Thursday, January 9, 2014

Online Shop Muslimah -- Baju.Seluar.Dress.Shawl.Tudung etc

Salam.
Hi semua!

Entry ni aku tujukan khas untuk Harzlen dengan ucapan -- Bawak-bawak la create akaun Instagram. HAHA.

Ok. Selaras dengan usaha dan azam nak ke arah menutup aurat dengan lebih sempurna (InsyaAllah), so kat sini aku nak mintak tolong korang kot sudi. Hehehe.

Boleh tak nak mintak tolong korang suggestkan mana-mana FB pages ke Instashop ke Blogspot ke yang termasuk dalam kategori yang aku senaraikan di bawah.
Kalau boleh nak la list yang sesuai untuk semua kategori saiz. Dari XXS ke XXL.
Seboleh-bolehnya nak yang dapat menutup aurat dengan lebih sempurna la kan. Yang labuh, yang panjang, yang longgar-longgar sket.
Dah nama pun Muslimah online shop. Takkan ko nak suggest page jual tank top dgn hot pants kottt? Hahaha.
Harga pun kasi la suggest yang berpatutan dengan poket golongan marhaen macam aku nie haa.

So sama-samalah kita menyumbang ke arah pembentukan dan pemnambahbaikan diri. Ok dak?
Sharing is caring kan?
So here goes my shopping list ;)

Tops & Pants
1. IG sleeved_mys
2. IG ramarama_studio
3. IG hotandrush_clothing
4. IG dhiarara
5. IG afinmuslimah
6. FB Uniquestyle Muslimah Fan Page
7. IG ajaqs_couture
8. FB/IG MHouseBlouse
9. FB/IG KayzShoppe
10. Summer Glitz Fashion
11. KZ Nabihah
12. Salamsantun.com
13. ThePoplook.com
14. FB/IG Nurul Wonder Wardrobe
15. IG baju_baju
16. IG bajuglam
17. IG Calomera (Nursing/Breastfeeding)

Shawl/Tudung
1. ShawlbyVSnow
2. Onulaa by Shehnaz Shariff
3. IG by_cecantik
4. IG oneairin
5. FB/IG Shawl4u
6. IG iammuslimah_boutique
7. FB/IG Tudung Yang Terbaik Dari Ladang
8. FB/IG Sapphire Shawl
9. FB/IG Purdy Petals
10. Lyana MK Boutique
11. FB LaceyBawal by Amy
12. L'adorn
13. Tudung People
14. Sugarscarf
15. Aidijuma
16. Shawl Attic
17. FB Colourful Collection

Dresses/Jubah/Abaya/Skirts
1. FB/IG Pretty Luuna Collections
2. Cala Qisya
3. The Old Blossom Box Store
4. IG Haya_Aludra_Abaya
5. Little Ilsya
6. Majreha.com
7. IG quratul_shop
8. IG RayyanHaya
9. IG battle_shop
10. FB Rana Aswad
11. Muslimahclothing.com
12. The Peaches Couture
13. EDZ Boutique
14. Fabulous Heejab

Haaa, sebabkan aku update ni by handphone je, so list banyak ni je lah. Pastu semua aku tak hyperlink kan lagi sebab leceh.
Dan majoriti list ni yang aku sendiri experienced beli or cuci mata. So kalau tak kena selera citarasa dan mata korang bleh suggest yg lain eh.

Kalau ada cadangan nak tambah kategori ke ape ke, bagitau lah. Nanti aku update la list nie.
Dont worry, Insyallah list ni aku akan update sebab aku pun konfem nak cuci mata dan nak membeli jugak wehh. Haha.

Mari sama-sama kita share okay.
Thanks korang.
Sayang ketat-ketat!

Posted via Blogaway

Tuesday, January 7, 2014

Pertama di 2014!


Salam.
Hi semua.
Entry pertama 2014.
AZAM!
Ramai jugak update pasal azam; ape nak buat 2014, apa nak capai bla, bla, bla.. 
Konon taknak ketinggalan, maka aku pun merekodkan lah kat sini azam aku.

PERIBADI
# Paling penting -- JAGA SOLAT. Jangan tinggal solat, lewatkan solat, kalau boleh nak amalkan solat-solat sunat. Yer, solat tiang agama, takda tiang habis lah semua. Allah tu nak uji bila-bila masa je boleh, sedar tak sedar je kita nie. 

# Nak berubah dari segi PEMAKAIAN. Perlahan-lahan Insyallah. Baju-baju yg agak ketat tu semua aku dah kumpul dari tahun lepas, tinggal nak let-go je. Bergaya tetap bergaya cuma kena lebih ke arah menutupi aurat dengan lebih sempurna. Mulakan dengan pakai handsocks dan stokin maybe? Doakan yer :)

# Nak maintain BERAT BADAN. Aku tak harap lah nak turun macam zaman anak dara --under 50kg. Cuma aku harap dapat maintain je at least berat lepas kawen, sebelum mengandung, dan tak cecah 60kg! Gambatte!

KERJAYA
# Tahun nie, genap 3tahun aku berkhidmat sebagai penjawat awam. Baru 3 tahun? Hadoiii. So, tahun ni Insya-Allah, akan tamat tempoh percubaan. Lepas tu nak sign pencen ke kwsp ke belum pikir lagi. Yang penting aku nak CONFIRM je sekarang, or nama lain SAH JAWATAN.

# Ada satu RESEARCH aku kena habiskan tahun nie. Moga Allah permudahkan jalan. Lepas tu nak pergi bentang paper, tengok lah kalau efficient sket nak pergi 2x, kalau tak sekali pun ok :) 

# Perkara kedua penting ialah apply PINDAH. Tahun ni kali kedua la aku apply. Last year tak lepas dah tau dah, sebab tak confirm lagi. Ni kalau confirm, aku nak anta lagi borang. Biarpun kampus pilihan masih tak beroperasi -- Puncak Alam 2, tahun 2015, tapi aku apply je. Mana tau rezeki kan? Takpun nak bincang balik ngan husband aku ok tak dok Perak. Kalau ok, aku apply Perak. Yang penting aku dapat balik Semenanjung!

# Bab dengan students aku masih mengekalkan prinsip sama kot  aku tak accept friend request kat Facebook, Instagram, Twitter dan apa-apa social media. Kalau jumpa blog nie? Takpelah, kira halal lah, baca lah korang. Madam tetap garang, pastu bukan ada soalan test ke soalan exam pun dalam blog nie, why bother, why bother? bak kata si azwan HAHA

KELUARGA
# SUAMI -- Nak kurangkan lawan cakap suami, eh, bukan lawan, suka menjawab. Hehe. Then of course la nak ringankan beban suami, tolong apa yang patut dari segi pengurusan ke kewangan ke ape-ape je lah. Pastu aku berharap 2014 jangan lah banyak sangat dia pergi mengail minyak kat laut tue. Aku harap husband aku dapat la tukar company lain yang tak buli engineer berkaliber cam dia tue >,<

# ANAK-ANAK -- Nak banyakkan bersabar layan kerenah anak-anak. Aku kadang datang temper, memekik la aku, pastu kang aku marah Isya, pastu nanti dia nangis aku kesian. Pastu aku yg nak nangis/nangis balik, then bila Isya tanya kenapa, nanti aku yang rasa bersalah/sebak sebab marah dia. Alahaiii, dia budak kan, mana tau ape lagi. Salahkan diri sendiri yang tak kena cara tackle perangai/tantrum anak. So banyakkan baca dan study ilmu parenting la tahun nie :) Untuk Dyna, aku berdoa semoga rezeki susu dimurahkan, Amin! Then, kalau boleh tahun nie aku nak cuba masak lepas balik kerja. Cuba ok, cuba! Kalau tak boleh, sesekali bleh la makan luar. Cukuplah 9bulan aku mengandung Dyna memang aku kurang memasak, hujung-hujung tu lagilah memang aku tak masak. Tahun ni aku try! Buku resipi pun lama tak bukak dah. Kene gali balik nie :)
# PARENTS -- Kalau ada rezeki, aku nak je selalu balik macam orang lain, yang Kuching-KL dah macam Shah Alam-Klang. Nak selalu jenguk mama ayah & mami babah. Then, nak lebihkan sikit duit bulanan untuk diorang, Insyallah, walaupun parents aku dua-dua kerja lagi.

# PERKAHWINAN -- Bab ni memang aku nak sangat Honeymoon weh. Patut tahun lepas aku pergi Langkawi bulan 4, tapi tak jadi sebab...sebab boss husband aku sayang sangat kat dia, hari-hari kena jumpa. So semua tiket kira aku sedekah je kat Air Asia masa tue, dengan harapan Tony Fernandez dermakan ke jalan yang benar. Hahaha. Jadi aku harap tahun nie, adalah peluang kami nak bersama, spending time berdua. Lokasi? Jangan tanya, sebab kira up-jadi je nanti :)

# KEWANGAN -- Ni azam carry forward. Aku ngan husband target "debt-free" dalam jangka masa 10tahun. Ini tertakluk hanya untuk credit card, personal loan, kereta dan hutang kecil-kecilan dengan kengkawan ke, family ke. Alhamdulillah, sekarang ada satu je cc kitorang, aku punya je. Tu pun buat standby sebab nak beli tiket flight kadang pakai online banking lembs sket! Tambah plak harga barang naik, ahli keluarga dah bertambah, so tahun ni memang banyak kene berjimat.
 
Pheww, jadi tulah azam aku secara generalnya untuk 2014 nie.
Azam nak update blog, malas nak tulis, kang jadi macam tahun lepas, orang lain 180 entry setahun, aku 18 entry JE. Hahaha.




Syukur, masih dipanjangkan usia!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...