Wednesday, January 23, 2013

# Jangka Hayat Botol Susu Anak! *PENTING*

Hollaholisaudarasaudaricikebumcikebum! ;p
Ada 7-8 entry yang ntah dah berapa lama berkepuk dalam draft. Haihh la, masa mencemburui, gituuu. HAHA. Konon tahun nie nak update blog lebih kerap dan meng'clear'kan semua yang ada dalam draft. Ntah ye ntah tidak kan aku nie. Aku pun tak pasti bila akan published xoxo semua entry dalam draft tue. Tapi entry nie entry segar, wahhh segar sangat. Yelah, memang layak lah segar sebab baru teringat pasal hal ini semalam. 
Ok, berbalik kepada topik. Cakap pasal botol susu, sebenarnya aku pun bukanlah expert sangat. 
Yelah kan, Isya sekarang dah minum FM. Pastu aku dah lama tak ade stok EBM (since Isya masuk 1year) Aku direct feed je dia kalau keluar & pergi travel @ jalan kejap². Makanya, oleh sebab itu, aku pun dah tak ada lah lagi gigih nak membeli storage bottles lagi. 

Sedar tak sedar, aku baru perasan, Isya dah lama tak tukar botol. Lama mana? Adalah nak dekat 6 bulan  kot. Sadis tak Mama Isya nie? Baju baru beli, mainan baru belikan, tapi botol susu, benda yang PENTING nie boleh aku lupa. Nasib baik aku check email tengok last order hari tu hujung bulan 7 tahun lepas, so belum 6 bulan lagi. hehe. Sempat,sempat! *buat-buat lega!*
Well, melalui pembacaan dan seingat yang aku pernah baca lah dulu (read : lepas pantang) jangka hayat botol susu budak ialah 3-6 bulan. Ini tak silap aku untuk botol susu yang BPA-Free. Yang takde BPA-Free tu mungkin kurang lagi kot. Lagi satu ada jugak aku pernah baca, kalau botol yang mahal² sket macam AVENT ke, MAM ke, TT ke, yang tu lama sket jangka hayat dia. Tapi still, kena tukar lah. Oh, tapi aku baca tak ingat dari mana. (Sapa ada info pasal nie, bagi link plis!) Yang tak clear ke, tak tahu, atau mahukan pencerahan pasal BPA-Free boleh baca [SINI] [SINI] dan [SINI] Dasar aku pemalas nak taip kan! ;p
Dan mengikut kefahaman aku, ini adalah antara punca atau faktor² yang kena diambil kira kenapa kita perlu tukar botol susu anak:

1. Kesan calar - Kalau dah dah selalu basuh mesti ada kesan kena hujung berus ke apa kan. Walaupun guna berus yang lembut ke, mahal ke, benda ni tak mustahil boleh jadi kan? Dari situlah datangnya kesan calar kat dalam botol tue. So,once dah ada calar, means ada defect, bila ada defect possibility botol tu tak berapa selamat sebab ada pembebasan toksik ke, chemical ke adalah tinggi.
2. Cucian sabun - Dah nama sabun, tak banyak, sikit mesti ada chemical content. Walaupun guna yang organik, yang takde PARABEN still lama kelamaan mesti akan ada reaction. So prevention is better than cure! Tukar aje lah. Lagi satu, hati² dengan sabun pencuci botol yang korang guna. Dulu aku guna Pureen, tapi bila aku tau pasal Paraben (sila google ye, aku malas nak explain or later aku explain ;p) aku stop. Gunalah bottle cleanser yang organik yer uolls.
3. Sterilized - Bila sebut sterilized, automatik ada kaitan dengan heating process. Plastik yang kuat chemical bonded sekali pun, kalau dah asyik panas-sejuk-panas-sejuk, lama² mesti ada sket effect dia. Logiknya, kalau korang kerap sterilized, maka, akan cepatlah berkurang jangka hayat botol tue. Oh lagi satu, botol kalau kita angkut bawak gi jalan² kan, pastu kena panas, pun ada reaction jugak eh. Samalah macam korang pernah dengar, jangan minum air mineral yang dah letak dalam kereta time panas!
4. Lain-lain faktor - Kalau nampak botol dah bertukar warna ala² kekuningan ke, kelabu asap ke, bawak² lah beli baru yer. Lagi satu, kalau botol dah berbau pun wajib lah tukar kot. Bau tue je dah kasi signal yang botol tu dah tak elok. 
Sebagai langkah berjaga-jaga (ini pesanan untuk diri sendiri jugak) aku rasa perlu untuk rekodkan bila kali terakhir pembelian botol susu. Letaklah kat reminder handphone, semakpong, tabs yang cecanggih tue. Sebulan sebelum expired ke dah remind suruh beli baru. Kalau tak memang lupaaaa ;p 

Ohh lagi satu, best jugak kalau dapat beralih ke botol susu kaca! Or stainless steel. Selagi tak pecah, selagi tulah consider selamat. Basuh je betul² bersih, Insyallah tahan. Dah la kaler semua macam menariks gitu. Aku biasa nampak yang botol kaca Life Factory (colour dia,yummmy!), Dr Brown dengan ape ntah kartun Pura, ke Puku tue . Yang stainless steel memang famous Purakiki kan? Ke ade lain? Ada jugak brand lain yang aku jumpa pun macam comel² jugak. Sedia ajalah duit membelinya!

Kaler buat aku rase nak makan! (http://www.lifefactory.com/)
Stainless Steel : Pura Kiki. Cool jugak!

Cuma masalah utama aku ialah, nak bertukar botol susu untuk Isya. Dah setahun setengah pakai, tiba² nak tukar. Currently, Isya memang pakai Medela 5oz & 8oz feeding bottles. Aku tak tahulah kalau nak tukar ke botol kaca ni berapa lama pulak kang, sebab dulu nak bagi bottle-feeding pun dah 3 bulan lebih baru berjaya. Pheww! Tapi, belum cuba belum tahu kan? So mommies, any suggestion(s)?
Ok,see you next entry yang tak tahu bila. HAHAHA. Daaa~
 NotaChenta : Nasib baik gaji dah masuk laju² aku pegi email Aja @ MyBreastPump Shop nak repeat order.

Monday, January 7, 2013

# Sudah 18 bulan!

Selamat Ulang-bulan ke 18 
Batrisya binti Zahiruddin Shah
Selamat menambah akal dan kepandaian.
Selamat membesar dan meninggi lagi dan lagi.
Selamat tumbuh gigi.
Selamat tumbuh rambut panjang sket supaya mama boleh ikat.
Selamat belajar ABC, Alif-Ba-Tha, 123 dan nyanyi² lagu Hello, Hickory, Tayo, Mickey dll.
Selamat jadi anak yang rajin dan cergas.
Selamat pandai bergaya dan pandai posing. 

Mama macam tak percaya Isya dah besar.
Macam baru je rasa Isya buat sommersault dalam perut.
Macam baru je mama paksa papa bangun malam² suruh urut pinggang.
Macam baru je mama rasa sakit tapi tak tahu itu contraction.
Macam baru je mama boring tunggu papa sampai hospital tapi kamu dah keluar dulu.
Macam-macam perasaan ni kalau nak sebut satu² tak habis.

Mama sentiasa doakan kamu yang terbaik dunia dan akhirat!
Sayang mama tak pernah kurang.
Maafkan mama jika tak jadi mama yang baik.
Love you, Batrisya!
Sekarang asyik nak duduk dalam car seat dan paksa didodoikan

Tengah gila kat Mickey Clubhouse. Layankannn!

Maafkan mama kerana sangat tembam dalam gambar ini!
Dahhh, nak pi kelas hoiii! Bai!
Calligraphy Fonts

Friday, January 4, 2013

# Past 3 months!

Assalammualaikum, Salam Jumaat.
Serius tak tahu nak update ape weh. Dari tadi dok taip sket, delete.
taip lagi, delete lagi. Ntah serba tak kena. Di tambah dengan selsema, pening kepala dan sakit pinggang. Ya Allah, rasa nak balik tido tapi tak jadi sebab nak kena habiskan baca jurnal ni hah.
Lama tak update pasal anak dara kesayangan. Meh lah cite sket pasal budak yang dulu kecik sekarang dah besar pandai jalan kedek² pampers senget sebab masa nak pakai pampers dia dah sebok main loncat² tengok kartun.

Disebabkan dasar pemalas dalam diri masih ada, ditambah dengan rasa sakit² itu tadi, maka aku mengkopipes aje dari BabyCenter pasal child's development nie. Saje je browse through tadi sambil baca jurnal. Masa baca, kejap angguk, kejap geleng bila baca. Sebab ada yang Isya dah start buat lama dah, tapi ade pulak yang langsung dia takde buat lagi. HAHAHA. Nak gelak pun ade. Tapi yelah orang cakap, development baby ni kan lain².
Sebab tak update 3 bulan, so cerita pun pasal 3bulan lah kan. 
So cekidddaauttt!

Child's age: 16 months
  • Turns the pages of a book  Siap dah mumbling. Pastu nampak gambar kucing, bunyi "miaw"
  • Discovers joy of climbing  Memula scary. Panjat, jatuh, merengek jap, pastu panjat balik sambil ketawa mengekek!
  • Has temper tantrums when frustrated  Merajuk siap tutup muka siap masuk bilik, tutup muka dengan bantal. Hadoiii. Ikut sape ntah kuat merajuk! *serius bukan aku ok!*
  • Stacks three bricks  Bukan 3 je, lebih. Jangan kata bricks, semua pinggan mangkuk kuali kat dapur pun sama!
  • Becomes attached to a soft toy or other object  Ok lah. Tapi Isya tak minat sangat soft toys. 
  • Learns the correct way to use common objects (e.g. the telephone)  Yang ni memang lama dah. Since 1year old kot, dah start telefon cakap sorang²
  • Switches from two daytime sleeps to one  Masa ni dia still tido 2x sehari. Cuma kat rumah kalau dengan Mama & Papa dia kejap tido kejap tak! Nak perhatian lettew.
  • Gets fussy about food  Tak lah fussy sangat. So far apa aku masak untuk Isya semua dia makan. Kadang makanan kitorang pun dia nak. Tapi mulut asyik sebut "ayam,fish,ayam"
  • Takes off one piece of clothing by himself  Isya tak amik baju sendiri. Aku sediakan siap². Tapi kalau lipat baju, dia akan acu semua baju kat badan. Lagi best yang aku dah lipat dia boleh pegi bukak. Stresss! 

Child's age: 17 months
  • Uses a handful of words regularly  Memang pun. Banyak cakap si kenit nie.
  • Enjoys pretend games  Ok jugak lah. Tapi kejap je, pastu bosan, kacau Papa & Mama
  • Likes riding toys  Ni pun dari umur setahun dia dah suka. Especially kete mainan dapat masa besday dan luggage dia.
  • Responds to directions (e.g. "Sit down")  Yup. Isya dah start faham bila aku cakap sit down, nak makan, baca doa dsb!
  • Feeds doll  As I said, Isya not into toys sangat. Tapi ada lah nampak dia pegi masukkan patung Upin dalam carseat, pastu nyanyi & cakap "tido,tido"
  • Talks more clearly  Kadang bukan clear aje. Siap jerit!
  • Dances to music  MasyaAllah. Yang ni semua orang cakap ikut aku. Hampehh! Tapi dia memang suka lagu PSY Gangnam Style. Dia akan sebut "Apatas" plus buat tangan silang tue! Siap boleh nyanyi "Heyyyy, ceeii" sambil buat gaya 'sexy-lady'
  • Sorts toys by colour, shape, or size ✘ Yang ni aku tak nampak lagi lah. 
  • Kicks ball forward  Kaki bangku sangat! Macam mama. Tak suka sukan yg melibatkan kaki kecuali running. 

Child's age: 18 months
  • Will "read" board books on his own  Yup, dah pandai sebut gambar² yang dia baca like cat, dog, moon, abang, kakak, ball, fish, ayam, mouse
  • Can pedal when put on trike ✘ Yang ni aku tak confident Isya boleh buat sebab dia pun hari tu start jalan lambat sket
  • Scribbles well ✘ Yang ni masa aku marking paper hari tu dia dah start tunjuk pandai. Dah ade colouring book yang penuh dengan contengan.
  • Strings words together in phrases  Ok lah untuk budak umur 1 1/2 tahun yang kejap cakap Melayu, kejap cakap Sarawak, kejap cakap English. "Mama, jom jalannn" = Feveret sentences!
  • Brushes teeth with help ✘ Gigi baru 2 batang nak berus apenya. Tapi dia memang ada berus gigi tiap kali mandi sebab aku dah beli since 8months
  • Builds a tower of four cubes  Passed!
  • Throws ball overhand  Jadi net-ballers, hand ballers, bowlers, volley-ballers ye nanti sayang :) Boleh join mama main nanti! ;p
  • Takes toys apart and puts them back together ✘ Ohh tidakkk. Setiap hari kena kemas bilik mainan u alls. Aku soh simpan, dia campak kat tempat lain. Ada sekali hp husben aku takde. Bila call, ada dalam laci baju. Aku punye make up pulak, ada yang kat atas katil, ade yang sampai sekarang tak jumpa. Haihh la anak!
  • Shows signs of toilet training readiness  Dah pandai cakap "biyak" & "memeh" (kemeh = kencing *Sarawak's language) tapi bila dah buat lah. Hahaha. Tapi memang husben aku nak suruh train pun!

Dah tu je kot. Nak balik lah wehh. Sakit pinggang dah ni haa.
Mood pun nak enjoy weekend je nie. So, take care u alls. 

Ehhhhhhhhh, jap, gambar selingan! Gambar "orang" yang disebut².
Gambar kenangan IG. Nasib lah ade Statigram! T_T

Gigi saya baru 2 batang!

Price tag!

Bila Isya tengok gambar ni dia ckap "BoboiBoy" Hahaha

Ayu lettew! Naik tapi tak kayuh. Main seret kaki je

Aktiviti riadah di petang hari.

Enjoy weekend u alls :)

Calligraphy Fonts

Thursday, January 3, 2013

# First for 2013!

Assalammualaikum. Hai korang!
Hambik kau, tuuu diaa 3 bulan tak update, kalau mengandung, dah masuk 2nd trimester dah. Eh?
Ok fine. Aku jeles dok tengok semua pun nak update pasal resolusi lah, azam lah, eh same je kan? Nak dengki jugak sebab aku terlupa nak pejam mata sambil berazam masa masuk tahun baru hari tu.
Aku rasa aku tak pernah buat entry pasal azam. Sebab aku rasa aku sama je, setiap tahun pun berazam benda yang hampir sama. Pastu ade lah achieved goal(s). Pastu kan, nanti mesti carry forward.
Aku nak buat recap 2012 pun malas. Eh, niat sebenarnya nak buat. Niat nak rajin macam Pau kemain taip entry karangan bahasa malaysia SPM. Tapi bila handphone kesayangan hilang, terus rasa macam mood hilang campak ke laut. Ke sana lah update ke recap ke, malas aku. Sebaik gambar dalam handphone hilang tu ade kat Dropbox & GooglePlus tue. Kalau tau memang lagi takde mood lah aku!
Kalau aku rajin dapat henpon baru, kalau mood ok aku update. Kalau aku tak update tu maknanya mood tak baik lettew, mesti tak dapat beli semakpong! bahahaha. Nak beli dapat rebate tapi nak masuk web die pon kemain asyik error, reload, cannot retrieved. Benci!

Dah, malas nak update banyak pun. Kepala pening, hidung sumbat, nak balik umah tido je rasa.
Nanti kalau rajin aku update lagi. Sekian babai korang!
Gambar last aku upload kat Insta sebelum hp ilang! :( 30122012!
 BisikChenta: Azam tiap tahun nak jadi yang lebih baik dari tahun sebelumnya! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...