Wednesday, January 18, 2012

# Baby's Food?




Salam. 
Baby's Food?!
On Monday, Batrisya completed her 3-serangkai vaccine and again, dia tak menangis!
Batrisya is a big girl now. 
She kept eyeing on our food for lunch during weekend and she opened her eyes during dinner-time everyday, if she's sleeping lah. If not, she will accompany me + husben having our dineer and keep on chewing and take out her tongue as a sign "Mama, I'm hungry tauuu!"
Aku rasa bukan aku je yang akan rasa takut-takut to introduce solid-food kat baby.
Every moms will thinking, 
"Eh, dah boleh bagi solid food ke haa?"
"Apa nak bagi mula-mula?"
"How to prepare home-made baby's food eh?"

Lepas tue, mulalah menggelabah tapir, looking for recipe bagai.
But still, there are some issues that I should take into account for this so called home-made-food!
1. Should I use a Blender or Food Processor?
2. How to store this homemade baby food?
3. How should I know the portion for Batrisya's needs?
4. How to make the food? What are the ingredients to make it balance?
Okey, tiba macam excited nak buat baby's food.
So called 'main-masak-masak' kot! 
I just started browsed for the recipe. 
Nanti I cuba share, itu pun kalau jadilah
First step I rasa kena carik blender baru khas untuk prepare Batrisya's food! :)
Tapi, tiba-tiba nampak in, dan sangat comel okehhh!
So mommies yg ade experience, mind sharing!

www.babycubes.com


.
.
.
.
Last pict of the dayyy! :) 

Nyumm, nyumm! :)


 BisikChenta: Besar dah anak aku!

Thursday, January 12, 2012

# Breastfeeding Journey - List of my own Milkbooster!


Assalammualaikum.

Setelah sekian lama entry ini diperap dan disimpan di dalam draft, akhirnya published jua.

Alhamdulillah, hingga ke hari nie, Batrisya masih lagi minum susu badan. But since she already started her solid food, keperluan susu dia takdelah sebanyak dulu. Dan mama dia a bit lega cos takdelah nak takut sgt shortage of EBM. Tapi, lately production susu macam kurang sket. Ntah, stress dan banyak keje kot. Pastu selalu jugak skip pumping sebab busy! Kadang-kadang satu hari tak pam. Ya Allah, memang sumpah pening gila kepala dan of course lah engorged itu sakit oii!

However, di zaman kegemilangan aku dulu, (kahkah bajet retis) ade lah aku makan few benda. Comparekan dengan ZihanJune and mommies yg lain aku rase lebih kurang same je kot. But as u alls baca title tue, dah nama pun my own edition, kalau rase2 mcm kat korang tak berkesan bukanlah sebab aku tipu ke hape, dah memang ini cara aku nak tambah susu. 


Okey, aku prefer to put down the list with the picture. So, here the list for my-very-own-milk-booster!

1.  Horlicks
* Penah aku terpikir kenapakah horlicks? Masa pantang mak aku suruh minum horlicks, pagi, petang, malam sebelum tidor. Bila google, I found Dr Harlina’s blog. Barulah aku tahu sebab ape. Dalam horlicks ade MALT. Malt helps to increase the milk production naturally. Kat New Zealand lembu pun diberikan minum Horlicks utk tambah milk-production. Err, jap2. Tibe aku jua terasa seperti lembu, tapi bukan otak lembu. K bai!


Milk booster HORLICKS

2. Milo & Hot Chocolate
* Ohh, selain horlicks, aku jugak minum MILO & HOT CHOC utk tambah production susu. Why eh? Takde jawapan spesifik. All i can say, it works for me, but maybe not others! Biasanya kalau dah bosan horlicks, aku tukar la minum hot choc/milo pagi-pagi or time breakfast.


milo horlicks hot choc

3. Sirap Grenadine & Sarsi
* Frankly speak, aku memang tak suka minum air masak/air suam/plain water. Mesti nak cakap nanti tua aku kena kencing manis. Dulik ahh! Memang sejak azali, aku suka air sirap dan sarsi. Kalau pergi orang kawen, kemain meloncat nak minum air sirap kenduri. Eh tibe lak. Tapi kalau aku minum air sirap lepas makan, nanti mesti cik B aku rase mengembang macam tengah memproses milk gitu.

 sirap grenadine

4. Habbatussauda / Jintan Hitam
-  Yang ni aku accidently found out masa aku sesaje try mak aku punye, tibe eh apesal mcm byk sket susu? Aku amik 7biji setiap kali sebelum makan, selepas makan dan selepas pump. Dia macam rase kuaci je oii. Tak rase ubat pun, boleh gigit begitu sahaja. Habbatusauda banyak khasiat. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda dalam Habbatussauda ada sejenis ubat untuk pelbagai penyakit. Nak tau lagi, baca SINI hah, malas aku nak explain panjang2. Kang orang meluat! :)


Habbatussauda milk booster jintan hitam

5. Supplement – SHAKLEE (Breastfeeding Set)
* Aku memang mula2 tak nak makan ubat2 ni konon macam takut side effect lah. Tapi aku beli jugak set B Shaklee nie yg mengandungi (ALFAFA, VITA-C, VITA B COMPLEX & VITA-LEA) Kalau ikutkan aku memang liat makan ubat, but, bila pikir Batrisya, tabahkan jua! Telan je lah. But, SHAKLEE ok je ngan aku. Air susu lebih pekat warnanya. Macam soya gitu! Aku beli kat akak Ruziah, very friendly tau. She's from ANAK IBU SHOP. Dan tibe hari tue aku menang lucky draw! Tq kak :)


Shaklee SetB milk Booster

6. Supplement – PIL ASI
* Yang nie aku ade tengok kat blog Nad mula2. Pastu macam tibe rasa nak cuba jugak. So aku pun beli. Ok jugak lah, tapi since aku dah amik Shaklee aku stop amik PIL ASI nie.


7. Susu
* Yang ni aku rasa basic kot. Still ko kena minum susu lembu untuk jadi macam lembu (read: manghasilkan susu!) Aku minum Anlene Coklat. Aku dah tak leh telan Anmum sejak beranak. Ntah nape. Kadang2 minum jugak la Dutch lady coklat. Again coklat? Sebab aku tak suka SUSU. Sekian!

8. Air Longan
* Ahh, yang ni takyah cite lah. Asal lunch, kalau tak longan, horlicks, kalau tak horlicks longan suam. Ais? Aku rasa seminggu sekali je kot aku minum ais, tu pun lepas gian. Macam dah terbiasa plak tak minum ais. Jaga suara. Kata retis. KAHKAH!

9. Jus Kurma
* Stok Jus kurma aku nak abis dah. Tapi tengok keadaanlah, macam malas nak beli lagi. Dulu aku ada pos pasal beli Jus Kurma nie masa bulan puasa. And so far masa tu minum Jus Kurma susu banyak.

Jus Kurma

Errmmm, ni  kira aku punya milk booster yang aku penah cuba dan amalkan. Kalau korang nak try silakan. Tapi kalau tak berkesan kat korang jangan tanya aku kenapa. Tapi ada jugak Milk Booster yang aku rasa nak try lah.

1. SHAKLEE – Energy Soy Protein (Orang kata tak sedap. Tak tau lah!)
2. Kopi Radix – Kat sini aku tak jumpa oii. Ade stokis HPA tapi cam jauh sket. Online kot. Tapi kopi tak elokkan?
3. Air tin kurma longan - Kat sini nan hado! Belikan plis :)


Tu jelah aku nak share. Aku harap korang yang tanye pasal milk-booster aku dapat la sket info. Cuma kesimpulan aku boleh buat:
1. Lain orang lain milk-booster, lain penerimaan. So, sila try sikit2 or berperingkat especially for supplement takut effect kat baby.
2. Disiplin. Itu penting especially amik supplement. Kalau skip manjang, camne nak tengok effect dia?
3. Minum air banyak (ini nasihat untuk diri sendiri juga!)
4. Be positif. Jangan stress sangat. Aku pun penah mengalami zaman kejatuhan, tapi positif. Asal niat kita baik, InsyaAllah ada rezeki untuk baby.

So, this entry just my 2cents! Remember, lain orang lain hormon, so only you yourself yang tau mana satu yang terbaik! Ok, dah banyak membebel.

Dear Qah, June, Qis, Athi, Heed dan semua mommies yang breastfeed. Chaiyyokk!

Last picture of the day! :)
Hasil tuaian sambil menaip entry nie :) Belah kiri memang selalu kurang :(

 BisikChenta : Dah bayar hutang entry panjang!

Monday, January 9, 2012

# Baby's Stuff - Bright Starts Bounce Baby




Salam.
Mama Batrisya mengidam? ;p
Kahkahkah. Jangan nak speku lelebih okey!
.
.
.
.
.
Nah hadiah untuk Batrisya sempena 6 bulan!

Baby :)


Responds Isya : Mula2 blur and kagum bile kena letak dalam nie. 
Pastu enjoy sebab sambil main lompat2 sambil tengok tv baru dan belajar ABC :)
.
.
.
Hadiah untuk mama? Ce teka? Ce teka?
K bai! Hujan lebat nak balik cepat takut banjir wooo!
 BisikChenta: Suka nau update pendek2 jer. Pemalasss!

Friday, January 6, 2012

# Separuh tahun sudah!



Assalammualaikum :)


Batrisya dah 6 bulan. Kejap je masa berlalu.
Rasa macam semalam die kecik je dibedung dalam dakapan!
.
.
.
.
.
Pencapaian BATRISYA setakat 6 bulan:
1. Masih minum susu mama. Alhamdulillah! :)
2. Sudah makan Nestum sejak 2 minggu lepas. Tapi Nestum campur dgn air susu.
3. Bila meniarap dah pandai nak angkat-angkat bontot.
4. Bila pakai baju cantek2 dia tau dia akan dibawa berjalan, so kalau tak pegi jalan dia meragam.
5. Positive responds bila dengar lagu2 BabyTv. Bunyi suara seakan mengikut nyanyian.
6. Semua benda nak capai, pastu nak masuk mulut! Haishhh!
7. Dah kuat berdiri. Tak suka nak baring. Tu sebab nak beli Bright Start ;p
8. Badan macam susut sket. Tapi tak taulah sebab tak pi check-up. Mama aku cakap normal sebab die nak ringankan badan nak meniarap, merangkak. Macam aku dulu.
9. Dah ada jadual tidor yang teratur. Sonang ati mama! Tidor malam berkualiti ;p
10. Suka menjerit bila dah bosan main kat playmat. Or menjerit minta perhatian! 
.
.
.
.
.
.
Pencapaian MAMA selepas 6bulan:
1. Ada sehelai jeans baru kerana hanya DUA je jeans dulu yang boleh di pakai.
2. Menambah 10 KILOGRAM daripada berat asal dengan jayanya.
3. Masih mampu menghasilkan 25-30 oz sehari. Syukur!
4. Lebih kurang 1/8 daripada gaji digunakan untuk menshopping barang Isya. Sekian!
5. Membungkus semua kebaya-kebaya dan baju saiz S/M untuk diberikan kepada kengkawan @ nak jual murah kot. HAHA. Sape nak? 
.
.
.
.
.
Dah tue je. Cemerlang tak kami anak beranak?
.
.
.
Happy 6th months old sayang!!
Mama rindu Isya setiap saat!
Okey semua. Nak balik! Selamat berhujung minggu! Babai!
 BisikChenta: Nak shopping baju oi minggu nie. Sume dah sendattt! pftt!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...