Friday, December 5, 2014

Selamat 5 Tahun Fasa Pertama & Akhir Usia 20-an!

Assalammualaikum.


Alhamdulillah, syukur Ya Allah.
Genap 29 tahun usia,
Syukur masih diberi kesempatan ini, syukur masih punya hela nafas pagi ini, walau tak tahu bila akan tiba saat hujung nyawa,
Syukur masih punya ibubapa yang melahirkan, membesarkan dan mendidik dari kecil hingga dewasa,
Dari anak kecil, remaja, dewasa, bujang, berkahwin, beranak dua,
Syukur atas kurniaan rezeki dan nikmat yang diberi percuma tanpa sedar kadang-kadang alpa,
Moga aku kekal dalam perjalanan ini, mengenal siapa diri dan tidak kufur atas segala kurnia-Nya.

Syukur juga hari ini,
Cukup 5 tahun bergelar isteri,
Fasa pertama -- kata orang tua fasa penyesuaian -- berjaya diharungi,
Bukan semua manis bak gula, ada masa pahit macam kopi tanpa gula walau secubit jari,
Pahit, manis, suka, duka, tawa, hiba, gembira, sayu, sendu,  -- campur segala rasa hati,
Syukur masih dicintai-mencintai, disayangi-menyayangi,
Syukur juga atas kelahiran dua puteri, penyeri hari-hari, penawar hati,
Moga ikatan ini kekal abadi, 
Duniawi, syurgawi, kekal hingga jantung terhenti!
Amin!

Terima kasih untuk 5 tahun fasa pertama ini, suamiku!
Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke-5
Mencintaimu lebih dari apapun, lebih dari yang kau tahu!

ZB : 2009 - 2014

 Mohon jangan bawak bawang pergi office! T_T

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...