Sunday, April 1, 2018

Review: Bersalin Normal - Timberland Medical Centre (TMC) vs. KPJ Kuching Specialist, Sarawak

Assalammualaikum. Hi!!

Terpanggil nak share benda ni since lately ramai pulak kawan-kawan yg mintak review dua hospital swasta kat Kuching ni. Kot orang Kuching nak survey tempat bersalin (selain GH) boleh la pertimbangkan.

Buat masa ni, boleh review 2 hospital swasta ni je lah. Kot lah ada rezeki, mana tau lepas ni masih kat Kuching, boleh la review hospital swasta yg lain pulak. Normah Medical Centre penah pegi untuk check-up Isya je. Tak sampai bersalin sebab masa Isya bersalin kat HUKM masa tu balik KL.

1. DOCTOR

O&G Resident Doctor:

- Consultation: Dua2 okay. Both cool & jenis yg dah banyak pengalaman so diorang akan suggest benda yg perlu. Consultation experience so far pun okay. Dua2 jenis sempoi je. 

- Consultation/check-up fees: Dr Ng rate RM45-RM80, Dr Wendy x silap starting from RM60 up to RM100, tak masuk GST.

- Clinic: Both doc ada bukak klinik malam. Dr Wendy bukak malam setiap hari Selasa & Khamis. Dr Ng bukak setiap malam kecuali hari Rabu. Sabtu dua-dua bukak half day. Sangat bagus untuk mereka yang siang hari kerja dan tak sempat nak catch-up pegi KKIA.

2. HARGA / DELIVERY FEES

- Deposit: KPJ - RM1,000 masa 2013, now RM2,000. TMC - Pakej RM3099, deposit RM1000 (baby) + RM2099 (mom). If harga kurang dia refund, if lebih tambah lah.

- Doctor fees: Fees for delivery & consultation expert plus minus lebih kurang je rasanya. Dr Wendy (2103) RM1,000 (maybe rate dah naik sebab almost 5 years) & Dr Ng (2018) RM1,200.

- Room/Bilik: TMC dapat bilik sorang rate RM175/night. KPJ dulu dapat bilik 2org sb bilik 1org selalu full, rate bilik 2-bed RM120/night, single bed RM180/night.

- Hospital fees (medicine/procedure): TMC - total around RM1,000 (sebab induced 2x so kena add on dalam RM200++). KPJ - last time around RM800 (tak pasti jugak rate sekarang)

- Paed fees & consultation: TMC (Dr. Sim) - Kitorang decide nak discharged awal esok pagi, so mintak doc yg available malam tu jugak. So, kena la panggil doc on-call, harga jadi double, RM300. KPJ -  RM180. 

- Baby nursing service: KPJ - RM500, TMC - RM685 termasuk Infant Hearing Test.

3. STAFF & FACILITIES

- Staff: Both okay sebenarnya. Tapi specifically kalau cakap pasal labor experience before & after, I & husben memang prefer TMC.

- Nursery: Both hospital support breastfeeding tapi diorang offer je kalau nak biar baby dalam nursery sebab nak bagi kita rehat kat ward. In my case, both babies tido ngan mommy & daddy.

- Facilities: Parking area KPJ & TMC dua2 crowded. Well, mana-mana hospital pun masalah parking ni tak pernah selesai. So pasrah je lah.

- Misc: TMC - Billing dia lambat sket maybe sebab ada 1 kaunter je masa tu. KPJ - kaunter tak crowded sangat, so urusan cepat, tapi KPJ slow kat lab punya result masa nak discharged.


Okay, sebenarnya benda ni subjektif dan balik kepada kun-fa-ya-kun. Rezeki masing-masing!
Ada yang cakap dia trauma, bad experience kat hospital ni, kat hospital satu lagi dia okay.
Ada yang kata sini mahal sangat, tapi bila ko pergi yang sana jadi mahal lagi maybe sebab ko tambah ubat, ada komplikasi dan lain-lain.
So, balik pada kesimpulan yg sama -- Rezeki & nasib masing-masing lah kan.
Jangan lah nak kecam aku pulak. Aku cerita berdasarkan pengalaman sendiri.
Pastu sila la jangan kondem MAHALNYAAAA. Kalau nak murah memang of course la bersalin kat hospital kerajaan lah menang. Well, aku penah experience jugak bersalin kat hospital kerajaan.

Kepada yang nak details tentang KPJ & TMC boleh refer website diorang:
KPJ -->https://www.kpjkuching.com/sp-info.php?sp_id=13
TMC --> https://www.timberlandmedical.com/specialties/obstetrics-and-gynaecology/

Kalau nak baca pengalaman bersalin kat hospital lain di Kuching macam Normah Medical Centre atau Borneo Medical Centre try la baca Sirap Limau.

Dr. Wendy (KPJ, 7.11.2013)

Discharged (TMC, 7.2.2018)

Yang nak baca pengalaman kat both hospital bolehla baca kat SINI (KPJ) dan SINI (TMC). Yang nak bersalin tahun ni dah kira boleh la start survey mulai sekarang.

Apa-apa pun rate/harga yang dinyatakan adalah berdasarkan situasi dan harga semasa diceritakan. Korang jangan cakap aku letak rega tu pastu kang korang claim kat hospital kata aku pulak yg bagitau.
Okay tue je nak share. Moga bermanfaat lah yer!

Love,
#MakAnakTiga.

1 comment :

Komen lah korang!