Thursday, March 8, 2012

# Hulu Langat Banjir T__T





Assalammualaikum.

Subuh tadi dikejutkan dengan berita yang menyedihkan.
BANJIR melanda HULU LANGAT.
Yes, Hulu Langat is my hometown.
Rumah parents aku.


Terduduk aku pagi tadi lepas terima berita nie.
Mama suara tenang tapi aku tahu dia sebak. Ayah pun sama.
Aku dari jauh hanya mohon doa semoga dipermudahkan semuanya.
Terasa sangat sedih sebab aku hanya mampu melihat gambar2 di facebook rakan-rakan.
Dan terasa bersalah yang amat, sebab hanya mampu tengok dari jauh.
Tak boleh nak tolong apa-apa.


Ya Allah, jika ini dugaan dari-Mu, kami redha.
Kau selamatkanlah keluargaku dari sebarang kecelakaan.
Semoga Mama + Ayah dan semua penduduk di Hulu Langat yang mengalami bencana ini, tabah & sabar.
Ada hikmah dari-Nya atas segala yg berlaku.
Sama-sama kita berdoa semoga keadaan lebih baik hari ini dan akan datang. 
Amin.


Sedikit gambar dari Facebook kawan-kawan 
(kredit: Rahmat, Cik Kikim & Jue)








Terima kasih yang memberi kata-kata semangat dan mendoakan.



 BisikChenta: Hati aku takde kat sini!

Tuesday, March 6, 2012

# Update 8 bulan!



Assalammualaikum.
Kalaulah boleh update blog tanpa perlu menaip, sejam sekali aku update!
HAHAHA.
Okey! Sedikit update kepada yg merindui. Ecehhh, konon ade peminat.
Lantaklah blog aku. Taksukabacaketepikau!
Mama Batsrisya punya updates:
- Susu sudah sangat merundum. Sedang membuat survey utk topup FM. 
- Sudah start bersukan kembali. First day bersukan, badan sengal2.
- Berat badan turun 2kg, bersemangat nak kembali aktif!
- Terlalu sibuk kejar silibus dan busy dengan aktiviti kampus.
- Nak exam, so nak key-in markah, naik carry marks.
- Sibuk sket dgn bisness. Alhamdulillah, ada menampakkan hasil :)
- Merindui nak WhatsApp! 
- Eyeing for smartphone.
Milestone Batrisya:
- Pandai menjerit yg nyaring sangat (Papa cakap leh duet dgn mama lagu 3suara nanti!)
- Membuat pemeriksaan harian bawah meja, semua bilik-bilik dan dapur.
- Tolong kemas meja dengan mencampakkan semua buku2 ke bawah. Perfect!
- Sangat suka main air compare dulu dia kena air (kecuali air dlm besen mandi) astik menggeletis nak lepaskan diri. Kami dah start bawak dia berenang :)
- Suka carrot dan ayam (macam mama!)
- Jadual makan dah teratur. Senang nak handle kalau bawak berjalan.
- Duduk dalam stroller tak reti diam. Tak nak bersandar! Hishh geram!
- Takut2 nak merangkak. Tapi sudah tegap berdiri. Ada sekali hari tue, melangkah 1 tapak jer. pastu menangis! Kelakar lah!
Terlalu cepat rasa masa berlalu.
Rasa tak puas main dengan Batrisya setiap hari dan hujung minggu.
Rasa nak berhenti kerja dan duduk rumah jaga anak (KALAU BOLEH LAH!)
So, today!
My little B, is 8 months old!
Happy 8-months-old Batrisya!
Jangan nakal-nakal sayang.

Bunga-bunga di kepala adalah trademark Isya :)

 BisikChenta: Esok outstation. Malasss sangat!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...