Thursday, April 26, 2018

Travel with Buddy | PERTH 2017 (Part #01 - Basic Things)

Assalammualaikum WBT.
Hi korang!

PERTH!
31 Julai 2017 - 6 Ogos 2017 (7 hari 6malam) 
Hampir setahun pergi, baru terhegeh-hegeh nak up entry. Lepas tu bila select gambar, mula lah mengimbau. Rindu terokkk.
Masa pergi ni, Basyeera dalam perut -- 14weeks. Jauh awak jalan dik!
Awaklah paling jauh berjalan setakat ni masa dalam perut.
Jadi mama terpaksalah gigih jugak tulis ni nak mengabadikan kenangan travel masa mengandung. Here we go!

FLIGHT TICKET

+ Beli masa AA sale, November 2016 -- Total RM764 return. Beli tiket je dulu, yg add-ons tu kemudian.
+ RM555 return tix + RM209 (add-on luggage, meal & seat a week before pergi).
+ Cerita dan perancangan asal ada 5 orang plan nak join trip ni. Tapi atas pelbagai sebab, maka tinggal lah me & my #travelbuddy Pika. Berdua pun tetap on!
+ Flight dari KUL - PER 12:55AM. Flight malam best, boleh tido tak sedar diri.
Isi declaration form masa dalam flight.
+ Flight balik kitorang amik awal pagi, 6.50AM sebab iolls nak balik Kuching terus hari yang sama.
Notes: Beli tix awal, ada masa nak kumpul duit. Kami collect duit 6 bulan untuk trip ni.

VISA

+ Buat online je, boleh pm FB: MR. VISA. RM20/person.
+ Scan/Pdf passport & details sent by WhatsApp je. Sehari approved! Visa pun dapat thru email jer. Tak payah print pun takpe sebab sistem dah linked. Tapi kami print & bawak je lah.
+ Kastam & imigresen clearance kat Perth Airport sangat details. Masa sampai nampak ada orang kena tahan, beg kena bongkar. Nampak beg dia macam ada instant packet food ni. Syukur kami tak kena apa-apa. Masa flight balik, perfume pun dia tanya mana beli.
Notes: Sila prepare list barang-barang makanan dan ubatan yg ada dalam luggage, kot lah kena tahan or diorang tanya apa barang kita bawak, boleh serahkan aje list tu. Please check senarai barang yang dibenarkan @ tak dibenarkan masuk Australia.

Email jer. Tak payah print pun xpe sebab semua dah linked kat sistem.


SIMCARD

+ Beli kat OPTUS, harga AUD2. Shoplot dia betul-betul keluar Depature Hall dah nampak warna kuning.
+ OPTUS ni reload ikut berapa hari kita stay kat Aussie. Macam kami untuk 7 hari dia reload automatik AUD16 (termasuk harga sim tadi). Last day kat Perth dapat notification balance less than AUD2, means cun2 je la penggunaan.
+ 1 hari ada kuota 500MB data plan. Cukuplah untuk guna waze/googleMaps. Bila travel kami gilir2 on WhatsApp untuk jimatkan bateri dan data. Upload gamba sekali sehari je, tapi bukan sebab data, tapi sebab penat hoii!
+ So far guna OPTUS line ok lah. Tapi memang ada few times yg line sucks giler. So korang, please screenshot siap2 route/highway mana nak lalu. Bukan sebab takde signage ke ape. Signage sangat boleh difahami cuma tujuan kami lebih kepada nak estimate berapa km or berapa minit lg nak sampai ke next exit/simpang/route.
Notes: Lesson learnt - kalau travel dengan kengkawan gini, eloknya belilah sim-card dari 2 telco provider yang berbeza. At least kalau satu line teruks, yg satu lagi mungkin ok sket, boleh la buat standby in-case of emergency kat tempat orang.

OPTIMUS PRIME, eh OPTUS!

TRANSPORTATION

+ Kereta: Sewa kereta di Perth kami adalah dengan company Perth Rent-A-Car, melalui Jerry Proton di FB. Booking deposit RM50 sahaja. Kereta Hyundai Accent untuk 6hari, AUD415 (»RM1,500) termasuk return airport transfer (AUD50).

+ Jangan lupa bawak charger kereta sebab sangat2 lah membantu & perlu. Kami selalu bergilir, kalau pakai hp sorang utk Google Maps, sorang lg charging. Then tukar. Power bank memang save untuk berjalan-jalan diluar kenderaan.
Notes: Iolls bawak sekali USB letak segala lagu2 masa kini buat karoks dalam kete.

Hyundai Accent. Prefer sedan, sebab sedap sket drive.

Minyak: Kami isi minyak RON91. Total AUD221 (»RM765). Harga minyak berubah tiap hari, dan harga di kawasan luar bandar lagi mahal dari harga di bandar. So kalau nak travel jauh better isi full tank siap2.

24.8cents per litre @ Albany.
Old school pump apedehal, janji tank berisi.

23.83 cents per litre @ Augusta.
Ehh, kat sana takde orang nak isikan untuk ko.
+ Peraturan jalanraya: Signal & speeding! 2 benda ni silaaaa lah patuhi okay. Kami pernah 2x kena hon sebab macam lost kejap rules signal kat roundabout. Kalau kita taknak masuk mana2 exit roundabout kita WAJIB bagi signal kanan walaupun di lorong paling kanan! Speeding ni so far kami patuhi kat town & higway. Tapi ada lah sekali dua weolls terlepas bawak 150-160 kat highway kawasan pedalaman. Kami tunggu jugak 2-3 bulan kot2 company sewa kereta ada contact untuk bagitau ada saman speeding ke. Syukur lah sampai ke hari ni takde ape2 hehehe.


Parking: Total AUD53 (»RM185). Kami start bayar parking bila masuk town (CBD). Kat Perth CBD, jangan parking sebarang. Ikut signage, tempat tak boleh parking jangan gatal2 nak park walaupun sekejap. Parking ikut sign dan masa nak parking. Contoh kalau nak parking 1jam make sure parking kat area yg 1jam. Kalau park kat tempat yg 30minit, after 30minit kene datang balik bayar kat machine.

Sapa paham? Dalam 1 signage ada 4 orders yg berbeza.

+ Train: Dah alang-alang sampai tempat orang, saja je lah kan nak try naik Transperth. Kami pilih Freemantle Line sebab tak berapa jauh since kami naik train malam, so tak nak la ke kawasan yang takde orang. Kos AUD6 untuk 2 orang.
Notes: Naik train ni, sama konsep kat mana-mana. Kena pandai tengok route, timing, dan bajet timing train sampai dan kat mana nak tukar train. Mujur kami sempat tukar train terus masa kat Freemantle. Sebab tu lah last train dalam waktu terdekat. Kalau tak kena tunggu lagi almost 1hour.

Bercinta gak nak pilih beli tiket masa ni. Sebab study nak tukar train kat mana, pukul berapa etc.

Freemantle Line - Platform 6

Sempat video call budak-budak kat umah pengasuh. Nanti satu hari mama bawak korang pulak ok?

FACILITIES

+ Toilet: Harap maklum lah toilet takkan ada paip dan air. Sepanjang kat sana, satu-satunya tempat yg kami jumpa toilet ada paip adalah di Caversham Wildlife Park. Masa jumpa paip tu kami punya lah menjerit, sebab excited! Kebanyakan toilet kat tourist attraction memang free kecuali kat certain mall @ train station.
Notes: Kami memang bawak botol air & wet tissue kemana-mana sepanjang kat sana.

Surau/masjid: Kat airport, lokasi surau kat sebelah kiri, keluar Arrival Hall. Bersihkan diri & amik wudhu' kat toilet sebab surau dia campur lelaki perempuan. Masa kami nak solat ada staff lelaki tengah solat, so kami tunggu di luar, dia selesai baru masuk. 
Notes: Boleh bawak masuk luggage letak di tepi ruang solat. Kalau rasa tak yakin, bergilirlah solat. Kami solat je serentak, yakin, InshaAllah takde apa.

+ 2nd last day kami kat sana ada dalam tentatif nak ke masjid, tapi ada aral masa tu, so tak dan. Pengalaman kami  pernah solat di tanah lapang, parking area, tepi hutan sebab nak tunggu sampai ke area R&R takut habis waktu. Yakin dan tawakal je kawasan tu bersih, sebab kami jarang nampak anjing berkeliaran kat sana.

Masa nak kesini kami ada tersasar haluan kejap, lari timing, patut nak solat kat hotel, tapi takut tak dan, solat je kat parking area.
Suhu 7degree okayyy, angin kuat giler.

+ Laundry: Kami tak pernah guna laundry berbayar kat kedai. Pernah guna laundry & dryer sekali kat hotel, kos AUD2. Sekali lagi guna masa kat umah airbnb, tapi takde dryer so spin lah 5-6x, pastu bentang kat bonet or keringkan/sidai bila check-in yg seterusnya.
Notes: Kami memang survey tempat penginapan yang ada washing machine/laundry area.


+ Satu yang kami tak sempat nak naik ialah ferry/boat. Kat Mandurah terlepas timing untuk naik bot hunting Dolphin. Satu lagi kat Elizabeth Quay. Kami missed info yg last boat time Winter tutup petang. So, kalau ada rezeki ke Perth lagi, memang tu nak masuk dalam list.

Okay, nak pi amik anak balik mengaji.
Nanti sambung lagi. Dan sementara tu, kasi chan la weolls mengimbau kenangan.

4 comments :

  1. Replies
    1. Haiii! Ala malu laaa, kite baru sampai Perth je. Awak dh ke melb sydney dah

      Delete
  2. Wow thanks for sharing. Saya baru nak pergi perth next week. Risau juga sbb bawa kids sekali. And nak driving sendiri juga nanti. Thank u for the info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kids memang wajib beli booster @ car seat dr diorang.
      Have fun & enjoy perth

      Delete

Komen lah korang!