Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Friday, October 22, 2010

Movie: RED



Salam Jumaat. Mari kita cerita pasal wayang! Malam tadi, I heret encik so-army tengok movie. As usual, GSC Leisure Mall Cheras sebab kat MBO S*PARK Desa Petaling tak kuar lagi. I suka tengok kat dua tempat nie sebab aman. Aman di sini bukan bermaksud takda orang dalam panggung, tapi aman sebab datang 5minit sebelum show-time pon bleh pilih2 seat plus parking senang dan mudah! Lagipun, area ni kawasan cha-ya-nun-alif, so, kalau tengok cita Melayu ke, memang heaven la :) Eh, tapi I bukan tengok cerita Melayu malam tadi.


RED = Retired Extremely Dangerous! Yes, memang extremely dangerous kau! Sinopsis? Hmm, I ni memang tak reti sgt nak buat review/sinopsis, tapi demi Bruce Willis I sanggup!! HAHA. Hero pujaan sepanjang zaman!!

Sinopsis:
RED! Boleh kategorikan as an action-comedy movie kot, tapi ada la sket touch of romance. Cerita ni pasal CIA agent yang dah bersara, Frank Moses (Bruce Willis) yang mengalami kejatuhcintaan kepada Sarah (Mary-Louise Parker), seorang penjawab telefon di sebuah Agency's pengurusan pencen.
Cerita bermula dengan adegan perbualan telefon anta Moses & Sarah, yang kemudiannya, di akhiri dengan attacked oleh team of assassins. Moses melarikan diri dari rumah, dan ke rumah Sarah untuk mengkidnap Sarah sebab merasakan nyawa Sarah juga dalam bahaya, sebab perbualan telefon mereka of course didengar!

Mereka lari membawa diri dan kemudian Moses membentuk kembali team lamanya yang terdiri daripada orang tua kulit hitam yang duduk dirumah pesakit kanser, Joe Matheson (Morgan Freeman), si gila2 Marvin Boggs (John Malkovich) yang duduk di tengah2 hutan sebab nak mengelakkan diri daripada dikesan CIA dan Victoria (Helen Mirren) ex-sniper,MI5. Cara mereka membentuk kembali team tue yang buat menarik kot filem nie. Plus, misi mereka nak mencari punca peristiwa Guatemala 1981 dan kenapa semua 11orang yang terlibat dibunuh oleh CIA sangat best. Plot dia macam tersusun, full dengan action. Untuk orang yg suka action memang I recommend filem nie.

Lain-lain komen dari I, jalan cerita filem ni dah boleh di predict kot sebab I dah biasa sgt tengok movie action. Selain tue, heroin filem si Sarah ni, macam kurang menyerlah. Bruce Willis boleh dapat yang lagi menarik + mantap kot! ;p Tahniah kepada Bruce Willis, walau dah tua tapi masih mantap! Gilooss I memang suka dia sejak kecik2 tengok cita Armageddon! :)
Ohh, sesiapa yang suka A-Team, Date Night, Salt, citer RED ni ala2 cite tue. :)

Keseluruhannya I bagi 5-stars!  Thumbs up untuk director RED!

Dan, paling penting, encik so-army sangat soooka ini cerita. Itu penting, sebab I paksa dia tengok cerita nie! Naseb baik dia senyum! Okeh, dia senyum I bahagia. ;p Tiba2 dia cakap, "Yang, rindu plak zaman dolu2.." HAHA. Zaman dolu2 kami yang bergelumang dengan senjata2, lumpur2, panas-hujan :p Tak terjangkau akal napa I leh join menda2 tue semua. Kenangan! manis untuk diingati, Pahit untuk diulangi!

Mampu lagi ke I nak melepasi menda ni sekarang? Dulu 41kg, Now 55kg. ok! Duduk diam2 sudah!


 Ini kami dulu2. Ya-Rabbi, sumpah chomot & tak semenggah gilooss!!


BisikChenta: Tiba-tiba rasa mahu menembak senjata berat! Rindu lapang sasar Ulu Tiram!

Monday, July 26, 2010

Passion: My Turn @ Jangan Lupa Lirik


Para penonton, bapak-bapak, ibu-ibu semua yang menanti..
Hahaha..akhirnya glemer jugak I dapat kuar TV..

Okey, dear blogger2 sekalian yg dah bertanya berkali-kali,
jangan lupa la tengok muka I yang glemer ini this weekend..
mengikut perkiraan, maybe hari Ahad..
Artis undangan Aril AF

Sebelum tue, I nak mintak maaf la yer kalau2 ade yang akan merasa I nie 
OVER, GEDIKS, MENGGELABAH etc.
Untuk pengetahuan mereka2 yang menonton Jangan Lupa Lirik,
ade aksi2 yang memang dirancang dan atas arahan production team.
So that, kami peserta2 nie kena la ikut arahan kan?
Kata nak masuk TV..haha..

Jadi, sila duduk depan Tv pada hari Sabtu-Ahad ini,
Astro RIA 104 jam 9malam..
Well..well..well..
Sapa yang kenal I boleh la loncat2 cakap,
"I know her!" OR "Eh, macam kenal??"
:p
Errmm..sila jangan tanya menang berapa ribu.
Tengok dulu baru tau :)





Ini sempat I snap..Dalam bilik, dah nak tido tibe2 ade iklan ini..
Berdoa & berharap la konon! :)

BisikChenta : Pagi2 dah dapat SMS kawan2 tanya betul ke I yang diorang nampak! :)

Friday, June 4, 2010

Movie: Lagenda Budak Setan

Selamat Hari Jumaat! Sudah hari Jumaat! Wahh..sangat pantas masa berlalu yer? Rasa macam baru je start awal minggu. pheww~

Okey, I bagi 5stars la kot untuk Lagenda Budak Setan the movie. As I said, I pegi tengok lagenda Budak Setan semalam. Yang pasti I paksa kedua2 bodyguard I, encik so-army & adik I pegi tengok sekali. haha..

Okey..kepada yang memang meminati dan follower novel2 Ahadiat Akashah, I guess u guys dah hafal storyline cerita nie kan? How they met? How they fall in love? But, dalam movie Lagenda Budak Setan, ada sedikit yang berubah. Mereka bukan berkenalan di Sri Mutiara, sekolah untuk pelajar2 terpilih, tetapi mereka berkenalan di kolej. Ada lagi few benda yang ditukarkan dalam cerita ini. Tetapi, walaupun ditukar, semua watak2 penting ada! :)

Okey, kepada yg nak tau sinopsis Lagenda Budak Setan the movie, sila baca!!

SINOPSIS: (sorry, I buat sinopsis ikut pemahaman I, kalau ade rase yg salah, tolong betulkan!)

Kasyah (Farid Kamil) bersama rakan sekolejnya yang dianggotai, Sapi (Nubhan AF), Man dan Cin Cai merupakan pelajar2 nakal dan selalu dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. 

Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, bernama Ayu (Lisa Surihani). Pertemuan mereka bermula apabila Kasyah and the gang telah meletakkan cicak di dalam minuman Ayu pada hari pertam Ayu mendaftar. Selepas kejadian itu, Ayu telah menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Kasyah berjaya membuktikan yang dia telah berubah, lalu Ayu mula memaafkan dan member respond. Episod baru hidup Kasyah pun bermula. 

Kasyah merupakan pelajar tahun akhir, dan Ayu telah mendorong Kasyah untuk kajian thesisnya di kawasan pedalaman bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Walaupun berat, namun masing2 terpaksa berpisah sementara waktu.

Sayangnya, Azmi (Que Haidar) ex-boyfren Ayu, tba-tiba muncul dan menagih cinta dari Ayu. Azmi terlalu cemburu apabila Ayu menolak cintanya dan mengetahui hubungan Ayu dan Kasyah. Dalam diam2 melalui ibu Ayu, Mak Leha (Shiela Mambo), Azmi merancang sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu terpaksa mengahwini Azmi. Dia juga terpaksa berhenti kolej dan meminta rakan baikknya Suzanna (Raja Farah) merahsiakan perkara ini, walaupun Suzanna cuba memujuk Ayu untuk memberitahu Kasyah.

Setahun kemudian, apabila Kasyah balik daripada membuat kajian, Kasyah kecewa apabila mengetahui daripada Suzanna yang Ayu telah berkahwin dengan Azmi. Namun selepas berkahwin, Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia (Shiqin Kamal). Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya. 

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampasan dari Azmi. Melalui kawannya, Suzanna, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa2, mula mengesyaki sesuatu apabila terlalu banyak persamaan antara Ayu dan Emilia. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga Emilia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. 

Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Dalam masa yang sama, Kasyah telah berusaha mencari pekerjaan yang baru memandangkan syarikat Ayu / Emilia telah di tutup. Kasyah kini bekerja dengan Katerina (Fazura). Dalam diam-diam, Kate telah tertarik dan jatuh hati pada Kasyah. Emilia yang semakin pulih, akhirnya menerima dan mengahwini Kasyah. Katerina yang terkejut dan kecewa dengan berita itu telah mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya di LA. Namun, kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak mereka.

COMMENTS:
Pelakon
Ohh! Farid Kamil dan Lisa Surihani ialah gandingan hebat dalam filem nie.  Yeah, I must admit it even I rase dah banyak sangat muka Lisa kat panggung so dah agak bosan. For me, it's ok  la. They both memang berjaya bawa watak dengan baik especially Farid yang I rase sangat menepati ciri-ciri Kasyah yang I bayangkan mase bace novel die. Seriously, I tak tipu, i memang membayangkan yg muka Kasyah adalah seperti  iras2 Farid Kamil (bibir, bentuk muka & rambut) Oh no! I bukan peminat Farid Kamil, I peminat Aaron Aziz okey :) Tapi, selepas LBS nie, I rase I dah suke Farid Kamil plak! ;p
Lain2 pelakon, Que Haidar, of course la orang yg tepat jugak untuk bawak watak Azmi. Juga Shiela Mambo, Raja Farah & Fazura. Sangat tepat pilihan itu! Hmm..Pelakon baru (baru ke? I tak sure sebab I tak penah nampak muke die!) Shiqin Kamal boleh tahan jugak la..Muka die pon dah ala2 Ayu (Lisa) selepas pembedahan. Cuma die mungkin perlu banyak belajar feeling sket sebab I rase die punye feel kurang sampai kat I mase die hilang ingatan. Nampak macam kaku sket!

Pemilihan lokasi
Ahahaha.. I sangat suke kawasan yang Kasyah pegi mase buat kajian thesis tue.  The river, village & gua2 batu kapur tue. Kat mane yer? Siapa tahu? I teringin nak pegi laa..Sangat kewl..Ohh i suke jugak bukit dekat kawasan rumah Ayu. Kolej tempat diorg belajar pun not typical kolej/universiti. Haha..kalau tak, sure I bosan tengok diorg buat shooting kat Twin-Tower UiTM yang hari2 I tengok dulu or MMU Cyberjaya..again! Tempat diorang dating ade pokok sebatang kat UPM tue memang tempat familiar, but, I memang suke view itu, jadi not bad laa :)


Lagu Tema OST
Sangat syahdu dan best. Sayu je bile dengar lagu tue. Especially bile scene mereka saling merindu, then Ayu kene pakse kawen, Kasyah pulak macam ade sense something jadi kat Ayu. Kuar plak lagu nie..Wahh..meleleh beb! Haha..okey, I share lagu nie kat sini..






Hmm..kesimpulannya, kalau dah suka, semuanya bestttt!! Thumbs up to SHARAD SHARAN yang berjaya mengarahkan filem adaptasi daripada novel terlaris di Malaysia in dengan baik sekali!!!
Yang belum tengok cepat pegi tengok!! Weekend nie mesti full la panggung!!

BisikChenta: Kasyah dan Zahiruddin Shah..Jejaka idaman..haha~ :)

Tuesday, April 27, 2010

Movie: Ice Kacang, Puppy Love!

Ice Kacang Puppy Love!
I alert dengan iklan pasal movie nie kat TV3 tajaan Munchy's. I dah siap cakap ngan encik so-army I nak tengok cite nie sebab budak2 yg berlakon sgt chumell :)


Last weekend, selepas selesai shopping barang2 untuk Family Day, encik so-army ajak tengok wayang kat MBO S*Park kat Salak South.

Walaupun encik so-army yg ajak tengok & belanja, tapi pilihan movie ikut kata I okey **haha, gile queen-control kau!**

I paksa jugak encik so-army tengok cite Ice Kacang, Puppy Love! Sebab I rase cite die comel n touching ala2 cite Sepet, Gubra, Mukhsin, Talentime! And, luckily, encik so-army kate pilihan I selalu tepat! Cite die touching beb! Unsur2 kasih sayang dlm family & friendship! :)


I bagi 5 bintang okey! Same macam I bagi kat cite arwah Yasmin Ahmad.. Walaupun I hanya paham "mei-you", "xie-xie", "leng-loi" tapi I enjoy the movie. Terbbaeeek-lah. Encik so-army pon, siap hafal melody lagu tema filem nie. I suke watak si ikan Pelaga ~ tomboy yang berhati sensitif dan adik Malifan si Barley Ice yg comel **sbb I suke Barley jugak!**

**Duduk (kiri) - Malifan, Si Botak, Si Pelaga**
**Berdiri (kiri) - Si Prince Charming, Si Fried Chicken, Si Dinosor & Si Barley Ice**





Ice Kacang Puppy Love

**Si ayam goreng & dinosour yg bajet gangster, tapi pengecut nak mampus! haha..**

**si Botak & si Ikan Pelaga ~ puppy love sampai besar! **


BisikChenta: Pegi tengok ye kawan2!

Tuesday, May 5, 2009

StudentsLife: OIAM Finale!

Alhamdulillah...
akhirnya diberi kesempatan untuk menulis en3 kat blog yg lama dibiarkan sepi nie..genap sebulan dah aku tak menulis apa2 dalam blog nie..Kesibukan yang melampau..Coursework + Kerja + Family matters + Exam..semua tue yg wat aku x sempat2 tuk masukkan en3..sempat nak bace en3 orang, tp en3 sendiri xsempat nak buat!
(Kak You,thanks ingatkan spya update blog.. ;P)
...
...
Kat sini aku nak share bende2 yg aku buat spanjang sebulan nie.. Walaupon xsempat wat en3,tapi untuk xtvt lain aku sentiasa ade kesempatan..hehehe...biasela,weekend aku xpernah tak ade xtvt..kat sini aku story la sket antara xtvt2 yg aku buat...
Bawak anak2 buah tunang aku brjalan2.. (diorang dtg dr Melaka nk gi book fair kat PWTC..so,kitorang la jadi tour-guide sbb diorg sebok nk naik LRT..hishhkk..geram aku..naik kete kan senang..ngade2 bdk2 tue..tp ape2pon aku enjoy! sbb layan si budak kecik nie....AISYAH ;P)
...
...
Hahaha..padahal mase tue, aku ade paper hr Rabu & Khamis..tapi sempat lagi berjalan2,shopping sket..itulah aku..yg xsuke nak stress2 sgt walopun aku tau ade yg aku tak cover lagi tuk exam..rilex sudeh.. ;P
Well, ape2 pon aku masih memegang prinsip "Study SMART, but not STUDY HARD" =) jadi,aku mengharungi minggu exam aku dengan jayanya...Tawakal je lah,kita dh usaha..Tapi,ape yg menarik,ade bende2 yg aku xpenah buat sepanjang aku amik exam dr kecik smpai skrg ialah..aku punye dakwat pen habissss...2 batang untuk 3paper yg aku amik..huhu..amazing! padahal bukan pen lame..aku baru beli pen tu kat Mydin b4 exam..harap2 berbaloi la dakwat pen yg aku gune tuk mengayat lecturer tue.. ngehehe...
...
...
Dalam minggu yg same, adik aku (aku ade sorang je adik - lelaki) telah selamat menjalani pembedahan di HUKM..pembedahan yg kedua di telinganya sbb ade tisu yg tersumbat kt salur telinga die..aku xberapa pasti sgt..yg aku tau, aku mmg takut bab2 jarum, darah, ubat, dokter, jahitan dan sewaktu dengannya..jadi aku xnak tau sgt..cukuplah aku tahu die selamat dan sihat..Semuga cepat sembuh ye Boy! Nanti nak masuk univ (untuk makluman - adik aku baru habis Matrix..)
...
...
Next weekend nye aku ke "Garage Sale" member aku, si Farha..die nak pindah umah mak die sumwhere kat Subang..so brg2 die, byk yg die tolak kat kwan2..antara brg2 yg aku borong:
1.Chest Drawer IKEA - RM30
2.Cupboard (aku xtau ape nak panggil bende tue..sort of cupboard tp tinggi bahu je..ade drawer 4-tier..yg nie tunang aku amik ltak kat umah die)
3.Washing machine - RM 150 (Brand xingat..tp warranty ade lagi..nie pon tunang aku amik..)
4.Baju2 British India, ZARA, dress..die jual dr RM 1-RM 20..huhu..
Totally duit kitorg abis dalam RM 250 gak laa..tp mmg berbaloi..sape nk bagi drawer IKEA harga RM30?? still in good condition plak tue..die jual pon bkn sbb tak elok..tp sbb her mum xbg angkut brg byk2 sbb umah mak die dah fully-furnished.. =)
Kami juga telah ke METROJAYA SALE di Stadium Melawati..hehe..sempat lagi =) aku beli perfume Salvato Ferragamo n my fiance beli sandal baru yg aku xtgok pun..huhu..
...
...
Kemudian, aku meneruskan minggu exam aku dengan satu lagi paper..huhu..paper management, bende yg aku xsuke pun..ntah nape la kene blaja management..tension aku! rase macam nak seronok2, tapiiii....ade 3 coursework menanti walaupun dah abis exam..huhu...tension balik jadinye..tapi, aku selamba jer harung..akhirnya, siap jugak pagi tadi..berbaki satu lagi cousework untuk dihantar...ntah xtau bile nak anta,mcm malas pon ade gak! =0
...
...
Minggu seterusnya, aku pegi fitting baju tuk majlis kenduri kahwin aku utk belah laki aku nanti..baju tuk pakai mase brtandang tu diuruskan oleh bakal abang ipar aku yg jugak akan berkahwin sekali ngn kami..(2 pengantin la satu pelamin mase tu nanti..) Aku juga sempat berkaraoke selama 2 jam di Imbi..haha..melalak melepaskan ketensionan..memang beshhh!!
...
...
Kehidupan diteruskan dengan kerja di pejabat yg agak banyak memandangkan exam dah abis, so sibuk dgn marking paper, nak masuk marks..tmbah pulak dinner postgrad FSPU dah nak dekat..huuhuu..tp aku dan rakan baikku Elma, cam biase dtg keje ikut suka hati kitorang..pastu gosssipp..oppss..bukan ngumpat tau! =)
Aku juga sempat berkaraoke ngn classmate aku, Syahril; budak ROTU,Kalut; and housemate diorang Ies pada malam Rabu..haha..diz time aku belanja sbb baru dapat gaji.. =) btul2 enjoy malam tue..dah lame xkaraoke ramai2 n nyanyi lagu sewel2 camtue..thanks guys! =)
yang paling best..minggu nie, aku dapt gi tgok OIAM grand finale..aku dapat tiket last minit..tue pon officemate tunang aku bg..sronoknye..xsabar nak tgok TOMOK..aku tak tahu nape, tapi aku gilakan die sejak minggu die bawak lagu Melly - Gantung..before tue aku suke, tapi x giler...ngehehe..ape2pon, congratz TOMOK!! u're the reborn Shah Indrawan..millionaire superstar! =)
(Me, tunang wif Sab :Ticket's owner & his partner Kak Ekma)

(Tak dpt yg betul pon xpelaa....)

(And the winner is........TOMOK!!!)

Aku takkan lupe macam mane teruknye aku menjerit mase nie..siap nak nangis lagi..huhu..sbb heppy sgt!! Lagu Rindu Terhenti mmg beshhh bangett!!
...
...
Kawan2..minggu ni saya akan berkursus kahwin di Zura's Akademy Bangsar! Sy dah pnah pegi dulu mase blaja kat UiTM, tp pegi lagi sbb temankan tunang sy..xpela..xsalah pon pegi majlis ilmu kan..Penat sudah menulis.. +,+

c ya later...