Friday, March 30, 2018

Phuket - AnniversaryXBirthday Trip 3Hari 2Malam (PART #03)

Assalammualaikum & Hi!

Kepada yang masih membaca, terima kasih kerana gigih! HAHA
Sambung cerita last day trip acah-acah honeymoon laki-bini ke Phuket.

Ini trip laki-bini, short-trip ala-ala weekend trip la jugak. 
3 HARI 2 MALAM je, over-the-weekend, tak dirancang secara teliti sangat pun.
Budget/kos biasa2 bukan backpackers style sangat, jauh sekali terlalu cozy. 
Kos yg dinyatakan adalah untuk 2 orang.
Trip ini juga free-and-easy dan flexible sebab iolls tengah pregnant 7bulan. 
So, kalau korang ada 2-3 hari je, nak berjalan santai babymoon/honeymoon kat Phuket macam kami, boleh lah ikut itinerary ni.

Yang tertinggal MRT, boleh baca episod sebelumnya ni haaa!

HARI PERTAMA (01/12/2017)
HARI KEDUA (02/12/2017)

HARI KETIGA (03/12/2017)

- Pagi ni bilik kitorang tibe2 takde air. Management bagitau syarikat air tengah buat maintenance. Tapi tak semua bilik. Toilet & bathroom kat area lobby masih boleh guna. So kitorang pakai toilet kat lobby je sebab malas nak tunggu bila kala nak ada air.

- Sebelum keluar, kitorang hantar baju ke dobi kat kedai depan hotel sebab malas nak bawak balik baju lembab & basah sebab main air masa photoshoot semalam. Kitorang amik yg same-day pick up mahal sket 90THB/kg. Kalau amik next day, boleh tawar dapat 50THB/kg.
Notakaki: Harga dobi depends on berat & berapa cepat korang nak pick-up. Banyak jugak kedai dobi area Patong ni. Maybe sebab diorang tau tourist mesti takkan angkut baju basah2 banyak.

- Breakfast nasi lemak berlauk @ Wai Thai & European Food. Nama nak europe kau tapiiiiii lauk die superrrrrr-pedas. Husben weolls yg kuat pedas pun mengaku lauk akak tu masak kategori pedas. Tapi tengokdie rileks je makan, dasar perut org Melaka. Gamba tak sempat amik sebab kelaparan dan ditambah kepedasan HAHA

- Lepas makan terus cari kedai minyak. Isi 3 botol terus. Yeayyy, hari ni nak abiskan masa ride atas motor. Memang kitorang tak plan nak ke pulau, just nak jalan2 pantai kat Phuket. Kitorang ada saja2 survey pakej pulau a day before, memang dah bajet, diorang takkan bagi makyong naik speed-boat. Diorang cakap naik tail-boat boleh, tapi pulau yg dekat je. Tail-boat bercinta nak sampai hooii.
Notakaki: Harga pakej ke pulau2 range THB900 - THB1200 ke atas. Nak boat/cruise/mini-cruise ape semua ada pilih je la. Kalau yg nak ke pulau, better booking sehari awal sebab biasanya diorang suruh kumpul & gerak awal pagi.

- The Big Buddha Phuket. Sepanjang jalan jumpa lah beberapa pantai. Big Buddha ni kat atas bukit, jadi masa naik bukit tu agak slow lah, sebab berat paus dua kali ganda. Lebih kurang 45minit sampai, ikut cara pemanduan dan beban masing2 HAHA

45meter, tinggi tak? Tinggi lagi sayang sama kamu, gituuu!
Tetiba teringat cerita Journey to the West.

- Masa kitorang datang Big Buddha tengah ada major renovation. Kitorang datang pun buat syarat je nak tengok besar mana lah statue nie. Kat sini semua FOC -- entrance, parking, toilet semua free. Yang berbayar kalau korang nak jumpa sami Buddha mintak restu atau nak beli souvenir atau nak beli daun emas buang hajat. Takde apa sangat pun yang menarik kat sini, ada lah view dan aktiviti menggosok gong.
Notakaki: Silalah cuba sebab tak semua orang berjaya buat gong tu mengaum. Orang2 hebat dan berskill tinggi je boleh, ehemm.

Ala, ni ala2 buat "ZB wuz here" kuukir namamu di awan gunung jeraiiii eh?

Yang gong tu akan keluarkan bunyi mengaum tapi kena gigih. Mat saleh before kitorang takleh bunyi padahal kemain kuat die berusaha. Tu lah kena tau skill, teknik & aplikasi fizik gitu.
Kemain diorang Q nak mengadap jumpa sami.

- Promthep Cape Viewpoint. Dari Big Buddha kitorang terus ke sini. Plan asalnya nak pegi petang, sebab kat sini cantek nak tengok sunset. Tapi bila tengok awan hitam kat langit macam panas tak sampai ke petang je, kitorang terus ke sini. Kat Promthep Cape ni, ada lighthouse & so called tempat penyembahan Buddha. Ada muzium jugak tak silap tapi kitorang tak pegi.

- Nak ke tip tu kena berjalan meredah denai, ada orang cakap dalam 30minit la jugak nak ke sana tu. Ikut hati nak je sampai ke hujung tu, bukan sebab tak daya, tapi sebab keadaan denai die macam berbatu2, berpasir dan menurut kata orang tak berapa nak rata jadi tak berani nak amik risiko takut tergelincir ke ape kan.
Notakaki: Nak ke hujung tip tu kemain sayup mata memandang. Will definitely come back for the sunset view! Kat bawah cape ni ade deretan souvenir shops, convenient store & stall jual makanan.

Satu hari kau tungguuuu!

- Windmill Viewpoint. Tak jauh dari Promthep Cape, dalam 5minit je. Adalah windmill sebatang tu je haa. Boleh la buat ada-ada nak tengok windmill hehe Kitorang berhenti tak lama dalam setengah jam je, test drone, then terus sambung ride.


- Sepanjang jalan kitorang melalui beberapa pantai -- Nai Harn Beach, Kata Noi Beach, Karon Beach, Rawai Beach.

Yang kaler pink tu semua kitorang lalu!

Ni area Karon. Cantek view!

Sis suka la design resort SIS ni. Kata Beach.

Ni Rawai Beach. Pantai betul2 depan jalan tu je.

- Kitorang lajak sket ke Paradise Beach, saje je jalan ke arah situ sebab area tu macam exclusive sket. Hotel & pantai pun less crowded. Tapi pantai die kitorang tak pegi sebab nak masuk kene bayar kat  management club THB200.

- Kitorang balik ke Patong, nak lepak pantai. Sempat lepak tepi pantai Patong minum air kelapa, tapi tak sempat abis air kelapa hujan mula turun, ape lagi pecut lah kitorang balik ke hotel.

- Sampai hotel around 5pm. Baju dobi kitorang dah ready kat registration counter. Lepas tu terus mandi, solat dan rest kejap sebab pinggang makyong sakit sket. Lepas Magrib baru keluar dinner.

- Dinner @ Bang Ya Muslim Food. Kedai dia tak ramai orang pun, sebab kedainya masuk ke dalam sikit. Kitorang makan tomyam. Yarabbiiii sedapnya tomyam Thai. Terbayang2 lagi rasa dia macam susahnya nak jumpa kat sini yg sedap gitu.
Notakaki: Update terkini dari kawan yg baru je pegi bulan lepas, restoran ni dah tutup. Tak pasti kenapa. 

Tomyam ayam, sotong cili & kailan ikan masin. Teh kuasa dua. THB580. Kenyangggg gils!

- Lepas makan, kitorang plan nak buat last round naik motor jalan2 Phuket. Sempatlah pegi beli aiskrim goreng, beli air kat 7Eleven buat sekian kalinya dan pusing2 sampai ke arah Kamala beach, cari lokasi Soi Kep Sap (sila google sendiri), tengok orang practice surfing.

- Dah abis jalan2 pun rasa malam masih muda. Baru pukul 9pm kat sana. So kitorang sempat singgah Chillva Expo. Chillva ni ala2 uptown la kalau kat Msia. Bukak hari2 tak silap.
Landmark: Masuk lorong Jungceylon Shopping Mall. Dia kat belakang mall tu.

View dari container tower!

Bersih weh pasar malam dia. Tengok siap ada sediakan kerusi meja nak makan.
Pastu jenis diorang lepas makan kutip semua bersih.

Aiskrim goreng tetiba teringin.

- Balik hotel dalam pukul 11malam. Pack barang. Baru teringat flight balik Kuching tak add on luggage lagi. Dah la gap 2 jam je kang sampai nak terus check-in mana sempat nak add-on. Lupaaaa sangat part ni sebab iolls beli tiket asing ngan husben, sebab tiket die company belikan. Menggelupur malam2 cari sapa boleh tolong sebab nak add-on kena pakai card, takleh pakai bank transfer biasa. Bukan takleh add-on sendiri, tapi nanti masalahnya ialah TAC number tak masuk sebab pakai simcard lain kan. Btw, nasib ada adik iolls tolong hee!

- Next day bangun kul 4.30am sebab janji dengan taxi kul 5.00am. Masuk je kereta, tido sampai ke airport. Check in luggage then proceed masuk ke gate. Brekfast finger-food 7E buat kali terakhir gituuu. Flight delay sket, tapi ok je selamat sampai KL.

Benda alah ni susah nak move-on wehhh! CP Finger Food. Sapa pi Thai nak kirimmmm!

- Sampai KL terus ke Luggage Storage amik baproceed check-in luggage balik Kuching. Settle je semua kitorang menggelabah nak masuk, tetiba tengok flight delayed. Huhhh, selamat! Boleh lah rilek sket.

KOS HARI KETIGA

+ Foods (Breakfast/Lunch/Stall/Air Kelapa/Kebab/Aiskrim) - THB 1,540
+ Minyak - THB 120 (3 botol)
+ 7Eleven - THB 210
+ Fridge Magnet & Thai Green Tea - THB 536
+ Dobi - THB 180 (THB90/kg)
+ Airport Transfer - THB 800
= TOTAL - THB 3,386 / RM 440 *currency rate masa ni x 0.127-0.13*

- Well, siap dah 3 hari punya cerita. Overall aku rasa, Phuket besttt! Bali vs Phuket aku prefer Phuket kot. Orang cakap Krabi lagi best, nantilah ade rezeki sampai Krabi pulak. Boleh repeat Phuket lagi nanti nak bawak anak2 pulak.

- Total cost untuk trip ni lebih kurang RM2,700 ALL IN untuk 2 orang. Bagi aku ok lah untuk trip weekend & free-and-easy. Tiket pun beli xdelah awal setahun. So kategori biasa-biasa lah, asal dapat release stress, manja2 dengan suami sebelum beranak sempena ulangtahun ke-8 perkahwinan. Yang makcik bawang dok nak kutuk/kondem kitorang tinggal anak, kesian anak tu sukahati lah korang nak cakap apa, teruskan membawang idonchcare!

Kot ada yang mintak itinerary & full bajet tinggalkan email kat komen.
Happy Weekend uolls!
Sini awal weekend, hari ni Good Friday. Till then, baii!

7 comments :

Komen lah korang!