Saturday, December 28, 2013

# Rutin Berpantang Anak 2


Salam. Hi semua!

Dah nak ujung-ujung tahun barulah hegeh-hegeh aku nak update kan. Ok lah daripada takde kan?
Merujuk tajuk di atas maka mari aku story rutin masa berpantang dengan anak dua.
Ni kira lump-sum la ni aku story dari pagi sampai malam masa 44hari dalam pantang errr dan sampai sekarang dan aku balik Sarawak la kot! :)

5.30am
Bangun susukan Dyna.
Kalau untung dia tido balik. Kalau tak layan lah dia sampai dalam pukul 6lebih ke pukul7.
Kalau dia diam nak main sorang2 aku cepat2 la pegi solat. Kalau tak mintak talian hayat parents aku tengokkan kejap. Mama pegi keje 6.45, ayah flexible tapi biasanya antara pukul7 ke pukul9.

7.00am
Biasanya Isya dah bangun time camni.
Kalau aku tido balik, aku akan buat-buat tak bangun lagi. HAHA.
Takpun main golek2 gomol2 Isya kejap. Nak dekat pukul8 baru aku bangun.
Adik dia aku biarkan tido. Isya dok luar, buatkan susu, bukak tv channel 613 ke 615. Dah diam situ!

8.00am
Dyna bangun time nie.
Aku biasanya dah ready nak mandikan dia. Besen air suam, baju2 nak pakai semua ready siap2. Sambil tu letak EBM dalam warmer.
Selesai mandikan Dyna, susukan dia.
Kakak Isya biasanya time macam ni dah panas badan nak main la, lukis la. Aku biarkan.

9.00am
Masa awal2 pantang Dyna terus tido lepas mandi n susu. Now susah sket sebab dah pandai nak main nak borak-borak.
So sementara mood dia ok, aku letak dia kejap, cepat2 lari mandikan Isya. Tapi kalau Dyna dah tido, aku mandi sekali dengan Isya.
Mandikan Isya macam pegi berperang sebab dia suka main air dan mengemas bilik air. Kadang2 aku macam bagi command je dalam bilik air tue. Haihh laaa.
Kalau Dyna tak tido akan kelam kabut la mamanya sebab biasanya dia akan melalak sebab takde kawan dan takde kelibat aku depan mata. Ok fine. Siapkan kakak then angkat Dyna untuk tido.

Agak-agak sapa jaga sapa?
10.00am
By this time biasanya dua2 dah settle. Paling awal pukul10 dah settle kalau dua2 mood baik dan bekerjasama. Kalau tak bekerjasama akan berlakulah masa tambahan.
Bila masa aku plak mandi? HAHA. Jangan tanya. Flexible! Lepas siap mandi pakai bengkung semua, aku akan breakfast time nie. Sekali dengan Isya lah.
Menu aku simple je. Cukup la roti ke, or biskut Tiger cicah la VICO ke MILO ke KOPICINO ke. Ikut mood.
Menu Isya depends la. Kalau mama or ayah aku dah masakkan breakfast Isya pagi tu so makan la ape yg dah disediakan.
Tapi kalau nasib kurang baik, mamanya akan dipaksa jadi Masterchef kat dapur. Cabaran Peti Saji Misteri! Nak tau sebab ape Misteri sangat? Sebab menu or bahan terpulang pada Isya nak makan apa.
Kalau dia kata mi besar, so masak la mi kicap. Kalau dia kata kokocrunch ok la kan tinggal tuang air soya, dah siap.
Dah la bagi masa 15minit je nak suruh aku masak kalau tak membebel cakap sakit perut lapar.
Ok tapi tu atas tu cerita kalau Dyna tido. Kalau die tak tido aku angkut sekali letak dalam MaxiCosi pastu aku masak.
Sambil tu kakak dia layan la dia, main puppet ke nyanyikan lagu ke. Kadang2 aku letak je dua2 dalam bilik or depan tv. Ok lah jugak mampu bertahan 15minit dah cukup bagus bagi aku nak masak simple2 untuk kakak Isya.

11.00am
Isya dan aku dah breakfast. Dan kalau Dyna tido dia akan kekal tido.
So masa ni aku akan basuh baju sidai baju semua.
Pastu time ni la aku biasanya akan buat pumping session.
Sambil tu layan Isya main beskal ke, main karom ke, lukis2 ke, baca buku ke, tengok tv ke ape2 ajelah.
Haa, layan punya layan masa aku belum abis pantang kaki terpelecok sebab nak elak dari jatuh hempap Isya.

Kenangan manis pantang kali ini :)

12.30pm
Kalau Dyna bangun or merengek biasa sebab pampers basah or nak susu. Then biasanya tepuk2 sket tido balik.
Aku dah start panaskan lauk2 yg biasanya mak aku dah masak awal pagi tadi. Ala menu orang pantang pusing2 itu jugak.
Menu Isya samada makan menu aku tambah 1lauk either telur or ayam goreng or ikan goreng OR aku kene masuk pusingan penyingkiran Masterchef. Haha.
Pastu lunch lah kami anak beranak.

2.00pm
Time nie mata Isya dah boleh nampak dah nak letak mancis berapa cm. So cepat2 aku buat susu, masuk bilik nak tidokan dia.
Sementara nak tunggu dia habis sebotol susu aku solat.
Pastu kalau pagi tadi dia banyak main lompat jauh, lompat setempat, lari 20meter atau main bola baling sebelum habis bagi salam dia dah lelap sendiri.
Pastu kalau adik dia macam nak terjaga, aku susukan adik dia.
So by 3.00pm dua puteri biasanya dah tido.
Dan kadangkala dengan aku sekali jalan. HAHAHA. Stended arr kennn!

Kuak lentang kuak dada, tiba-tiba dah ade sebelah menyebelah. Camna?
4.00pm
Kalau aku tido aku biasa akan terjaga time camni.
Kalau tak tido aku dari tadi pegi angkat kain, lipat baju sambil tengok tv.
Pastu sempat jugak aku baca novel ataupun bukak laptop jap, tengok email kerja seminggu sekali je.
Umah parents aku dah potong streamyx sebab takde orang pun kat rumah. Bazir je bayar bulan2.
Pastu kalau nak online aku kene teethering jadikan handphone aku modem. Makanya pastu kang mulalah exceed quota internet. So tu salah satu sebab aku jarang nak bukak laptop.
Dan sebab tu jugak lah satu entry sampai 10x aku bukak baru siap. Hehehe.

5.00pm
Mak aku dah balik keje time2 gini.
Isya kadang dah bangun. Kadang lena lagi. Aku malas kejutkan Isya sebab dia jenis kalau tido berkejut kang mulalah angin kus2 dia datang bawak ke malam nak tido. So biar dia bangun sendiri.
Sementara dua orang tu tido aku solat siap2.
Rutin mandi petang ikut style First Come First Serve. Sapa bangun dulu dia mandi dulu.
Lepas dua2 mandi, kalau ada minum petang aku layankan Isya sementara adik dia main2 je la tak tido pun.

7.00pm
Dyna biasa tido lepas Maghrib. So aku bergilir dengan parents aku nak solat.
Lepas solat je aku tidokan Dyna. Kakak dia pulak pegi la belajar mengaji dengan nenek atau atok dia.
Dah settle prepare plak nak makan malam.

8.00pm
Dinner dengan Isya. Makan lauk nenek dia masak sebab nenek dia dah tanya siap2 nak makan apa.
So nenek dia jarang lah kena masuk pusingan penyikiran Masterchef. Lagipun nenek dia dah AllStar, expert dah ape cucu mintak terus siap hidang.
Lepas dinner, dia pegi la belaja baca buku la sambung main lukis2 la or amik handphone aku yang memang beli untuk dia main segala macam game dan apps. Yer, memang!
Takpun dia paksa nenek atok dia tengok cerita kartun. Kalau mood baik dia layankan cerita nenek tengok sambil tu mulut tak berhenti tanya itu ini macam iklan burung murai tu.
Mama dia? Mama dia jadi pengkritik tetap je la. Sebab kalau atok nenek ada dia memang tak heran mama dia pun.
Kalau datang angin saka dia, akan muncullah menu supper contingency. Roti cicah milo ke kokokrunch ke takpun paling dasyat setakat ni hotdog or telur goreng.

10.30pm
Ini waktu paling lewat nak tutup lampu.
Kalau Isya memang dah request nak tido pukul10 so terus la buat susu dan masuk bilik.
Kalau mood tak baik dia akan buat la alasan typical dia nak tengok Pocoyo sampai abis. Dah abis Pocoyo kata nak tengok Higglytown Heroes. Kalau hari Jumaat dan2 kata nak tengok Maharajalawak Mega. Drama sungguh.
Tapi endingnya aku amik hanger tunjuk depan mata dia pastu masuk lah bilik nanti.
So lights off untuk kedua2 mereka. Tapi tidak bagi mamanya. Miahaha.
Masa ni lah aku nak pegang remote tv ke, nak baca novel ke dan masa ni lah nak pegang handphone lama2 sambil tunggu husben whatsapp nak bermanja gitu.

Papa dia cakap dah macam kem PLKN makan 6x sehari.

Then, Dyna akan bangun ikut timing yang sama lebih kurang. 12am, 2am, 4am dan kemudian rutin diulangi dari atas. *scroll to top*

Yer secara kesimpulannya aku memang boleh la labelkan diri half supermom sekarang. Ni pun half sebab ada talian hayat mak ayah. Kalau dah takde talian hayat esok belum tahu rupanya lagi camne.

Yang tertulis ni pun nampak macam cantek je jalan cerita walhal bersilat bercakpong jugak lah aku nak handle.
Stress? Tolak tepi lah stress depressed dan perkataan seumpamanya sebab nak stress2 sangat pun kang satu keje tak jalan. Apa2pun satu je benda aku ingat pesanan dari Acik, SABAR. SABAR dan SABAR! Dia handle 3orang NIAs lagi lah aku tak tahu camne. Tabik wehh!

Yang dah sekapal dengan aku maybe dah boleh imejin dan feel ape aku lalui. Yang bakal sekapal jangan nak demotivated or down or nak pressure sangat. Chill babeh.
Aku, kita, korang boleh lalui semua ni Insya-Allah. Ingat! Apa2pun ini semua amanah & tanggungjawab kita. Allah takkan menguji kita saje2, pasti ada ganjarannya nanti. Kalau tak kat SINI, kat SANA nanti :)



Peace yaww! :)
END.

Posted via Blogaway

14 comments :

  1. Fuh!memang supermom sungguh ko khiz...aku pun tak mampu..time pantang memang rilek habis..talian hayat sampai sepuluh..kalau takde yang sepuluh tu,mau meroyan agaknya..hhuhuhu...Anyways,syabas!sebab dapat handle dedua dengan bagus walaupun PENAT tak hingat..huhuh..

    P/s:dalam 44 hari dah start boleh solat ke babe?aku sampai hari ke 50 baru berhenti darah keluar..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoho. Hajat hati memang nak rileks bagai puteri. Tapi tak dpt beb.
      Parents aku dua2 keje. So kene berdikari jaga diri sendiri n anak2.

      Aku darah masa 20hari berenti dah weh. Hihi

      Delete
  2. 1st time bersalin memang kelam kabut.
    insyallah kalau bersalin lg sya tau dah apa nak buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Ni nasib baik dah pengalaman kedua so dah bleh bajet n teratur la jgk. Hee

      Delete
  3. **nak senyum je la...xnak ckp pape..**

    :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau jangan buat suspens mek nak senyum2.
      Ko lagi dah expert kot. Lagi lah sekarang bisness sendiri ko kan. Tabikkm laa!

      Delete
  4. Tahniah..xthu pun dpt bb baru..
    Selamat semuanya..
    Selamat jd ibu to 2 ek

    ReplyDelete
  5. aku time pantang memang sap sap soi..sume mak tiri aku jaga. si abg adik lelaki aku take over, bunga nek nda dia jaga. mami lalalala..
    tp katakan blk KL kne jaga sndr mujur tak bentan je..demam jugak la, cuma xsmpi mengigil-gigil huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestttnyaaaa jadi puteri. Hoho.
      Nasib x bentan beb. Aku ni balik sarawak lagi la xtau camne kang. Hihi

      Delete
  6. br ni la dpt baca n komen ha. aku igt ko pantang ank beranak je kt srwk. rupenye kt smenanjung. tp mak ko keje eh? but stillll.. gle terer pantang sndri tanpa mak disisi ko huh. mak aku xkeje so dpt layanan puteri hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Layanan puteri tu anak ke3 kot. Harap masa tu mak aku dah pencen.
      Dan harap bukan tahun depan sbb mak aku lom pencen hahahaha

      Delete
  7. Panjang, padat, penat aku bace tapi best.
    =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoho. Ko punye cite pun best kak.
      Ko kan legend jahit 20 haha

      Delete

Komen lah korang!