugas Mak Tok adalah naikkan balik peranakan, betulkan urat2 dan sengkak. Bab sengkak ni memang I akui sakit sket, tapi as I said, demi masa depan, I rela nokkk! :p

# Berurut memang banyak kebaikkan especially untuk yg baru lepas bersalin dgn urat banyak putus dan terbelit time sakit contraction/meneran. Antara kebaikkan yg I found out for myself ialah:

• Lancarkan darah
• Naikkan rahim ke kedudukan asal (untuk anak ke-2,3….)
• Boleh betulkan segala urat yg tegang, putus, terpusing dsb
• Boleh buang angin-angin kus2
• Pecahkan lemak2
• Lancarkan aliran susu 

# Lepas Mak Tok balik kampung, Mama amik alih tugas. Tapi takdelah 2x sehari. Cuma sekali je, tue pun petang/malam sebab Mama kan kerja. FYI, mama pun boleh mengurut. So no worries la :)

# Sebelum berurut, I akan susukan Batrisya dulu, sebab takut dia melalak nak susu time tengah2 berurut tue. So far, dia memang memahami. Time I berurut, memang takdelah dia melalak, merengek ke ape. Good girl :)

# Bila dah beurut, badan jadi ringan, sedap, selesa. Setakat sakit2 tue takde apelah, kejap je dah hilang. Yang penting badan rasa sihat nak jaga baby, nak buat kerja-kerja sket. Takdelah lembik jer.


Bertungku

# Bertungku I buat everyday, 2x sehari, pagi & petang. Tapi lately, kadang2 tak sempat, sebab kang si budak tu melalak nak ngempeng, so I buat sekali je la sehari, depends pada masa. Kadang2 pagi, kadang2 petang.

# Org kata bertungku sejam lebih lagi elok. Tapi I buat setengah jam je. Tungku tue bukan kat perut je, kat peha pun sekali tau. Kasi kecik sket peha yg dah tak muat semua jeans nie.

# Tujuan bertungku ni supaya rahim kecut dan bagi darah beku keluar. Yes, I do agree pasal darah beku, sebab hari ke-8 berpantang, I pegi klinik sebab tak tahan sangat sakit sebab darah beku tak keluar2 (padahal I bertungku je!) Doc scan dan bagi ubat, lepas tue memang I bertungku lame sket. Alhamdulillah okey :)


Menjaga luka Episiotomy


# For the first week memang agak suffer lah. Especially bila nak buang air besar. YaAllah! punyelah takut nak meneran. Lagipon, memang orang tua & doc tak galakkan sgt meneran, takut jahitan terbukak or else peranakkan boleh jatuh.

# Lagi satu, umah parents I tandas cangkung ok. Silalah bayangkan betapa seriaunya bila nak buang air besar. Kena bersimpuh okey. Kenot cangkung yer. Nasib baik nak kenchh ada bangku kecik yg disediakan, itu pun terkepit2 makk ni nokkk.

# Bila dah susah nak membuang, makanya, sembelit pun datang. I merasa gak kena sembelit masa kali ke-2 nak membuang. Ampunnnn! Sakit dah hampir nak same ngan contraction yg mase dah dekat nak beranak. Sakit macam ade benda nak keluar, tapi tak boleh keluar. Padahal, abis je makan memang I minum je ubat sembelit hospital bagi tue, tapi kena jugak. Dan, seriously, sembelit boleh swing mood u alls! I memang tak tahan sabar time mase tue, dengan Mama, laki I, Mak Tok sume kena marah. Hehe. dah mintak maaf dah :)

# Tapi kejap je, minggu ke 2, bila luka dah baik, jahitan pun dah cantum, nan adolah susah sangat pun. Selamba je boleh buang air tak yah simpuh2, tapi takleh nak teran kuat2 sangat, still jaga peranakkan. Masuk minggu ke-3, benang jahitan pun dah tanggal, super gembira. Dah kembali normal, Alhamdulillah!

# Pasal cuci luka jahitan tue, awal2 tue I cuci that ‘part’ pakai air suam yg rebusan daun2 tue. Pastu bile doc suruh stop, I cuci dengan air suam + garam. Now, just cuci dengan air suam je lah.

# Ada yg suggest guna Dettol, tapinya bila pikir, luka jatuh motor cuci pakai Dettol I dah meraung, apetah lagi luka kat bawah tue. Ewww, takpelah, terima kasih! HAHA. Eh, lagipun doctor pun tak galakkan yer, sebab takut benang jahitan tu terputus sebelum masanya :) Nanti kena topup jahitan! ohh, kalau pasal jahit, 55juta kali I pikir okey, tak mau!! Huhuhu.



Okaylah, cukup tue dulu.
Kang nanti kalau I cerita banyak2 ade yg cakap poyo gila kuasa pulak semua benda nak cerita.
Macamlah I sorang je berpantang!
Muntah pulak nak baca, lagi2 yang tengah tunggu hari.
Dah lah dengar pengalaman bersalin seriau,
Dengar pasal berpantang kang sasau plak. Hehe.


Nanti kalau sempat I update lagi pasal berpantang ehh?
Pasal bengkung, pilis, param, makanan, pantang-larang dll.
Itupun kalau rajin menaip sambil nak layan si Batrisya nie.
Batrisya pun dah mencemik2 nie :D
Haisshh, hari-hari jatoh chenta dengan dia. Cumil jer.


Sape cakap anak sendiri tak comel memang giler! HAHA

Selamat berbuka u allsss :D



Macam manelah Mama tak jatuh chenta kat kamu? Haisshh! Geram!





 BisikChenta: 17 hari lagi, MISI BAJU KEBAYA :D

Monday, August 1, 2011

# Ramadhan 1432

Assalammualaikum :)

Alhamdulillah,  berlalu sudah hari pertama dalam bulan mulia, bulan Ramadhan.
Selamat berpuasa kepada semua readers & semua umat Islam.
Semoga beroleh rahmat dan keberkatan di bulan yang mulia ini. Amin :)


Syukur, masih berkesempatan bertemu dengan Ramadhan tahun ini.

Ramadhan kali ini,

…Yang ke-2 sebagai isteri,
…Yang pertama sebagai seorang mommy,
…Juga yang pertama tanpa suami di sisi.

Hubby, maafkan Honey ye tak dapat sama-sama di sisi menunaikan ibadat di bulan mulia ini. :(
Maaf sebab tak dapat menunaikan tanggungjawab, menyediakan makan & minum, berbuka dan bersahur bersama-sama.
Insya Allah, jika umur panjang, Ramadhan akan datang kami akan menyambutnya bertiga. Insya-Allah! :)
. 
. 
.
.
Teringat kenangan Ramadhan tahun lalu, ke mana-mana majlis berbuka mesti bersama suami :( 
Mengekor je mane encik so-army pegi. tempat isteri di sisi suami kan? ;p

Istana Bambu berbuka Iftar_1
Istana Bambu :) Not bad lah!

Istana Bambu berbuka Iftar_2
With Hubby's officemate ~ Sya & Shidot!


Ohhmaii… Selim lagi mak time nie nokkk. I misshhh my skinny jeans :D
Besarlah harapan semoga boleh memakainya kembali selepas ini. Aminnn :)

 BisikChenta: Berbuka apa encik so-army-ku di sana?

Tuesday, July 26, 2011

# Pengalaman Bersalin, First Born : BATRISYA



Salam semua :)
Hari nie hari ke-21 berpantang, Batrisya sudah 3 minggu.
Kejap je kan? Lagi 23 hari dah abis pantang.
Rase macam baru semalam rasa sakit bersalinkan dia. >,<


Dah lama nak type entry nie, tapi tak berkesempatan.
Celik mata, si Batrisya dah merengek nak susu,
Baru nak on laptop kang, dia mencemik2 nak suruh tukar pampers,
2 jam sekali nak BF dia,
Itu nasib baik kalau 2 jam sekali, kalau die nak mengempeng? Hehe.
Makanya, nan adolah masa nak update.
Nasib baik tadi petang dia berjaga main2 dengan atok & nenek,
Pastu malam nie tido kaw2, recover balik,
So sempat la mama dia menaip entry baru :)


I tak  tahu nak start kat mana pasal pengalaman bersalin nie.
Tapi since ramai jugak yang suruh share detik terindah itu,
So I pun pegilah mengintai entry Qistin mummy Qyrin pasal pengalaman bersalin dia.
HAHA. Tiru sket! Qis aku udah mintak ijin kan?


Okkay, how to start huh?
Ermm, kepada yg masih ingat, I sempat published entry INI pada hari I nak bersalin.
6th July (Wednesday), 11.09 AM.
1jam sebelum I pegi spital.
Dan kronologi kelahiran Batrisya adalah seperti yang akan anda baca di bawah.
Ampun jika entry ini LEBIH PANJANG DARIPADA BIASA! :D 
.
.
.
.
.
.

4 Julai (Isnin)

# Shopping @ Jusco Cheras Selatan with Aze.
# Mencari loose pants & frontie opening blouse untuk kegunaan berpantang :)
# Contraction every 30 mins. No pain. Baby mengeras di tahap normal.


5 Julai (Selasa)

# Daily routine seperti biasa hingga ke malam.
# Contraction 20mins already. I'm worried, but still no pain.
# Bincang perkembangan dengan encik so-army. 
# MMS pict kaki yg macam dah bengkak sikit & pict perut untuk tatapan Hubby terchenta! :)
# Tidur malam dengan lena tanpa sebarang tanda-tanda kesakitan dll.


6 Julai (Rabu) ~ The Day!

# Subuh prayer. Recite Surah Maryam. Normally Subuh I baca Surah Luqman, tapi hari tue tergerak nak baca Surah Maryam (Got the instinct!)

# 7.30am - Breakfast. HOME ALONE! My brother pegi PPUKM for his medical check-up. Parents kerja macam biasa.

# Main game Angry Birds & nonton movie di laptop sambil bergolek2 di katil :) 

# Start kira contraction. Gap 15 mins already. Text encik so-army. He asked me to monitor the contraction and count again, and again! Until 9.30am, YES, still 15 mins.

# Around 10 am - Rasa nak ke toilet. Bangun dari katil. Blood stain di cadar. Oh! Panic Attacked seketika! Peluh jantan keluar dah. Tapi buat2 cool. Call encik so-army. Dia suruh tanya Mama and kawan2 yg ada experience dulu.

# Berjalan ke toilet, terasa seperti ada 'something' mengalir di peha. OMG! 

# Darah + Mucus plug seketul + sedikit colourless discharged = INI BUKAN COBAAN! :D

# Call Mama = Explain condition. Mama kata first baby, boleh rileks dulu. Mama suruh siap2 je. Kalau dah sakit baru pergi hospital. NOTED!

# Call Mummy (MIL) = Explain condition. Suruh I pegi hospital untuk check je. Mummy cakap kalau anak first, keluar tanda camtue, esok lusa baru bersalin. (Again!) NOTED!

# Hubby called. Flight at 3pm. Kena hand-over semua kerja. Was hoping he can come back earlier, takut tak sempat! (Again, my instinct selalu betul!)

# Mandi dan membersihkan diri. Check barang2 baby dan mommy! Everyhing Done!

# Aze called and consult. Volunteer nak hantar ke hospital. Agak yakin sebab ada kawan yg berpengalaman yg sanggup teman.

# 11am - Update blog sementara tunggu Aze datang picked-up. Sempat jugak update status FB, twitter yadayada. :) Ada yang dah SMS tanya. Thanks korang!

# Minum Hot-choc, makan roti kaya, minum air kelapa. Alas perut, tambah energy, in-case kena warded.

# 12pm - Aze sampai. Shoot ke PPUKM. Drive Thru McD Taman Connaught. BIG MAC plisss :)

# 12.40 pm - Sampai di O&G Kecemasan PPUM. Rasa macam discharged dah agak banyak time nie. Rimas. Luckily pakai pad.

# Nama dipanggil masuk ke bilik pemeriksaan. Sempat teguk 3x air Zam-zam, makan fries & Big Mac (tak habis!) dan air Milo ais. Ini kali terakhir makan & minum!

# Doc interview tanya itu-ini. Pasang CTG kat perut nak tengok contraction. Graph kurang cantek sebab baby tido. 

# Pengalaman pertama kena SELUK (Saaakit!). Sumpah kalau I tahu seluk tue SAKIT & TAK SELESA, lagi I lambat2 pegi spital. Huh! Dilated 4cm already. Alamak! Ingatkan baru 1-2cm.

# 1.30 pm - Dibawa ke Wad 'First Stage' (sort of waiting room, before ke Labor Room). Masuk ubat Enema di bontot untuk membuang segala benda2 dalam perut. Selesai!

# Start terlantar di katil. Pasang CTG lagi. Amik darah. Blood pressure detector dipasang di tangan kanan, bacaan auto every 30 mins. Seksa & rimas sangat! Dah tak boleh bangun dari katil. Kencing & berak harus di katil sahaja. Teknik pernafasan, tarik dalam2, hembusssss :)

# Mama call cakap dah on the way nak ke spital. Pesan mama - Istighfar, doa Nabi Yunus & Ayat Kursi.

# 2.30pm - Doctor datang review. SELUK lagi (SAAAKIT lagi!). Masih 4cm. Contraction 15mins. Sudah mula sakit sikit, mild-pain.

# 2.45pm - Encik so-army dah boarding. Berdoa semoga sempat sampai. Tanya doc prediction time, "1cm = 1hour plus. Should be 9pm". NOTED!

# Sebelum terlupa, SMS encik so-army, mohon ampun dan maaf atas segala silap salah, mintak halal makan minum. Mohon ampun atas segala kekurangan sepanjang bergelar isteri. Sayu T_T

# 4.30pm - Doctor review. Still no heavy contraction pain. SELUK lagi dan SAAAAKIT lagi. Masih 4cm dan baby masih tido. Encik so-army dah touch down. Mintak2 sempat! Teknik pernafasan, tarik dalam2, hembusssss :)

# 5.05pm - Ke Labor Room, bukan sebab nak bersalin, tapi sebab wad First Stage tutup after 5pm. Nebes sket! Istigfar & doa Nabi yunus tak henti2 :)

# 5.30pm - Doctor review. 4cm lagi :) Malu sket time nie sebab ada doc pelatih & ada lelaki. Goshh! Doc tanya sakit tak? I cakap, "Takdelah sakit sangat!" She said, "Ini baru gear 1, memang tak berapa sakit sangat, nanti gear 2, gear 3, awak start lah rimas" Gila saiko doc nie! Teknik pernafasan lagi!

# Mama masuk LR teman I sementara encik so-army belum sampai. Syukur, ade jugak pemberi semangat.

# 5.40pm - Nurse masuk Pitocin (liquid-induced-drugs untuk bagi feel ade sakit time contraction, supaya boleh teran jugak nanti!). Ermm whateverlah! Mana encik Hubby-ku? 

# 5.45pm - SMS from encik so-army, on the way to TBS Bandar Tasik Selatan by KLIA Transit. Berdoa dan berharap!

# 5.50pm - Kesan Pitocin sangat HEBAT! Contraction dah rasa kuat sikit dan mula merasakan sakit belakang. Contraction every 4-5mins. Teknik pernafasan makin kerap dipraktikkan, membantu!

# Di offer epidural @ pain-killer oleh akak nurse. Menolak! Sebab rasa sakit ketika itu mampu ditahan lagi. Boleh bertahan. Akak nurse cakap sampai 6cm je boleh offer, lepas dari tu tak boleh dah sebab nanti mamai tak boleh nak teran pulak! Noted! Nantilah kot :) Teknik pernafasan lagi dan lagi!

# 6.00pm - SAAAAAAAAAAAAKIIIITTTTTT sangat dasyaattt! Masya-Allah. Subhanallah! Macam nak patah pinggang. But, since I first time mommy-to-be I ingat ini permulaan sakit yang orang selalu cakap tue. Teknik pernafasan still dilakukan, tanpa gagal!

# Doc masuk & check CTG. Dia cakap, "Cepat jugak contraction awak nie. Nanti dah rasa macam nak meneran, macam nak berak tue, dah dekat la tue. Sabar, istigfar banyak2". Whattttt? seriously, I memang rase nak meneran time tue. Tak payah nanti2.

# Terasa seperti ada lapisan koyak kat bawah tue. Dan rasa macam kepala baby dah betul2 nak keluar. Ini serius! 

# "Doc, saya dah rase nak meneran lah nie". Doc selak, pastu boleh cakap, "Kepala baby dah nampak, ini dah bukak fully dah nie". Tiba2 rasa macam depan I dah ramai sangat nurse & doc. Tak sedar!

# Nan adolah pain-killer @ epidural. Terbayang encik so-army tapi dah tak larat nak pikir. Mama ada di sisi pun dah cukup baik.

# Teran yang pertama panjangggg gile sebab teringat pesan doc kat Sarawak. Teran yang kedua terangkat bontot sikit. Nasib baik tak banyak. Teran yang ketiga.... diorang suruh teran yang terakhir sebab dah sampai bahu. Siap kira ramai2, 1..2..3 Errgggghhhhhhhhhh!

# 6.15pm - Allahuakbar! Dengar si Batrisya dah menangis. Rasa nak menangis. Alhamdulillah!

# Batrisya di atas dada, senyap dan tenang je. Sementara doc keluarkan uri, rasa macam belon air keluar je.  Hilang segala tok mak nenek kesakitan. 

# Jahit lepas bersalin sebab Episotomy supeeerrrrrrrrr SAAAAKIT! Bersalin pun tak sakit camtue. Batrisya dibawa keluar, dibersihkan, ditimbang. Rasa nak tidor je time nie. Penat sangat!

# 7.00pm - Papa baru sampai. Nurse amik Batrisya bawak jumpa papa untuk Azan & Iqamah. Frust sangat papa takde time Batrisya keluar :( Tapi syukur semuanya selamat!

# 7.30pm - Habis seksa dijahit. Papa masuk jumpa I dan baby. Breastfeed Batrisya for the first time. Subhanallah, dia tahu nak cari susu. Syukur! Berehat sebentar.

# Dibawa ke wad. Tidor di wad malam tue. Hanya I dan baby, papa tak boleh tunggu :( First time duduk hospital.

Detik pertama Batrisya dalam dakapan :) Jatoh chentaaaaaa!


7 Julai (Khamis)

# Batrisya minum susu kul 1 pagi, kul 3 pagi dan kul 5 pagi. Alhamdulillah! I tido terjaga2 sebab nak make sure Batrisya okey. Feeling seorang ibu :)

# 6 pagi - Nurse datang check pressure mummy, check suhu badan baby, check baby berak & kencing. Her first poo-poo berwarna hitam ada darah sikit2. It's normal.

# Mummy and baby sambung tido until kul 9 pagi. Doc datang check. Batrisya kena 2nd injection = BCG. 1st injection = Hepatitis B, masa baru je lahir. Nangis kejap lepas tu tido balik. Good girl =)

# 11pm - Encik so-army & mama datang. Bawak makanan. Bermulalah rutin berpantang makan. Hohoho.

# 2.30pm - Encik so-army settle hal2 nak discharged. Mommy & baby takde masalah. 

# 4.00pm - Alhamdulillah, dah keluar wad. Balik rumah.



After all, 
Bila dah melalui semua itu, 
Barulah I merasai sendiri betapa besarnya pengorbanan seorang ibu.
Alhamdulillah, I dapat melalui pengalaman berharga itu.
Dan Alhamdulillah semuanya sehingga ke hari ini, 
merupakan detik terindah sebagai seorang wanita yang kini bergelar ibu.
Syukur atas kesempatan yang Allah berikan kepada I.

Kepada yang bakal melalui,
Jangan takut kerana segala kesakitan tue berbaloi.
Kepada yang belum melalui,
InsyaAllah, doa banyak2 semoga saat2 indah ini akan tiba juga.
Rezeki itu ketetapan Illahi. 


 BisikChenta: Sambil menaip sambil BF boleh? 

Wednesday, July 20, 2011

# Wordless Wednesday - BONDING!



Baby_Mother_Bonding_Fingers1 

Baby_Mother_Bonding_Fingers2   


Baby_Mother_Bonding_Fingers3





 BisikChenta: Menikmati detik indah bersama ciboolat! :)

Monday, July 18, 2011

# Rezeki Anak - Papa Mama Romantik PA&MA

Salam. Selamat hari Isnin. Monday blues kah?
.
.
.
Ehem!
Tumpang lalu.
.
.
.
.
.


PAMA_1stprize   


HEHE. Actually best friend I, Aze Ibu Ammar yang SMS bagitau, “Laling, Congratz! Nampak gambar kamu dalam PAMA. 1st prize tue!”
Meloncat encik so-army, nasib baik dah kul 10 malam time tue, kedai dah tutup. Kalau tak, mau time tu jugak pegi beli.


PAMA_1stprize2

Patutlah macam tergerak hati nak beli PA&MA bulan Ogos cepat2! :)


source : PA&MA Facebook


Alhamdulillah, rezeki baby. 
Barangan bernilai RM150. 
Okeylah kan? 
Modal cuci gambar 50sen, campur setem 60sen, RM1.10 je pun.
Barangan ape? Jangan tanye lagi, sebab orang2 PA&MA pun tak contact I lagi/
Later I update.

Berbaloi jugak pegi buat Maternity Shoot dengan Jabbe Art! Thanks bro!! 
Ade rezeki nanti amik gambar baby pulak :D
.
.
.
.
.


Tahniah juga kepada pemenang yang lain :)




PAMA_1stprize3

Oh yea, ade yang suruh share pengalaman bersalin.
Nak start camne pun tak tahu.
Boleh tak buat macam Qis je? HEHE.

 BisikChenta: Separuh hari tanpa encik so-army & Papa di sisi T_T

Friday, July 15, 2011

# Alhamdulillah. الحمد لله oh! - Kelahiran Puteri Pertama BATRISYA


الحمد لله


Alhamdulillah, syukur.
Selamat semuanya.



Terima kasih kepada semua yang menitipkan salam tahniah.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan.
Terima kasih kepada semua yang datang menziarah.



Ramai yang menantikan update ini.
Penuh inbox dan wall facebook bertanyakan gambar baby.
Bertanyakan nama si kecil yang berusia 10 hari.



Maaf, bukan sengaja mahu merahsiakan.
Jauh sekali nak bikin suprise.
Cuma keadaan tak mengizinkan nak update perkembangan.




Welcome on board dear baby!
Meet auntie2, uncle2, mommy2 and world!


(It's my name!)

(Enjoy the day!)

(A bonding moment!)

(Joyous of parenthood!)




Later I update lah pasal pengalaman deliver :)


Ohh ya! Sorry jika ade yang berkecil hati sebab I tak jawab phone, tak reply SMS, tak reply inbox, PM, DM dan lain-lain lagi.
Anyhow, thanksssssss a lot!


 BisikChenta: Bau masam baby itu besttt!

Wednesday, July 6, 2011

# Pregnancy: 39weeks - Ready to POP!

Yesss. Can't believe it!
Dah 39 minggu :)
Okey, I BELUM bersalin, tapi DAH NAK bersalin.
Yaya, aku baru paham camne rase orang PM inbox tanye dah deliver ke belom. Haissh!





Actually, this will be my last update sebelum deliver kot. HAHA.
Boleh rilex update blog lagi kan?

Current STATUS:

# Dah 3 hari contraction gap 20-30minutes. Ini rileks lagi. Siap pegi JJ Cheras Selatan shopping ngan Ibu Ammar.

# Malam tadi pun timing 20 minutes contraction. Mild je laa. Tapi dah dok bincang dgn encik Zahir. Instinct I cakap by this week mesti baby nak keluar :D

# Pagi tadi macam rase lain sket, tapi bajet cam takde ape. Tapi contraction dah ubah 15minutes. Okey, ini dah cuak sket. I text encik so-army, bagitau. Dia suruh kira balik. I sambil dok golek2 main game atas katil kire la contraction. Yess, still 15 minutes.

# Dalam kul 10, rasa nak bangun dari katil dan nak terkenchh, tibe2 ade blood-stain kat cadar. Cair jer, tapi INI BETUL-BETUL buat I nebes. Pegi toilet, tibe2 terkeluar seketul kecik darah. Baiklah! Kali ini confirm masanya dah dekat :)

# Call encik so-army, siap MMS gambar lagi. Okay, encik so-army sudah cuak jugak. Beli tiket flight cepat2! DONE! Flight kul 3 petang nie. Terima Kasih Air Asia :)

# Sekarang: Tengah online sambil makan roti, minum hot choc. Sambil tue menggoogle ape2 yang patut dan membaca doa2 amalan.

# Pegi spital? err, kejap2 lagilah. Mahu tunggu Aze (one of my BFF dan dah ade pengalaman jadi mommy). Confident sikit walaupun encik so-army belum balik lagi. Lagipun contraction tidak terlalu sakit. InsyaAllah mampu bertahan lagi.

# Encik so-army sedang hand-over semua kerja kepada rakan2 sekerja sebelum cuti seminggu, Paternity Leave. Sila selamat touch-down di KL yer. Baby menantikan papanya :)


Dear baby,
Mama tahu kamu tak sabar nak jumpa Mama dan Papa.
Kami juga begitu. Tak sabar rasanya!
Tapiii, sila bertahan tunggu Papa kamu balik ye petang nie.
Can't wait to see you sayang :)






 BisikChenta: Mahu makan ape ye tengahari nie? HEHE.

Friday, July 1, 2011

# Emosi Merindui Suami

Yes!
Rindu.
Rindu.
dan
Rindu.



Rindu melanda apabila:

Melihat pasangan suami-isteri,
Jalan berdua, senyum aje,
Si isteri sarat mengandung,
Ohh kalau tak sarat pun takpe,
Janji suami ada di sisi, menemani.
Sumpah, jelous!


Rindu melanda lagi:

Melihat pasangan suami-isteri,
Shopping barang baby, barang rumah,
Comel aje si isteri tanya pendapat si suami,
Si suami ikut je tolak troli.
Dan,
Bila pergi check-up,
Suami ada sekali teman,
Tolong jaga barang, takpun pegi belikan makanan.
Sumpah, jelous lagi!


Rindu paling menggila bila:

Tidur malam bersendirian,
Takde roomate, takde teman berbicara dan bercerita,
Bila terjaga sebab sakit belakang,
Atau baby menendang,
Rasa nak nangis!
Takde suami di sisi untuk melegakan kesakitan.
Hanya bantal-bantal je jadi teman.


Sayu! Sungguh tak tipu!
Rinduuuuuuu T_T




Dear suamiku,
I know you read this!
I miss u so bad! Baby tooo :(
Please, please, we need you!
Balik cepat yer! :)


Pict credit to: JabbeArt 





Ohh, sorry kerana entry ini penuh emosi.
Sungguh aku rindu!


Habis!
Selamat berweeeeekend!

 BisikChenta: Sayu! sobs. sobs.