Wednesday, February 27, 2013

# Tips: Pakaikan Anak Gegirl Headband/Headgear

Salam. Holla eberibady!
Entry pertama dan terakhir bulan Februari 2013. Nak selalu update lah konon? Choiii!

Oh by the way, hari nie terajin pulak aku nak share pasal topik nie.
Aku selalu dapat soalan seperti ini:
"Macam mana kau boleh pakaikan anak kau headband eh? Anak aku taknak!" 
"Eh, Isya nak pulak kan pakai headband?"
"Kenapa aku tengok Isya tak cabut pun headband yang kau pakaikan ek?"

HAHAHA. Serius lah weh. Aku pun pernah mengalami situasi sebegitu. 
Jangan kata cabut, ada time² datang hangin kus-kus anak dara tue, memang langsung tak nak pakai. 
Lagi² time dia dah pandai melasak dan mengganas. Bukan cabut je, kadang siap buang, sorok, letak kat tempat tak sepatutnya dan bagai² lagi situasi. 
Ada satu headband dia yang aku suka, aku jumpa bawah tilam. Berbulan aku cari tak jumpa. Haisshhh! Tapi yang pelik, selama aku tukar cadar, tak pulak aku nampak bawah tilam, tiba hari tu jumpa kat situ. Agaknya setiap bulan dia tukar tempat kot? Pening! 

Well, all I can share, sikit lah tips (tips lah sangat!) pasal macam mana nak bagi anak u alls yg gegirl tu kekal comel, kiut dan stylo macam Isya. Eh?

1. Latih pakai headband dari kecik
- Aku pakaikan Isya headband seawal sebulan setengah. Pastu bila dah besar sket memang aku tak pernah tak pakai sebab penat nak jawab orang asyik tanya "Baby girl ke boy?" Stress tahu walaupun dah satu badan aku sarung kaler pink, pon ada orang tanye lagi. Masa Isya baby, memang tak melawan. Bila tangan dah ada skill peribadi, mulalah cabut headband setiap 5 saat. Hampaaa mak nokss! Haha. Apa yang aku buat, aku akan pakaikan aje balik. Kadang ada jugak adegan tarik-menarik. Ada 2 headband yg pernah putus & cabut bunga dia. Taoi, lama kelamaan, dia akan biasa. Alah bisa, tegal biasa. Sekarang nie, kadang² dia yang ingatkan aku "Ma,topi (headband/topi)" - sambil tunjuk kepala sendiri. Got it?

Tu dia headband pertama masa Aqiqah! Hand-made crochet.

Hambik kauuu! Segedabak bunga kat kepala. Dulikk ahh!

Alahai, bambam betul masa nie. Gerammm!

2. Cakap/Suruh anak pakai headband elok-elok
- Bab nie, memang memerlukan kesabaran. Masa siapkan Isya nak pegi jalan, memang aku akan cakap kat dia, "Isya pakai elok² ok?" "Don't throw away ok?" "Pakai cantek² dah, jangan cabut ok?" Masa dia dah pandai cakap dia akan cakap "Okey!" Tapi agak² dia buat tak? Mestilah buat jugak. Tapi again, sabar je lah, ulang²lah aku dok cakap, "Isya kena pakai elok², cantek², you're good girl kan?" Again, macam aku cakap tadilah bila dah lama² diajar, jadi biasalah. Remeber, budak² ni cerdik. Bila kita cakap elok² soft² gitu dia akan paham yang kita nak dia buat benda tue.

3. Rajin mengemas koleksi headband depan anak
- Bab ni memang paling mama Isya suka lah. HAHA. Kadang sambil kemas, sambil tengok balik baju² dia. Kalau ada yg tak match haaa, siaplah kang adalah gatal tangan pegi place order ke, online ke. So, biasanya aku mengemas almari baju Isya 2 or 3 bulan sekali. Masa tu aku tunjukkan koleksi yang dia ada. So lama-lama dia suka. Last 2 days aku kemaskan elok² masuk dalam bekas, dia dah boleh cakap dalam bahasa Sarawak, "Mama, tok kakak pun" (Mama, ini kakak punya) sambil acu² kat kepala. Seeeee? Pandai dah nak melaram anak dara sorang nie. Ikut sape?

Ni antara antara koleksi yang awal² lah. Ada satu je aku tempah! Lain semua ready made :)
Tengoklah tangan sapa dok menyibuk nak kemas tue.

Ok, ni koleksi terkini. Aku tempah kat Shehnaz @ Onulaa. Range harga RM15 - RM35!
Maaf #chanteks aku terpaksa mentioned harga. Tapi takde tag lah (inside jokes! haha)


4. Tunjuk gambar anak orang lain pakai headband
- Yang nie aku buat masa Isya dah start pandai ngamuk². Aku tunjuk lah gambar budak² pakai headband. Siap tanye cantek tak? Comel tak? Biasanya dia akan jawab benda yang positif lah. So, bila dia selalu tengok, dia akan berfikir dengan sendiri kot yang dia pun kena pakai. Aku suka bagi dia tengok anak Shehnaz Shariff si Nura Maysaa! Idol gituu. Hahaha.

Comel kan? Credit : Onulaa by Shehnaz Shariff

Tengoklah gaya dia. Hamboii!
Credit : Onulaa by Shehnaz Shariff
Haa, tu je lah tips kekonon aku bleh bagi. Alah, ape²pun takde effect pon pakai headband ke tak. Janji anak sihat, aktif dan kita pun happy. Kang ada plak kata aku nak show-off, padahal tak pakai headband pun bleh aje. Suka hati lah labuuu! :)

So, mari layankan picture si budak kecik banyak akal dan kepandaian bersama koleksi headbandnya!

Antara headband terawal!

Bunga dah nak sama besar dgn kepala!

Ni pun sama kemain besar mak kau beli nakkk!

Yg ni tali halus, aku tak berapa suka sebab kadang² ada kesan kat kepala

Ohh seriusss! Aku tak pernah ajar dia buat gaya macam tue!

testing bag!

Menjoyahhh! 

Ohhh divaaa sangat tauu!

One of my feveret!

Headband raya ada matching dgn mama punya brooch!

Ohh bulatnya kamuu masa ini!
Lady boss!

Muka ketat ye kak? 

Kepochii sangatt!

Wedding Haziq! Matching with Mama's clip brooch!

Oren lagi kannn!?

Ini memang feveret! Aku sukaa sangat. Ini lah yang hilang  bawah tilam tue ;p

Ohh yer. Lupa plak, selain headband, Isya suka jugak pakai topi / bucket hat. Kadang dah pakai siap tak nak bukak. Biasa aku akan pakaikan dia kalau jalan tempat² panas ke or jalan malam hari. Yelah sejuk kan kata orang tua. So next aim aku nak ajar pakai cap pulak. Haha.








Ok, puas hati dapat tepek muka anak banyak². Sebelum ada yang tanya, akau selalu beli headband Isya online. Nah amik lah link semua nie.
1. Onulaa by Shehnaz Shariff

 Selamat shopping mommies yang ada anak gegirl. Yang ada anak laki boleh lah beli untuk anak menantu *ehemm* atau beli untuk anak yang kedua, ketiga ahaha.
Chaoo!

 NotaChenta : Kalau anak lelaki nak pakai accessories apa eh?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...