Assalammualaikum.
Alhamdulillah, syukur Ya Allah.
Genap 29 tahun usia,
Syukur masih diberi kesempatan ini, syukur masih punya hela nafas pagi ini, walau tak tahu bila akan tiba saat hujung nyawa,
Syukur masih punya ibubapa yang melahirkan, membesarkan dan mendidik dari kecil hingga dewasa,
Dari anak kecil, remaja, dewasa, bujang, berkahwin, beranak dua,
Syukur atas kurniaan rezeki dan nikmat yang diberi percuma tanpa sedar kadang-kadang alpa,
Moga aku kekal dalam perjalanan ini, mengenal siapa diri dan tidak kufur atas segala kurnia-Nya.
Syukur juga hari ini,
Cukup 5 tahun bergelar isteri,
Fasa pertama -- kata orang tua fasa penyesuaian -- berjaya diharungi,
Bukan semua manis bak gula, ada masa pahit macam kopi tanpa gula walau secubit jari,
Pahit, manis, suka, duka, tawa, hiba, gembira, sayu, sendu, -- campur segala rasa hati,
Syukur masih dicintai-mencintai, disayangi-menyayangi,
Syukur juga atas kelahiran dua puteri, penyeri hari-hari, penawar hati,
Moga ikatan ini kekal abadi,
Duniawi, syurgawi, kekal hingga jantung terhenti!
Amin!
Terima kasih untuk 5 tahun fasa pertama ini, suamiku!
Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke-5
Mencintaimu lebih dari apapun, lebih dari yang kau tahu!
ZB : 2009 - 2014 |
Alhamdulillah. Semoga semuanya kekal indah sampai ke syurga.
ReplyDeleteEh, terjangkit bermadah-madah lak!
;p
Salam singgah
ReplyDeleteHappy Aniversary...
Jemput singgah ye
http://teratakcassia.blogspot.com/
hepi besday babe.. n hepi anniversary for both of u.. alhamdulillah.. rasa macam baru jer baca preparation kawen ko dulu2... ni dah habes fasa 5 tahun pertama dah... :) tahniah...
ReplyDeleteSalam Jumaat ~
ReplyDeleteHappy happy n happy birthday 2u sistah.. n Happy 5th anniversary !
=))
Eh? 5 tahun dah? Kejapnyee rase kan? Alhamdulillah...
ReplyDeleteHappy 5th Anniversary babe!
Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik dan juga kebahagiaan dunia akhirat buat kalian. Ameen.
Tahniah!
She who waits also serves!! Selamat Ulangtahun ♥
ReplyDelete