Showing posts with label Info Agama. Show all posts
Showing posts with label Info Agama. Show all posts

Friday, July 20, 2012

# Ramadhan 1433 dan Checklist

Ok, maaf belum ada masa nak update/review birthday bash last week!


Later okey.

Alhamdulillah, selamat sudah aku mengganti 27 hari puasa aku tahun lepas.
Ingat lagi, aku memang sungguh kepenatan & rasa macam nak pitam je bila aku cuba puasa 1-2 hari.
Mungkin, time tu aku belum boleh adapt kot. Tak sampai sebulan lagi berpantang ponn!
Tapi untuk tahun ini aku rasa InsyaAllah takde masalah.
Lagipun dah train masa ganti puasa hari tue. 
Susu memang macam agak drop, tapi cover balik masa berbuka lah. Kira okey lah.

So, seperti semua orang dah tahu, dah dengar pengumuman penyimpan mohor² besar.
Dah naik status pasal puasa kat FB, tweeter dll. Esok dah start puasa.
Tahun ke-3 aku berpuasa sebagai isteri, dan tahun pertama sebagai ibu!

Untuk tahun ini, aku dah senaraikan checklist aku. Checklist untuk diri sendiri.

Masak untuk suami - berbuka & sahur (tahun lepas kami berjauhan, kesian aku tengok laki aku kurus je balik kampung! Tahun 1st dok umah mak ayah. hehe. tak acilah mama masak)
Menunaikan solat Tarawikh (mungkin bergilir² dgn husben!)
Jelajah semua bazaar Ramadhan kat Kuching.
Tidak mahu berbelanja sakan sangat untuk raya. *ehem*
Khatam Al-Quran (kat sini takde Tadarus lah, boleh aku suggest ni)
Belikan Mama+Ayah serta Mummy+Babah hadiah raya (tahun lepas skip! bagi kuih je)
Buat kuih raya 1-2 jenis (itu pun kalau ade duit lebih lah nak beli oven!)

Harap² berjayalah aku menunaikan list aku nie. Tak semua, ada sikit² pun jadilah.
Di kesempatan ini, aku nak ucapkan,
Selamat menunaikan ibadat puasa Ramadhan kepada semua umat Islam.
Semoga sama² kita mendapat rahmat, keberkatan & ganjaran daripada Allah SWT.
Ingat, berpuasa bukan sahaja tak makan & menahan lapar aje, tapi juga mengajar kita mengawal diri dan menjauhkan diri daripada perkara² yang mengurangkan ganjaran pahala kita.
Muhasabah diri & berpuasa dengan penuh rasa syukur, kerana diberikan lagi peluang untuk merasai nikmat Ramadhan tahun ini.

Selamat hujung minggu! :)



 BisikChenta: Esok pagi aku masak nasi goreng aje! :)

Sunday, June 24, 2012

# 4 Syaa'ban 1433 - SATU Tahun Islam!


Assalammualaikum.

4 Syaa'ban 1432.
1 tahun lalu dalam kalendar Islam, lahir seorang lagi ummat manusia ke muka Bumi.
Kelahiran disambut penuh kesyukuran tepat 6.15 petang.
Puteri sulung dan cucu sulung kesayangan.

Masih segar dalam ingatan saat 30minit terakhir sebelum kelahiran.
Masih terasa perit dijahit hidup-hidup walaupun sikit.
Masih diingat betapa frustnya tiada suami di sisi saat melahirkan anak pertama.
Cerita pasal masih, pukul 12 malam pun masih tak berhenti menaip nanti.

BATRISYA!
Syukur, dia sudah setahun kini :)
Setahun dalam kalendar Islam. Lebih afdhal perkiraannya :)
Membesar dengan sihat, Alhamdulillah.
Cerdik, pintar dan berhati waja, InsyaAllah!
Senang dijaga, menyenangkan hati Papa & Mama.
Banyak keletah & banyak cakap.
Gigi belum tumbuh, jalan belum lagi. Takpe take your time sayang!
Mama sayang kamu ketat-ketat! :)

Share sikit kelebihan bulan Syaaban:

  1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
  2. Allah akan menurunkan rahmat-Nya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya
  3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid
  4. Kelebihan malam nifsu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak
  5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nifsu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.

Muka depan Utusan pada tarikh Isya lahir.
Husben sempat snap, on the way balik ke KL dr Kuching.
Dah siap simpan hari tue, tapi malang, banjir, musnah!

Dah bulan Syaaban hoiii. Puasa ada lagi 10 hari.
InsyaAllah sempat! :) Straight ok puasa dari 2minggu lepas!
Ok, selamat bekerja esok u alls.

 BisikChenta: Curik masa update kejap, sementara rest kemas rumah. Penattt!

Saturday, May 5, 2012

# Tazkirah - Buruk Sangka


Assalammualaikum.

"Wahai orang-orang beriman! Jauhilah kebanyakkan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan dilarang) kerana sesungguhnya, sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah kamu mengumpat setengahnya yang lain." ~ Al-Hujurat:12


Bukan nak berlagak ustazah. Tapi secara tiba-tiba terpanggil nak cakap pasal benda nie.
Dah lah tak boleh tido!

Sangka buruk? Prasangka? Judgemental? Ahh, samalah semua tue!
Tempat kerja? Di kalangan ahli keluarga? Di mana-mana ada je sangka buruk boleh berlaku.
Di dunia realiti kehidupan seharian jangan ceritalah. Dengan kawan baik pon kadang2 ada terdetik prasangka. Prasangka baik @ buruk? Sendiri jawab!
Cuma satu, mintak2 dijauhkanlah prasangka terhadap suami. Jauh nak cium bau syurga nanti.
Di alam maya lagilah tak payah cerita. Kita tak kenal pun orang tu zahir-batin, dah prasangka bukan-bukan.
Persoalannya, layakkah kita nak berprasangka buruk dengan orang yang tak pernah kita kenal hati budinya?

Melalui sumber Ustaz Zaharuddin.net, Sangka buruk terbahagi kepada dua: 
Sangka buruk HARUS & Sangka buruk HARAM


SANGKA BURUK YANG HARUS

Sangka buruk yang diperlukan demi keselamatan diri. Ia juga dinamakan berhati-hati atau ‘hazar'. Contohnya, seperti pemandu kereta dikehendaki ‘bersangka buruk' apabila melihat sebuah bas dan teksi di depan mereka akan bersangka buruk ada kemungkinan kenderaan itu berhenti mengejut kerana ingin mengambil penumpang atau menurunkan penumpang. Ia jelas sangka buruk yang tidak berdosa.



SANGKA BURUK YANG HARAM
Sangka buruk jenis haram dan berdosa ini biasanya didasari oleh perasaan cemburu, hasad, dengki dan berniat ingin menjatuhkan individu yang dijadikan sasarannya. Sangka buruk jenis ini juga hakikatnya lahir dari jiwa dan minda seseorang yang kotor. Ia adalah refleski dirinya yang kerap bergelumang dengan kejahatan dan dosa. Atau dari jiwa yang tiada ikhlas dalam membuat sesuatu perkara. 
Justeru, dalam mindanya kerap tergambar mustahil ada seseorang boleh berbuat atau bercakap baik kecuali mesti ada helah, agenda kepentingan diri dan muslihat di sebalik. Ia berfikiran demikian kerana demikianlah dirinya. Ia melihat orang lain sepertinya.


Secara umumnya apa yang penting ialah, bersikap sangka baiklah kepada semua orang. 
Jangan sesekali bersangka jahat kepada orang, terutamanya sesama saudara Islam.
Kalau ada terlintas, terdetik, tercakap, tertulis ke, cepatlah istigfar banyak-banyak.
Lagi bagus mohon maaflah kepada Allah dan paling penting kepada empunya badan.

"Manusia yang suka berprasangka buruk adalah manusia yang JAHIL, walaupun bertudung litup & memakai jubah"



Sekian tazkirah di pagi Sabtu sebab tak boleh tido!
 BisikChenta: Kenapalah ada manusia suka sangat prasangka buruk padahal tak tahu cerita?

Tuesday, June 14, 2011

# Info: Pentingnya Mandi Selepas Bersalin (Wiladah & Nifas)

Salam :) Hai semua.

M.A.N.D.I !
Ibu-ibu mengandung mesti suka bila cakap pasal mandi nie. Haha. Silalah faham bahawa bila situasi "Ada roti dalam oven" mommy-to-be mesti akan rasa panas, belengas, rimas, melekit. Asyik nak mandi je. Kalau duduk rumah pulak rasa nak pakai 2-piece je. HAHA. Ini serius!!

Gambar sedikit sexay! Ampun!

So, bercakap pasal mandi, I nak share sedikit info pasal mandi yang berkaitan dengan bersalin. Mandi selepas bersalin. Dah lama sebenarnya nak share perkara nie. Alhamdulillah, suami I dulu SMKA (macam tak percaya! hehe), dia sedikit sebanyak bimbing dan bantu I. I tak cakap dia tahu semua benda, dia pun belajar jugak. Dia jugalah yang cari info untuk menyokong fakta berkaitan mandi selepas bersalin ni, siap dah savekan link2 berkaitan lagi (Ailebiu Hubby!) Cuma baru sekarang berkesempatan nak share.


I sendiri ingat-ingat lupa dan a bit confused tentang hal ini. Almaklumlah, ilmu agama tidaklah sebanyak mana. Ingat2 lupa ape yang ustaz dan ustazah ajar masa sekolah dulu. Tue lah dulu tak concentrate belajar, dah tua baru terkayak2. Tapi seingat I, ada DUA KALI mandi untuk para wanita/ibu yang melahirkan @ bersalin, iaitu mandi WILADAH dan mandi kerana NIFAS.


Apa itu MANDI WILADAH?

FYI, mandi ini bukan mandi after darah nifas kering tau,tapi mandi selepas bersalin. Mandi ini dinamakan mandi Wiladah. Wiladah ialah darah yang keluar mengiringi bayi dari kandungan ibunya. Ia juga bermaksud kelahiran anak termasuklah keguguran (sekalipun hanya berupa segumpal darah atau segumpal daging).

Sebagai peringatan, berikut adalah perkara wajib mandi hadas besar (bagi perempuan):
1. Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Berjimak



Percaya atau tidak, perkara penting inilah yang most of women/mommy-to-be confused, dan bile dah konpius dan takde jawapan ade yang ignored. Ramai yang tak tahu pasal mandi after deliver nie. A few akak2 & kawan2 berpengalaman yang I tanya, berapa kali diorang mandi selepas bersalin, lebih separuh menjawab SEKALI sahaja, iaitu mandi setelah darah nifas kering. Bila I tanya/cakap, "Eh, bukan kena 2x mandi kelepas bersalin?", kebanyakkan jawapan yang I terima lebih kurang @ sewaktu dengan jawapan di bawah:
  • "Berapa kali nak mandi daa..? Sekali je la mek, lepas ko punye darah nifas kering"
  • "Haihh, akak sepanjang pantang mandi boleh dikira. Mandi yg wajib lepas abis darah lah"
  • "Mak aku tak bagi aku selalu mandi sangat, sejuk katanya. Nanti badan masuk angin"

I tak cakap statement mereka salah, dan I tak cakap I betul. Mungkin mereka juga ada nas-nas atau dalil yang menyokong. I pun masih belajar dan sama-sama belajar, baiki diri, topup2 mana ilmu yang kurang. Ilmu yang kita ada, harus dimanfaatkan dan dikongsikan bersama. Sharing is caring kan? Melalui info-info yang I perolehi dan melalui bacaan, ada yang bersetuju mandi SEKALI sahaja selepas bersalin dan ada juga yang berkata DUA KALI.


Mana satu nie, SEKALI atau DUA KALI mandi selepas bersalin?

Berikut adalah beberapa info yang I dapat dari sumber-sumber tertentu.

Pada dasarnya, semua perkara yang berkaitan dengan membersihkan diri (seperti mandi, memotong kuku) adalah Sunat. Begitu juga dengan istilah mandi wiladah ni yang dikaitkan dengan mandi selepas bersalin. Walaupun sesetengah orang berkata ia adalah sunat yang sangat dituntut (sunat ab'ad), tetapi ia masih jatuh kepada sunat. Jika dilakukan mendapat pahala tetapi jika tidak, tidak pula dia berdosa, kerana mandi wiladah tak membolehkan dia tercapai hasrat untuk membolehkan melakukan ibadah.


Yang jatuh Wajib adalah mandi hadas besar/wajib (mandi selepas nifas sekurang-kurangnya selepas kering darah nifasnya atau selebih2nya 60 hari), kerana ia menyucikan diri untuk membolehkannya melakukan ibadah. Mandi hendaklah didahului dengan niat dan hendaklah dipastikan air itu air mutlak dan sampai air itu ke seluruh bahagian termasuk rongga.

 Sumber dan Rujukan:

Menurut mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya); 
  • Wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia wajib mandi jika ditakdirkan tiada darah nifas yang keluar. Ini kerana anak atau janin tersebut adalah asalnya dari air mani yang telah menjadi kanak-kanak. Keluarnya anak atau janin dari faraj dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya, maka wajiblah mandi. 
  • Namun jika ada darah nifas yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya tertakluk dengan hukum wanita yang kedatangan nifas dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi.
Namun mengikut mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat lain dari Imam Ahmad;
  • Wiladah tidak mewajibkan mandi kerana tidak ada dalil yang menegaskannya.
  • Berkata Imam Ibnu Qudamah (salah seorang ulamak mazhab Hanbali) dalam kitabnya al-Mughni; “Yang soheh ialah tidak wajib mandi ke atas wanita dengan sebab wiladah, kerana suatu kewajipan hanya sabit dengan nas (dalil) Syarak. Dalam masalah wiladah ini tidak ada nas Syarak yang mewajibkan mandi dan juga tidak ada pengertiannya dalam nas. Ini kerana bayi yang dilahirkan bukanlah darah dan bukan juga mani, sedangkan yang terdapat di dalam nas (dalil) Syarak; perkara yang mewajibkan mandi ialah dua sebab yakni keluar darah dan keluar mani)

Sumber dan Rujukan:
1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawai
2. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah
3. Al-Fiqh al-Manhaji, Dr. Mustafa al-Khin dan Dr. Mudtafa al-Bugha


Tiada dalil mengenai mandi wiladah. Menurut fatwa Indonesia wiladah ialah wanita bersalin tanpa nifas dan Nifas ialah darah yg keluar sesudah kosongnya rahim wanita bersalin.

Pada dasarnya, mandi wiladah ini hanya hadir dalam mazhab Syafi'e. Ini perkara khilaf. Jumhur hanya mewajibkan mandi disebabkan nifas. Perkara ni banyak kekeliruan berlaku di kalangan orang Melayu. Kalau seseorang tu ada darah nifas, maka tak perlu dia mandi wiladah selepas bersalin tersebut, melainkan memadai untuk dia mandi sekali sahaja selepas darah nifasnya berhenti. Mandi sebelum darah nifas berhenti tidak mengangkat hadas besar tersebut.


Yang dikatakan mandi wiladah tu, adalah apabila seseorang itu bersalin, atau keguguran, tanpa kehadiran darah nifas. Contoh macam Sayyidatina Fatimah yg tak berdarah nifas. Maka dalam kes ini, mereka perlu mandi wiladah selepas mereka bersalin.

Tujuan mandi adalah utk membersihkan diri dan membolehkan kita bersolat. Selepas mandi nifas, boleh bersolat spt yg disebut dlm hadith. Jadi, apa keperluan mandi wiladah jika masih tidak boleh beribadat (puasa, solat) sehingga menunggu keringnya Nifas?

Sumber & Rujukan:
Mesra.net
Ahkam at-Toharah, Dr. Abdul-Karim Zaidan

Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah:
  • wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah). 
  •  perempuan yang mengalami keguguran anak, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).

Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut (Caesar) untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.


Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu 15 hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama 15 atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.



Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu 40 hari / 40 malam atau maksima selama 60 hari / 60 malam. 


Sumber & Rujukan:
www.geocities.com/ibudanbayi/petua_hamil.htm

ULASAN?

Mengikut pengalaman mama + mak mertua, diorang pun cakap mandi je DUA KALI, after deliver dan after berhenti darah nifas.

REASON?

1. Jika ditakdirkan ajal menjemput sebelum darah nifas kita kering, sekurang-kurangnya kita sudah berada di dalam keadaan bersuci.

2.  Mandi selepas bersalin dapat menyegarkan badan dan bersihkan badan dari daki2. Yang ni memang I ade baca, tak ingat pulak link dia. Ramai yang bagitau, lepas bersalin daki2 banyak. Jadi secara takl angsung leh bersihkan badan, dan elakkan badan bau busyuk! Takde alasan sejuk la, angin la. Zaman dah moden, ade water heater kan. Kalau takde pun, masak la air, mandi air suam.



Dear mommies yang berpengalaman and lebih arif, tolong betulkan jika I salah yer.
Kepada yang dah tahu, Alhamdullilah,
Kepada yang belum tahu, sama-sama kita beramal dan menyampaikan.
ILLALLIQA WASSALAMAH





BisikChenta: Banyak lagi ilmu Allah yang masih tak tercapai dijangkauan! Masya-Allah.