Wednesday, March 21, 2018

Phuket - AnniversaryXBirthday Trip 3Hari 2Malam (PART #02)

Assalammualaikum & Hi!

Ini trip laki-bini, short-trip ala-ala weekend trip la jugak. 
3 HARI 2 MALAM je, over-the-weekend, tak dirancang secara teliti sangat pun.
Budget/kos biasa2 bukan backpackers style sangat, jauh sekali terlalu cozy. 
Kos yg dinyatakan adalah untuk 2 orang. 
Trip ini juga free-and-easy dan flexible sebab iolls tengah pregnant 7bulan. 
So, kalau korang ada 2-3 hari je, nak berjalan santai babymoon/honeymoon kat Phuket macam kami, boleh lah ikut itinerary ni.


Ok, takda intro. Sambung terus cerita trip laki-bini ke Phuket.

HARI PERTAMA (01/12/2017)

HARI KEDUA (02/12/2017)
- Maternity shoot session. Photographer kitorang amik nak bawak pegi breakfast. Taknak makan heavy so dia bawak pi beli kuih-kuih kat kedai tepi jalan. Diorang punya style 'on-wheel'. Kuih-muih, nasi-nasi selera Malaysia, diorang pun boleh cakap Melayu sikit2. Beli kuih & nasi goreng.

Breakfast on-the-go katanya!

- Photographer kitorang nama dia Haron, Islam. Photoshoot area pantai tapi dia bawak kat tempat yg tak crowded. Shooting patutnya 1 jam je tapi dia layan sampai 2jam, sebab katanya kitorang sporting. Auuchhh! Nak tengok portfolio dia boleh cari kat IG @andamanphotowork. Yang nak tau details pakej kitorang boleh PM tepi.

8th Anniversary!


- Abis photoshoot, balik hotel, tukar baju, then nak pegi cari lunch. Kitorang decide nak jalan kaki & naik tuk-tuk.
Notakaki: Bangla Road siang hari dia bukak utk kenderaan. Malam memang tutup sebab penuh dengan nightlife kan. Kedai bukak macam biasa kecuali club/bar/disko lah.

Sambil jalan-jalan terjumpa ni - Husband day-care. Takpelah kak, sy boleh jaga husben sy!

- Lunch @ Delhi Darbar Indian Restaurant. Nama je Indian restaurant, tapi segala makanan Thai ada je sebab tukang masak Melayu Thai. Makyong teringin pineapple fried rice.

Pineapple Prawn Fried Rice & Chicken White Curry. Total 2pax THB580.

- Lepas makan, sambung jalan kaki sampai ke Patong Beach sign. Jarak Bangla Road dari kedua-dua pintu gerbang utama lebih kurang 1km je.
Notakaki: Ada 2 'Patong Beach Sign'. Yang selalu orang ramai yg betul2 kat tepi pantai. Nasiblah kalau gambar asyik kene photobomb!


Fruits stall banyak sepanjang jalan. Harga THB100/botol. Makyong biasalah beli mangga, yummss!

Ni sign yg tak banyak sangat org datang sebab jauh sket dari main beach.

Ni sign yg memang betul2 port orang lepak. Take turn jugak nak amik gambar kat sini.

- Cari tuk-tuk untuk ke Tiger Kingdom & Elephant Trekking. Patong ke Tiger Kingdom dalam 30 minit je naik tuktuk. Kitorang memang deal terus nak ke 2 tempat & hantar balik ke hotel.
Notakaki: Tuk-tuk memang bersepah kat area Bangla Rd & Patong Beach. Tawar lah sampai dapat harga yg korang nak. Lagi ramai naik, boleh tong-tong dapat lagi murah lah.


Area ni memang betul2 hadap pantai. Bersepah tuk-tuk & minibus.

Tuktuk ride THB400/return. Beach - Tiger Kingdom - Elephant Trecking - Hotel.

- Tiger Kingdom. Ada few pakej untuk bergambar dengan harimau ni. Baby, Small, Medium & Big. Korang boleh check kat Tiger Kingdom web. Kitorang amik pakej Medium, THB900/pax tak termasuk VAT (Value Added Tax).
Notakaki: Bayaran dibuat selepas dapat nombor. Nombor tu kena ikut queue card sebab diorang nak make sure berapa orang yg tgh ada kat dalam setiap cage. 


Queue card & resit bayaran Tiger Kingdom

- Actually, sebelum pergi memang iolls dah ready nak kena kecam for supporting animal cruelty. Malas ahh nak layan kecaman netizen, once in a lifetime, kasi lah chan kitorang nak masuk jumpa rimau. Hari-hari lain semut pun kitorang bela tau kat rumah. FYI, iolls adalah penderma tahunan WWF since 2010 ok. So kira macam balanced la kan nak try ni sekali seumur hidup?

- IMHO ada yg kata tiger ni kena drugs tapi seriously lah wehhh, masa kitorang masuk dalam ni ada sekor tu tengah berendam lompat2 dalam air & sekor lagi masa kitorang nak amik gambar dia boleh nak lompat atas pokok. Ko rasa under drugs ke ape?
Notakaki: Nah bacalah review orang lain yang ada experienced ke sini jugak. TIGER KINGDOM!

- Tapi memang sepanjang masa guide/instructor dia akan jerit mintak kita ikut arahan dia, jangan datang dari depan & harimau tu pun dia akan attract utk dengar apa dia cakap like sit, up, no, go etc. Takde langsung adegan dera, pukul mahupun sebat tiger tu. Sebab semuanya macam behave. Cuma, kalau tanya kitorang perasaan dalam hati ko jangan cakap lah, mulut bermacam doa, zikir semua keluar siap mengucap kot jadi apa2.
Notakaki: Pokok & pagar ada electric volts. Mohon berhati-hati. Kamera allowed tapi tak boleh pakai tripod atau stick. Yang ada tali2 pun mohon elakkan, flash camera sila off. Ada service photographer, tapi kami plan nak mintak tolong guide/instructor je. Bagi tips kat guide sebab seriously diorang memang sangat membantu nak dapatkan gambar yg cantek. Macam gambar kitorang, eh!


The Tiger Mummy!

Deborrr jangan cakap lah weh!

- Next, kami ke Elephant Trecking, dekat je tak jauh dari Tiger Kingdom. 5mins. Sampai2 je kitorang nampak ada pengantin tgh buat photoshoot. Style gakk. Well, actually ada banyak je tempat nak naik gajah kat Phuket, boleh check SINI. Tapi yg kitorang pegi ni takde dalam list, tak sefemes yg lain kot.

- Elephant Trecking @ Kathu. Pakej untuk gajah dia count ikut masa. 30, 45 & 60 minit. Amik yang 30 minit sudehhh. Harga sama macam tiger. 900THB/pax. Sebenarnya iolls nebes nak naik gajah sebab terhentak-hentak pastu dok imejin kang kalau tak balance nanti terjatuh camne? Maklumlah iolls kan masa tu ibarat paus di daratan hihihi Tapi Alhamdulillah syukur selamat semuanya walaupun detak-detup jantung toksah nak cite.
Notakaki: Diorang akan bawak lalu jalan hutan dan ada bukit2. Ada 2x stop, dia bagi gajah tu makan tebu & 1 lagi dia suruh gajah mandi pastu simbah kita kat atas. Nasib kitorang tak basah sgt kena sipi2. 


Gajah tu mesti menyumpah sebab membawa muatan berat di atas badan.

- Cuma bab gajah ni memang iolls kesian. Menyesal pun ade. Kesian tengok gajah tu kene luku kat kepala & tepi telinga pakai macam sabit. Then, budak yg bawak gajah kitorang tu dok promote jugak taring baby-gajah soh buat rantai/tangkal, katanya buat sucikan baby dalam perut. Oh-no-no-no, yg ni iolls tak support. Sobs, tetiba kesian.

Kesiannnnn. Kesan luka kena ikat tali kat leher & kat tepi telinga tu banyakkk luka.

- Balik hotel dalam pukul 3 petang. Bersihkan diri dan rest kejap. Lepas Asar kitorang cari motor untuk disewa kat depan hotel. Yayyy, lama dah merempit dgn husben. Lagi2 sejak pregnant. Kitorang sewa motor kat depan hotel je. Rate sewa motor 200-250THB (RM25) je sehari.
Notakaki: Sewa termasuk helmet untuk 2 orang. Nasib2 lah dapat helmet ade/takde visor. So, better standby sunglasses/shades la.

HONDA Click 125i. 450THB/2 days.

- Nak sewa motor kat sini kena tinggalkan passport tapi kitorang twist sket sebab tak berani wehh nak tinggalkan passport gitu. Kitorang bagi passport DPT yg kitorang guna utk duduk Sarawak. Mula2 diorang macam pelik jugak tengok passport tu, tapi lepas kitorang goreng sket, selamat! Mujur lah owner tu tak berapa excellent sangat English.
Notakaki: Ada org cakap normal lah tinggal passport dan yes, memang ramai pun tinggalkan passport diorang. Sebab nampak dalam box dia simpan semua passport penyewa motor/kereta. Iolls berpegang konsep kat negara orang, passport tu lah dokumen pengenalan kite. Ada yg bagi tips sewa motor melalui hotel, so diorang tak amik passport sb kita hotel-guest. Tapi hotel kitorang memang depan tu je tempat sewa motor, diorang suruh deal sendiri je. Ada jugak certain agent accept photocopy passport tapi kami malas lah nak pening2 pegi carik, pusing2 harga sama jugak nanti.

- Cari souvenir @ OTOP Patong. Sebenarnya kedai souvenir mana2 pun ade je sepanjang jalan kat Patong. Tapi sebab dah beberapa kali lalu situ kitorang nampak macam situ port beli souvenir, kira macam one-stop-centre la.
Landmark: Dekat dengan Hard Rock Cafe Phuket, sebelum HRC yer. So dari jauh dah nampak sign gitar HRC tu slow la sket, sebelah kiri korang nampak la pintu gerbang dia.
Notakaki: Make sure parking motor kat tempat yang betul. Polis bersepah cari keje nak saman orang especially tourist lah. Kalau beli souvenir, cari kedai yg owner/pekerja memang org Thailand. Bukan Bangla/Nepal/Indon. Tawar sampai dapat harga yg korang nak lagi2 kalau beli banyak barang kat 1 kedai.


Mujor kat sini akak tak hilang pedoman. Maybe sebab mood nak honeymoon bukan nak shopping. 

- Lepas beli souvenir yang tak seberapa tu, kitorang balik sebab nak Magrib dah. Plus masa tu dah mula hujan renyai2 sket, so nak balik cepat kot2 makin lebat. Lepas Magrib, hujan dah reda baru kitorang keluar dinner.

Dinner @ Kusuma Seafood. Well, memang femes kot kalau baca review orang mesti suggest WAJIB makan kat sini kalau sampai Phuket. Kebetulan kitorang dilayan oleh owner dia malam tu. Owner orang Malaysia, asal Terengganu, tapi membesar & menetap kat Thai.
Landmark: Andaman Beach Suites Hotel. Tak jauh je dari pintu gerbang Andaman tu, tak sampai 100m. Kusuma kat sebelah kanan, ada signboard WHITENING TEETH kat depan kedai. Motip? Sebab siang hari area ni adalah tempat parking kereta. Kusuma ni betul2 kat parking lot whitening teeth tu.
Notakaki: Portion okay untuk 2 orang kira kenyang la makan. Tempat crowded sikit. Tapi masa kitorang datang okay. Halal. Harga tak berapa nak murah, makan berdua almost RM80. Tapi sebab makyong lapar dan mengidam sotong telur masin, so suami layankan.


Kangkung tu akak  hadap sorang tinggal sipi2 je utk husben. Sotong telur masin memang sodap aihh.
Green Thai Curry pun sedap. Dapat pulak jus tembikai & oren memang terliuqq teringat balik masa tulis nih.

- Lepas makan kitorang cari kedai jual minyak. Isi 1 botol je dulu sebab plan nak pusing2 pantai. Kat sini minyak agak mahal. Sebotol kecik harga 40-50THB/botol (RM5). Stesyen minyak susah sket nak jumpa, tapi memang bersepah kedai2 persendirian atau syarikat tour-agent atau tepi2 jalan. Kebanyakannya memang diorang letak dalam botol kaca kicap tu.
Notakaki: Kalau jumpa stesyen minyak better isi minyak full terus sebab lagi murah. Ada jugak gasoline point tepi jalan, tapi tak pernah cuba.

- Naik motor kat Phuket ni lebih kurang je kat Malaysia sebab boleh laju & selit sana sini macam KL. Kitorang takde spesifik tempat nak berhenti. Jalan saja selagi tayar bergolek. Patong Beach, malam2 pun penuhnya sama macam siang. Cafe/bar yg tepi2 pantai ni memang ada bukak table la nak lepak by the beach. Tetiba teringat Bali. Kitorang jalan cuci mata je sebab lepas tu makyong ngadu lapar.
Notakaki: Kalau korang tak biasa naik motor selit2, hati2 sket sbb diorang kat sini memang laju. Ada one time tu, tetiba je ada 2-3 motor berdesup lalu sebelah, lagi laju dari laki akak. Adehhh, pastu dapat pulak laki tak reti nak mengalah, boleh dia pegi main cucuk2 kejar. Mengucapppp hakak kat belakang!

This is Phuket yaww!

Masuk HRC kejap je cari Fridge Magnet. Tapi x beli sebab design yg typical kitorang nak tu takde plak stok. Ada lain, mahal sket, malas ah beli.

- Supper time yayy! Banana pancake, Teh tarik, Thai Green Tea kat kedai Ro-Tea-Coff. Kedai dia bukak sampai pukul 11 malam.
Landmark: Kedai akak ni betul2 sebelah Masjid Nurul Islam, tepi kedai ada ATM machine.


Yg dalam teko tu teh macam teh cina. Free. Ala2 complimentary drink gitu.

Thanks akak kedai tolong amik gambo. Laki-bini memang sejenis muka tak malu sapa2 pun boleh suruh amikkan gambo.

- Lepas supper, sambung ride pusing2 lagi. Then cari kedai nak try foot massage. Well, Phuket memang terkenal kan dengan pusat urut yg melambak. So kitorang try lah kedai kat area Siam Medical Clinic, sebab on the way balik ke hotel kan. Ala kat sini, korang pegi je la mana2 pun range harga lebih kurang je kecuali yg private *ehems*.
Notakaki: Massage centre banyak buka sampai 12malam. Tips nak cari kedai yang tak buat extra service biasanya tukang urut tu pakai baju sama/beruniform biasanya tu yg ok lah, walaupun baju/uniform diorang memang tak cukup kain terbelah sana-sini.

Kedai ni biasa2 je. Foot massage THB250/pax. Gambo tukang urut takdo sebab seksi nau uniform haha

- Perut kenyang, kaki baru lepas urut, kepala dah melayang, mata dah rasa berat. Maka beransurlah kitorang balik ke hotel. Seperti biasa sebelum balik singgah lagi 7-Eleven.

KOS HARI KEDUA

+ Foods - Breakfast (THB 115), Lunch (THB 580), Fruits (THB 100), Dinner (THB 540), Supper (THB 120)
+ Tuktuk - THB 420 (Return + Tips)
+ Tiger Kingdom - THB 900 + Tips THB 50
+ Elephant Trecking - THB 900
+ Sewa Motor - THB 450 (2days)
+ Minyak - THB 45
+ Foot Massage - THB 500 for 2 person
+ 7Eleven - THB 76
= TOTAL - THB 8,116 / RM 1,055 *currency rate masa ni x 0.127-0.13*

Okay, next post nanti last day dah. Till then, daaa!


7 comments :

  1. Kejadah Daddy Day Care weh? Lain plak jadinyaaaaaaaa. Tang harimau tu macam nak try jugak tapi tetiba takut kalau tetiba dia baham kita mcm mana? Huwaaaaa.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu jugaklah yg aku dok pikir masa nak masuk kandang. Mengucap berpuluh kali wehhhh!

      Delete
  2. sis, blh x i tahu berapa harga u bamik package utk photoshoot dgn haroon tu ?

    ReplyDelete
  3. Hai sis, boleh saya tahu berapa harga package photographer yang sis amik dengan Haroon tu ?

    ReplyDelete
  4. The great blog about PHUKET - ANNIVERSARYXBIRTHDAY TRIP. Thanks for sharing the blog, seems to be interesting and informative too. Could you help me to find out more details on Cruise to Colombo

    ReplyDelete
  5. Our focus at Deyor Camps, a technology friendly platform, is to provide great travel experience by making bookings of experiential and adventure trips as simple as booking a hotel room or a flight.
    In more recent times, experiential travel has picked up in India as gradually more and more travellers are giving hotels and resorts a miss to explore local experiences.

    We are best in the country for experiences like bike trips to Ladakh, Spiti Valley, Bhutan, treks across 30+ mountain ranges and backpacking trips across Andamans and Bali.

    Deyorcamps

    ReplyDelete

Komen lah korang!