Wednesday, March 13, 2013

# Soalan Cepumas : Bila nak menambah?

Sebelum kawen, orang tanya "Bila nak kawen?"
Dah kawen, orang tanya "Bila nak ada baby?"
Dah ada anak sorang, tanya pulak "Bila nak tambah lagi?" "Bila nak ada adik nie?"
Ehhh, aku tak emo. Jauh sekali nak sentap.
Ini normal kan? Normal dalam masyarakat kita. 
Normal untuk menanyakan soalan² sebegitu dan kadang² tanpa memikirkan perasaan orang yang ditanya.
Kalau jenis yang hati kering macam aku, senyum je lah. Jawab "Insyallah, doa²kanlah yer!"
Kalau jenis hati rapuh tisu? Soalan nak tambah tu ok jugaklah, kalau yang takde anak lagi, kau tanye lebih² kang tak memasal nangis pulak kawan tue.
Jujur aku kata, akau tak menolak rezeki. For now, aku rasa aku dan suami (dan Isya hopefully!) dah ready nak tambah ahli keluarga. 
Kalau ikutkan perjalanan aku menuju ke arah pembinaan keluarga, berkelajuan agak sederhana tapi tak lah terlalu laju.
Bertunang di usia 22 tahun. Belum habis belajar dah gatal nak tunang.
Berkahwin di usia 24 tahun. Pun masih lagi belajar, gigih siapkan dissertation.
Dapat tahu mengandung, setelah 10 bulan berkahwin dan baru nak masuk kerja.
Melahirkan anak sulong di usia 25 tahun.
Dan sekarang di usia 27 tahun (plus,plus!) aku rasa aku sudah ready untuk menimang cahaya mata kedua. 
Kang aku published entree ni kang, mesti ada yang kata 
"Eh senangnya dia ni cakap nak anak, nak plan 2nd baby, orang yg takde anak lagi ni ape lah perasaan?"
Maaf. Aku tak bermaksud nak buat korang² terasa ke ape. 
Cuma sekadar berkongsi rasa dan menjawab persoalan sesetengah kawan² dan keluarga² yang bertanyakan soalan pasal tambah-menambah nie.
Macam aku cakap tadi, aku tak menolak dan aku takdelah stress gila² nak kejar geng² yang dah dok pregnant 2nd baby.
Cuma aku berharap akan datang jugak rezeki itu, Insyallah. 
Sebab, sejarahnya, aku nak dapat Isya dulu tu pun macam² dugaan sebenarnya. 
Jadi aku hanya 'go-with-the-flow' sahaja. Doa²kanlah yer :)
Dalam masa yang sama, untuk menambah bilangan ahli keluarga nie, aku dan suami menimbangkan pelbagai aspek. Zaman sekarang semua benda nak kena pikir dulu sebelum buat.
Eh, bukan maksud aku zaman dulu tak payah pikir. Cuma situasinya sekarang, kena betul² kaji masalah dan faktor² tertentu dari segi fizikal dan juga mental.
Contoh macam aku, kena consider jugaklah, kalau menambah ahli, menambahlah jumlah ongkos untuk aku pulang ke kampung halaman. Bila Isya dah 2tahun, harga dah kira macam Adult. Plus Infant lagi. 
Yer aku tahu, rezeki anak lain². Tapi dalam masa yang sama kena ingat jugak, kita pun ada komitmen² lain yang perlu dilunaskan. So semua benda kena consider.
Ready or not? Tepuk dada tanya lah diri sendiri dan pasangan anda.

For now, aku bahagia di samping suami dan puteri permata hati.
Jika diberikan rezeki, aku menerima dengan penuh kesyukuran.
Kesimpulannya, IM4U, eh, I'm ready now!
Korang macam mana?
Gambar takde kaitan, tapi aku suka. HAHA.
Source: Google
 NotaChenta : Kun-fa-ya-kun! Percayalah!

Saturday, March 9, 2013

# Ex-Tunang! *ehem*

Saja nak post entry pasal ex-tunang aku. 
Dah dapat keizinan pun dari suami.
Tak payah nak cakap aku gila.
Ok, aku pernah bertunang dulu.
9 Mac 2008. Sehari selepas PRU12 masa tue. 
Kalau ikutkan, hari nie genaplah 5 tahun usia pertunangan.
Masalahnya nak celebrate lebih² pun xleh. 
Sebab lepas tu kitorang tak tunang dah. 1 tahun 9 bulan kemudian aku selamat dinikahkan dengan beliau. HAHAHA.
Ex tunang merangkap suami! :)


Koya je muka time tunang dulu. Dah lah aku tak abes belajar lagi dah gatal nak kawen.
Siap mintak sponsor mama ayah sket sebab belajar lagi kan. hihihi.
Nak wat camne, bakal suami dah keje, tak sabar gamaknya.
So, majlis pun ringkas dan simple dan segalanya last minit mase nie.
Sekarang dah 3 tahun lebih bersama sebagai suami-isteri, ada anak, dan bercadang menambah anak lagi. eh? Hahaha.

Ucapan sket! *ehemm*
Thanks la ex-tunang sebab kawen dengan I.
Walaupun I ni mungkin bukan isteri yang sempurna, bukan ibu yang sempurna dan juga mungkin bukan wanita idaman u yang muka macam Drew Barrymore, tapi I sayang u sangat².
I harap ikatan ini kekal hingga ke syurga. Maaf atas segala kekurangan I selama menjadi tunangan u dan kini isteri u. I cuba untuk jadi yang lebih baik dari hari ke hari.
I loveee u sooo much! I do! :)

Dannn, bersempena ulangtahun pertunangan (gila poyo dah kawen pun dok cakap pasal tunang! Gasak lah!) nak request kat encik ex-tunang a.k.a suamiku. 
I know u (will) read this, B!
Jom kita pegi honeymoon. Just two of us. Isya tinggal jap umah Kak Ramlah bleh?
Balik Malaya tak consider holiday, tu balik kampung. hihihi.
Jom lah pecahkan tabung ayam, kita pi holiday jap.  
Mana² ajelah, asal berdua. Lama tak pegi holiday huh?
Lagipun u kan nak pi outstation lamaaa nanti bulan 4 kan? kan? 
Kalau u tak tahu nak pegi mana, meh I cadangkan. Nak? nak?
Kalau nak city life tapi ade attraction jugak moh ke Bangkok!
Dah lama kan I teringin nak pegi Bangkok?
Oh, kalau nak pegi cuti mata di tepi pantai or pulau² jom ke Koh Samui atau Bali again. Maok?
Koh Samui macam best je tengok Lunda pegi honeymoon!
Rindu nak gi Bali lagi!
Or kalau nak berhibur enjoy² main game macam zaman single dulu jom gi Resort World Sentosa ;p
Eh, asyik cakap pasal luar negara, meh cuti² Malaysia lah. Langkawi? Nak sesejuk Genting jom? Or maybe Redang ke?
Lama tak jejak pulau Mahsuri nie. Boleh borong ceklat!

Redang macam best nak snorkel!
Eh ni gambar I kurus. Pre-honeymoon; 2010
Or kalau malas nak jejauh, jom kita ke Damai Santubong. miahahahaha ;p
Ok, dah tu je nak request. Buat pilihan yg tepat ye mok? hehe.
Eh tadi bukan ke aku cakap tak kesah nak ke mana-mana janji berdua?
Ni siap list bagai? Hahaha. 
Mana tahu rezeki Isya nak dapat adik kan? hihi.
Happy weekend u alls!
 NotaChenta: Sebenarnya entry nak cakap pasal Anniversary Tunang ke destinasi percutian? Hahaha.

Friday, March 8, 2013

# Petua Hilangkan/Redakan Batuk

Salam Jumaat u alls.
Eh, sebelum terlupa Selamat Hari Wanita.
Ntah napa bila hari wanita je aku selalu terbayang muka Dato' Shahrizat. Haha.
Ok sape ada petua hilangkan atau redakan batuk share please.
Aku dah batuk almost 3weeks. Aku bukan nak berlagak, tapi aku memang type yang susah nak batok, demam dan selsema. Last aku batuk teruk macam nie masa tengah pregnant 7bulan kot.
Macam nak pecah perut, senak, sakit dada time tue tambah ada baby kat dalam. Fuhhh!
Pastu dah lah takleh makan ubat sebarang time tu kan? Pasrah aje lah. Last² aku pun tak ingat camne bleh baik batuk tue. hihihi.
Aku tak kesah nak cuba ape pun petua, asal aku dapat hilangkan or at least kasi kurang sket batuk nie. Malam tido tak nyenyak hoii, pastu kadang batuk² sampai muntah². Sakit dada, rusuk, penat tau batuk. Tambah plak batuk takde kahak. Nak nafas or batuk tu macam tak lepas aje.
Adalah few opinions yang aku dapat masa naik status kat FB hari tu. Tengkiu kepada yg respond.
Ada yang aku dah cuba pon, tapi tak berkesan. So, aku senaraikanlah kat sini yer kalau ada yang tengah mengalami situasi sama.

So aku buat list sket lah tips² tu yer:
1. Teh o' Limau Suam - Ni memang feveret aku, jangan cakaplah! Dah immune kot sebab selalu sangat minum.
2. Ubat batuk Cough-en - Aku dah cari kat farmasi area sini tapi takde. Nanti aku pegi town carik. Cuma aku consider ubat tu ok tak utk breastfeeding. Consider aje bukan #obses ok!
3. Madu - Dah abis sebotol setakat ini. Ada lagi 1 botol. Aku minum gitu aje, rasa melekat sangat pastu lagi gatal adalah, batuk tak berhenti.
4. Herba Cina - Ni tak try lagi. Tapi aku dapat bayangkan kepahitannya. Kalau takde choice gak, aku carik jugaklah nanti.
5. Ubat batuk Ibu & Anak - Ini tak berkesan langsung kat aku. Aku macam minum air manis jer. Ini kategori ubat sedap bagi aku.
6. Vitamin C - Aku memang amik Vit C. Pastu tambah plak hari tu ada selsema sket. Aku amik Redoxon. Berkesan, tapi untuk selsema je lah.
7. Avoid ice - Harussslah kan. Kalau minum jugak sendiri tanggunglah!
8. Ubat batuk Hurix Madu & Gamat - Baru beli semalam. Dah tinggal separuh botol. Adalah rasa kurang sket masa minum. Tp malam still jugak batuk menggila. Ubat ni pun kategori sedap. haha.


Sambungan...
9. Ice-cream - Aku penah jugak dengar org cakap, kalau teruk sangat, makan je ice-cream sebab kadang² yg racun tu lah penawar. Gitu peribahasa. Tapi aku tak berani takut lagi teruk. Kalau dah mild nak baik ok kot.
10. Berurut - Ini memang betul. Aku rasa nenek aku pun penah cakap kot. Tapi kalaulah aku tahu segala urat kat badan ni dok mana, kan best? Waaa, rasa nak balik mintak urut!
11. Buah nangka - Oiii, kalau aku tak batuk, kang badan berangin. Aku  memang spesis badan berangin. Jadi nangka & cepedak bukan feveret walaupun aku suka gila cempedak. Eh nangka bukan bergetah ke? Takut gatal aje.
12. Olive oil - Ok ni pun tak try lagi.
13. Check Tibi - Ini menakutkan. Tapi kalau berlarutan jugak, memang aku rasa aku akan check kat KK.
14. Madu + Limau Nipis - Belum try jugak. Soon!

Dan lagiii...
15. Kawasan berhabuk - Aku baru vacum satu rumah last week. Dan office aku pun aku rasa bebas habuk sebab aku selalu menyapu.
16. Ubat batuk Hova by Hovid - Aku tak jumpa kat farmasi sini lah. Esok kot kuar town, aku pi carik!
17. Madu + Air suam - Ok, dah 3 hari pegi office bawak madu + air suam. Best jugak. Tapi yang ni untuk kesan serta-merta lah. Masa nak batuk, terus capai memang lega. Pastu lamaaaa sket, datang balik. Sudahnya tak sampai separuh hari dah abis air suam madu. hihi.
Ade sesapa lagi nak share tips? Silakan.
Tapi jangan suruh aku minum yang bukan² macam tahi minyak ayam bagai. Eh?
Meantime, aku bertahan aje lah dengan beberapa petua yang aku rasa ok nie. Thank you all.
Selamat berhujung minggu!
 NotaChenta: Camno nak bermarathon esok ni dah batuk² nie?

Thursday, March 7, 2013

# Tutorial - DIY Tutu Skirt (Rainbow Theme)

Ampun kan aku oii. Dah setengah tahun entry diperuk dalam draft. Akhirnya published jugak. HAHAHA.
Ok, saje je nak share walaupun aku rasa korang mesti malas nak baca! Tak pun dah Google jumpa kat belog lain. Syok sendiri ke ape aku nie? Lantak lah yang penting aku clear draft. 
Ok fine. Thanks Kak Ain (oh kau lah inspirasiku!) sebab buat entry diy tutu skirt yang kebetulan memang masa nak dekat birthday Isya tahun lepas. Aku dah dok mencari kaedah/method/cara paling senang sekali nak buat tutu skirt. Mula² aku ingat nak tempah, tapi aku melarikan budget ke tempat lain. Hehehe. Makanya gigihlah seorang ibu membanting tenaga empat kerat buat tutu skirt sempena hari lahir pertama anak sulongnya. (Isya kalau dah besar baca ni, sila sebak!) 
Start the tutorial! Sapa tak paham angkat tangan.
PART A : Bahan-bahan

1. Kain nett or Kain Tulle 
- FYI, kain nett yg keras sket biasa buat bunga sarung bunga telur tue lah. Kain tulle lebih kurang sama je, cuma dia soft sket la. Aku beli di KAMDAR, tu pun SA tu macam blur² aku cakap kain nett/tulle. Lantaklah kau aku pergi carik sendiri je lah. Hahaha. Jumpa this tulle type la. Kebetulan tengah sale. Harga asal 4ringgit kot tak silap aku (eh, perlu ke mentioned harga kat sini? #chanteksinsidejoke) 50% discount time tue. So memandangkan murah aku beli sekali 8 warna. Hahaha. Kata rainbow kannn?
2. Getah kain - Ikut suka nak guna berapa inci. Aku guna yang 1.5 inchi kot tak ingat
3. Gunting
4. Pembaris/Measuring tape
5. Benda² keras or bulat or yang ada shape - Aku ganas sket, guna kepala kerusi.
Hambik kau! Tamak nak kalerful sangat!
 PART B : Cara-cara

1. Ukur pinggang anak. 
- Pas dah ukur, boleh potong getah skirt tadi ikut ukuran. Lebihkan sikit kot nak ikat reben ke ape ke kan. Aku lebih kan dalam 5cm. Biar lebih pun takpe. Kang kalau dah siap acu balik kat pinggang anak, selebihnya potong lah!
2. Potong nett. 
- Ni pun ikut suka hatilah nak potong bape besar. Aku potong 2 inchi. Sebab aku bayangkan nanti akan potong tersenget² sebab kain dia lembut kan. So takut makin mengecik.
P/S: Nak lagi senang potong, korang gulung kain tue then potong 2 inchi.
Tu dia hasil yang telah di potong. Baru 5 warna hokey!
3. Proses menyimpul
- Haaa. Bab nie memang mencabar dah makan masa sket lah. Tapi dengan keazaman yang tinggi akan siap jugak. Aku rasa korang lagi paham kot tengok gambar. Aku explain kang berbelit je konar sana sini. Aku explain sket² aje ikut gambar!
1.  Amik riben, tindihkan dengan getah yg ikut ukuran pinggang anak tadi.
2. Kain yg dah siap potong. Aku guna 2 helai utk setiap ikatan.
3. Tariklah hujung yang bercantum macam dalam gambar tu, kasi ada hole.
4. Hahaha. salah numbering, Ni bile dah ketat korang tarik.
5. Ni bila dah masukkan hujung yg tak bercantum tadi, tarik kasi ketat.
6. Teruskan usaha, tarik menarik, simpul menyimpul. Susun rapat² ke, jarak ke, ikut sukahati.
ATAS : Beginilah susunan setelah siap. See the ribbon, aku lebihkan, pastu ukur balik kat Isya dan potong!
BAWAH : Tangan pengkau ke kain tu lembut sgt sampai potong pon comot! hihi

Birthday girl dan tutu skirtnya. Lasak sangat riben pun tak nampak cam riben dah!
Bila duduk nampak serabai sket. Belasah lah!
Oh, lupa nak kredit. Aku pun belajar dari orang oii. Kau ingat aku hebat sangat, bangun² tido dapat ilham terus buat, jadi? Kalau agak² tak paham aku punye tutorial, nah amik LINK INI atau LINK NIE atau DI SINI. Pergi cuba sana diam². Alahh, kalau dah dapat step, kejap je buat. Aku buat sambil nengok tv, tau² dah sampai ujung.
Yess, berjaya menyempurnakan entry ini. Ok dah bai! Selamat mencuba! 
 NotaChenta : Misi meng'clear'kan draft bermula. Sedialah korang muntah dengan entry aku!

Wednesday, March 6, 2013

# 20 bulan & Vocabs!

Yesss. Anak dara itu sudah berusia 20 bulan = 1 tahun 8 bulan.
Kalau nak tulis sesatu, memang aku takde masa lah hoii.
Ni pun sebab nak rileks kejap take-5 konon sebab stress marking esaimen students melambak ni.
Bagi aku, mengikuti perkembangan Isya di usia dia, aku rasa vocabs dia agak ok.
Ok means, aku rasa bagus dan boleh difahami untuk mak² budak seusia dia.
Aku compare dengan anak jiran, sama baya Isya beza tak sampai sebulan, aku rasa Isya lebih sket vocabs lah. Ayat pon boleh paham walaupun setakat 3 perkataan.
Tapi tahu lah kan, development budak lain².
Dia mungkin cepat bercakap, tapi hari tu kemain lambat berjalan.
Tumbuh gigi pun 4 batang dari bulan 12 sampai sekarang.
So, untuk hari ni, aku catatkan vocabulary Cik Batrisya setakat 20 bulan

Perkataaan² yang boleh disebut dengan jelas sebutir²: 
MAMA, PAPA, ATOK, NENEK, AYAH (husband babysitter), BABY, PLANE, DOG, MOUSE (Mickey Mouse), TAYO, SHOES, BABAI, MOON, AYAM, FISH, ASUK (Sarawak: Anjing), MOK (Sarawak: Mahu/Nak), OKKAY, ELMO, UBAT, GIANT, ADOII, AMIN

Perkataan² agak pelat:
TATAK = Kakak
INUS = Hingus
ANAS = Panas
TEJUK = Sejuk
CICAP = Cicak
ABAM = Abang
TET = Cat/Kucing
IDO = Tidor
BOOT = Book
DOOD = Good
GIGITAR = Gitar
AETOM = Assalammualaikum
TATOT = Takot
ANYI = Nyanyi
SAYAM = Sayang
METAP = Make-up
UTAK = Bukak
MEDETA = Merdeka (bila nampak bendera or org nyanyi lagu patriotik! Jiwa sungguh)
OPAT = Lompat
TEJAR = Kejar
ATAN = Makan
ADI = Mandi
POCOT = Opocot
AWAH = Allah (swt)

Perkataan lain, maksud lain:
VROOM, BROOM = Motor
BUMBUM = Baring
GUDUK² = Aksi naik kuda
OOK,OOO = Bila buat something yang salah

Ayat 2-3 patah perkataan:
Mama work, Papa work (haaa, sangat comel. Boleh plak halau mak bapak pegi keje!)
Tatak sool = Kakak school
Mama antuk ido jum = Mama ngantuk, tido jom!
Tatak pun / Kamek pun / Papa pun / Mama pun = Kakak punya, saya punya, mama punya, papa punya. (Ini bila nampak barang kepunyaan sesapa lah!)
Sayammm mama, Sayang papa
4747 = Mengira. Aku pun tak paham kenapa suka ngan no 4 & 7. Kalau kira dari 1, 2, tiba² dah 4 pastu terus 7.
HA, NUN, YA = Baca Alif Ba Ta, tapi yg dia follow ini aje.
1, 2, Gooo = Bila nak main lari² or kejar²
Mama, Nenek koiii = Mama, nenek call (Asal dengar hp bunyi, nenek call! Hahaha)
Tu je lah kot yang aku teringat. Tapi sungguh bahagia melihat perkembangan anak kannn?
Rasa kalau boleh nak biar dia kecik je, sebab tak puas nak gomol dan main dengan dia.
Dah, nak sambung kerja! Bai!
Muka nakal nak ikut mama work! Sayang kamu ketat²!
 NotaChenta : Bila stress, tengok gambar anak terus senyum sensorang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...