Friday, June 11, 2010

Party: Celebration Hubby's 27th Birthday @ Lookout Point, Ampang


I nak ucap tahniah kepada diri sendiri sebab berjaya mengorganize Suprised Birthday Dinner untuk encik so-army, pada 8 Jun 2010 di Look Out Point, Bukit Langat :) Pheww.. Alhamdulillah semuanya selamat. Walaupun I terpaksa bawak encik so-army pusing2 dulu sebab tunggu kehadiran kawan2 yang nak meraikan, but when it ends up dengan senyuman dari encik so-army I rase happy sangaat!
Terima kasih kepada yang sudi datang dan memeriahkan majlis. Hope u all suka dengan doorgifts, foods, view & enjoy the night. :) Maaf atas sebarang kekurangan okey!

♥ Ex-housemate encik so-army : Sam, Nuar & Mierul (yang konon ade meeting esoknya) ~ Thanks sebab memeriahkan suasana dengan lawak sengal korang! 
♥ Honeymoon Couple 1 : Sabri & Ekma ~ Thanks sebab sudi luangkan masa walaupon korang tengah honeymoon mood :) 
♥ Honeymoon Couple 2 : Izwan & Hajar ~ You both are great and thanks for coordinating the moments to be captured even I takde SLR :( pakai compact camera aje! 
♥ Beloved Bro & Sis : Bojie & Kak Reen ~ Sangat gembira ade jugak siblings and in-law yg dapat join walaupon ade yg dekat tapi tak nak join :( 
♥ ROTU’s Collegue : Iylia & Ocha ~ Mmmmmuahhh! cayang korang! Iylia thanks sebab tolong susunkan cupcakes tue jadi cantek balik! 
♥ Business Partners : Chan & Reza ~ Hope korang enjoy okey! Chan, thanks sebab aturkan semuanya dengan staff restaurant :) 
♥ Special Guest : Tn Herman & tunang ~ Thank you sir for coming! I know that he really wants to meet you since 3 years back! He’s very happy and I guess u too.. U are really a good friend of him :)




  • birthday at look out point [ Here we are! Look Out Point ampang :) Thanks for celebrating with us ]

    Special thanks to the Chef of the cuppies, Adha kerana merealisasikan kek askar I tue. Thumbs up kepada Frankie, Supervisor kat Look Out Point Western Food tue, yang boleh ikut cakap I yang macam Queen-control suruh buat itu ini dan buat semua as I requested (letak ballons, simpan kek, switch-off lights, pasang lagu Birthday, letak doorgifts atas meja setiap orang, keluarkan Pizza, Juice & Fries, susun layout meja etc.)
    Oh, I terforgot satu nama, Pn Aze Fauziah, my bestie kerana telah meminjamkan nama untuk memeberi alasan kepada encik so-army. Konon2 nak pegi teman Aze betul kereta, tapi sebenarnye pegi Alamanda & JJ Cheras sebab cari barang2 untuk event..hikhik.. (Aze,aku dah letak nama ko okey!)

    Ampun ye hubby, I tipu u, nak coverline punye pasal,
    guna nama orang itu dan ini, pastu delete sume message2 invitation,
    tapi u happy kan at last?? 

     --------------------- The Preparations:  ---------------------

    The day before and few hours before the event. Pheww..sangat penat cover line! :p

    View doorgifts blue black for birthday
    [ Doorgifts untuk semua! hope u guys suke!! ]

    do it yourself birthday card hand made card


    View diy birthday card hand made card
    [ D.I.Y card ~ make it not so perfectly coz baru dapat ilham pagi 8th June! ]
     
    cupcakes military army theme
    [ The cupcakes masa baru je amik kat kedai. Sampai je venue majlis dah berterabur! haha.. I’m not a behave woman-driver ;p ]
    View balloon buzz theme blue
     [ Sila bayangkan bagaimana I mengharungi jamm di Jalan Ampang dengan balloon2 nie disekeliling? haha..memang tak nampak cermin kiri & belakang laa! kewl~ ]
      
    --------------------- The Event:  ---------------------

    So, here’s some pictures from the event! :)

    suprised at look out point
    [ Jaga yer, depan ade longkang! ;p ]
    View potong kek at look out point
    [ Blow the candles and make your wishes!! ]

    chentaqieshz presents
    [ Dah 27 tahun pun ade lagi prezen ehh? Jeles!! ]

    balloon buzz at look out point ampangDear hubby, Happy Birthday! May the sweetest & happiest day of all..
    I love you, I do! :)

    BisikChenta : Jiwang karat plak last2..hihi..
  • Thursday, June 10, 2010

    Travelog: Honeymoon - BALI 4D 3N (Part #01)

    Hye all..Sikit punya lama I nak update cerita pasal Bali kan. haha. dah lebih kurang 2 minggu post nie terperap je kat DRAFT. Akhirnya! publish jugak! Sorry la,banyak sangat halangan (alasan...)

    Well..well..what can I say! I really enjoyed Balimoon trip. Even for 4D 3N tapi I tetap rase macam tak cukup je jalan sume tempat. Sangat teruja okey! Yelah, selama nie trip ngan kengkawan, nie bile trip ngan husband rase macam lagi sangat super best sebab macam nak buat semua bende together2 :) Harus I datang lagi lepas ni stay 1week!

    View bali1
    (Kami yg tengah kebosanan menunggu :( sempat lagi online!)

    Walaupon kami mengalami beberapa masalah iaitu flight kami delayed selama 3jam, dan I sangat hangin berapi kerana dah terpaksa susun balik jadual trip kami hokey! Nasib bak la die bagi I voucher makan free kat mane2 tempat dalam KLIA tue. Kalau tak, lagi I mengamuk tukar jadi Princess Fiona sebab kelaparan.

    Hmm..tapi kan as I arrived in Bali, tibe2 dah hilang rase nak marah. Ditambah lagi dengan rase sangat excited! Haha.. I akan buat beberapa entry [part 1, part 2 and maybe part 3]. Hope these few entries sedikit sebanyak will help others yg plan nak pegi Bali. Especially for the 1st timer yg nak gi sana (macamlah I banyak kali pegi kan?) And definitely, I'll bagi comment2 jujur tentang apa yang I rasa, ok or tak, what do’s and dont’s and everything la pasal Bali.
     
    Okey semua kengkawan blogger or eaders, sesiapa yang rase meluat, menyampah nak bace, dan rase tak menarik langsung sebab u alls dah 20x pergi.. So,get out from here! sile cepat2 klik button cancel kat window screen kat atas tue. Datangmu tak diundang, Jika ragu sila pulang! Babai~

    Flight & Time

    P5270049Malaysia Airlines pilihan kami! Untuk honeymoon ni I ngan encik so-army decide fly with MAS since date kitorang nak pegi AirAsia dah fully booked. Kalau ade pun, flight malam. Tapi unluckily, flight yang sepatutnye pukul 12.50pm, delayed dan kami terpaksa tunggu 3jam for flight 3.50pm. Hampesss :( Perjalanan mengambil masa selama 2jam 35minit dan kapten kapal memandu dengan berhemah dan anak2 kapal semuanya sangat friendly! :) Kami landed safely di Denpasar Airport, Bali lebih kurang pukul 6.30pm which is kat Bali dah pun gelap macam Maghrib kat Malaysia dah :)



    P5270051
    (Denpasar 6.38pm, 26th May 2010)

    Airport Tax/Luggage  
    ♥ Kalau shopping sakan, jangan sampai berhabis plak sampai kering kontang wallet! kat Denpasar, I think same je ngan Jakarta & Medan, sorang kene bayar IDR 150K for airport tax. If tak silap, dulu my mum cakap IDR 100K je. Luggage yang exceed 25kg akan dikenakan excess fare IDR 90K

    Chenta Do's & Dont's: Kawan-kawan please make sure u all punye passport mesti mempunyai at least 6 bulan lagi sebelum tamat tempoh sah. If not, dengan serta-merta u all akan diminta untuk kembali ke negara asal. Ini berlaku depan mata I, bila seorang Malaysian Chinese lady yang terpaksa balik Malaysia sebab passport dia mati awal bulan 11. Amik ko! Kalau I, terkedu kat situ, huwaaaaaa.. :(

    Communication (Simcard & Calling Malaysia)
    Ohh..sangat senang pegi Bali. Cakap loghat Indonesia memang I dah kire ala2 fluent jugak la (Kalau Jawa lagi la expert!) Cume kesian ngan encik so-army yang tak bape paham certain terms, tapi I kan ade,noworries :) 

    So, as kitorang on the way nak ke villa, I mintak Pak supir singgah mane2 kedai beli SIMcard. Disebabkan I tak on roaming, so that, I kena beli simcard sane. Sesiapa nak beli SIM, sila beli SimPATI-TelkomSEL. Ada jugak I pernah dengar Axis tp I tak jumpe plak kat kedai tue. So far, memang pak supir tue cakap, TelkomSEL paling bagus coveragenya. 

    SimCard yg I beli IDR 25K = lebih kurang RM9 tapi balance topup dalam die cuma IDR 5K dan encik so-army tambah lagi IDR 20K. Oh yer, sila cakap "Mau isi Pulsa,pak/buk" jika u alls nak topup sebab diorang nggak ngerti topup itu ape. haha. Topup ade IDR 100K, 50K dan 25K.

    Jadi dengan adanya TELKOMsel ini, kami buat panggilan ke Malaysia! Oh, cara nak dial Malaysia ialah 01017 (kod Negara) (Nombor Telefon) Cth: 01017 60 12365----
    Of course utk call Mama & Mummy memberitahu kami dah selamat sampai :) Senang jugak nak call2 pak supir dan agent2 kitorang kat sane. Rate nak call Malaysia about IDR 880/minit. Haha. I cakap super laju dah macam Sarimah Ibrahim masa call Mama I hokey! :) 

    Chenta Do's & Dont's: If nak beli SIMcard baru, JANGAN sekali2 beli dekat airport or kat area town. My supir cakap, ade tourist beli kat area airport Denpasar, 2x ganda harga die wehh! amount kat dalam same je. Rugi gile vavi la. Kalau u alls jalan2 dan nak topup, make sure cari kedai yang ade tulis "Isi Pulsa" dan kalau nak save, jangan topup kat laundry shop, shop dalam hotel. Kedai Circle-K & M-Mini Mart (macam 7E kat Malaysia) pun ade jual dan mereka tak amik commission dr hasil jualan.

    View bali2 
    (Adegan tawar-menawar nak membeli SIMcard)

    Accommodation

    Haha..part ni memang I sangat suke~ Sepanjang 4H 3M I di Bali, I stay kat The Bidadari Luxury Villas & Spa! Villa ni terletak di Kerobokan. Tempat sangat cool, tenang dan damai. Jangan tanye kenapa I tak menginap di hotel2 kat Jl Poppies Lane I & II dekat area Kuta. Name pun honeymoon, so kami inginkan ketenangan dan harus la tempat yg romantik sket, walaupun kami perantin basi! Bukan selalu kan. Maybe next time baru boleh pegi free & easy!

    View Bali Villa
     (Villa kami bernombor 19, paling last sekali. Terbaik dari ladang!)

    Encik so-army sangat suke villa ini. Harganya? Ermm..about RM550/per night. Tapi sebab kitorang booked mase MATTA fair, so total up RM1280 termasuk daily breakfast, tea-time, dinner dan 2hours massage! Bagi kami, ianya memang sangat berbaloi2,kerana service dan layanan karyawan & karyawati (staffs) mereka yang sangat polite dan very friendly!  

    Oh ya! untuk muslims, villa nie memang highly recommended sebab they served HALAL foods. Panduan arah kiblat pun ade, Alhamdulillah. Semuanya meyakinkan I dan encik so-army sepanjang di sana!



    P5270094
    (Aqieshz LOVE Zahir!)
    P5270099
    (Guling2 macam Hindustan!)
     P5270071
    (Tayang baju BRIDE+GROOM!)
    P5270084 
    (Hujan sekejap masa kami sampai! Tapi kejap je!)
    View bali3
     (Argghhh! Sangat suke bathtub ini..Hari2 die letak bunga!)

    Chenta Do's & Dont's: Ehh u alls..FYI, we both amik Honeymoon pakej. So that if u guys just nak jalan2, free & easy, u alls boleh stay kat area Kuta.  Ade TuneHotel kat area Kuta, juga the most favourable Hard Rock Hotel. Kat Jl Poppies Lane banyak jugak hotel2 bajet. Area Legian & Seminyak pun banyak hotel2 tepi pantai. Pilih aje mane u alls nak ikut bajet okey! Do surveys for anything that u want for ur trip/holiday! :)


    P5270018

    So, till next time dear all. Nanti I updates pasal foods, places, events and transportation etc plak ye! :) Love u all sebab bace blog I..Thanks! Ermm..sape2 nak tanye, or bagi idea nak tulis pasal ape next entry bleh jugak!

    BisikChenta: Selepas ini blog akan cerita pasal Bali, Bali dan Bali lagi..haha..mesti bohsan! :p

    Wednesday, June 9, 2010

    Family: Selamat Hari Lahir Ayah!

    Yess..hanya sehari selepas encik so-army, ayah pula menyambut Ulangtahun kelahirannya hari ini! :)


    Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke 48,
    Ayahku , Hj Ismail Hj Mohd Sirat!



    Semoga sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih Illahi.
    Semoga bahagia dan beroleh keberkatan hidup dunia & akhirat, Insyallah!
    Terima kasih untuk segalanya!
    Kakak saaaaaaaaaaaaayang ayah!
    BisikChenta: Happy Birthday juga untuk Tn Nazmi yang berkongsi hari ulangtahun yg sama :)

    Tuesday, June 8, 2010

    Party: Checklist Hubby's Suprise Birthday Celebration


    Merancang..Planning & Organizing!! :)
    Shhhhhhhh..diam2 sudeh.. Ini suprised dinner untuk encik So-army!
    Semoga semuanya berjalan lancar malam ini.. Tak sabar!!

    1. Venue : Look Out Point, Ampang (BOOKED)

    2. Guest List : RNZ collegue, Siblings, ROTU (20persons)
    3. Cakes : Adha (pick-up at 4pm)
    4. Balloons : Balloon Buzz (pick up at 3pm)
    5. Layout setting : Confirm by 5pm
    6. Aturcara : Iylia :) Thanks babe!
    7. Menu : Confirmed!
    8. Photographer : Izwan Thanks wan!
    9. Doorgifts : DONE!
    10. Card : D.I.Y DONE!

    To Buy!

    ♥ Lilin 27

    ♥ Party Poppers

    BisikChenta : Takde hadiah tahun nie..cuma suprised ini sahaja!

    Hubby's 27th Birthday


    Selamat Ulangtahun Sayangku Encik so-army
    Zahiruddin Shah Abdul Jalal :)

    Semoga usia ini lebih mematangkan kamu..


    I love u, I do! Forever and always!
    Jadilah anak, suami dan bakal papa yang bertanggungjawab, penyayang & terbaik! :)
    Isterimu selalu mendoakan yang terbaik untukmu!!


    BisikChenta : Ramainya lahir bulan 6! :)

    Saturday, June 5, 2010

    Isu - World Cup 2010

    Lagi seminggu nak start World Cup! Lepas nie, mula la penuh kedai mamak dan mulalah demam bola sampai ade yg MC sebab tengok bola sampai pagi. Nama pun 'demam' kan. MC laa..haha..

    Ape2pun, bola tetap bola, tanggungjawab jangan dilupa yer. Yang laki, jangan sampai tak balik umah sebab lepak kedai ngan member2 nak tengok bola.Yang bekerja jangan la nak bagi alasan berjela sebab lambat datang kerja. 


    BisikChenta: England tetap di hati I sejak dulu :) Ohh encik Beckham! lala~

    Friday, June 4, 2010

    Movie: Lagenda Budak Setan

    Selamat Hari Jumaat! Sudah hari Jumaat! Wahh..sangat pantas masa berlalu yer? Rasa macam baru je start awal minggu. pheww~

    Okey, I bagi 5stars la kot untuk Lagenda Budak Setan the movie. As I said, I pegi tengok lagenda Budak Setan semalam. Yang pasti I paksa kedua2 bodyguard I, encik so-army & adik I pegi tengok sekali. haha..

    Okey..kepada yang memang meminati dan follower novel2 Ahadiat Akashah, I guess u guys dah hafal storyline cerita nie kan? How they met? How they fall in love? But, dalam movie Lagenda Budak Setan, ada sedikit yang berubah. Mereka bukan berkenalan di Sri Mutiara, sekolah untuk pelajar2 terpilih, tetapi mereka berkenalan di kolej. Ada lagi few benda yang ditukarkan dalam cerita ini. Tetapi, walaupun ditukar, semua watak2 penting ada! :)

    Okey, kepada yg nak tau sinopsis Lagenda Budak Setan the movie, sila baca!!

    SINOPSIS: (sorry, I buat sinopsis ikut pemahaman I, kalau ade rase yg salah, tolong betulkan!)

    Kasyah (Farid Kamil) bersama rakan sekolejnya yang dianggotai, Sapi (Nubhan AF), Man dan Cin Cai merupakan pelajar2 nakal dan selalu dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. 

    Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, bernama Ayu (Lisa Surihani). Pertemuan mereka bermula apabila Kasyah and the gang telah meletakkan cicak di dalam minuman Ayu pada hari pertam Ayu mendaftar. Selepas kejadian itu, Ayu telah menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Kasyah berjaya membuktikan yang dia telah berubah, lalu Ayu mula memaafkan dan member respond. Episod baru hidup Kasyah pun bermula. 

    Kasyah merupakan pelajar tahun akhir, dan Ayu telah mendorong Kasyah untuk kajian thesisnya di kawasan pedalaman bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Walaupun berat, namun masing2 terpaksa berpisah sementara waktu.

    Sayangnya, Azmi (Que Haidar) ex-boyfren Ayu, tba-tiba muncul dan menagih cinta dari Ayu. Azmi terlalu cemburu apabila Ayu menolak cintanya dan mengetahui hubungan Ayu dan Kasyah. Dalam diam2 melalui ibu Ayu, Mak Leha (Shiela Mambo), Azmi merancang sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu terpaksa mengahwini Azmi. Dia juga terpaksa berhenti kolej dan meminta rakan baikknya Suzanna (Raja Farah) merahsiakan perkara ini, walaupun Suzanna cuba memujuk Ayu untuk memberitahu Kasyah.

    Setahun kemudian, apabila Kasyah balik daripada membuat kajian, Kasyah kecewa apabila mengetahui daripada Suzanna yang Ayu telah berkahwin dengan Azmi. Namun selepas berkahwin, Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia (Shiqin Kamal). Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya. 

    Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampasan dari Azmi. Melalui kawannya, Suzanna, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa2, mula mengesyaki sesuatu apabila terlalu banyak persamaan antara Ayu dan Emilia. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga Emilia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. 

    Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Dalam masa yang sama, Kasyah telah berusaha mencari pekerjaan yang baru memandangkan syarikat Ayu / Emilia telah di tutup. Kasyah kini bekerja dengan Katerina (Fazura). Dalam diam-diam, Kate telah tertarik dan jatuh hati pada Kasyah. Emilia yang semakin pulih, akhirnya menerima dan mengahwini Kasyah. Katerina yang terkejut dan kecewa dengan berita itu telah mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya di LA. Namun, kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak mereka.

    COMMENTS:
    ♥ Pelakon
    Ohh! Farid Kamil dan Lisa Surihani ialah gandingan hebat dalam filem nie.  Yeah, I must admit it even I rase dah banyak sangat muka Lisa kat panggung so dah agak bosan. For me, it's ok  la. They both memang berjaya bawa watak dengan baik especially Farid yang I rase sangat menepati ciri-ciri Kasyah yang I bayangkan mase bace novel die. Seriously, I tak tipu, i memang membayangkan yg muka Kasyah adalah seperti  iras2 Farid Kamil (bibir, bentuk muka & rambut) Oh no! I bukan peminat Farid Kamil, I peminat Aaron Aziz okey :) Tapi, selepas LBS nie, I rase I dah suke Farid Kamil plak! ;p
    Lain2 pelakon, Que Haidar, of course la orang yg tepat jugak untuk bawak watak Azmi. Juga Shiela Mambo, Raja Farah & Fazura. Sangat tepat pilihan itu! Hmm..Pelakon baru (baru ke? I tak sure sebab I tak penah nampak muke die!) Shiqin Kamal boleh tahan jugak la..Muka die pon dah ala2 Ayu (Lisa) selepas pembedahan. Cuma die mungkin perlu banyak belajar feeling sket sebab I rase die punye feel kurang sampai kat I mase die hilang ingatan. Nampak macam kaku sket!

    ♥ Pemilihan lokasi
    Ahahaha.. I sangat suke kawasan yang Kasyah pegi mase buat kajian thesis tue.  The river, village & gua2 batu kapur tue. Kat mane yer? Siapa tahu? I teringin nak pegi laa..Sangat kewl..Ohh i suke jugak bukit dekat kawasan rumah Ayu. Kolej tempat diorg belajar pun not typical kolej/universiti. Haha..kalau tak, sure I bosan tengok diorg buat shooting kat Twin-Tower UiTM yang hari2 I tengok dulu or MMU Cyberjaya..again! Tempat diorang dating ade pokok sebatang kat UPM tue memang tempat familiar, but, I memang suke view itu, jadi not bad laa :)


    ♥ Lagu Tema OST
    Sangat syahdu dan best. Sayu je bile dengar lagu tue. Especially bile scene mereka saling merindu, then Ayu kene pakse kawen, Kasyah pulak macam ade sense something jadi kat Ayu. Kuar plak lagu nie..Wahh..meleleh beb! Haha..okey, I share lagu nie kat sini..






    Hmm..kesimpulannya, kalau dah suka, semuanya bestttt!! Thumbs up to SHARAD SHARAN yang berjaya mengarahkan filem adaptasi daripada novel terlaris di Malaysia in dengan baik sekali!!!
    Yang belum tengok cepat pegi tengok!! Weekend nie mesti full la panggung!!

    BisikChenta: Kasyah dan Zahiruddin Shah..Jejaka idaman..haha~ :)

    Tuesday, June 1, 2010

    Friends: Girls 5B SMKAJ Outing

    Weekend lepas sehari selepas I balik dari Bali, I join outing girl’s classmate :) Oh course full strength sebab kelas I dulu ade 5 orang je gadis yang ayu macam perempuan melayu terakhir. Hahaha.. I rase last I jumpe they all mase wedding one of our classmate Amirul Faizi.
    Lokasi pertemuan kami ialah Times Square! Puan Natrah hadir bersama suaminye Encik Zam. Die sempat lagi berfish-spa sebab die org paling awal sampai. Janji pukul 3 okey! I dengan encik so-army la kan, kami datang selepas menghadiri kenduri kawen officemate necik so-army, Sabri & Ekma. Cik Sueza yg masih single (if I’m not mistaken la..) orang kedua hadir sebelum I.
    Aktiviti dimulai dengan sessi membaling bowling ke longkang. Disebabkan mase tue tak cukup korum lagi, hanya kami bertiga, so, we all proceed dengan main bowling dulu.

    P5310004
    ( me, sue & atah ~ start to bowl!)

    View outing1

    Lepas start 3-4 balingan, Cik Ruwaida yg kecil molek datang! Ohh..suprisingly Cik Ummu Fadhilah the last person yg sampai! Dan die bertemankan jejaka pilihan hatinya bernama Encik Syed Sigaragar saudagar barang purba! :p

    P5310020  (akhirnya cukup berlima! 5 Bestarian girls!)
    Next..Kami pegi menkaraokekan diri di News KTV Imbi Plaza. Sessi gossip menggossip pun bermula la time nie. Hmm.. Tapi memang enjoy la. Nyanyi ke laut pun takpe, janji enjoy! Paling best nyanyi lagu2 zaman skolah dulu of course BSB, Britney, Alicia Keys :)

    View outing2


    (sessi melalak..!)

    Siyesly, really enjoy it! Walaupun I ngan encik so-army still penat lagi sebab baru balik dr Bali tp kitorang enjoy je, especially sebab I dapat jumpe kengkawan lama! :) Sangat rindu zaman sekolah dulu bersama mereka ini. Kelas I ade 5 orang je pompuan, so haruslah kami nie close to each other. Now, masing2 dah ade kerjaya masing2, life masing2 but I hope we can still hang-out, gossiping & lepaking together2. Siyesly, walopun masing2 dah keje jauh, dah ade life sendiri, tapi mereka tetap I ingat sampai bile2 okey. Mereka adalah kawan yg patut dimiliki :) I love u all Diela, Sueza, Atah & Eda! Friends forever!

    P5310021
    BisikChenta: I suke gile lagu  Graduation – Vitamin C..Sangat touching!