Monday, May 23, 2011

# Photoshoot: Maternity Outdoor Shoot by Jabbe Art

Errmm.. Siapa mahu, boleh LAYAN,
Siapa tak mahu, boleh JALAN.
 
Tekan pangkah kalau tak nak tengok.
Sorry, ini entry masuk bakul, angkat sendiri.
I letak sebab ade yg request nak tengok gambar Maternity Shoot I.
So, kepada yg jelik, nak muntah, nak dengki, tak suka,
Anda tidak akan dilayan di sini.
Get out!!
Ok, sila enjoy!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 
Part 1 # 
Di dapur tipu2 bersama 2 orang chef yg takde rupe chef!

















+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 
Part 2 # 
Romantika Papa + Mama! *mmuaahh! gedikss!*







 



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 
Part 3 # 
Bermain & manipulasi props! *I likeee! :D *

 

 
 




  
 
  









+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 
Part 4 # 
Mama & perotnya!



 
 




Aihh! Kate nak muntah?
Kau tengok jugak sampai abis kan? HAHAHA.

TERIMA KASIH kepada Jabbe from JabbeArt!
You're great bro! :)
Tetap gigih nak shoot walaupun diserang bala tentera nyamuk ;p
Thanks again!
Sape2 nak buat Maternity Shoot, Pre-Wed, Post Wed, pegi cepat booked dia! :D Super cool!
Dan studio dia lawa ok. I siap tido lagi kat kerusi empuk :)
(Bro, aku promote kau nie. Nanti bg diskaun whiteroom yer ;p)

Ampun, malas nak buat caption setiap gambar! :D
 
 
BisikChenta: Puas ati aku! :D

Saturday, May 21, 2011

# Pregnancy: Laundry Baju Baby

HAPPY WEEKEND everyone! Apa buat ujung minggu nie?

I baru lepas melaundry baby’s stuff.
Seronok! Serious bile tengok baju tecik2 digantung di ampaian,
Rase macam tak percaya! 
Tomeyyyyy sangat!
.
.
.
.
.


Pureen_ABD_Liquid_Detergen
Image *google*
.
.
.
.
.

jemuran baju baby

Satu trip lagi. Lepas itu mahu nonton wayang!
Itulah hiburan kami di sini!
Errmmm, Mr Pirate plizzzzzzzzzzzzzz :D
Nur Kasih dah tengok!


BisikChenta: Eksited laundry baby stuffs, baju2 Papa+Mama esok ajelah :D

Monday, May 16, 2011

# Update: Exam - Antenatal Class - Baby-Konvo & Maternity Shoot

Fuhh! Fuhh! 
Meh tiup sket blog yg dah penuh habuk, sawang, rama-rama, sarang tebuan, sarang semut. 
Eehhhh, banyaklah pulak. Tapi itulah hakikatnya kan. Lama gila kot tak update blog. 

Ampun kepada yg comment dan minta dibalas tapi tak terreply,
Ampun juga kepada yg suruh I update latest pict tapi tak tepek2 jugak kat sini.
Huhh. Serius, semester ini sangat busy. 
Tempat baru, penyesuaian diri terhadap perubahan fizikal dan macam2 yang berlaku disekeliling yang menjadi penyebab tak sempat2 nak update blog.

Baru sekarang ni, mampu menarik nafas lega, tapi itu pun taklah lega sangat.
Masih banyak urusan menanti, urusan PERIBADI - urusan KERJA - urusan KELUARGA.
Inilah tanggungjawab yang HARUS dipikul.
Bukan mengeluh, jauh sekali menyesal,
Tapi sekadar ingin memberi gambaran situasi I sekarang dan akan datang.

Jadi secara pukal, I nak update sementara tengah ada masa nak ngapdate nie.
Tak tahu nak mula dari mana. Hmm. Kejap..... Fikir....... Okeyyy! :))

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

1# Main reason for being MIA --> EXAM


Sebelum exam: Final discussion dgn students, marking assignments, naikkan carry marks!
Exam weeks: Invigilate exam, dateline submission transkrip, upload marks dll
Lepas exam: Meeting exam, meeting soalan exam next semester.
Alhamdulillah, selesai. Esok, kengkawan akan bawak semua end-product,
ke meeting di Shah Alam :D Good luck!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

2# Lawatan Sambil Belajar :D

Walaupun mengharungi kesibukan sepanjang sebulan lebih, 
Bila kengkawan datang ke Sarawak, rase teruja sangat.
Yelah, jauh dari family n kengkawan kat Semenanjung,
so bila ade org datang, bercuti, walaupun bukan nak melawat kami,

Rasa macam hargai sangat.
Kawan2 encik so-army datang bercuti pada hujung April, dan kamilah tourist guidenya.
Walaupun baru 5 bulan kat sini, sudah hampir hafal jalan2 kat Kuching.
Bangga dengan diri sendiri!

Ohh, sesiapa yang rase2 nak bercuti di Sarawak, especially Kuching,
Bolehlah contact I yer.
I & encik so-army tgh plan nak buat agensi pelancongan kecil2an kat sini.
So far, kami adelah few contacts untuk dihubungi.
InsyaAllah, boleh membantu sesiapa yg nak bercuti ke sini.
Next customer kami adalah 2 family dari KL, bulan 6 nanti.
Tapi husben I kena handle sorang2 lah kot, sebab mase tue I dah balik KL kot.
Doa-doalah bisness kami berjaya yer :) Aminn!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

3# Kisah Ibu Mengandung!

Ohh, kandungan sudah masuk 32weeks sekarang.
Sekejapnya lah masa berlalu. Dah nak dekat dah nie.
I jadi cuak & takuutt! Phewwww!
Sedangkan pegi klinik sakit2 biasa pun dah mengelak cam nak masuk penjara.
Apetah lagi la nak bersalin nie.

Ape2pun doakanlah yg terbaik untuk I n baby yer.
So far, kat sini, I pegi check-up kat 2 tempat.
Klinik Kesihatan kerajaan & Specialist.
Of course lah kan, specialist lebih memuaskan hati :)
Lagipun tak banyak specialist kat sini. Dah la agak jauh jugak.
Klinik pun susah nak cari yg bukak 24jam. Hadoiii!
Xpelah, I berharap semuanya selamat,
Especially time nak balik KL sebelum deliver.
Ohh, kalau boleh nak IC baby ade no 14 di tengah2 okey!

Ohh yer, kami sempat pegi Antenatal class di KPJ Kuching.
Keseluruhannya, okeylah.
Ada jugak sedikit input diperolehi.
Lagipun FREE kan, ape nak expect tinggi2 kalau benda free kan?


Yang best, sebab dapat macam2 sample untuk mommy n baby :)
Sila lihat niee... :D


Kami plan, nak attend any class for mommy & daddy to be kat KL.
Anyone nak suggest mane2 yg terdekat dlm waktu nie?
Kat HUKM ade hujung bulan 6,
Yang mane time tue memang a few weeks before EDD.
Kalau dapat end-of-May kat mane2 pun okey jugak.
I risau jugak sebab macam tak bape cukup persediaan nie :(


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

4# Mommy & Baby berkonvo!!

Yeayyy! Sangatlah lama menunggu saat ini.
Akhirrrnyaaaaaa!
Alhamdulillah, berkonvo jugak mommy dgn membawa baby naik ke pentas.
Terasa jauh sungguh berjalan atas pentas dengan perut kedepan!

Ape2pun, terima kasih tak terhingga kepada insan2 tersayang,
yg sentiasa menyokong tak henti2.
Doakan untuk yg seterusnya, InsyaAllah!

Syukur atas kurnia-Mu, Ya Allah!

Kedua2 ayahanda-bonda yang aku sayangi dunia akhirat!

Juga si kekanda seorang, teman gaduh-manja!

Terima kasih melahirkan aku ke dunia, Mama :)

  
 Jejaka yang juga banyak berkorban dan kecintaanku sampai akhir hayat!

  
 Mummy & baby berusaha naik ke pentas :)

Untuk semua yang kucintai, kusayangi dan sentiasa menyokong!
TERIMA KASIH atas segalanya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

5# Episode Akhir: 
PAPA + MAMA + BABY = Maternity Shoot!


Ini juga saat yang ditunggu2.
Tak nak lah cakap eksited sangat, orang tua-tua cakap tak elok.
Tak tahu lagi ape nak jadi.
Tapi, sekadar berkongsi kegembiraan dan mengabadikan memori pertama,
bergelar bakal PAPA & MAMA.
Kami plan buat Maternity shoot.
Sangat teruja sebab Mr OP bg idea giler untuk direalisasikan.

Alhamdulillah, walaupun dalam kemengahan, ketaklaratan,
berjaya juga kami melakukannya!!
Syabass!!
Thanks to Mr OP encik Jabbe :D
Seronok kerja dengan dia yg tak henti2 gelak! Ntah ape lawaknya, kami pun tak pasti!







Nak tengok lagi???

Silalah jenguk FB JabbeArt
FB sendiri pun tak upload lagi. HEHEHE :)






BisikChenta: Alhamdulillah! Lega dapat update blog :)

Monday, March 14, 2011

# Baby's Stuff: Survey Breastpump & Stroller

Salam.
Tiada mood sangat nak update blog.
Jadi blogwalking dan survey2 barang baby.
HAHAHA.
Pening jugak nak carik barang2 baby nie.
Nak mencari harga yg berpatutan di samping quality bagus lah kan.
So far tengah survey n cari dua benda.
Me n Encik so-army sgt consider dua benda nie for now!

1. BREASTPUMP
+ Mesti boleh angkut ke sana sini
+ Mesti boleh digunakan tak kira masa, sambil buat keje pun boleh pam
+ Kalau boleh tak nak yang manual sebab nak buat keja lain dalam satu masa senang
+ Tak nak terlalu mahal or terlalu murah. Range harga RM 500 - 1500
+ High-durability sebab boleh guna untuk adik2 nanti :)

So far, kami tengah berbincang n membuat perbandingan 2 brand ini.

MEDELA Freestyle
 
AVENT ISIS iQ Duo Electric Breast Pump
Tapi, tak tahu la camne review dari M2B and mommy2 lain.
Sila berikan pendapat yea kalau ade experience!
I masih confuse dan pening tak tahu nak pilih mane.
Ohh yer, once dah confirm nak amik mane, my BFF ade relatives kat UK.
So dia suruh pesan je nanti. Harga murah sket kat sane! :)

2. STROLLER
Ini requirement encik so-army. I ikut je. HEHE.
+ Mesti yg flexible dan boleh bawak travel - bleh lipat2 dan wajib muat nak sumbat dalam 'Ferrari' kecik kami ;p
+ Multifunctional - boleh jadi car seat, rocker, boleh guna dari baby till dia nak berjalan.
+ Range harga RM 1000-1500 (berbaloi n good quality)
+ Of course boleh recycle untuk next baby.
+ Tak terlalu berat utk diangkat oleh mummy-nya :D
+ Harus 3-wheels
+ Ada banyak free-gifts (kata encik so-army) HAHAHA


Teng..teng..teng..

Quinny Zapp stroller & Maxi Cosi Cabrio Carseat


SweetCherry SCR6 & SCR 7 Carseat.

Hushhh..hushhh..Harga kedua2 saje dah bleh beli laptop & iPad.
Ohh! Memang betul orang cakap barang2 n preparation baby lagi boleh buat pening kepala.
Since now, encik so-army duduk sini, he's underpay so that memang kena manage duit betul2.
My first gaji dah start allocate duit untuk persiapan baby.
Menabung untuk baby sayang! :)
Hope dapatlah beli within bajet n memuaskan hati.


Dear baby, kalau kamu baca blog mama satu hari nanti, kamu tahulah betapa Papa & Mama sangat sayangkan kamu dan sanggup buat apa saja demi kebahagiaan kamu.
BisikChenta: Terasa rindu pada Ayah & Mama mengenangkan berapa banyaklah duit habis kerana aku! :(

Wednesday, March 9, 2011

# Rabu Tanpa Kata - PINK!







BisikChenta: PINK! :D