Monday, September 17, 2012

# Syawal berganti Zulkaedah!

Berhabuk hoii, tiup sikit, fuhh, fuhh!
Orang dah nak abis raya, aku baru terhegeh²   nak cerita pasal raya. Dulik ahh.
Dah masuk 1 Zulkaedah pun. Memang aku saje tunggu sebulan baru nak update pasal raya. Hehe.
So, dipendekkan cerita, masuk tahun nie, tahun ketiga aku beraya sebagai isteri, dan tahun kedua sebagai ibu.

Tapi tahun pertama dapat melaram sefamily. HAHA. Nak jugak cakap.
Yelah, tahun lepas aku beraya dalam pantang hokeyy! Jalan pun tercover², makan jangan harap nak makan sesedap kan. Tengok ajelah orang melantak. Makanya tahun ini sessi membalas dendam kahkahkah.
Takdelah melawa sangat pong, tapi puaslah aku main tukar-tukar baju sedondon dengan anak dara dan hubby! :) Meriah I tell youuuuuu!
Layankan aje gambar tuan punya blog okkay?
Sehari sebelum : Mengayam ketupat! Aku pandai okey.
Malam Raya : wehooo, mercun & bunga api!

Camwhore dengan anak dara sementara tunggu Papa balik semayang!
US: Lime Green & Yellow!
Aku macam geram jugak sebenarnya pasal baju raya.
Tailor buat tak ikut specification yang aku nak.
Korang tengoklah, patut baju aku dengan Isya sama.
Tudung pun aku dah siap beli yellow colour sebab tak naklah green sume.

Pastu dah terbalik plak, nasib baiklah last minit husben baik hati ajak pegi cari tudung/shawl dan belanja :)
Kalau tak sampai pagi raya aku monyok agaknya. HAHA.
Acara wajib, BERGAMBAR! Tahun nie belah husband cukup 8beradik balik.
Aku pagi-pagi dah buat drama sedih call Ayah + Mama T_T
Biasalah anak pompuan sorang kannnn ;p

8 beradik - SEMUA HERO! Sorang je masih single! Cube teka?

Isya & cousins!

Bini-bini gangster!

Tu dia, dengan bini memasing! Hover tauuu. Yang baju putih dah bersalin minggu lepas.
Habis collect duit raya kat Melaka kitorang ke Batu Pahat.
Babah (FIL) aku orang Batu Pahat. Sekampong wehh!
So, petang raya tue, kitorang konvoi ke Batu Pahat. Diorang tido umah nenek nyayi kat Sg Suloh, kitorang ke Bukit Pasir!
Habis cerita raya pertama! Malam kitorang pengsan, dengan Isya sekali tak jaga bangun mintak susu. huhu.

Raya kedua : Tema Oren. Wajib! HAHA 

With Tok Ayah & Nek Mama @ Batu Pahat
Raya kedua dan ketiga kitorang abiskan raya Kg Linau - Sri Medan dan sekitar Batu Pahat.
Then raya keempat, balik Melaka balik. Sambung beraya Melaka.
Pastu Khamis balik KL, Jumaat aku sempat merayau IKEA & Jusco. 
Sabtu mama + ayah buat open house. Last minit, aku pun jemput mana yang sempat aje.
Ahad, aku balik Sarawak, sambung raya sini :)
Overall, aku puas hati dapat beraya sakan walupun penat sebelom dan selepas.
Penat sebelum ialah penat nak packing baju ikut hari, warna dan ikut tuan punya baju.
Dah lah aku memang bajet bawak cukup-cukup sebab nak shopping kat KL. 
So memang kena list down semua dari hari pertama sampai last day. Phewww!
Habis sudah kisah raya tahun ini. Alhamdulillah, dapat menyambutnya dengan penuh kegembiraan.
Semoga dapat kita berjumpa lagi Syawal tahun depan, jika dipanjangkan umur.
Walaupun dah lambat, dah habis raya, aku nak mohon ampun maaf, jika ada tersalah kata, tersindir sana-sini, terlepas cakap sepanjang menulis dan mengenali di alam blogging mahupun sesiapa yang mengenali di dunia realiti juga di FB, IG, Twitter dll :) Kira kosong-kosong ye. Amin!
Dah, tu je. Sekian!
 BisikChenta: Lepas ni lama lagilah nak update. Nak kena pergi kursus nie!

6 comments :

  1. Lahai, ingatkan baju isya tu memang saje buat camtu, sebab pesen. Sekali tailor salah jahit ke. ;p

    Apapun, tema raya korang memang cungg lah. Berseri wehh di pagi raya.

    ReplyDelete
  2. haah ingtkn mmg pesen...tp turn out cun pe ku tgk..hehe..upside down tp cun..baru nk ikot gak..kot2 de pair nnt...heee...

    ReplyDelete
  3. part gambau bini bini gengster tu paling meletopppp. hahhahaahahah! SUPER LIKE IT.

    and also gambar ramai2 lakibini tu,....osemmm!

    ReplyDelete
  4. mak aii... 8 beradik laki2. mmg superb laaa

    ReplyDelete
  5. baby girl dah besar.... cepat sangat! kan...?!

    ReplyDelete

Komen lah korang!