Monday, March 10, 2014

Warna Baju Raya 2014

Salam.

Eh, eh, ehhhh. Puasa dah habis ganti?
Eh lupa tahun lepas puasa penuh Alhamdulillah ;p

Hari tue, aku ada tanya Isya. Yer sejak dia pandai bercakap, aku memang rajin tanya dia macam² sebab aku nak dengar jawapan kreatif dia selain nak develop vocabulary dia.

Mama: Isya, tahun ni Isya nak raya tak? Nak main bunga api tak?
IsyaDebab : Mestilah nakkk. Nak main bunga api ngan mercun. Nak main dengan Pak Jang! 
(Ok fine, aku tanya bunga api je, dia tambah sendiri nak main mercun! Bahaya betul budak nie)

Mama: Isya nak pakai baju kaler apa tahun ni yang?
IsyaDebab: Kita pakai la cantik² macam dulu tue. Kaler brown.

Mama: Kaler brown tu kaler macam mana?
IsyaDebab: Alaa kaler brown macam horse tue. Apelah mama nie tak tahu.
(krikkk..krikk..)

Ok fine, mari meroyan dengan pilihan warna baju raya tahun ini.
Dah dia cakap nak brown kan? So layan kan aje lah.
So, aku shortlisted kan kat sini colour combination untuk baju raya kitorang anak beranak.






Semua colour combination ade kaler cokelet, cuma aku tak tahulah kuda si Isya tue coklat dia camne. HAHA. Well, nice jugak kan? Eh, coklat ngan oren takde ke? Hahaha. Aku malas letak kang secara automatik jadi kaler pilihan kang. Tak payah nak jadi main colour tiap² kali raya pun aku mesti ada baju kaler oren. So, tak kesah pun jadi main colour ke tak. So which one yang korang rasa aku akan pilih? Tunggguuuuuu! ;p Aku baju beli siap je kang kat zalora ke, zawara ke, lantak lah tue bisa diatur, yang nak kene tempah baju budak² ngan bapaknya dan baju² selain dari main colour. Raya sebulan so kaler baju aku ade 30. Ok,tipu! 

Just in case korang nak tau colour of the year, RADIANT ORCHID adalah warnanya! Berdasarkan Pantone 2014 nie. So kalau konon² nak nampak poyo masa raya nak cakap "eh baju I ni ikut colour of the year tau" haaa silalah. Aku tak payah ikut kaler of the year pun takpe. Memang aku tau dah aku paling menyerlah nanti  kahkahkah.


Ok, ualls. Nak heret laki I pegi beli kain sementara dia balik ni kan!
Happy weekend u alls. Daaa~

NotaChenta: Aku tahu macam lambat dah nak tempah baju, tapi pedulik la kan, aku tempah kat akak babysitter Isya & Dyna. Sempat lagi nie :)

Thursday, March 6, 2014

Dia yang berusia 2 Tahun 8 Bulan!

Salam Hi!

Lama budak nie tak muncul sebagai watak utama blog nie sejak kehadiran adik dia merampas tahta heroin. Hahaha.

Gaya star bangun tido tengok tv!

Hari nie, ikut bulan dan kalendar masihi si budak nie genap berusia 2 tahun 8 bulan @ 32 minggu. Lagi 4 bulan nak masuk 3 tahun. Haiii kejapnya lah masa berlalu. 

Macam baru je mama rasa tengok Isya merangkak army-crawl pastu tetiba berjalan. 
Macam baru je rasa suapkan Isya makan sekarang dah pandai makan sendiri.
Lama tak update perkembangan Isya.
So di usia ini ada beberapa benda penting yang mama nak catatkan buat kenangan nanti satu hari mama baca mau menitik air mata!

1. Lately Isya suka makan ikan. Dulu kalau boleh hari² nak ayam upin-ipin (drumstik). Sekarang dah boleh nak request makan fish. Mungkin sebab hari tu pantang, nenek rajin buat ikan bakar, so lama² suka makan ikan. Ok, so kira senang la mama, bila masak ikan untuk papa-mama punya dinner ke ape, Isya dah boleh join sekali kalau tak nak kene gorengkan ayam upin-ipin haihhh laaa anak!

Kalau ada kawan lagi lah makan bertambah²!

2. Pandai bukak peti sejuk. Haaaa, yang ni kemain bahaya. Dah pandai bukak peti sejuk, pastu amik air kotak besar ke, air sarsi mama or air oren yang dah memang siap² buat dalam fridge. Then, bawak pergi depan dengan bersungguhnya tuang air sendiri. Kalau yang ringan berjaya lah mengaburi mata mama macam takde apa berlaku. Tapi kalau yang penuh lagi dan berat sket tengok lah nanti basah² tue tau lah sapa punya kerja. Haihhh! Aktiviti biasa dijalankan ketika mama mandi, solat atau kat luar sidai kain.

Nampak tak nampak tak?

3. Potty train. Kadang² ada gak mama tak pakaikan Isya pampers especially siang hari kalau weekend dok kat rumah jer. Dekat umah mamak (panggilan kpd babysitter) pun kadang² Isya tak pakai. Ada la sesekali berjaya Isya bagitau bila nak kencing. Tapi lebih kepada dah kencing baru nak bagitau -___- Takpe kita cuba lagi.

4. Mewarna/Melukis. Yang ni dah tau dah amik bakat sapa. hehehe. Sekarang Isya dah pandai lukis ada nampak bentuk la. Lukisan pertama hari tu Isya lukis kucing, pastu berlari tunjuk mama sambil cakap "Mama, kakak lukis cat meow" Mama kagum pun ade, terharu pun ada sebab 1st time lukis ada rupa. Then, bila mewarna sekarang dah tak conteng² ikut suka macam dulu. Dah pandai colour dalam bulatan or any shapes. Yeayyy clap clap! Nanti mama anta masuk pertandingan mewarna okay :) Ohh lagi satu, kalau Isya nak start mewarna biasa Isya akan cakap, "Mama, kakak nak buat kerja sekolah" Ok, sekolah sangat. Tak sabar dah ke? Esok dah sekolah jangan ko cakap ko malas nak sekolah pulak. Masa tue, siappp!

Sekali pandang macam kucing, 2x pandang macam kartun ape ntah.

5. Mengira. Dulu count 1,2,3 pun salah. 1,3,4 katanyaa. Tapi sekarang dah pandai kira 1-10 sekali dengan tangan boleh tunjuk dan kira 1-10 sekali. Pasni ni kita kira 11-20 pulak okay!

6. Main puzzle/blocks. Selalunya kalau main puzzle and blocks tak pernah nak habis, tinggal separuh jalan. Sekarang dah complete dah, kalau main puzzle yang warna² tu dah boleh cantum semua dengan colour combination yang betul. Kalau main blocks dah boleh buat robot la/kereta la. 

7. Tidur. Adalah sangat susah bila nak suruh tidur tengahari. Biasanya nak mainnn aje. Tak main tengok tv, tak tengok tv layan tab tengok upin-ipin, pada zaman dahulu atau High-5.

8. Baju saiz besar. Mama tak tahulah anak mama ni yang debab or memang normal umur budak baya² ni baju saiz kena bear sket. Isya tak pakai saiz 2-3years kecuali gown/dress. Kalau baju² pyjama ke, t-shirt ke, seluar ke semua saiz 3-4years or 4-5years. Kalau tak nanti seluar senteng la, baju kejap je pakai pastu nampak pusat lah huhu patut la papa panggil Isya debab ;p

9. Layan adik. Ini memang ikut mood, tapi bila adik nangis automatik Isya akan panggil mama kat dapur ke kat mana ke "Mama adik nangis" pastu mama akan cakap pegi pujuk adik main ngan adik. Pastu kadang² mama intai, Isya dok agah² adik, pastu tepuk² adik cakap jangan nangis la. Pastu cium² adik. So proud of you sayang! Tapi kalau bukan mood baik, lepas cakap mama adik nangis, Isya terus main game ke, main basikal ke tanpa mempedulikan adik. Jerit banyak kali pun, nanti mesti jawapan Isya " Alaaa, Isya nak main dulu" tsk tsk kakak laa kakak! 

Main sambil jaga adik!
Ni mood baik lah nie. 

10. Dalam kereta duduk belakang. Disebabkan mama letak adik dalam carseat kat depan, so Isya kena la duduk belakang, tak boleh duduk depan macam dulu². Cuma kadang² ada lah masa²nya tiba² baring kat bawah seat sambil main tab. Tak pun duduk tengah² antara driver & co-driver tue. nasib lah rumah mamak dekat je. Kalau tak bersilat mama sambil drive.

So, tue je la catatan mama setakat nie. Mama harap ada improvement yang lagi banyak dan lagi besar bila mama update lagi nanti tak tahu bila. Tahun ni besday Isya bulan puasa dan mama tak sure papa ada tak ngan kita. Takpa nanti kita buat belated besday masa raya, Insyallah!

Kopipes? yes!
 NotaChenta: Tahun depan nak sekolah dah anak mama. Alaaa, nanti tak puas nak main ngan Isya! 

Tuesday, March 4, 2014

Info: Rambut Gugur Lepas Bersalin Sebab Air Liur Anak?

Salam. Hai u alls.

Sampai sekarang aku macam tak boleh nak terima hakikat dan perkaitan ini.
"Abislah rambut maknya gugur anak dah start main air liur"

Ni kalau laki aku lagilah macam-macam soalan dia dok pertikai. Apa kaitan air liur anak dengan rambut mak? Dalam perut anak makan rambut ke sampai nak ada kaitan dengan gugur? Kenapa air liur kenapa tak muntah ke, tahi idung ke, rambut anak dengan rambut mak ke? Ye lah kan, cuba bagi jawapan saintifik logik sket. Aku pun biasa takleh terima sangat kalau benda takde kaitan tibe² berkait macam nie haa.
Meh aku bagi jawapan ala-ala bijak pandai gitu. Haha.

Perkara yang ibu perlu tahu tentang rambut gugur lepas beranak.

1) Sebab utama rambut gugur lepas bersalin - Hormon dalam darah berubah lepas baby lahir.

2) Masa pregnant, peningkatan estrogen melambatkan pertumbuhan rambut. Hanya sedikit je rambut gugur setiap hari.

3) Lepas bersalin, tahap estrogen menurun dan folikel rambut masuk ke fasa berehat. Dalam fasa berehat ni lah rambut banyak gugur masa sikat rambut dan mandi.

4) Lepas fasa berehat, rambut pun gugur. Purata rambut gugur bagi wanita selepas bersalin ialah 50-100 helai sehari.

5) Tak payah nak panik menggelabah puyuh sangat sebab keguguran akan semakin berkurangan dan kembali normal antara 6-12bulan lepas bersalin. Alaa, lebihkurang setahun je. Pastu ko nak pegi perm rebonding ke ape ke pegi lah! *tu pun kalau tak mengandung lagi kikikiki*



Ok, so tak payah la nak meroyan lebih. Normal lah kan rambut gugur. Setakat tiap hari kene sapu rumah rambut bersepah tue apa de hal kan? kan?
Aku amik Zinc Shaklee, kuranglah sket gugur tapi adalah jugak. Pastu aku nak try satu produk shampoo nie La Bourse Paris hair care set. Produk ni tengah in sekarang. 


Cuba korang hashtag je kat insta #laboursemalaysia #laboursemurah sure keluar berbagai² seller dengan harga yang standard range aku tengok RM60-RM180 lah untuk satu set depends on barang apa korang amik. Basic shampoo & conditioner pastu ade tambah² la hair food la, serum la, tonic la. So far aku tengok testimoni memberangsangkan. Kasi aku try dulu baru leh tau berkesan dak. Meantime, makan lah supplement tue dulu yer!

NotaChenta: Kalau anak masuk kaki dalam mulut, maknya nak....?



Monday, March 3, 2014

Review: Botol Susu Kaca (Glass Bottles)

Salam. Hi korang!
Happy Monday! Isnin pertama di bulan Mac :) Zasss sekejap je masuk bulan 3 dah.

Hari ni aku nak review pasal botol susu kaca. Ni pun entry dah berkepuk dalam draft.
Dulu aku pernah buat entry pasal lifetime or jangka hayat botol susu. Sapa tak baca lagi nah pegi SINI.

Sebenarnya tujuan utama aku nak pakai botol susu kaca dulu ialah malas nak sterilize selalu. Selalu tu bagi aku ialah 2minggu sekali. Now bila dah tukar botol kaca aku sterilize sebulan or sebulan setengah sekali. Bukan malas, tapi nak menyenangkan kerja. Lagipun lifetime botol plastik kan ada limit dia. Setakat ni aku guna 2 brand botol kaca -- LIFE FACTORY dan AARY GREEN.

1) LIFE FACTORY
Life Factory ni imported brand, US tak silap aku.
Aku first time beli kat kedai rasmi aku beli barang baby -- OneBabyWorld. Kebetulan masa ni balik semenanjung kan, so singgah la kat OBW Tmn Permata tu.
LF punya glass bottles ada 2 sizes; 4oz & 9oz. Ada jual loose dan ade jugak yang Twin-pack. Yang gift set pun ada, lengkap dengan bottle caps tak silap aku.
First collection LIFE FACTORY bottle Isya ialah kaler oren. Kahkah. Nasib kau la nak dapat mama gila kaler oren. To date, dah 1tahun 10bulan aku pakai botol LF nie. 1 botol penah pecah dan 2 ring caps penah retak.

Koleksi Life Factory; 1 x 9oz, 2x 4oz. 1 x 4oz dah pecah, ade sleeve jer!

Best
- Banyak pilihan warna, yummyy!
- Diameter dia kecik so senang budak-budak nak pegang sebelah tangan pun boleh.
- Narrow teat yg mana aku sangat suka sebab boleh fit dengan Isya punya Medela narrow teat. Dia is soo cerewet pasal teat (dulu laa)
- Penutup botol dia jenis clip yang tak kan terbukak dan susu takkan spilled out. Ini penting sebab aku tak suka bwk diapers bag (errr tak pernah ade pun) dan taknak susu tumpah dalam handbag.
- Ada 4 jenis flow untuk teat (if korang nak pakai teat dia) Stage 1, 2, 3 & Y-cut. Dulu Isya tak suka teat lain, now dah boleh terima dan lama² aku perasan teat dia pun jenis lembut jugak macam Medela. Now Isya pakai Stage 3 or Medela teat M-flow.

Close up bottel cap.
Nampak tak macam line² tu, dia mcam safety clips la so that tutup tak terbukak & susu tak tumpah

Kurang best
- After comparing those 2 brands yang aku guna the worst thing about LF ialah cap dia senang pecah. Well bukan lah cakap anak aku main lempar cakera guna botol tu, tapi ade sekali dua pernah terlepas dari tangan die then bila aku check yang pecah is dia punya cap. Masuk ni dah 2 cap die pecah/retak. Memang taklah teruk, boleh je guna lagi tapi macam tak best jugak sebab bila aku goncang susu kadang ada lah terlepas sket. Dan bila aku tanya few friends yg guna LF diorang jugak mengalami masalah yang sama. So, bukan salah anak aku yang ganas lah kan?

Kesan crack/pecah kat ring caps.
- Spare part untuk ring caps tue susah nak cari, dah merata aku pergi macam tak jumpa lagi. Bottle caps ada lah. Kat webpages official dia ada, tapi yelah nak beli pun semata satu barang koserrr aku nak bayar shipping charges.
- Disebabkan LF ni pakai narrow neck teat so lubang botol die macam kecik sket yang mana aku rasa macam agak susah nak sumbat bottle brush tiap kali mencuci.
- Bit expensive. Sesuai la dengan nama imported stuff kan. Tapi towards the end aku still rasa berbaloi jugak la.

Range Harga - 4oz (RM 59.00); 9oz (RM 79.00) Aku beli kat OneBabyWorld je biasa sebab aku malas survey tempat lain. HAHA.

Rating - 9/10

2) AARYGREEN
Aary Green ni Malaysian brand.
Masa firt time beli aku beli kat OBW jugak, tapi lepas tue aku beli kat LittleWhiz sebab murah sket huhu
Teat dia aku pernah jumpa 2 jenis flow je Slow & Medium Flow.
So AG ni aku dah try genap setahun. Dah ada 1 pecah, baru je pecah masa balik bersalin hari tue. Tu pun sebab Isya tak sengaja pegi hentak beg kain yg ada botol dia dalam tue. Niceee!

Koleksi Aary Green; 2 x 9oz, 2 x 4oz. Yang takda dalam gambar kat umah babysitter. 1 x 4oz pun pecah!

Best
- Kaler pun pelbagai jugak. Tapi lebih kepada yang striking. Untuk orang macam aku yang semua nak bold gituuu. HAHA
- Ringan sket daripada LF. Aku rasa LF tu tebal sket thats why dia agak berat. Actually dia ringan sebab dia pakai Borosilicate glass -- more lighter & thinner
- Malaysian brand. Yeayy supportlah sket. So bila barang buatan Malaysia maka harganya sedikit murah berbanding imported. Beza RM10 kot kalau takde less. Kalau ada less lagi murah la.
- Senang nak cuci sebab lubang botol dia besar sb pakai wide neck teat n cap. So yakin je bersih kalau cuci.
- Spare part senang nak cari dah sebab buatan Malaysia kan. Kalau nak senang pegi je website diorang.

Kurang Best
- Diameter dia besar sket so bit huge kalau budak nak pegang. Kena support dua belah tangan. Tapi aku rasa Isya terer je pegang sebelah tangan.
- Bottle cap dia macam senang loose. So kalau bawak dalam handbag kene selalu check takut susu tumpah.

Range Harga - 4oz (RM 49.90), 9oz (RM 69.90) - Aku beli kat LIttleWhiz, tapi kadang stock warna takde, so boleh pegi official website Aary Green :)
Rating - 9.5/10

Beza diameter both!
AG using Wide Neck teat, while LF using Narrow Neck teat.
Untuk organizing botol² diorang nie aku beli bekas pinggan yang bertutup. Yela kot lah malam ada lipas ke, cicak berak, tkus kencing ke,mana nak perasan, better beli yang bertutup. Untuk bekas storage bottle aku dan alatan² mengepam aku pakai bekas lain sebab tak nak serabut sekalikan semua.

Takde bekas yg proper plus aku malas nak beli shelves/rak sebab malas nak angkut kalau pindah.

So, tu jelah review dari aku. Ada satu lagi brand aku tak pernah try, Cherub. Dia boleh tukar² kaler kalau panas @ sejuk. Alaaa macam jam Boy London dulu la, batak masuk peti sejuk nak tengok tukar kaler, pastu keluarkan jadi kaler lain. kihkihkih. Cherub pun imported brand, kalau berminat korang try la tengok kat SINI. Lagi satu stainless steel bottle, Pura Kiki dgn Organic Kidz. Aku tak pernah try jugak, anyone penah try kasi la review. Tapi aku malas kot nak beli sebab yang ada ni pun dah cukup oii. Walaupun ada risiko nak pecah tapi so far aku dah rasa ok malas aku nak try lain.

Harap ini dapat membantu yang nak tukar kepada botol kaca.
Till then peeps!~

NotaChenta: Baru aku perasan website AaryGreen ada jual botol kaca sahaja without sleeve. Boleh lah masuk list nanti :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...