Thursday, June 28, 2012

# Tegar by Rossa - My Version!

Takde mood nak update hari ini.
Busy untuk meeting & vetting exam question esok.

Jom layan penyanyi tak bape nak sedap suara nie.
HAHA. Aku baru perasan video nie dah upload tapi tak edit details.

Yang menang no 1 memang penyanyi RTM okey! Kau hado?
Memang kellllassss performance & suara. Terkedu semua orang!
Alhamdulillah, aku dapat no 2. Amatur lah katakan. Syukur!
Hadiah duit jadi harus aku syukur! Bahaha. 

So enjoyyy!
Tak sedap tekan butang pangkah atas tu yer ;p


 BisikChenta: Abaikan suara sengau sebab sakit tekak & selesema cikgu!

Wednesday, June 27, 2012

# Pindah Rumah

Alhamdulillah, sudah selamat berpindah ke rumah sewa baru.


Penat tak hilang lagi sampai sekarang hoii!
Kemas barang pun tak habis-habis lagi.
Maklumlah baru 1st time pindah sejak menjejakkan kaki ke Sarawak.
Yer, 1 tahun setengah duduk di rumah sewa lama.
Kenapa berpindah?
1. Mahu dekat dengan tempat kerja.
Jauh. Alasan yang aku rasa korang meluat nak dengar. Sebab kat KL jauh + jam = keluar rumah awal kan?
Ye, memang kat sini takde jam, takde hectic sangat macam KL.
Tapi, Hellooo, kalau jalan tak jam pun aku amik masa 30 minit dari rumah, anta Isya, then patah balik.
Fuhhh! Jenuh jugak kauuuu! FYI, rumah babysitter ke kiri, tempat kerja ke kanan. 
Maknanya, memang kena berulang berjalan lalu lah kan? Jalan tak sehaluan.
Bukan mengeluh ke apa, tapi kalau kira minyak & masa, banyak jugak lah save kalau pindah dekat.
2. Mahu dekat dengan babysitter Batrisya.
Okay, ini paling best! Rumah kakak babysitter selang 2 lorong je. 
Ini bermakna setiap pagi tak payah berulang, sehala je lah laluan aku. 
Aku drop Isya then terus gi kerja. Laki aku cakap, silap² akak tu yang datang umah jemput Isya. Haha.
Balik pun senang, terus balik umah tak sampai 3minit dah jejak pintu rumah.
Ni kalau tak 30 minit lagi baru sampai rumah. 
Imagine kelas aku kalau kul 6 abis, amik Isya patah balik, balik rumah, sampai dah kul 7lebih.
Kat sini pukul 7 lebih gelap dah macam pukul 9 malam kat KL.
Tambah jalan nak ke rumah sewa lama agak segan-segan je lampu jalan.
Ada area yang takde lampu jalan pun, bergantung kat lampu kereta jer.
Pastu aku pulak rabun silau, memang sakit lah!
Tu tak masuk lagi kalau mood Batrisya swing, nak berpangku, nak breastfeed sambil drive, phewww!
Yer, bahaya! Aku tahu, tapi what to do kan? Tak sampai hati dengar dia melalak. Takkan nak pandang je?
So bila dah dekat, Alhamdulillah, sebelum pegi kerja, aku DF dia puas-puas.
10minit sebelum masuk kelas pun sempat lagi kalau nak anta dia ;p Itu paling bestt!

Kalau emergency senang aku balik nak pick-up, dan senang jugak nak anta stok EBM balik umah or pegi BS.
Proses angkat barang. Aku sewa lori RM200 sekali dgn 3orang pekerja.
Jangan tertipu rumah aku bukan 2 tingkat! bahaha
Dah sampai rumah baru.
Fridge tu aku letak luar jap, nak basuh dalam sebelum bawak masuk.
Bagus diorang siap tunggu aku abis basuh :)
So far rumah memang tunggang langgang.
Dah la tak berapa besar. Muat-muat je semua barang.
Nasib aku dah ukur semua ruang sebelum masuk, dah tahu mana nak letak itu ini. Kalau tak, lagi disaster.
Hopefully by this weekend dah settle semua sebab aku plan nak buat kenduri masuk rumah (housewarming)  plus birthday Batrisya kalau ada rezeki :)
Tengah tolak tambah, kira bajet nie. Huhu.

Keadaan dalam rumah. see, hall kecik je, sambung dining area, belakang dah dapur.
Tunggang langgang tak payah cerita. Oh yer, dinding cat sendiri ok!

Mesti bajet ni bilik aku? Taklah. Bilik aku takde katil, sebab Isya tido lasak.
Bilik tamu + aku buat bilik gosok baju sekali. Tengok tu main campak je semua!
Ini ruang yang still tak siap lagi. Bilik mainan Batrisya.
Aku target minggu ni mesti siap cat semua. Ruang ni aku paling tak sabar nak tunggu siap!
 BisikChenta: Setiap hari mesti kemas 1 area lepas balik kerja. Pengsan hoo!

Sunday, June 24, 2012

# 4 Syaa'ban 1433 - SATU Tahun Islam!


Assalammualaikum.

4 Syaa'ban 1432.
1 tahun lalu dalam kalendar Islam, lahir seorang lagi ummat manusia ke muka Bumi.
Kelahiran disambut penuh kesyukuran tepat 6.15 petang.
Puteri sulung dan cucu sulung kesayangan.

Masih segar dalam ingatan saat 30minit terakhir sebelum kelahiran.
Masih terasa perit dijahit hidup-hidup walaupun sikit.
Masih diingat betapa frustnya tiada suami di sisi saat melahirkan anak pertama.
Cerita pasal masih, pukul 12 malam pun masih tak berhenti menaip nanti.

BATRISYA!
Syukur, dia sudah setahun kini :)
Setahun dalam kalendar Islam. Lebih afdhal perkiraannya :)
Membesar dengan sihat, Alhamdulillah.
Cerdik, pintar dan berhati waja, InsyaAllah!
Senang dijaga, menyenangkan hati Papa & Mama.
Banyak keletah & banyak cakap.
Gigi belum tumbuh, jalan belum lagi. Takpe take your time sayang!
Mama sayang kamu ketat-ketat! :)

Share sikit kelebihan bulan Syaaban:

  1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
  2. Allah akan menurunkan rahmat-Nya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya
  3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid
  4. Kelebihan malam nifsu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak
  5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nifsu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.

Muka depan Utusan pada tarikh Isya lahir.
Husben sempat snap, on the way balik ke KL dr Kuching.
Dah siap simpan hari tue, tapi malang, banjir, musnah!

Dah bulan Syaaban hoiii. Puasa ada lagi 10 hari.
InsyaAllah sempat! :) Straight ok puasa dari 2minggu lepas!
Ok, selamat bekerja esok u alls.

 BisikChenta: Curik masa update kejap, sementara rest kemas rumah. Penattt!

Wednesday, June 20, 2012

# Kenapa Rabu Mesti Tak Bercakap?



Jumpa ni dalam external pagi tadi.
Hadiah 1st Anniversary couple.
Aku gelak guling-guling tengok!

 BisikChenta: Tak bestlah tak bercakap! Haha.

Friday, June 15, 2012

# Shopping: 2nd Hand @ Pre-loved Baby's Stuff

Assalammualaikum.




Sebelum apa-apa, aku nak buat disclaimer.
Anyone yang rasa tak suka 2nd hand / pre-loved items sila ketepi.
Kalau korang rasa korang lebih prefer SEMUA nak brand new atau barang baru, sila duduk diam-diam.
Aku bercakap atas sebab aku dah experienced membeli 2nd hand/pre-loved items.
And of course, ini adalah pendapat ikhlas aku sebagai seorang ibu + wanita! Cehhh,wanita gitu.
Kot-kot korang tak kenan itu-ini jangan salahkan aku plak. Okkay!?
Aku taklah banyak nau duit semua benda nak beli baru untuk anak.
Kadang-kadang memang betul ada yang cakap beli ajelah untuk first baby, nanti adik-adik boleh pakai.
Ye itu betul. Tak salah ape korang cakap/fikirkan. 
Tapi, meh aku tanya, agak-agaknya untuk 2nd baby, korang agak-agaklah boleh korang tahan tak nak beli brand new items untuk anak korang?
Lagi-lagi kalau time tu kedudukan kewangan dah okey, agak-agaknya beli baru tak?
For me, kalau time tue okkay, why not beli baru je kan? Kan,kan,kan? Betul tak?
So how about  mainan/toys kakak/abang dia tue? Pakai lagi tak agak-agaknya?
Bagi aku, few toys ok lah nak recycle utk anak 2nd, 3rd dan seterusnya, tapi ada jugak yang aku rasa tak payah or useless untuk di gunakan semula.

Ok fine, then what? 
Makanya, solution ialah,membeli di blog-blog/online shop yang menjual 2nd hand/pre-loved baby stuffs/toys.
Jangan ingat semua yang 2nd hand tue tak elok. Kadang tengok condition siap 10/10 lagi kau!
Ada yang tak bukak kotak pun ada.
Biasanya seller akan letak condition barang tue, cedera ke, retak menanti belah ke, calar balar luka ke, patah seribu hatiku ke! So pandai2lah korang membuat pertimbangan.
Kalau tak letak, korang boleh tanye. Cumanya, aku nak pesan, dah kalau nama pun preloved items, korang janganlah nak fussy sangat pulak kan. 
Kalau nak yg elok cantek molek sume, belilah baruuu. Sonang!

Preloved Kick n Play aku tak ingat beli mane. 



So, berikut adalah beberapa blogshop/FB page yang jual baby pre-loved items dengan harga yang berbaloi.
1. JuaiMurah Preloved
- So far, aku rasa tiap kali aku minat barang tue, aku tanye, mesti dah SOLD! Padahal macam baru 5minit aku tengok dia update. HAHA. Laku gila u alls! Aku penah beli FP toys kat sini. Highly recommended, good service! Tak gitu Puan Zaila? (Haha. Kantoi, aku tau ko beli ape mek!) 
Tips: Biasanya yang kat blog tue, lambat sket naik status SOLD. So, refer FB or nak lagi cepat SMS je, booking terus.
Link : BLOG JuaiMurah Preloved or FACEBOOK Juaimurah Preloved 
2. MyBabySell.com
- Bagi aku, ini platform terbaik untuk mommies yg nak cari 2nd hand stuffs or nak let-go barang2 preloved korang. Sebab aku pun buat. HAHA. Aku dah jual aku punya Baby Carrier Sweet Cherry yang orang bagi kat situ. Then, aku penah beli sterilizer Little Bean dgn harga RM80. Murah kan? 
Tips: korang SMS/email buyer mintak less lagi. Kalau dia memang betul nak let-go mesti tak kesah punya. Macam aku, baby carrier tu aku jual RM40 termasuk pos. Pastu duit tue masuk tabung Isya :)
Link : Website MYBABYSELL.com  OR FACEBOOK MyBabySell 
3. MyBundleToys2
- Aku pernah usha exersaucer kat sini, tapi masa tue macam 50-50 nak beli baru or nak beli preloved. Tapi aku prefer beli baru lah ;p So far, memang aku tengok blog ni sentiasa update dengan new post. Dan tiba2 aku nampak mainan baru untuk Isya *mata bersinar!* Haha.
Link : Blog MyBundleToys2
4. The Tot Toys
- Ini antara aku punya favourite 2nd hand shop. Aku beli Crib Musical mobile kat sini. Status cepat jugak naik. Lagi satu kelebihannya diorang ni ialah diorang ada kedai jugak. Aku rasa diorang beli jugak 2nd hand stuff. So, bolehlah tanye kalau korang nak let go barang or mungkin trade in. Kalau ada yg buat share plis :)
Link : Blog TheTotToys or Facebook The Tottoys
Ada lagi few blogs yang jual 2nd hand baby stuff nie dalam bookmark aku, tapi aku sekadar blogwalking je lah. Korang tengok lah sendiri ok? Aku malas. HAHA.
5. HugzKissesEveryday 
- Ok jugaklah. Tapi aku jarang jenguk.
6. AIN'S Preloved Items 
- Yang ni update jugak. Tapi aku takde benda yang berkenan. Jadi cuci mata je.
Last option korang pun tahu kot, pegilah mudah.my ke, lelong.com ke, ebay ke.
So mommies, selamat cuci mata! Berhati-hati membuat pilihan.
Alah membeli, menang memakai ;p
Nah ni haa gambar anak dara dengan play tent baru!

Sangat gila nak pakai spect sekarang, pastu jejoget. 
Bajet comel lah tue ;p


Esok malam, ade Dinner Staff UiTM.
Aku dapat masuk Top 5 pertandingan karaoke. Alhamdulillah :)
Lagu tak pilih lagi. Gasak lah! Aku semangat nak masuk rumah sewa baru. HAHA.
Happy weekend everyone!!
 BisikChenta : Sempat tak nak plan housewarming + kenduri + birthday party??

Friday, June 8, 2012

# Happy Birthday Encik So-Army!


Ohh, suamiku dah 29 tahun hari nie.
Lagi 1 tahun sebelum masuk 3series.
Hadiah tahun ni takdelah yang!
Nanti dapat backdated ny bagi hadiah okey :) Sabarrr!
Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-29 suamiku!
Semoga sentiasa dilimpahi kebahagiaan bersama isteri (bukan isteri2 ok!) dan anak-anak *ehemm!*
Semoga sentiasa dirahmati dan diberkati dalam hidup & apa jua yg dilakukan.
Semoga panjang umur dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik!
Semoga cepat amik course pegi buat Ir.
Semoga cepat naik pangkat & tambah gaji ;p
Semoga terus kekal menjadi papa yang sporting & hebat!

Mama + Isya sayang papa! Love u :)


Ohh, sekali lah nak wish Father's Day!
Selamat Hari Bapa kepada PAPA Zahir, AYAH & BABAH.
Serta kepada semua pakcik-pakcik, bapak, papa, abah, walid, ayah, deddy etc.
Terima kasih atas segalanya!
Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa dan pengorbanan kalian :)



Hujung minggu ini sangat busy!
Nak kemas rumah sewa baru, nak cat rumah, nak angkut barang.
Nak prepare next week dah start semester baru. Ohh,dapat aku bayangkan!
So ualls, Happy Weekend :)
 BisikChenta: Mahu buat suprisedkah?

Wednesday, June 6, 2012

# 11Months: Lagi 1 Cukup 1 :)

Yes, 11bulan dah berlalu.
Pejam celik, bangun tido, pegi kerja, hujung minggu, sekejap je kann?
Tup,tap nak setahun dah!

Alhamdulillah, hari ni mengikut kalendar Masihi, Batrisya genap 11bulan.
Lagi sebulan cukuplah setahun umur Batrisya.
Mama + Papa tengah pikir nak buat ke tak birthday celebration.
Dengan nak pindah rumah lagi, banyak duit nak pakai.
Plus, nak naik semester baru lagi. Kerja dah start melambak.
For sure sangat busy bermula minggu depan dan seterusnya hinggalah Oktober.
Tengoklah macam mana ye sayang.
Kalau tak panggil kengkawan mama + papa, kita celebrate bertiga je pun ok kan?
Mama tahu Isya memahami :)

For now, dah macam-macam ragam Isya yang buat Mama+Papa gelak setiap hari!
1. Pandai main Baaa-Chak! Automatik sebut "Chak-aaa" bila orang main sembunyi2.
2. Pandai panjat memanjat especially badan mama + papa. Kat rumah nenek dengan selamba dah turun naik bendul yang tinggi almost 2 kaki.
3. Bila bukak buku, automatik baca dalam bahasa Jerman yang tidak difahami mama mahupun Aunty Mus. Soft-book tak nak sangat baca, nak yang hardcover tue. Sebab bila dah bosan akan end-up dengan gigit buku tersebut. Haiii la anak!
4. Gigi takde sebatang pun tumbuh. Merangkak style ashkar lagi, bak kata Atok Abg Ammar, boleh ikut mama + papa pegi menembak sekali.
5. Makan macam2 dah sekarang. Semua org suap semua nganga je. Paling suka air kotak Dutch Lady Chocolate tue. Tapi takleh bagi selalu yerrr.
6. Masih minum susu mama! Alhamdulillah syukur rezeki Allah.
7. Pandai minum guna straw. Sedut laju macam orang besar.

Syukur sebab dapat tengok Batrisya membesar depan mata, walaupun bukan 24jam.
Mama + Papa harap Isya membesar dan buat lagi bermacam ragam supaya mama + papa boleh gelak setiap hari dan lupa semua kerja + masalah :)
Macam ucapan raya dah aku nie. HAHA.

Selamat Menambah Usia ke-11 Bulan BATRISYA!
Saaaaaayang Isya muahhh :)


Nah gambar masa wedding adik ipar aku! 

Photobooth Idea + Design by Yours Truly :)
Miss Army :)
♥ U :)


 BisikChenta: 2hari lagi!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...