Wednesday, August 24, 2011

# Batrisya says...



Assalammualaikum cemuaaa :) 
IMG_3202

Aiiii, nommme chaaayer Baaatechaa *uhukk!* 
Chowie yer semua, tadi mulut saya penuh susu. 
Susu mama adalah minuman paling sedap sekali bagi saya buat masa nie :p 
Jangan terkejut tau! 
Mulai hari ini, Mama cakap dia nak share blog nie dgn saya.
Saya tecik lagi takleh ade blog.
Mama kata nanti saya dah pandai ABC, dah pandai komputer, mama buatkan saya satu blog. 
Mama cakap blog macam diary. Diary tu ape ek?

Saya tak pandai taip lagi, tapi mama cakap die boleh taipkan untuk saya.
Jadi hari nie, saya dah boleh kongsi cerita dengan semua orang. 
Terima kasih mama sebab tolong taipkan untuk Isya :)
Ermm, nak cite pasal apa yer?
Oh, cite pasal Mama & Papa saya lah. 

Mama saya cakap hari nie dia takde mood nak update blog. 
Mama tengah sibuk main lipat-lipat kertas dari semalam.
Saya pun tak tahu mama nak buat ape tue.
Tapi sy suke tengok mama lipat-lipat kertas tu jadi bentuk bulat.
Lepas tu warna-warni pulak tue. Comel je. Saya suka.
Mama akan tunjuk kat saya bila dah siap.
Mama cakap itu semua untuk saya. 
Entah lah, saya pun tak paham!
Tapi saya suka teman mama, baring sebelah dia sambil tengok dia buat kerja.
Kadang-kadang saya bosan, saya rasa nak nangis je, 
Tapi mama tepuk-tepuk saya, sambil nyanyi lagu.
Lepas tu, saya dah tak ingat apa.
Bangun2 je saya nampak muka mama tengah senyum2 tukarkan pampers saya :) 


Saya dah lama tak nampak papa saya. 
Saya tak tahu dia pergi mana sebab saya tengok muka dia kejap je hari tue.
Masa tu saya kecik lagi. Lepas tu dah tak nampak dah.
Saya pun hampir lupa macam mana muka papa, tapi saya kenal bau dia. 
Sebab mama letak kain papa dekat sebelah bantal saya. 
Nek-mama cakap saya takkan lupakan papa kalau letak kain tu kat sebelah saya.
Tapi ada beberapa kali, saya nampak muka papa kat benda yg boleh cakap-cakap tue. 
Ape ye name dia? Haa, handphone.
Saya dengar papa panggil-panggil nama saya. 
Tapi muka papa tak nampak sangat. Kecik je. Saya senyum kat papa, pastu papa gelak.Mama cakap, papa keje jauh. Mama pun kerja kat jauh jugak.
Mama cakap nanti kami sama-sama akan duduk jauh. 
Saya tak kesah la mana-mana janji dengan papa & mama, pastu dapat minum susu :)


Mama bagitau saya semalam, papa balik hari nie. Malam ni papa dah ade kat rumah.
Saya tak sabar nak jumpa papa. 
Mama kata, papa balik nak raya. Raya tu macam mane?
Mama kata raya nanti salam-salam, mintak maaf, makan kuih2, pakai baju cantek2, dapat duit raya.Macam tu ye raya? Nak raya cepatlah!
Baju cantek saya ada 3 pasang. Semua mama belikan. Tak tahulah saya muat ke tak.
Nanti saya suruh mama tunjuk baju raya saya pakai kat blog yer? Hikhik.
Mama cakap raya pertama pakai kuning, raya kedua pakai purple.
Tahun ni saya beraya di Batu Pahat kampung mama dulu.
Raya ke-3 baru balik kampung papa kat Masjid Tanah.
Tak sabarlah nak raya!

Ok lah semua.
Nanti kalau Isya nak cakap lagi, Isya suruh mama taipkan lagi ek?
Mama cakap, dia puasa hari nie. Nak siapkan makan berbuka.
Lagipun mama nak kena kemas2 sket bilik, papa nak balik.

Babai semua.
I lebiuuuuuuuuuu :)

 BatrisyaCakap: Nanti besar Batrisya nak ada blog sendiri cerita pasal mainan. Hehe.

Monday, August 22, 2011

# 44 Hari - Batrisya's 1st Outing




Assalammualaikum semua :)


Dah masuk 8 hari terakhir bulan penuh rahmat & barakah ini.
I dah 4 hari abis pantang. Ujung2 pantang dah main skip-skip sket.
Siap keluar gi Mydin sebelah taman naik motor. HAHA.
Tapi bab makan masih lagi jaga. Kebaya punya pasal. Hikhik.


Then, bajet dah sihat la konon. Nak puasa lah. Niat baik tau!
Pastu, hambekk kau. Lemau je bila petang. Hadehhh!
I dah puasa 5 hari setakat nie. 
Tapi stop kejap, sebab Batrisya macam meragam bila I puasa. :(
So, I bajet nak puasa selang 1 hari lah lepas nie.
Walaupun Ramadhan tinggal beberapa hari jer, kira okeylah daripada nak mengganti puluh-puluh hari nanti. 
Tue pun harap2lah angin tak naik kepala. 
Part perut lapar ke haus ke bleh tahan lagi, tapi part angin tue memang tak tahan.
Pitam, berpinar, berpusing, nak muntah bagai! 
First time ganti banyak gini. Selalu paling banyak 6-7 hari, tak penah lebih 10 hari. Huhu.
Sayangnya tinggal puasa. Tapi takpe, demi anak :) 


Perasmian habis pantang telah selamat dilakukan di Jusco Mahkota Cheras pada Khamis lepas. Ngam-ngam je 44 hari abis pantang! :p
At first macam risau jugak, 50-50 nak pegi. 
.
.
.
.

1. Takde stroller & car-seat  
Dah order dalam mimpi,
tapinya tunggu encik so-army balik baru nak pegi amik beli kat kedai ;p 

Bukan taknak beli awal,
Tapinya macamlah I ade nak bersiar2 dgn Batrisya dalam pantang kan?
Kalau ade pun I nak pegi KK je.
Tue pun sekangkang kera je dr umah. Boleh je pangku si Batrisya dalam kereta.
So, malas nak beli awal2. Lagipun tunggu sale. 
Nasib baik kesabaran berbaloi :D Guna bonus, rezeki Batrisya lah! Syukur.
Masalah berjaya diselesaikan dengan adanya Ibu Aze yang baik hati meminjamkan stroller Ammar. 
Tq Abg Ammar :)


2. Batrisya meragam Sehari sebelum tue memang Batrisya meragam sket.
Pagi sebelum shopping pon dia dok merengek. 

Tue yang buat I pikir banyak kali jugak.
Tapinya, bile I bisik je kat dia cakap nak pegi jalan, terus tak meragam.
Hamboooiiiiii! Kemain suka die nak berjalan.
Mandi pagi tue pun dengan riang gembira jer.
Lepas tue, sampai Jusco, meragam kejap, bagi susu okey.
Pastu lena dalam stroller dok dengan Pak Jang sementara mama shopping.
Balik shopping terus tak meragam sampai malam. sampai esok paginya. 
Haiii la anak! Geram mama tengok!


3. Mama Batrisya nervous 
Gila tak nebes, first time bawak anak nak gi shopping, nak kuar kat public. 
Tambah pulak papanya takde, barang shopping confirm banyak.
2 orang mak budak kang confirm menggelijat tengok SALE 
Nanti baby sape nak tengok2 kan?
Nasib baik adik I willing nak ikut. 

Di samping tolong perhatikan Batrisya sambil I pegi beli barang2, 
Dia juga adalah tukang angkat barang-barang, tukang tolak stroller, tukang pegi bayar ;p
Yelah, sorang mak budak baru abis pantang. Sorang lagi mak buyung.
Memang padanlah tue! Kalau xde yang ikut camnelah gayanya?
So, thanks kepada pakcik Batrisya yg hensem yg tolong angkat2 barang & jaga Batrisya semasa mama-nya menggedik cari baju raya sendiri dan Batrisya! HAHA.


Hasil tangkapan pada hari tue malas nak snap, tapi takdelah banyak sangat pun.
Sterilizer & warmer, kiddi-wash, pampers (wajib!), baju selai dua dan apetah lagi I tak ingat (nampak sangat banyak brg sampai tak ingat ;p) 
Ibu Ammar memenangi cabaran sale kali ini. Tak padan dgn mak buyong! 
Galak je bersopping, mentang2 bonus dah dapat. HEHE.
Batrisya_Dayout_1
Ibu Aze : Puan driver. Tq laling :)
Batrisya_Dayout_2
Dalam kereta. Tak bape selesa!
Batrisya_Dayout_3
Setelah dipangku & DF, selesa. Sempat tido jap!
Batrisya_Dayout_4
Sila perhatikan muka terkejut dan tangan macam nak pegang belt tue kuat2.
HAHA. Somelll :D

Batrisya_Dayout_5
Mama Batrisya berjaya merasmikan skinny jeans.
Kembang kempis hidung bangga taw ;p

Batrisya_Dayout_6
Dah bosan jalan-jalan, melalak, minum susu, tidooooooo :)

Minggu nie kita jalan shopping dengan Papa pulak ye Isya :)
Tak sabarrrrr!

 BisikChenta: Cepatlah hari Rabu!

Sunday, August 21, 2011

# DIY: Bunga Kipas


Salam :)



Malam tadi mimpi ini..........
.
.
.
.
.
.



.
.
.
.
.
.

Pagi-pagi terus bukak kotak DIY tools & kertas-kertas.
Gigih!

Sekian. Itu aje. Bai!


 BisikChenta: Mood DIY :)

Tuesday, August 16, 2011

# Cabaran Berpuasa dan Berpantang



Assalammualaikum semua :) 


Ramadhan sudah sampai hari yang ke-16 hari nie.
Cabaran hari ke-3 I berpuasa.
Agak mencabar sebenarnya bila berpuasa sambil BF, tambah-tambah lagi orang yg takde amik ape2 supplement macam I. 
Belum ade budget nak beli Shaklee bagai.


Takde tips lagi setakat nie, cumanya WAJIB makan nasik setiap pagi.
Masih lagi lauk orang berpantang ;p
So far, I hanya bergantung pada susu dan kurma.
Malam-malam mesti minum banyak air, minum susu dan makan kurma.
Stok kurma sentiasa ada kat side-table tepi katil nie.
Asal teragak je ngap! 


Cakap pasal kurma, 
Order Jus Kurma dan Chocodate Yusof Taiyoob (cakap dlm nada berbisik macam dalam iklan!) baru sampai.


Jus kurma & chocodates Yusoff Taiyob

I order kat SINI, 
Sebab teringat ramai yang cakap minum Jus Kurma selain daripada makan kurma utk production milk + bagi energy lebih sket kat ibu2 yg BF. 
Sebab baru sampai tadi, jadi takleh nak review pasal jus kurma, nanti2lah yer :)
Yang Chocodates tu ngada2 je nak beli. HEHE.
Sape2 nak borong beli untuk kawen ke, majlis2 ke pegilah order dengan Kak Farhah cepat. She’s very friendly okey!
Dan harga pun okey sebab Kak Farhah beli banyak dari Yusuf Taiyoob (bisik lagi!) :D


Hari pertama hari Ahad tue mencabar jugak walaupun I tak bekerja,
Kagum dengan mommy2 yg kerja n pumping lagi,
Patutlah semuanya macam stress je kalau susu tak banyak!
I risau jugak susu tak banyak, tapi Alhamdulillah, masih ade rezeki si boodak tue.
Batrisya masih berperangai sama, dok melekat mengempeng taknak lepas.
Cumanya, everytime dia dok minum tue,
I rasa perut macam berkeriuk2 dan kepala pening melayang sket.
Tapi, tahan jugaklah sampai berbuka, walaupun bila dah petang2 camnie I akan start melepek je atas katil.
Angin sudah naik kepala daaaa…


Malam ni nak start mengepam betul-betul. 
Sebelum ni malas sket.
Lagipun dok pikir si budak tecik ni nak ngempeng je, bila kala pulak nak pump.
Tapi dah tau dah cara taknak bagi die ngempeng sgt sekarang, so boleh lah pump lepas nie ;p
Tambahan plak, Mama Batrisya baru dapat kesedaran sivik. HAHA. 
Papa dah bebel suruh buat stok untuk jalan-jalan and untuk Raya nanti. 
Betul gak, takkan everytime kat umah orang asyik nak pakai cover plak menyusukan dia.
Cadangan my sis Athi pasal stok utk simpan kat umah Mama ni pun macam boleh terima, sebab nanti Raya Haji nak balik jugak kot.


Lagipun dah nak start ajar Batrisya minum botol. 
Lambat sangat ke I ajar dia minum botol?
I dengar ramai cakap kena ajar since week ke-4, takut baby tak rasi dengan puting botol.
Alamak, matilah kalau dia taknak.
Sebelum nie acah-acah je bagi, tapi die bleh terima.
Masa n*p**e luka hari tue pun, pakai shield die okey je minum.
Hopefully takde masalah laaa :) 


Batrisya dah 42 hari dan bermakna ade lagi 2 hari berpantang. 
Dah ujung2 nie, kekadang ade jugak benda yg I skip. Hehe.
Episod berpantang macam nak dirasmikan dengan berkunjung ke J-Card Day Jusco Mahkota Cheras jer. HAHA. Ibu Ammar, dah ajak, abislah!
Tengok mood Batrisya camne nanti.
Sekian.

IMG_3130
SELAMAT BERBUKA CEMUAAAAA! :)

 BisikChenta: Tibe-tibe rasa nak suruh Batrisya pulak tulis blog. Boleh?

Monday, August 8, 2011

# Rutin Berpantang First Baby (My Confinement Experience) - Part #02

Assalammualaikum semua :)

8 Ramadhan today!
Diam tak diam dah masuk minggu kedua I tak berpuasa. Hehe.
Alasan kuat okey, bukan saje2.

Today, I nak sambung story pasal pantang.
Wehuu. Gigih mak menaip sambil meriba si Batrisya ni nokk!
Seronok sebenarnya cerita pasal berpantang nie.
Cuma nak melaluinya tue lah, banyak sket cabaran.
Sesiapa yg terlupa or tak baca lagi,
boleh baca kat bawah tue or Kisah Pantang - Part 1
.
.
.
.
.


Memakai Param

# Sebagai anak Jawa (both my parents Jawa ok!) bab param, pilis, jamu2 ni memang wajiblah. Cannot skip2 lah. Luckily, semua nie, Mak Tok yang buat, tradisional home-made.

# Param adalah ramuan yang seakan-akan bedak dengan campuran beras yg dikisar, halia bara, kunyit dan lada hitam. Mak Tok punye version dah dibuat dalam bentuk bulat2 then kalau nak pakai, just tuang air panas and bagi cair. Lepas tu sapu seluruh badan tiap kali lepas mandi.

Berpantang_Param Jawa1
Ini param-param pam-pam.
Berpantang_Param Jawa2
Ini pula setelah kecairan.

# Kata Mak Tok, param nie boleh buat badan kita rasa warm je. Kenapa kena warm? Lepas bersalin, normally badan akan seram sejuk, so, param ni akan keep warm suhu badan kita. Dari segi saintifik, I tak tau la betul ke idak. Selain dari itu, param jugak boleh buatkan susu mommy rasa suam2 kuku la kekdahnya. Baby akan suke la susu suam2 tue :)

# Plus, param ni function as lulur/scrub jugak lah. Kalau pakai pagi, then petang mandi gosok2 badan mesti daki2 senang nak tanggal. Ohh, I punye kulit badan masa preggy sangat teruk woo. Hitam2 macam berdaki. Aiyyooo! Orang cakap akan hilang sikit2 lepas 44 hari. Mintak2lah betul. Sebabnya macam takde effect sangat pun kalau pakai scrub ke lulur. Cocoa butter & Bio-Oil pun dah abis I lumur, tapi sekadar memudarkan sikit2 adelah. Cakar2 rimau tue memang tak hilang lagi. Dah macam org pemalas mandi pulak. Padahal penat tau sental. Iskk!


Berbengkung

# Mula-mula pakai bengkung nie, memang rasa rimas, macam sendat pun ado! Demi nak kempiskan perut ke bentuk asal, tabahkan jua hati. Tapi bila dah hari-hari pakai, rasa best, perut rasa padat je. Walaupun makan kemain banyak sebab menyusukan Batrisya, tapi Alhamdulillah tidaklah terlalu membooncit! Hasilnya, semalam try kebaya, dah boleh terima akal la tang pinggang. Tang punggung belom lagi ;p

# Sampai sekarang, I masih pakai bengkung. Bukan bengkung moden, korset, girder mahupun PB, ini bengkung yang 15m tue yer. Bengkung Jawa orang panggil. Bukan taknak pakai yang moden, Mama cakap lepas 44 hari nak pakai yg moden tue suka hatilah. Tapi sekarang pakai dulu bengkung nie. Baiklah!

# Mama I cakap dia punya bengkung Jawa tue dah diturunkan kat makcik2 I, pastu ntah mane hilang. Jadinya Mama buatkan bengkung baru utk I. Memang jenuh nak lilit2 selang-seli kain panjang2 tue. Masa mula2 dulu nak lilit kena Mama or sesapa tolong pegang. Now tak payah, dah expert buat sendiri.

# Lilitan adalah dari bahagian punggung sampai ke bawah cik B. Sebelum pakai bengkung I sapu perut dengan air limau + kapur. Tujuannya, nak bagi perut cepat kempis dan parut kat perut cepat pudar. Errr, tapi yg ini kadang2 I termiss sebab malas nak pegi bancuh, lagi2 kalau Mama kerja & terlupa nak buatkan. Makanya, I pun buat2 lupa lah. Hehehe.

IMG_2983
15m hokey!
IMG_2994
Setelah dililit, macam tocang lipan pon ade.


Memakai Pilis

# Lepas berbengkung, kena pulak letak pilis kat dahi. Pilis ini dibuat daripada campuran kulit kayu manis yang dicampurkan dengan sedikit bawang putih. I suka bau pilis nie, cam bau rempah2 je.

# Tujuannya untuk mengelakkan 'darah meroyan' naik ke kepala atau mata jadi cepat kabur kalau tua nanti. Orang kata rabun putih. Cik Belle, ni aku menjawab pertanyaan ko tak pasal rabun putih? Hehe. Dari segi saintifiknya, mak tak tau nokkks betul ke tak. Nantilah kaji.

# Kalau ikutkan bila dah pakai pilis nie, tak leh selalu sangat membaca, menjahit apetah lagi mengadap laptop dan menulis belog. HAHA. Tapi, Mama I cakap okey jer. Cuma jangan lah 24jam online. Yang tue tak payah tunggu tua, muda2 pun boleh sakit mata.

Berpantang_Pilis Dahi
Sememehnya lah aku!


Jamu/herba semasa pantang

# 10 hari yang pertama or lebih kurang 2 minggu awal, I memang takde makan ape-ape jamu. Doc pun cakap awal2 jangan makan jamu lagi sebab nak elakkan baby kena jaundice or alahan. So, I start makan lepas 2 minggu. 

# I takde beli pun set-set berpantang ke, jamu ke ape sebelum bersalin sebab I tahu I punye set pantang lengkap dah pakej datang dr batu Pahat. Alhamdulillah, jimat duit! :) Tapi, kata Mama set pantang yang okey ialah Nona Roguy sebab kawan dia makan ok. I pun peng baca NR ni okey je pil2 dia. Ntahlah, kalau I memang confirm tak tertelan kot. Nie pun sebab jamu buat sendiri, makanya I yakin sket. Terpaksa pun ade nokksss. HAHA. 

# Jamu manjakani yang I makan dibuat sendiri oleh Mak Tok. Yesss, home-made cookies again. 1st & 2nd day try, I amik 1 biji sebelum makan setiap hari, sebab Mama suruh tengok dulu, baby okey tak, or ada alahan ke ape. Nasib baik ok! Then, tambah dosage 2biji sebelum makan until now.

Berpantang_Jamu Tradisional Manjakani
Hai obat, hai obat, mari beli obat!
# Jamu manjakani yg Mak Tok buat ni bagus sebab…
• recover energy & cergaskan badan (bukan utk pompuan dlm pantang je!)
• bagi panas badan utk bakar lemak, keluarkan toksin & angin2 dalam badan 
• kecutkan segala otot2 & urat2 yg kembang masa preggy
• kempiskan perut
• keluarkan kandungan air berlebihan sebab banyak minum air

# Lagi satu, I jugak minum air halia dicampur gula melaka untuk lancarkan perjalanan darah N. Bagi darah yg ketul2 kat dlm tue lancar je keluar & tak sakit. So far memang okey, sodap okey air halia. Air feveret!

# Jamu lempoyang pun I minum. Ia adalah campuran daun jambu batu, daun lempoyang, kunyit, halia dan ape ntah lagi I tak ingat. Semu tue diblender, campur gula sket. Bagus untuk sistem perkumuhan, senang melawaskan dan jugak menyihat & segarkan badan. Jamu lempoyang nie, kalau tak bersalin pun memang I minum kalau balik kampung.


Makanan Pantang

# Sapo kate makanan pantang tak sedap?? (Ayat nak coolkan diri sendiri!) Makanan pantang I rotate2 tiap2 hari, takdelah menu berulang tiap2 hari. Takdelah jemu!

# Menu orang berpantang ni simple je. Mama I masak nasi lembik bagi senang lawas, ikan bilis goreng kering + bawang putih, ikan tenggiri dan ikan2 terpilih, sup ikan haruan, sup ayam kampung, sayur2 yang tak sejuk, kentang goreng halia + bawang putih + blackpepper, sup kentang + halia + blackpepper, nom..nom..nom.. rotate2lah menu tue. and tak lupa buah oren & epal kadang2. For me, okey je kot, kenyang je I makan. HAHA.

# No ais, air sejuk, air bergas dan sewaktunya. Air teh juga tidak boleh sebab nanti baby kembung perut. Kalau I lapar malam2 or lepas BF I akan bancuh my fave Hot-choc or Horlicks, cecah roti.

# Ohh yer, BISKUT TIGER adalah biskut rasmi berpantang. Memang siyes boleh tambah energy. Ini bukan I buat ujikaji masa berpantang, I memang dah praktikkan zaman2 askar dulu. Terbukti berkesan. 1 pek besar biskut Tiger = 3 hari. Auuummmm :D

# Untuk tambah penghasilan susu, I makan benda2 berikut:

Air Sarsi. Ini memang feveret I. Kat umah mesti ade stok!

Air F&N Oren, yg nie pon stok kat umah!

Mula2 tak lalu nak minum sebab rase dia pelik. Tapi layan jer!

Sawi putih, menu sayur wajib!
Alhamdulillah! So far now, susu memang mencurah. Kadang2 sampai basah bra kalau tak pkai nursing pad. Then, kalau dalam bilik air nak mandi, menunduk2, dia punye menitik, fuhh!! Tapi tue lah, baru sekali je mengepam. Tue pun separuh jalan. I prefer nak pump mase balik Sarawak, sebab malas nak pikir cara nak storage nak bawak naik flight. Lagipun I memang balik ke sana awal 2 minggu sebelum naik kerja. InsyaAllah sempat lah buat stok nanti :)


Lain-lain amalan

# Berstokin sepanjang hari, (takdelah sepanjang hari pun!) sebab taknak bagi sejuk or angin naik dari kaki. Kesannya tak nampak sekarang, lagi 10 tahun, tengok lah lutut menggigil ke tak kalau sejuk or dalam aircond. Tak pun kaki cepat cramp kalau jalan jauh2 sket. Haaa, tak percaya sila buat. I angguk je, percaya sebab tak pernah kena dan taknak kena. Tapi I percaya, sebab Mama buat dulu, sampai sekarang aktif main netball & jadi ref tournament kadang2. Jogging tak tinggal tiap minggu. Harus I pun bermotivasi tinggi!

# Pakai stretch-marks cream WAJIB walaupun kesannya takdelah nampak ketara lagi pun.

# Bertangas. Yang nie I belum sempat buat lagi. Mama kata nanti dia buatkan kalau sempat!
.
.
.
.
.

Kesimpulannya, amalan-amalan pantang nie takdelah ngarut sangat pun. 
Berpantang pun takdelah scary pun.
Banyak jugak kebaikkan.
Yelah untuk jaga kesihatan kita jugak kan?
Bak kata Mama, badan nak pakai lama. Sendiri mau ingatlah!

 BisikChenta: 10 days to go! Hoooorayyy!

Sunday, August 7, 2011

# Love: Permaisuriku!

Salam :)
* Maaf entry ini tidak bermanfaat, sila abaikan *

Entry gedik sebab tiba-tiba suka dengar lagu nie 
Permaisuriku by Jay Jay di mana Joe Jambul. HAHA.

KALAULAH..
encik so-army I nyanyi time karaoke ke, sumpah cair!
.
.
.
.
.
.

Tika renungi malamku
Bersama tirai perindu
Potret permaisuriku

Lenamu didakapanku
Inginku belai rambutmu
Saat malam-malammu

Walau kembara ku meredah alam maya
Kan ku pertahan garis cinta kita

Oh..Ku hancur dikala tak bersama
Kau yang ku cinta
Impi rinduku disaat mesra
Oh kasih

Oh..Terbina rona kota bahgia
Permata dijiwa
Oh kernamu

Lautan duri ku tempuh
Demi sucinya cintamu
Tak ku hiraukan waktu

Ampunkan kesalahanku
Ku pinjam raut wajahmu
Hanya kau yang kurindu
.
.
.

Kesahnya, si husben I tue takde manelah nak layan feeling2 nie.
Dari zaman berchenta, tunang, kawen, dah ada anak,
Dia takdelah nak romantik2 nak seprised2,
Mampus tak layan, tebiat katanya!
Nak cakap "sayang" pon payah
Mahal kekdahnya. Hush!
Tapi of cos lah I tau dia sayang I. 
Kan ling kan? Manisnya kurma itu? HAHA

Tapi....
Macam tak sangka pulak,
Tetiba semalam ada plak yang post video lagu ni kat wall FB.



Syahdu okey! T_T
Bukan senang laki aku nak buat camnie? Hambek kau!
Makanya, dari petang semalam sampai pagi ni dok ulang lagu nie je.
Kalau Batrisya boleh cakap mesti dia suruh berenti dok shuffle lagu nie je.
Penah dengar pompuan gile meroyan time pantang?
Haa, I tengah meroyan la nie, meroyan dengar lagu! :p

Terima kasih encik so-army kerana mendedikasikan lagu ini.
Kamu rindu, saya lagi rinduuu!

Okey, nak sambung layan feeling.
Next, Cinta teragung!
Sekian, terima kasih.


 BisikChenta: Yang nak kawen boleh masukkan lagu nie dalam wedding song list! :)

Saturday, August 6, 2011

# Batrisya - 1 bulan!


Assalammualaikum :)


Hai semua. Selamat berhari minggu.
Selamat menghadiri majlis2 berbuka puasa petang karang.
Foooddddddss! Bestttnya! Jeles I tau! :)


6/7/2011 (4 Sya’ban 1432) –-> 6/8/2011 (6 Ramadhan 1432)
Sekejapan je dah sebulan dah usia Batrisya =)
Tak terucap perasaan bile tengok si cingkuling nie membesar depan mata.
Hari-hari tengok macam-macam perubahan dia,
Hari-hari dok ciom & gomol dia.
Alahaiiiii, manelah tak hari-hari I jatoh chenta?

Sebabkan hari-hari menatap Batrisya,
Maka hari-hari jugaklah I tengok development dia,
Eksited okey! 
Antara kepandaian, skill2 or development Batrisya setakat ini ialah:
.
.
.

.
.
.

# Dah pandai senyum bila I kiss mulut dia. Oh sangat suwitt!

# Bila nak “burp”kan dia or telangkupkan, kepala dia dah menoleh2 dan terangkat2. Sangat bajet macam orang besar.

# Pandai berdrama nak tarik perhatian, kadang2 cemik2 or merengek, ingatkan kencing or berak, bile check, takde ape pun. Pastu nak diangkatlah tue :) Sungguh Drama-queen kau nak!

# Dah pandai ikut jadual tidur & susu waktu malam. Bangun malam kul 12, kul 3 dan kul 5.

# Bila mandikan dia, kelihatan sangat gembira dan cool. Suka dengan air. Siap naikkan kaki kat tepi besen macam orang senang hati jer.

# Sebelum menyusu, mesti kena senyum dulu. Macam tau jer nak bagi upah.

# Bila menyusu, mata die bulat je pandang I. Ohh, sungguh indah moment itu! :)

# Suka berjalan-jalan. Kalau dibawak berjalan2 kat luar umah pagi & petang, kemain senyum, pastu mulut terkumat kamit konon nak bercakap. Bila masuk umah, muka dah lain macam nak mencemik2.

# Kalau dok dalam kete, kemain behave lagi. Takde pun nak nangis. Haii la budak, memang kaki berjalan macam Mama Papa kau lah :)


Hari Isnin nie, nak bawak dia pegi check-up & injection 1month.
Harap2 dia tak meragam.

.
.

Ohh, by the way tergoda jugak dengan Pinterest
Qis, aku rase nie memang sesuai utk ibu2 dalam pantang lah. Seronok!

Dan ini salah satu yg I dapat dari Pinterest :)


Sedang melalui :)


 BisikChenta : Mummy pun tambah skill : dukung, BF, angkat kain :D

Tuesday, August 2, 2011

# Rutin Berpantang First Baby (My Confinement Experience) - Part #01

Assalammualaikum semua :) Hai!
Sudah 2 hari berpuasa kan? :) Syukur!

Alhamdulillah. To-date, Batrisya sudah berusia 27hari.
Alahai cepatnya masa berlalu kan? Kejap je nak dekat sebulan dah.
Makanya, hampir sebulan jugak lah I berpantang.
Hoyeahh! Gigih nak menghabiskan 17 hari lagi berpantang.
Bagi I time pantang adalah masa yg sangat bagus.
Bagus sebab boleh monitor dan melihat perubahan diri, fizikal & mental :)


Seriously, I really enjoy confinement period I setakat ini.
Walaupun banyak benar "No", "Cannot", "Tak boleh", "Jangan"
dan lain2 frasa yang menidakkan sesuatu, tapi semua itu memang ada jugak benarnya.
Dalam berpantang, I takde lah banyak songeh dan melawan cakap sangat,
walaupun hakikatnya I ni jenis degil kepala batu sket.
Cumanya, jika ada amalan2 tradisional yg macam pelik sket tue,
I lebih prefer amalan moden or ikut nasihat doctor or based on info I baca.
Kalau encik so-army lagilah,
semua yang diamalkan mesti ade sebab dari segi scientific or clinical.
Kalau ngarut2 memang dia tak bagi ikut.
Tapi so far, semuanya okey. No worries ;)


Frankly speak, memanglah sangat susah bile orang super-active dan lasak macam I nie,
kena kawal itu ini, dok tercover2 ayu sopan santun gayanya,
jalan pun terkapit-kapit, nak buang air pun tertahan-tahan.
Hadoiiilah, seksa rasanya.
Tapi, satu je I pegang bab pantang2 nie, 
yang baik tue I ikut demi kebaikkan dah kebahagiaan I dan suami di masa akan datang. 
Chewwah! ;p


So, mari sini I share apa yang I tengah amalkan sewaktu berpantang nie.
Kalau ade mommy2 yg rasa nak tambah pasal pengalaman masing2 silalah yer.
Tambah lauk, tambah nasik, tambah dessert :)
Seronok betul I cakap pasal makanan kalau bulan pose nie ehh. Makhruh! ;p



Mandian rebusan daun dan akar kayu.

# Yang ni I amalkan 2minggu je. Air rebusan daun2 macam daun kunyit, serai wangi, daun ape ntah lagi I buat mandi hari2 campur dengan air paip. Yes, memang badan rasa segar, boleh hilangkan bau2 badan especially bau hanyir darah, daki2 pun senang hilang. Tapinya, yg tak best ialah, badan akan rasa berlengas sket bile dah lama-lama.

# The saddest part, masa minggu ke-2, I kena gatal-gatal yg amat dasyat like merenyam satu badan kau. Lagi-lagi time berpeluh, homaigodddd, rasa nak suruh org sekeliling tolong garukan sekali badan I. Hehe. Bila pergi klinik, doc suruh stop mandi air dedaunan tue. Memang hakikatnya kulit I nie jenis sensitip touching2 gitu. Sebab tue la gatal2 kot. Lepas makan ubat alahan, dan Alhamdulillah till now takde gatal2 dah. Menggatal adelah ;p 


# Everyday until now, I mandi air suam aje. Ngada-ngada? Bukan I tak boleh mandi air paip biasa tue. Boleh aje. Takde hal lah. Tapi, I ikut je cakap org tua. Kata Mak Tok selagi belum 44hari badan tak boleh direct kena air sejuk. Noted! 


Berurut

# Berurut adalah super BEST! I memang suka berurut dari zaman anak dara. So,no problem lah.

# Seminggu yg pertama berpantang, I diurut oleh bidan & tukang urut kampung professional yg dah bertahun2 pengalaman dalam mengurut dan membidankan orang nie ;p Sape lagi kalau bukan Mak Tok, nenek I sendiri :) Import dari Batu Pahat bawak sini yer. Free of charge! Cicit pertama Mak tok, haruslah eksited!

# I diurut 2x sehari, selepas mandi pagi dan petang. Selama seminggu, tugas Mak Tok adalah naikkan balik peranakan, betulkan urat2 dan sengkak. Bab sengkak ni memang I akui sakit sket, tapi as I said, demi masa depan, I rela nokkk! :p

# Berurut memang banyak kebaikkan especially untuk yg baru lepas bersalin dgn urat banyak putus dan terbelit time sakit contraction/meneran. Antara kebaikkan yg I found out for myself ialah:

• Lancarkan darah
• Naikkan rahim ke kedudukan asal (untuk anak ke-2,3….)
• Boleh betulkan segala urat yg tegang, putus, terpusing dsb
• Boleh buang angin-angin kus2
• Pecahkan lemak2
• Lancarkan aliran susu 

# Lepas Mak Tok balik kampung, Mama amik alih tugas. Tapi takdelah 2x sehari. Cuma sekali je, tue pun petang/malam sebab Mama kan kerja. FYI, mama pun boleh mengurut. So no worries la :)

# Sebelum berurut, I akan susukan Batrisya dulu, sebab takut dia melalak nak susu time tengah2 berurut tue. So far, dia memang memahami. Time I berurut, memang takdelah dia melalak, merengek ke ape. Good girl :)

# Bila dah beurut, badan jadi ringan, sedap, selesa. Setakat sakit2 tue takde apelah, kejap je dah hilang. Yang penting badan rasa sihat nak jaga baby, nak buat kerja-kerja sket. Takdelah lembik jer.


Bertungku

# Bertungku I buat everyday, 2x sehari, pagi & petang. Tapi lately, kadang2 tak sempat, sebab kang si budak tu melalak nak ngempeng, so I buat sekali je la sehari, depends pada masa. Kadang2 pagi, kadang2 petang.

# Org kata bertungku sejam lebih lagi elok. Tapi I buat setengah jam je. Tungku tue bukan kat perut je, kat peha pun sekali tau. Kasi kecik sket peha yg dah tak muat semua jeans nie.

# Tujuan bertungku ni supaya rahim kecut dan bagi darah beku keluar. Yes, I do agree pasal darah beku, sebab hari ke-8 berpantang, I pegi klinik sebab tak tahan sangat sakit sebab darah beku tak keluar2 (padahal I bertungku je!) Doc scan dan bagi ubat, lepas tue memang I bertungku lame sket. Alhamdulillah okey :)


Menjaga luka Episiotomy


# For the first week memang agak suffer lah. Especially bila nak buang air besar. YaAllah! punyelah takut nak meneran. Lagipon, memang orang tua & doc tak galakkan sgt meneran, takut jahitan terbukak or else peranakkan boleh jatuh.

# Lagi satu, umah parents I tandas cangkung ok. Silalah bayangkan betapa seriaunya bila nak buang air besar. Kena bersimpuh okey. Kenot cangkung yer. Nasib baik nak kenchh ada bangku kecik yg disediakan, itu pun terkepit2 makk ni nokkk.

# Bila dah susah nak membuang, makanya, sembelit pun datang. I merasa gak kena sembelit masa kali ke-2 nak membuang. Ampunnnn! Sakit dah hampir nak same ngan contraction yg mase dah dekat nak beranak. Sakit macam ade benda nak keluar, tapi tak boleh keluar. Padahal, abis je makan memang I minum je ubat sembelit hospital bagi tue, tapi kena jugak. Dan, seriously, sembelit boleh swing mood u alls! I memang tak tahan sabar time mase tue, dengan Mama, laki I, Mak Tok sume kena marah. Hehe. dah mintak maaf dah :)

# Tapi kejap je, minggu ke 2, bila luka dah baik, jahitan pun dah cantum, nan adolah susah sangat pun. Selamba je boleh buang air tak yah simpuh2, tapi takleh nak teran kuat2 sangat, still jaga peranakkan. Masuk minggu ke-3, benang jahitan pun dah tanggal, super gembira. Dah kembali normal, Alhamdulillah!

# Pasal cuci luka jahitan tue, awal2 tue I cuci that ‘part’ pakai air suam yg rebusan daun2 tue. Pastu bile doc suruh stop, I cuci dengan air suam + garam. Now, just cuci dengan air suam je lah.

# Ada yg suggest guna Dettol, tapinya bila pikir, luka jatuh motor cuci pakai Dettol I dah meraung, apetah lagi luka kat bawah tue. Ewww, takpelah, terima kasih! HAHA. Eh, lagipun doctor pun tak galakkan yer, sebab takut benang jahitan tu terputus sebelum masanya :) Nanti kena topup jahitan! ohh, kalau pasal jahit, 55juta kali I pikir okey, tak mau!! Huhuhu.



Okaylah, cukup tue dulu.
Kang nanti kalau I cerita banyak2 ade yg cakap poyo gila kuasa pulak semua benda nak cerita.
Macamlah I sorang je berpantang!
Muntah pulak nak baca, lagi2 yang tengah tunggu hari.
Dah lah dengar pengalaman bersalin seriau,
Dengar pasal berpantang kang sasau plak. Hehe.


Nanti kalau sempat I update lagi pasal berpantang ehh?
Pasal bengkung, pilis, param, makanan, pantang-larang dll.
Itupun kalau rajin menaip sambil nak layan si Batrisya nie.
Batrisya pun dah mencemik2 nie :D
Haisshh, hari-hari jatoh chenta dengan dia. Cumil jer.


Sape cakap anak sendiri tak comel memang giler! HAHA

Selamat berbuka u allsss :D



Macam manelah Mama tak jatuh chenta kat kamu? Haisshh! Geram!





 BisikChenta: 17 hari lagi, MISI BAJU KEBAYA :D

Monday, August 1, 2011

# Ramadhan 1432

Assalammualaikum :)

Alhamdulillah,  berlalu sudah hari pertama dalam bulan mulia, bulan Ramadhan.
Selamat berpuasa kepada semua readers & semua umat Islam.
Semoga beroleh rahmat dan keberkatan di bulan yang mulia ini. Amin :)


Syukur, masih berkesempatan bertemu dengan Ramadhan tahun ini.

Ramadhan kali ini,

…Yang ke-2 sebagai isteri,
…Yang pertama sebagai seorang mommy,
…Juga yang pertama tanpa suami di sisi.

Hubby, maafkan Honey ye tak dapat sama-sama di sisi menunaikan ibadat di bulan mulia ini. :(
Maaf sebab tak dapat menunaikan tanggungjawab, menyediakan makan & minum, berbuka dan bersahur bersama-sama.
Insya Allah, jika umur panjang, Ramadhan akan datang kami akan menyambutnya bertiga. Insya-Allah! :)
.
.
Teringat kenangan Ramadhan tahun lalu, ke mana-mana majlis berbuka mesti bersama suami :( 
Mengekor je mane encik so-army pegi. tempat isteri di sisi suami kan? ;p

Istana Bambu berbuka Iftar_1
Istana Bambu :) Not bad lah!

Istana Bambu berbuka Iftar_2
With Hubby's officemate ~ Sya & Shidot!


Ohhmaii… Selim lagi mak time nie nokkk. I misshhh my skinny jeans :D
Besarlah harapan semoga boleh memakainya kembali selepas ini. Aminnn :)

 BisikChenta: Berbuka apa encik so-army-ku di sana?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...