Tuesday, December 13, 2011

# Tutorial: Tukar URL Blog




Salam semua.

Hari ni tibe2 nak buat entry TUTORIAL.
Sebab ade kawan I tue, dia dah lame pakai URL lama die, then dah bosan, now nak tukar katanya.
Tapi dia memang buta IT kekdahnya sebab dulu yg setup blog, adik dia. HAHA. Sengal!
Berblog tau, tapi tukar URL tak tau! Nasib kawan aku!
Tapi dia cakap nak pakai URL lama dah ade orang pakai pulak.
Alaaa sian kawan I. Ni terpaksa tukar URL & dok pikir dari semalam nak guna URL baru.
Sambil tu bagi masa kat I buat Tutorial jap untuk dia! Nahhh, amek!!


Alahhh, kacang je tukar URL nie :) Follow step nie yer!

1) First, u alls pergi  kat button "Settings" kat tab atas tue (untuk layout Blogger lame!) 
Then, klik pulak kat button "Publishing" under menu "Settings" tadi.

2) Letaklah nama URL baru yang u alls nak kat nak panah yang no-2 tue. 
(Cth: http://awesomewedding.blogspot.com)

3) Masukkan Word Verification seperti yang diberikan. U alls jangan ikut word yang I punye nie. Nanti kan kuar kat situ. Tulis je lah balik. Berhati2 dengan CAPS-LOCK!

4) Siap dah!! Jangan lupa klik "Save Settings" :)
Okey settle! Kacang je kan?!
Yani, aku harap ko paham tutorial aku!
 BisikChenta : Ehh, macam cekgu IT pulak dah! :)

Tuesday, December 6, 2011

# 5 Months oh! Batrisya


Salam semua.

Ini budak sudah 5 bulan.
Halllluuuuuu :)
Sangat cepat masa berlalu.
Dah macam-macam peel die buat!
Hari-hari geram! Hadoiii!

Ok dah, tu je nak update.
Tata :)


 BisikChenta: Gile pemalas nak update. kahkahkah.

Monday, December 5, 2011

# Double Celebration - Anniversary + Birthday!





Assalammualaikum semua.
Selamat Hari Isnin. Selalunya Monday blues, tapi tidak hari ini.
Short + quick update! (walaupun dah petang!)
Alhamdulillah, sudah 26 tahun bernafas di Bumi Allah.
Syukur masih lagi diberikan kesempatan ini.
Terima kasih kepada Ayah + Mama atas segalanya.
Syukur juga sudah 2 tahun ikatan kasih sayang masih mekar hingga kini.
Terima kasih encik suami, yang sabar melayan kerenah si isteri.
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki, si puteri yang akan berusia 5 bulan esok.
Anugerah Allah, wangian syurga!

Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Syukur dikurniakan kebahagiaan dan limpahan nikmat dari Allah SWT.
Sesungguhnya, Dia adalah perancang terhebat! Dia Maha Mengetahui.
Syukur sekali lagi atas rahmat-Mu Ya Allah.
Untuk diri sendiri:
SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE-26.
Semoga diri lebih matang, menjadi isteri yg taat pada suami dan ibu yg terbaik untuk anak (anak-anak!)

TIUP LILIN : Surprised celebration malam tadi. Thanks husben!



Untuk diri + suami:
SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE-2.
Terima kasih atas segalanya. Semoga hubungan ini terus mekar seperti musim-musim percintaan dulu :)

Dua tahun lalu......




Seriusnya entry aku! wakakakaka.
Matang katenya! HAHAHA.
Ok bai!
 BisikChenta: Demam di hari istimewa.

Friday, November 11, 2011

# Baby's Food - Should I?

Salam semua, Salam Jumaat :)
11.11.11
Ada apa dengan tarikh!?
Takde ape, ok baii. BAHAHA.
Ehh, jap nak wish Mawai yang nak kawen. 
SELAMAT PENGANTIN BARU MAWAR & KUNYIT!
Sorry beb, aku tak dapat datang! Kem salam bebudak matrix yg datang okeh!?
11.11.11 = Batrisya dah berusia 4 bulan 1 minggu.
Sedang memikirkan patutkah I start nak introduce baby food kat dia?
Setelah di Google, I jumpa these two both!

Rafferty's Garden
Macam Ribena packaging dia. Mcm nie mama pun nak jugak!





HEINZ Baby's Own
Pun macam sedap. Macam Innershine punye botol tapi slightly bigger  kot!



Ohh, I google je kalau nak tau pasal benda simple2 nie,
At least kalau nak bertanya pun adalah sket info kan?
Takdelah tanya bodoh2 jer. Macam nampak nau jakun kalau benda simple pun tak tau.
So mommies yg ade experience, share plizzzz! :)
Nanti I try google lagi pasal baby's foods dan kesesuaiannya utk baby especially yg baru 4 months.
Sebab normally I tengok banyak yg 6months++ je kot. Ke ada, tapi I tak perasan?
As, Batrisya now dah pandai senyum dan buat aksi mengunyah time I dinner dengan hubby, so I think I should try kan? But, of course, kene buat research dulu. Takut tak kena dengan perut baby.
Ok, dengan itu mari meng'google'
Jangan malas google yer. Dunia IT nie, semua benda type aje, tu dia keluar semua.
 BisikChenta: Pikir jap mane nak cari menatang Rafferty's tu kat sini. Adoii, pengsan!

Wednesday, November 9, 2011

# Aidiladha di Sarawak - 4months old



Salam semua :)
Lama gila tak update. Bukan malas, tapi takde masa.
Since naik kerja hujung Sept until now kerja, kerja, kerja *muntah hijau*.
Marking paper, kursus seminggu, activity students, assignments, business baru yadaa yadaa.
Akhirnya, semalam dan hari nie, kepala pusing dan nak demam.
Adoiii laahh. Laki I plak ngadu perut meragam sebab dok makan macam2 raya haji tue.
Nasib baik, i still pantang lagi makan. Kalau tak, dengan I sekali sakit perut. Huhuhu.
Raya Haji hari tue (6 Nov), Batrisya genap 4 bulan.
I masak soto ayam je. 
Bukan ade org datang raya umah pun, nak masak banyak2. Hihihi.
Makan satu family(dengar macam ramai!) je. Cukup lah untuk I & hubby! 

Soto Ayam sempoiiii. Pemalas gila aku nak masak yg heavy2 ;p

Pengalaman pertama beraya di perantauan. HAHA. Feeling obersea gitu.
Cakap Sarawak pun dan terrer sket tau!
Tapi masih kategori belum tergeliat lidah laa. 
Ala, cakap Sarawak je pun. Bukan cakap German kuikuikui.

10 Zulhijjah 1432H (Aidil Adha 2011)


Gambar di atas nie sebelum kitorang ber-3G dengan family di Melaka & KL.
Si Batrisya dah pandai pandang camera HP, jadi bila dengar org bersuara & ada gambar dia kagum dan cakap bahasa dia. HAHAHA.
Seronok tengok dia membesar depan mata. 
Hari-hari ada je benda yg kiut dan comel dia buat, yang buat I rasa nak chiom dia bertubi-tubi.
Ohh sayang, cepatlah membesar lagi dan bercakap dan berjalan dan boleh tolong mama kemas rumah nanti yer :)
Akhir kata,
Happy 4 months old Batrisya!
Mmmmmmuaaahhhh!

Try jee. Orang bagi.

 BisikChenta: Banyak nak update tapi takde masa!

Wednesday, November 2, 2011

# She's going to school!



Haiiii semua!! 
Batrisya nak pegi ikut mama pergi sekolah.
Isya nak belajar jugak :)

 BisikChenta: Bila nak update? hehe :)

Thursday, October 13, 2011

# 100 Days & Business Baru



Salam :)


Dah petang baru ada masa nak update. Lega sebab hari ni hari last masuk markah student.
Dari pagi dok key-in markah, dok adjust mane2 yg boleh tolong utk naikkan gred.


Hari nie Batrisya genap 100 hari.
I pun dah 100 hari lah pantang (pantang ke?)
Huhuhu. Dah dok jauh dari Mama, ada yg selamba jugak lah I langgar.
Tapi benda basic2 macam takleh makan mee kuning, laksa, makan benda2 yg masak 2 kali, ais tue sume I still jaga lah.
Pagi tadi naikkan status FB 100 Days, laki I yang over.
Dah lah malam ni malam jumaat. Ehem ;p HAHAHA.

Minggu depan kena pergi kursus pulak.
Benci lah. Bila lah nak update blog nie?
Macam2 nak cite. Pasal Aqiqah pun tak cite lagi. Pasal Batrisya sakit mata.
Hutang dulu yaa?
Hehehe.

Dan, sempena ke-100 hari,
Nak launching bisness baru I dgn husband.
Zaman sekarang nie, laki bini keje pun nazak jugak ujung bulan.
Sebab tue lah kena sama2 usaha nak cari duit lebih.
InsyaAllah, mudah-mudahan adalah rezeki dengan bisness baru nie.

Jemputlah jenguk yerr!






Lil' Chenta bisness: BabyBooBaa.Biz


 BisikChenta: Moga murah rezeki Batrisya :)

Friday, October 7, 2011

# 3 Purnama!

Salam :)

Happy 3 months old BATRISYAAAAA!!
Sorry gambar senget sebab Mama Isya tak reti nak rotatekan gambar nie.
Camne ek? Dah lame tak update dah jadi blurrr!

Things happened - 3 months old:

1. Batrisya dah sket2 belajar nak mengiring.
Nampak kadang2 dia struggle nak angkat badan nak ngiring dan kalau kita pegang tangan dia time baring dia cuba nak angkat badan dia. Good dear!

2. Kalau tido malam, esok pagi kepala bukan atas bantal, dah berganjak ke bawah. 
Bile masa die mengengsot tatau den! HAHAHA.

3. Dah pandai gelak mengekek2 kalau kena agah. 
Pastu dah pandai jerit sakan. Suara pitching tinggi youu! Kalau Mama dia :p

4. Dah kenal suara I dan papa dia.
Everyday bila petang, nak amik dia kat babysitter, kalau dia dengar suara I terus bangun dari tidor. Kalau tengok TV terus senyum pandang I :)

5. Dah pandai pakai rompers. 
Sebelum nie kemain payah nak paksa dia pakai rompers sebab dia suka keraskan badan everytime nak masukkan rompers. Pastu bila dia nangis tak sampai hati. Tapi lately, bile nak sarungkan rompers dia rileks je.Tq Auntie Zaila & Auntie Qah sebab bagi rompers kat Isya. Mama Isya tak beli rompers dulu sebab takut bazir je die tak reti pakai lagi :D Now dah boleh! :)

6. Suka gelak macam nak ikut nyanyi kalau dengar lagu ABC & Old McDonalds.
Kalau dengar Mama dia nyanyi2 dia akan menjerit. Agaknya suara Mama dia belum cukup sedap dipendengaran. HEHE.

Sorry sempat update nie je. Tue pun taip laju2.
Sibuk marking paper.
Ok tue aje. Bai.


 BisikChenta: Hari-hari rindu anak time keje :(