Friday, April 27, 2012

# HotMAMAMission: Berapa Berat Sekarang?

Assalammualaikum.

Baca tajuk, diri sendiri dah rasa nak pitam. 
Jawapan kepada soalan diatas ialah : 10kg kurang dari berat nak bersalin, tolak 3kg, tambah 1kg. 
Tak tahu kenapa sejak dua menjak rasa agak tension dengan berat badan!
Bile aku tengok ade je yang lebih kurang aku bersalin, dah turun berat badan, rasa macam. 
Ehh? Cepatnya! 
Yess, memang betul, lain orang memang lain metabolism rate.
Ada orang senang naik, senang turun. Ada yang susah naik, senang turun. Dan vice versa.
Tapi rasa macam unfair pulak. kahkah. Mulalah nak drama kan.
Walaupun aku tak sedrama puan Zaila (hampun mekk!), tapi kekadang macam stresss gak hoi!
Ada orang takdelah bersungguh mana jaga makan, cepat aje turun.
Ada yang try macam-macam cara, tak lah kurus sangat, tapi adalah jugak perubahan.
Ada pulak yang buat lah ape cara pun, same jer.
Jarum penimbang tu tetap di angka yang sama <-- Tunjuk diri sendiri sekarang!
Aku akui satu hakikat : Aku memang kuat makan. 
Tak makan nasi sehari rase terumbang ambing bak sampan di tengah lautan. Pening hoii!
Pastu kau imagine, pagi kul8 dah makan nasi lemak, pukul 10lebih aku dah dok SMS geng2 aku bile nak pegi lunch! 
Pastu lepas Asar aku dah lapar balik. Malam mesti ade supper! Nampak tak? 
Mesti korang cakap aku pelahap. Ni sekarang aku tengah menaip ni pun rasa lapar.
Kadang aku terpikir, adakah sebab aku menyusukan jadi lapar semacam?
Tapi macam tak je, sebab aku tengok ada orang ok je diet tak makan nasi bagai.
Nak kata tak aktif. Aku dah start main netball balik. Pastu pegi gym kot.
Lari keliling kampus pun aku dah buat. Walaupun tak selalu lah.
Apa lagii? Pengsan lah hoii semua baju-baju takkan nak let go.
Aku bukan retis, bukan pompuan yg punyai cash utk pegi slimming centre.
Diakui, stress sket tengok baju2, jeans dah tak muat. Ada yg muat pun sendat ala-ala sarung nangka!
Tsk, Tsk! Aku kan, bila pikir-pikir balik, aku malas nak pikir. Eh, ape aku ni?
Maksudnya, aku macam malas nak pikir, tapi dalam tak pikir, pikir jugak. HAHA. Mengarut dah aku!
Korang imagine lah dah 9 bulan kot si Batrisya tue.
Tapi aku cuma turun 2kg. Apekah?
Last week aku puasa straight 3 hari. bajet turun sekilo ke ape.
Nan hadooo! Same ajer! 
Frankly speak, tang perut takleh cakap apelah.
Memang kalau amik gambar berdiri, tak tarik nafas silalah maki diri sendiri bila tengok gambar tu nanti.
Sebab itulah, aku memang dah jarang amik gambar posing2 berdiri sekarang!
Buat sakit mata je nanti pandang. Amik gambar Batrisya je. HAHA.
Encik so-army dah selalu nau ejek aku perut macam ngandung.
Dalam kata tak kesah, perli jugak kadang2. Hambik kau. 
Kang dia pandang pompuan lain, muka macam Neelofa, pengsan mak jemah!
So, anyone nak share any tips?
Syaratnya bukan pills, supplement mahupun produk-produk beriban. Sekian!

Drew Barrymore.
Motippp?
Pegi interview laki aku! bahaha. K bai!
 BisikChenta : Kesimpulannya, nak seribu daya, tapi dah seribu daya tak berjaya guano?

# Review: Editing album by wedoo




Salam.
Aku tak sempat nak publish entry hari nie.
Tengah kejar dateline nak redeem album. HAHA.
Suka buat keje last minit kan?

Dalam proses penyuntingan wahh bahasa Melayu A1 kauu!
.
.
.



Petang-petang sikit okey!
Izinkan hamba meneruskan tugas :)



 BisikChenta : Lama gile tak bukak AI, Photoshop! Dah lupa, pengsan!

Wednesday, April 25, 2012

# Tips/Precautions: Outing dengan Anak!

Salam.

Cuba korang imagine jap, kalau tengah jalan-jalan kat shopping mall tibe dengar ada suara budak kecik yang nyaring melalak, apa yang korang fikir time tue?
Aku pernah dulu (sebelum kawen!) cakap dalam hati "Eh, mak bapak budak nie tak reti ke nak diamkan anak tue?" 

Bukan aku tak suka budak, tapi macam pelik & rasa annoying plak jika tangisan tu macam meraung ala-ala kena cubit or tak diberi perhatian je budak tue kan?
Sekarang dah jadi mak, hambik kauuu! Rasa sendiri feeling menggelabah bila anak menangis/buat perangai time ko nak bershopping.

Lately, Batrisya dah pandai ber"tantrum" Ya Allah, sabar je lah aku!
Hari tue balik Melaka, nak shopping kat Jusco, baru beberapa langkah masuk Jusco, dia dah menggeliat dalam stroller. 
Ditambah dengan rengekan manja-manja kucing menandakan mood sudah mahu swing secara tiba-tiba.
Padahal, sebelum kuar kereta, kat parking aku dah bagi susu. Siap dia yang reject sebab tahu dah sampai. Yess, dia memang alert kalau dah sampai satu tempat! Kuat berjalan macam sape lah nie? HAHA.

Mula-mula memang boleh control. Lama-lama dia dah merengek kuat sikit dengan skala 7-richter.
Bagi mainan semua campak keluar stroller. Masa tue dah start blushing lah muka aku.
Masa tu papa Isya dah start geleng kepala. At last, dia angkat jugak anak dara kesayangan.
Bawak dukung + jalan-jalan + terbang dan pelbagai skill lagi lah.
Pastu dia dah merengek kuat lagi sket. Haaa, petanda Tsunami ni. PANIK seketika!
Tapi, bab nie aku dah paham, nie kalau tak kencing, mesti dia berak. Kenal sangat anak sendiri kannn?

So, mencari toilet/baby changing room. Alamak! Aku lupa level berapa, sebab masa datang aku rasa lalu tadi kat sign tue.
At last kitorang jumpa, kat hujung dunia, level atas. Phewww! Kurang sekilo berat aku, walaupun turun naik lift jer.
Tepat dugaan aku, dia berak! HAHAHA. Tak pernah-pernah lah berjalan dia berak, tibe kali nie time aku nak shopping dia buat perangai.

Pastu, aku nak jalan sambung cari baju kerja tak jadi sebab Batrisya dah buat muka letih. Maka pulanglah aku dengan hampa kecewa.
Hubby aku sempatlah beli 2-3 helai. Aku? Nak ke fitting room kejap pun Batrisya dah cebik.

Cancelled plan!

Kesimpulannya, bila bawak baby outing especially kat shopping mall, sila buat dan take note perkara-perkara ini.


1. Make sure anak dah kenyang, pampers tak berat dan bukan dalam keadaan penat sewaktu ingin bershopping! Pegi waktu mood dia tengah fresh :)
 
2. Camkan signage BABY CHANGING ROOM. Kenal pasti kat level mana, wing mana. Kalau tak jenuh kau nak berjalan sambil sorong anak melalak ;p

3. Accessories - Bawak keperluan yang sepatutnya dan secukupnya utk diapers changing. Tak perlu banyak, yang basic jer. Make sure jugak handbag korang cukup besar untuk sumbat semua tue. Ada organizer handbag pon bagus jugak. As for me aku guna Snuggbaby Diapers Clutch (later aku review!) Semua sumbat dalam tu pastu sangkut kat stroller. Comel & stylo pun yoo!

4. Shopping/Fitting - Kalau nak bershopping, make sure plan ape nak beli. Kadang takde masa dah kau nak survey semua brand, nak masuk semua outlet, nak try satu-satu size,design etc, anak kau dah melalak macam diabaikan gitu. Tak ke malu kau? Hahaha. Masa tu orang pulak membebel kata kau tak jaga anak. Dushhh!

5. Makan - Kalau nak dine-in sila make sure bekal untuk anak pun adalah - EBM or solid foods. Macam aku, bawak bekal pegi makan kat KFC boleh? Bukaklah satu-satu tupperware puree + bubur tue. Dah macam berpicnic dah kat situ. Orang pandang, dulik!

6. NIP skills - Ini harus kot! Aku sekarang, asal tempat okey, orang tak perasan sangat pun aku tengah DF. Dulu poyo aje aku pakai Nursing wear. Sekarang ape baju, asal boleh selak aje. Say no to dress yang takde butang. Sebab tulah aku dah takde beli dress sangat sekarang. Macam payah plak aku rasa.

7. Wrap/Carrier - Yang ni option. Batrisya jangan harap nak duduk diam2 dalam wrap ke, sling ke, carrier ke. Dah menggeletis macam ulat nangka, pastu melalak macam kena pukul. Pengsan!
So yang dah jadi mommies macam mane korang + baby pegi outing?
Mommy-to-be, dah ready ke nak menghadapi situasi lebih kurang cam story aku?
Paling penting bagi aku : kena prepare fizikal + mental. Ingat TIPS NIE, jangan mengeluh! :)
Hadapi dengan senyuman.
Till then.

Mama tetap sayang kamu tak kira apepun kamu lakukan :)
 BisikChenta: Tak pernah serik bawak anak berjalan hoii! Quality time kekdahnya.

Tuesday, April 24, 2012

# To-do-list yadaaa-yadaa!



Salam.
Baru balik bercuti seploh hari dah melambak waiting list.
Baik kerja kat opis mahupun di rumah.
Kadang-kadang aku rasa aku nie, tak cukup ada 24 jam.
Baru nak start buat keje tengok dah nak pukul 5.
Apa aku buat dari pagi? Jangan tanyaa! HAHA.
Aku ni kalau dah rajin, memang rajin sampai tingkap bilik pun aku boleh lap.
Kalau dah malas? Baju 2 bakul tak lipat pun aku tak kesah.
Errr, kesah sebenarnya tapi macam, "ahh, nantilah!" hikhik.
Okey, perkara WAJIB aku buat dalam waktu terdekat ni ialah:

1. Ganti puasa
Dah kata pun bersalin nak dekat2 bulan puasa, makanya confirmlah puasa mesti banyak nak ganti kan? 
Aku ada lagi 20 hari nak kena ganti hoi. Aku sempat puasa 4hari je masa bulan puasa. 5hari je aku dah ganti. 
Lagi 20? Tengah pelan-pelan nak buatlah nie. Kadang dah niat, pastu kalau terlajak sahur mesti tak puasa tau. 
Sebabnya, aku sekarang, kalau nak puasa, wajibulghunnah makan sahur. 
Kena makan nasi ok. Dulu makan ape pun tak kesah. Tak makan pon boleh lagi. 
Sekarang, tak dapat nasi sehari macam nak pitam. Ngada kan?
Dah name pun menyusukan anak. Aku tak tahulah nape ngada sangat tak makan nasi sehari tak boleh.
Takpelah demi anak. Alhamdulillah, aku dah stop campur FM & sambung fully BF Batrisya :)
Tak tahulah lama mane lagi, tapi selagi boleh aku cubalah kan yg terbaik.

2. Mengemas bilik
Office aku dah masuk computer baru. Pastu nak kena lah update software bagai.
Tue semua aku tak check lagi. Malas lagi.
File-file semua nak kena update nie. Nota untuk next sem aku tak prepare lagi.
Macam-macam nak kena buat, tapi aku rileks masuk office dan tidur sebab malam-malam tido lambat layan Running Man. Hehehe.
3. Business comeback
Wahh comeback katanyaa. Kelasss tau! Macam bisness juta-juta. Haha.
Aku bukak je order untuk tikar, tu dia, SMS kemain banyak nak update order.
Inbox takyah citer, tak ter'reply' habis lagi. Kepada pelangganku sekalian, harap bersabar ye.
Kang mak reply msg satu2 okeh? Pastu maknanya minggu ni start la operasi aku buat packaging.
Makanya bersepah lah rumah untuk kesekian kalinya. Dan makanya aku jadi pengunjung setia pos officelah lepas nie. Seperti selalu :)
4. Voucher redemption
Baru aku sedar aku ade beli voucher kat GROUPON. 2nos of Photobook Junior by wedoo.
RM38 je aku beli time tue. Bagi aku murahlah tue. Tapinya, expired date 2minggu lagi. 


Maka terhegeh2 lah aku mendownload software nak design.
Yang jadi masalah aku tak tahu nak buat album apa. Pastu gambar tah bape ribu dalam external dah berpinar bijik mata nak pilih. Matilah! Mau aku drag aje kang mana2 gambar.
Bajet nak buat album untuk Batrisya. Tengoklah camne nanti.
Okey, mari menyiapkan kerja.
Jangan dok gatal tangan asyik nak shopping online jer.
Mentanglah esok gaji, pastu siap backdated lagi kenaikkan. Laju aje nak click!
Alhamdulillah rezeki. Walaupun tak seberapa, rezeki jugak tu kan? Sila bersyukur.
 BisikChenta : Mode gigih! Chaiyyokk!

Friday, April 13, 2012

# Pulang Marilah Pulang



Salam.
Hari nie aku thumb in jer, pastu chow balik umah.
Kemas ape-ape yang patut.
Flight aku petang nie. Tak sabar mak jemah nak balik rumah!
Malam tadi dah pack barang, tapi macam ade lagi yang aku kena check kot.
FYI, ini first time aku balik KL setelah 7 bulan tak balik.
Lama kan? Tabah gila tak balik hampir setengah tahun!
Tak jumpa parents, tsk, tsk! Drama.
Dan ditambah pulak dengan adenya si kecik bolo-bolo tue,
Serius tak tahu nak bawak balik ape.
Lagipun, rumah aku kan banjir hari tue.
Banyak barang yg mama aku cakap tak dapat selamat.
Jadi untuk selamat, aku macam pikir nak bawak lebih sket baju.
Aku macam dok pandang je luggage malam tadi. Still ada lagi ruang kat luggage.
Pastu aku dok list kan lagi sekali apa nak bawak balik.
Finalize dengan hubby, kejap lagi aku buat final check sekali lagi.
Yang pastinya aku cuti seminggu.
Kejap je aku rasa seminggu tue.
Balik umah mama, balik Melaka, balik KL balik.
Tuptup nanti dah nak balik sini balik.
Masa tue mesti aku lagi drama.
Okey, sape nak jumpa aku angkat tangan?
Aku akan berada di Melaka weekend kot.
Pastu balik KL nak pegi shopping!
Tapi aku rasa aku mesti rushing sana sini sebab nak kejar pegi banyak tempat.
Takpelah, jadi aku dapat pulang ke bumi Malaya.
Okey, doakan semuanya selamat okey.
Paling penting, aku harap Batrisya tak buat aksi extreme dalam plane nanti.
K bai semua!

Terbang di awan biru! Gitu!

 BisikChenta : Yeayyyyyy!

Thursday, April 12, 2012

# HotMAMAMission: Masalah Parut / Stretchmarks

Assalammualaikum.
Hai everyone!
Hari nie aku dalam mode gembira sebab, esok balik KL. Yeayy!

Lately, aku dah agak free.
Dah agak bahagia mengamalkan gaya hidup tanpa stress.
Dan ada lah sedikit "me" time.
Sempat aku scrub badan, rasa relax & calm je. Lame hoi tak berscrub, spa bagai.
Tapi dalam sental2 tue, masih buat-buat tak pandang pada satu benda :
STRECTH MARKS!!

So today nak share pasal stretch-marks or parut (lepas bersalin).
I guess every mommy ade kot stretch marks.
Yang takde tue, aku tabikk spring! Pandai korang jaga.
Or memang dah rezeki korang takde stretch marks, baguslah.
Jadi sila ketepi sana main jauh-jauh tak  nak geng! bahaha.

Al-kisahnya, aku dulu masa pregnant, aku seriau tengok perut macam kena cakar.
Bukan stretch marks dah, scratch marks skali. Macam kena cakau dahh!

Mine, worst than this picture okey!

Not even that, aku jugak mengalami masalah kulit gelap yang saangaat teruk.
Mak ni bukanlah cerah/putih sangat dik non. Tanned. Kahkah perasan. Ok tipu je.
Tapi time tu aku rase macam malu gila kot dengan keadaan diri sendiri. Apatah lagi dengan husben.
Ketiak, celah peha, celah lengan, dada, leher, betis aku semua hitam-hitam macam setahun tak sental daki.

Tapi kan, dulu tiap-tiap malam dok sapu BIO OIL.
Abis aku lumur perut setiap malam sebelum tido!
Konon dengan harapan takdelah parut lepas bersalin.
Tapi ade jugak lah hoi parut tue. Musnah harapan!
Masa pantang hari-hari dok belek perut,
Selain dari bertanya BILE NAK KEMPIS?
Aku juga dok tanye BILE NAK HILANG STRECTCH MARKS?
BILA NAK HILANG SEGALA DAKI/HITAM TUE?
STRESS MAK dengan STRECTCH MARKS dan seangkatan dengannya tau!! Hahaha.

Lepas tue, aku mula start pakai PALMER’S COCOA BUTTER STRECTCH MARKS - MASSAGE CREAM.
Masa mengandung aku ade dengar orang suggest jugak start pakai.
Tapi aku macam tak berapa selesa dengan bau die.
So pakai on-off lah. Ikut mood.
Aku start pakai secara berterusan masa dalam pantang, tapi takdelah awal sangat.
Kalau lagi awal aku apply, dah lame hilang agaknya. Cececeh!
Dah nak abis pantang kot ntah aku tak ingat. Tapinya, mase tue pakai tanpa missed lah oi.
Gigih nak hilangkan stretch marks time tue. Tapi untuk parut je lah.

Now, aku still pakai lagi. Aku mula-mula beli yg saiz 125ml mcam kat tue.
So far, memang ketara jugak la perubahan.
Aku sapu 2kali sehari, lepas mandi pagi & malam before tido.
Syukur berhasil. Stretch marks aku memang pudar rossa kauu!
Sekarang just tinggal sket lagi kat area bawah pusat & kat montot sket.
Kat montot tu selulit pun ade gak sebenarnya. Arghh tu pun malas nak pikir!
Yang kat atas pusat, line-line kulit after bersalin tue semua hilang dah.

So memang recommended lah Palmer’s nie :)
Harga kat Guardian kalau ade promo memang berbaloi lah.
Yang 250ml tu dalam RM30++ kot, aku pon tak ingat.

Yang aku selalu beli ni 3-in-1. Masuk  ni dah 3x aku beli.
Ok lah dapt 3 barang harga berbaloi.
Ada sekali  Travel size cream + shea butter.
Tapi packaging dia kadang2 lain2. Ada yg aku tengok die bagi massage oil, lotion, ade bagi EUBOS cream.
Tengok lah korang prefer yang mane, tapi aku suke macam pack kat bawah nie.
Nak tahu pasal product Palmer's baca lah sendiri kat SINI
In fact aku baru beli semalam sebab nak balik KL, nak bawak yg travel size tue. gagaga!

RM35+ dapat 3 barang ni kire ok lah kann?
Source

Yang hitam-hitam ala-ala daki tue, aku tak tahu nak suggest camne.
Aku biarkan aje, dah hilang sendiri.
Mak aku, makcik aku, semua experience masalah nie. Semua cakap akan okey after bersalin.
Tapi bukan abis pantang terus hilang yer. Take time!
Aku pakai Body Shop Olive Scrub je kot.

Kawan aku tak suka sangat bau dia, tapi aku ok jer. HAHA. Beli pun time less, belasah!
First time aku nak beli Sales assistant tu suggest ok utk parut2 & daki, so aku beli jelah. Give a try!

Ade lah nampak kurang sket, just so-so. Tak de beza sangat pon sebenarnya.
Setakat nak feeling2 kulit lembut aje lah.
Last2 aku biar je sebab orang cakap nanti hilang sendiri. Dasar pemalas! Hehehe.
Alhamdulillah, setelah 9 bulan, boleh kata yang kat celah2 tu semua dah kembali ke keadaan asal.

Misi aku seterusnya ialah, kurangkan berat badan!
Ni satu lagi yang stress, tapi buat-buat tak pikir, padahal dalam hati… HAHA.
Kau orang pun tahu kot!
Sabar je lah.

So mommies, korang nak share ke pakai ape hilangkan stretch marks?
Ok dah tu je nak bebel!
Now nak settlekan kerja sebelum bercuti panjangggggggggggg! (haruske press 'G' lame2?)

  BisikChenta: Setelah 9bulan, baru nak sedar badan tak terurus! HAHA.

Friday, April 6, 2012

# 9bulan duhai anak!



Salam.

GOOD FRIDAY hari ini.
Aku + papa Isya plan nak bawak Isya jalan-jalan.
Sebab hari nie, 
Isya genap 9 bulan!!

Woowww! Sangat cepat masa berlalu.
Dulu prepare kawen, prepare nak sambut baby.
Now dah kene prepare nak buat besday anak setiap tahun.
Okey! Itu angan-angan Mat Jenin mama Isya. Abaikan.


Selama 9 bulan,

- Isya masih tak pandai merangak. Dok angkat bontot, gontan depan belakang. Pusing 360 darjah. Pastu tido atas tilam, esok pagi dah nak masuk bawah kerusi. Itu sahaja!

- Aku dah mula campur susu. Susu aku dah sangat merundum. Orang cakap, kalau die dah makan aku akan lega sket sebab susu tak payah banyak. Nan ado! Ini budak, sekali minum 5oz same je cam dulu. Kadang lebih  lagi. Jadi, aku pun campur lah ikut stok. Kalau stok aku ade 2 botol utk hari tue, lagi 1botol akak babysitter akan campur lah FM. Nasib baik takde masalah dengan susu. Aku beli Enfalac, terus minum tanpa rasa was-was.

- Walaupun dia banyak makan & banyak minum, tapi badan tak berketul2 macam BangLong Acim, BangNgah Adri, BangCik Syakir dll. Eh? Apesal aku mention semua nama boyfren? HAHA. Serious, Isya jenis makan, semua keluar jadi najis. Badan dia tak membesar, tapi memanjang. Makanya, pakai seluar tido panjang serupa pakai seluar 3quarter ala-ala K-Pop. Hehe.

- Sekali aje penah demam dan membuatkan mama + papa tak tidor malam. Nasib sehari jer. Alahaiii!

- Sudah pandai bermanja setiap kali mam + papa balik dr keja / amik kat babysitter. Terus peluk aku bile aku amik dia. Sungguh comel!

- Sangat lasak! Menggilis kaki mama + papa dengan walker, membuat aksi2 terjun tilam, pandai mengamuk membaling semua mainan jika sudah bosan, sangat suka menyusu time2 orang nak drive dan sangat suka duduk kat stereng kereta. Apekah? 



Batrisya!
MAMA + PAPA sayang benar ngan kitak.
Kitak cepat besar ya deng!
HAPPY 9 MONTHS OLD :)




Nah hadiah in advanced dah bagi hari Isnin hari tue!
Love you!




 BisikChenta: Kalaulah boleh berenti keje hoiii!

Wednesday, April 4, 2012

# Parenting: Cara/Tips Mendidik Anak



Assalammualaikum.
Aku tak tahu nak mulakan entry apa sejak berazam nak kembali berblog! Ecehh, konon!
HAHA. Nak share sometnig, from husben. Dia forward ke email I pagi tadi.
Aku dok taip balik satu-satu. Gigih tau!
Ntah nape takleh copy paste dari email!
Tapi ade yang aku potong2 buat ayat sendiri. Suka hati. bahahah!
Cara-cara / Tips Mendidik Anak
Untuk renungan bersama dan diri sendiri juga :)
1. Jangan pukul anak dari lutut ke atas.

2. Jangan guna tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak.

3. Jangan sesekali menampar anak dengan tangan - anak akan jadi lebih degil/tak boleh control.

4. Rotan/pukul anak di telapak kaki - secara saintifik relate dengan refleksologi dan merangsang ke otak anak.

5. Panggil anak dengan panggilan yang baik-baik - seelok-eloknya nama penuh. Nama anak bawa maksud dan itu doa untuk mereka. (Batrisya = yang cerdik, yang pintar. InsyaAllah!)

6. Sila peluk anak setiap hari - Ada kajian mengatakan anak yang dipeluk tiap hari, kekuatan IQ lebih kuat dari anak jarang dipeluk.

7. Pandang anak dengan pandangan kasih sayang - Ini membuatkan anak lebih yakin dengan environment.

8. Berikan "sesuatu" jika anak berbuat kebaikkan - Bukan hadiah je. Senyuman, pujian, pelukan, ciuman tu semua psikologi utk membina keyakinan diri anak.

9. Jangan mengeluh dalam mendidik/membesarkan anak - Anak-anak ada sense. Kalau kita mengeluh, dia dapat merasakan diri dia beban!

10. Jangan bawa beban kerja di pejabat ke rumah - Anak akan berfikir kerja lebih penting dari keluarga. Ini betul. Aku tak bawak balik kerja kat umah since ada anak. Kecuali marking sebab terpaksa siapkan within 3days!

11. Jangan biarkan anak tidur tanpa ciuman selamat malam & pelukan hangat dari kita - Ini wajib kot!

12. Luangkan masa dengan anak di luar rumah juga. Pegang tangan dan tunjukkan kemesraan suami isteri / keluarga - Anak akan  tahu dan sedar kepentingan mereka dalam family.

13. Buat sedikit persediaan untuk harijadi anak. Biar sedikit dan murah - Anak akan menghargai dan merasa dihargai serta lebih peka pada persekitaran. HAHA. Mari fikir tema besday anak 3bulan lagi. K bai!

14. Anak menangis untuk meredakan keresahan/ketakutan. Legakan/dengarkan tangisan mereka - Mungkin satu hari kita akan merindui tangisan itu!
LASTLY,
Sedarlah dan terimalah hakikat kita manusia biasa. Kita bukanlah ibubapa yang terlalu sempurna.
Kita juga masih belajar untuk menjadi lebih baik dan sempurna.
Jangan stress <-- Ini penting!
Sabda Rasulullah,
"Berguraulah dengan anak dikala usianya 1 hingga 7 tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang badan pun tidak mengapa. Jika anak suka digeletek, dikejar atau diusik, lakukannya asalkan hubungan rapat. Tapi, selepas 7 tahun hinggalah 14 tahun, didik dan ajar mereka, jika salah pukullah untuk memberi pengajaran."

Olahan daripada sumber : Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad

 BisikChenta: Kesempurnaan bukan milik kita. tapi kita cuba untuk mengejar sedikit kesempurnaan itu!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...