Wednesday, June 29, 2011

# Pregnancy: 38weeks - Soalan untuk Doktor!

Salam. Hai all :)
Sorry sangat malas nak update. Yang I rajin ialah makan-tido-makan-tido.
Ohh, heaven duduk rumah parents, makan banyak, err sedap sebenarnya sebab masakan Mama.
Ok, tipu! Kalau bukan masakan pun, biskut ke, kuih ke, kerepek ke, cookies ke, cepat je lesap.
HAHA. Sebab itulah berat naik lagi. Dushhh!





Today, I punye 38weeks check-up di Pusat Perubatan UKM (HUKM).
Sampai seawal 7.40 pagi, sebab nak dapat parking, plus nak cepat habis.
Masuk kat Klinik O&G, nampak orang dah ramai.
Gila awal diorang nie? Aku ingat aku awal dah.


Masukkan kad appointment, kemudian tunggu nama dipanggil.
Pelik betul, 5kali datang, 5kali jugak dia tanya, mana Guarantee Letter.
Padahal diorang jugak yg lekat GL tu kat belakang buku appointment!
Hailllloohhhh!
Okey, giliran no2. Alhamdulillah.
Ohh yang ramai tue case2 lain lah. 
Masalah wanita, 1st case refer, 1st time bukak buku pink dll.


Pastu pegi timbang.
Dah naik hafal dah step.
Orang yg baru first time ramai yg blurr kalau pegi sini.
Kesian! Tapi dah tulis instruction
"SILA TIMBANG BERAT SENDIRI SEBELUM MENDAPATKAN BACAAN TEKANAN DARAH"
Ada jugak yang tak timbang lagi masa nak check tue.
Kalau sorang dua boleh lah staff nurse tu nak layankan.
Kalau dah 5-6 orang tak paham2 jugak. Hehehe. Sendiri mau ingatlah!


Okey, I pegi timbang dengan akk dok sebelah tue,
Serius, lupa tanya nama die. Hehe.
Dannnn........... 68.5kg!
Syabaslah! Naik 2kg dr last checkup!
Total gain sepanjang pregnancy = 14.5kg


Next urine test. Berdoa supaya tidak +ve Protein  lagi.
Malas nak datang repeat test!
Alhamdulillah, Glukose & Protein = -ve
Berkat minum air masak dan air zam-zam.

Okey tunggu depan bilik nak scan.
Dalam hati dah tergerak dah nie,
Confirm berat baby pun naik nie.
I dah mula risau sebab ingat lagi doc kat Normah Specialist pernah cakap,
Kalau ikut berat & tinggi I normal,
Baby's weight jangan lebih 3.4kg.
Nanti sendat and possibility nak Caesar tinggi.
Hadooiiiii!


Masuk bilik scan, confirm sekali lagi gender baby.
Dan, seperti diduga, berat baby naik.
3.2kg! Hushhh! Mama cingkuling dah berpeluh dengar nie.
Baby, we should control ourselves lepas nie ehh. :)


Keluar bilik scan, dan menunggu lagi.
Nasib baik ada akak dok sebelah I yg peramah.
Tak terasalah menunggu doctor yg tengah dok round kat ward.
Okey, nombor dipanggil dan I masuk.


Keluarkan list soalan perlu ditanya! Okey, tipu je.
Ni benda dah ade dalam kepala :)


Soalan pertama I tanya,
"Due date saya betul tak ikut scan?"
Doc check, belek and confirmkan.
"Yes, still follow original EDD sebab clinical punye lebih kurang same"
Reason I tanye: 
Last check-up doc tue cakap my EDD ade lari sket, awal seminggu la gitu.
So, encik so-army pun dah risau jugak lah.
Plus, berdasarkan info I baca, 
Detail scan baby or clinical EDD adelah lebih tepat compare to date LMP (Last Menstrual Period)


Soalan kedua:
"Ada possibility tak baby keluar this week?"
Doc tue gelak je.
Yes I know the answer(s) lebih kurang:
"Itu kuasa Allah" "Depends on mommy"
Nasib baik doc tu jawab lain sket,
"Hows your contraction? Back pain ke?"
I jawab,
"Contraction pun saya tak tahu camne doc"
"Backpain adelah sikit2 tapi tak kerap n tak tentu masa, kadang2 malam, kadang2 tengah malam, kadang2 pagi"
Doc cakap,
"Based on experience I, should be around your EDD-lah! plus minus 2-3 days! And biasalah, tue semua kuasa Allah"
"Contraction tu u akan rase kerap bila dah dekat!"
Dia tanya kenapa,
"My husband, he's in Sarawak. He's wondering when he should come back!"
Doc senyum and dia cakap, kalau takde yang pelik2,
InsyaAllah ikut EDD, because 1st baby :)
.
.
.
.
Alhamdulillah, Lega!
Papa cingkuling boleh plan nak beli flight tiket ok!
I know u read this :)
Hopefully baby bertahan hingga papa balik yer.
Tunggu papa balik baru kuar ye sayang :)



Soalan last:
"About my keputihan, a bit heavy lately, and I guess it's Candia la doc"
And then doc pun buat test masukkan apparatus macam tiub,
Then Yes, it is Candida.
Sort of fungus yg normally berlaku kat preggy women.
Tapi mine macam heavy sket,
I agak risau jugaklah.

Settled! 9.50am :)
Proceed to pharmacy! Amik ubat.
Nasib bukan ubat makan @ minum.
Err, malu sket nak cite kat sini. Later lah :)
Hehehe.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Counting days! :)
Oh, doc and akak sebelah I pun dah tegur jugak, perut I dah nampak jatuh, so, memang tak lama dah nak meletop nie.
My mum & MIL bagitau tunggu sampai kaki bengkak and bila picit lambat naik macam kuih apam, tue memang kena standby lah tue. HEHE. 

 BisikChenta: Baby sayang, I'm waiting for you :) Waiting for Papa jugak!

Friday, June 17, 2011

# Pregnancy: Checklist Keperluan Hospital untuk Mommy & Baby!

Salam. Hai semua!  :)
Selamat Hari Jumaat!

 
Today I just nak update list barang keperluan untuk dibawa ke hospital.
Oh, mula-mula I seriously macam tak tahu apa la nak isi dalam beg nak bawa ke hospital.
I mintak bantuan mama, kawan-kawan yang rapat dan refer beberapa checklist.
Ada checklist yang simple je, ade checklist yang macam nak suruh duduk hospital 2minggu.
So, I tapis-tapislah sket dan buatlah checklist sendiri.
Then suruh Mama semak, malam semalam baru pack!
 
 
Dan, inilah hasilnya :D
 ............................
 




For Mama Chenta

♥ Wallet + IC
♥ Buku Pink + Kad Appointment + Guarantee Letter (GL) - if any
♥ Blouse/shirt [2] - Front openings/buttons
♥ Maternity Pants [1]
♥ Bra & Panties [3set]
♥ Disposable Panties [1set]
♥ Kain batik [2]
♥ Slippers [1] - Non-slip, my fave: Ipanema :)
♥ Stokin [2]
♥ Nursing Pad [2pair]
♥ Instant Hijab/Key/Scarf [2]
♥ Toiletries [1set] - Shower gel, Facial wash, Feminine wash, Toothbrush, Toothpaste
♥ Body care [1] -  Powder, Brush/comb, Deodorant
♥ Towel [2] - Bath towel + Face towel
♥ Sweater / Coat [1]
♥ Maternity pad/Overflow sanitary pad [1set]
♥ Handphone + Charger
♥ Air selusuh + Air Zam-zam
♥ Makanan + Minuman - Plain water, biskut, 3-in-1 etc
♥ Telekung + Surah Yassin + Doa-doa amalan
♥ Kain batik
♥ Plastic bags [secukupnya]
♥ Thermos
♥ Magazines + Tab

For Lil' Chenta
♥  Baby's Clothing [3set]
♥ Mitten, Booties & Hat [3set]
♥ Receiving blanket [2]
♥ Baby Napkins [4]
♥ Baby Towel [2]
♥ Baby's Blanket [2]
♥ Barut [2]
♥ Minyak Yuyi [1]
♥ Newborn diapers [6]
♥ Baby wipes/Wet tissue [1pack]
♥ Toiletries [1set] - optional

For Papa Chenta

♥ Cash $$$ - Standby for deposit walaupun ade GL
♥ Camera + Tripod - make sure charge okeh!
♥ Doa-doa amalan
♥ Moral support (Yeahh!)
 
DONE!
 ............................


 HAHAHA. Barang-barang Mama lagi banyak dari baby?
Alhamdulillah, dah standby je kedua-dua bag nie.
Semoga dipermudahkan semuanya! Amin.

Nan-adolah beg baru! Pakai apa yg ade aje.
Left: Mama, Right: Chingkuling :)



Happy Weekend everyone!!


  BisikChenta: Dah mula mempraktikkan teknik breathing & mind-set supaya mudah bersalin. Insya-Allah :)

Thursday, June 16, 2011

# Info: Kaitan Gerhana Bulan dan Baby dalam perut?

Salam. Hai semua! :)
 



 
Gerhana bulan penuh telah berlaku pagi tadi.
Subhanallah!
 
Jarang I post entry malam-malam nie.
Nak share something, sebab tue terus menaip, sementara ingat!


 The thing is.......
 
I baru je lepas sapu perut dengan air suam dan abu.
Mak tok call dari kampung, suruh Mama sediakan bahan tersebut.
 

Abu daripada apa-apa pun takpe.
In my case, I guna surat khabar je.
Pastue, campur dengan air suam and Mama ade campur sket air Zam-zam.
Then, sapukan ke perut sebanyak 7 kali, diiringi selawat ke atas Nabi SAW.
Dah habis 7kali pesan kat baby suruh bangun.
Lebih kurang camnie lah bunyinya:
 

"Baby sayang, bangun ye nak. Gerhana dah habis, jangan tidur lagi"
Some sort like kita kejut baby-lah jangan tidur lagi selepas gerhana.

Walaupun macam tak logik, pelik, apa kaitan sume soalan ade dalam kepala I, tapi kadang-kadang petua & amalan orang-orang tua nie, ada jugak baiknya kot.
I rasa baby I tak tidur pun, berjaga je dok tendang sana-sini,
But, who knows kan inside there macam mane.
Jadi ikutkan ajelah petua tue, dengan niat yang baik.
Niat dengan kuasa Allah semoga semuanya baik-baik saja.
 
 
Janganlah tanya I apekah effect dan kaitannya dengan baby okey.
I pun tak tahu, I pollow aje :)
Mak Tok kan bidan kampung, dia lebih arif petua orang2 lama nie.
 
 
 HAHA. Tu je nak share.


Gudnite peeps :) ♥♥
 
BisikChenta: Malam ni boleh tido lena sebab Nora Elena dah habis :)

# Pregnancy: Checklist Senarai Keperluan Baby

Salam, Hai peeps ;)
 
 
Secara rasminya, semalam I dah get ready semua barang keperluan baby & mommy untuk dibawa ke hospital. 
Semuanya I letak dalam 2 beg - 1 for mama & 1 for lil' chingkuling :)
Tiada special beg, or beg baru. I pakai je beg yang ada kat rumah nie, asalkan boleh sumbat semua keperluan I dan baby.


 As I said dalam entry sebelum nie, semua list barang-barang I dah prepare, cuma bab beli-membeli tue yang baru lately I settlekan sedikit demi sedikit.
Alhamdulillah, boleh kata lengkaplah. Tak semua I beli, ada jugak yang sis-in -law bagi. Ada juga yang mama + ayah belikan. Syukur.
 
Anyhow, here goes the list! :)

  Clothing & Accessories
  • Tops & Pants - Short [7 pair]
  • Tops & Pants - Long [7 pair]
  • Mitten & Booties [10 set]
  • Hats / Bonnet [3 pcs]
  • Rompers / Bodysuit [8 pcs]
  • Handkerchief / Baby's mini towel  [3 pcs]
  • Foot Covers/Pre-Walker Baby Shoes [1 pair]
Bedding
  • Mattress, Pillow & Bolster [1 set] - Ayah belikan
  • Comforter / Blanket [2 pcs]
  • Receiving Blanket [6 pcs]
  • Baby's Box [2] - Memang ada kat rumah!
Diapering
  • Changing mat [1]
  • Newborn Diapers [1] - Huggies Newborn 52pcs
  • Nappy Liners [1 box]
  • Baby Wipes / Wet Tissue [4] - 100 sheets
  • Baby Napkins [1] - 12pcs
  • Nappy Rash Cream [1 tube] - Drapolene
Bathing & Grooming
  • Bath & Hooded Baby Towel [2 pcs]
  •  Cotton buds & cotton balls - memang ada kat rumah!
  • Baby Bath + Shampoo [1 set] - small
  • Baby's Lotion, Oil + Powder [1 set] - small
  • Tummy's binder / Barut [5 pcs] - SIL bagi :)
  • Baby's Detergen & Softener [1]
  • Baby's Manicure set [1] 
  • Minyak Yuyi [1]
  • Thermometer [1] - Free from Anmum :)
DONE!
 ............................
 
 
Ohh yer, kalau kamu semua perasan I memang tak tick langsung any items berkaitan FEEDING and TRAVELLING kat side bar tue.
 
Ntah lah, as for now, I rasa macam malas lagi nak beli feeding2 set nie. Kalau boleh nak jugak suakan je breast kat baby, taknak bagi dalam bottle. Paksa jugak! Boleh? ;p

But, the most hot item yang I eager nak beli ialah breastpump. Oh, Medela Freestyle please!
 
Heed Sidek, aku jeles okey kau dah beli.
Aze Fauziah kau pun same laling, semangat nak beli Medela jugak, padahal mula-mula nak beli Spectra kan? ;p
 
Encik so-army please take note yer.
Can we get it by my next check-up? ;p
Ailebiu lah mok!
Travelling punye stuff pun bagi I memang tak perlu lagi sekarang nie. Cumanya, I & encik so-army memang plan nak beli jugak stroller. Oh, again Quinny Buzz plizz!
 
Walaupun ramai jugak cakap tak payah beli stroller mahal-mahal, tapi I nak jugak.
Yes, it is worth spending the extra money for a stroller kerana kami akan selalu travel KL - KCH.
Agak susah jugak bila memikirkan nak kendong/sling aje baby dengan cabin bag yg sudah semestinya akan bertambah sebab nak letak barang2 baby nanti kan?

So, plan to buy it on Parenthood Expo kat MidValley this coming July.
And, bad news, masa tue I maybe dalam pantang.
Kalau masih tak dibenarkan keluar, encik so-army kena pegi sorang (itupun kalau dia ada lagi kat KL) or I nak mintak tolong jugak mommies or M2B belikan. HAHAHA. Boleh?

 

*CLICK HERE for more info about the Expo*


 
Ohh yer, sebelum ada yg bertanya, list-list keperluan baby nie, I boleh bagi kat u alls kalau nak dalam format Excell :)

Just email me : honey_gal85@yahoo.com


............................


 
Dear baby sayang,

Papa + Mama dah buat yang terbaik untuk penuhi semua keperluan kamu.
Kami sayang  kamu dan tak sabar nak jumpa kamu :)
Buat masa nie, duduk diam-diam dalam perut Mama ye sayang!
Selamat bersukan dan beraktiviti dengan jayanya, sebab Mama pasti merindui saat-saat itu nanti!
Keluar bila dah tiba masanya nanti okey?
Sayang kamu :)
 ............................
 
BisikChenta: Barang keperluan ke hospital esoklah I update! :)

Wednesday, June 15, 2011

# Pregnancy: Shopping Barang Baby

Salam. Hai semua :)

Ohmaiiigod, mesti ramai mommy-to-be eksited pasal shopping2 barang baby nie kan?
Dalam eksited tue, kena beringat lah, checklist barang si baby dah macam checklist mak-ayah dia masa nak kawen tau. Gilaa panjaannggggg! (saje tulis banyak 'G' bagi propa sket, haha)

*Tq cik Google*

I memang ade checklist barang2 keperluan baby nie, sejak cingkuling 10weeks lagi. Tapi, macam biasalah kan, takkan hari2 nak dok ngadap checklist. Lagipun orang tua2 pun ade pesan, Jangan happy sangat awal2. Jangan dok girang sangat nak beli itu ini. Kalau ape2 buruk berlaku, mau meroyan tengok barang-barang baby tue nanti. Lama-lama I pun sedikit terlupe pasal checklist, sehinggalah I tengok masing-masing mommy-to-be kat belog dok update beli barang itu, beli barang ini. *Gulp* Baru I tersentap dari lamunan. Alamak, dah kena beli ke? Alamak, ape nak beli dulu? Alamak, alamak, dan alamakkkk ;p


Seriously, I dan encik so-army baru terpikir nak beli barang baby setelah usia cingkuling dalam perut, 30weeks (7bulan lebih). Waktu tue sebelum & selepas balik dari konvo-moon. Itu pun sebab ada kengkawan yang dah pesan2 "Eh, jangan lupa standby barang baby & mak-nye dalam kereta, in-case ape2 nanti, benda dah ade" *errrkk* Waktu tue, I dengan si papa cingkuling, macam buat dunno. Tapi bila berchit-chat dengan roomate I sebelum tido...


Roomate: Yang, kita tak nak standby beli apa2 ke barang baby ke, barang mama baby ke? In-case apa2 jadi kat sini (kat Sarawak) benda dah ade.
I : Ohh, kena standby kat sini ke?
Roomate: Abis tue, kalau ape2 jadi kat sini, takkan tengah2 malam B nak pegi cari sume benda2 tok-mak-nenek tue? Bukan kita mintak, tapi just preparation je.
I : Errr, kena ek? Ingat nak prepare kat sana je (kat KL). Kat sini sume barang mahal lah :( Tak banyak choice pulak tue! *puffftt*
Roomate: Hishh, tak bolehlah camtue. Kena beli jugak, at least yg basic2 pun jadilah. Esok kita pegi cariklah yer? (kebetulan esok tue Sabtu!)
I : Ok, mok! I pollow yuuu :)
*dalam hati* Yesss! shopping!).


Hohoho. Maka, episode cari barang2 basic bermula. I ulang, barang2 basic yer! I siap telepon mama, tanye, apekah barang2 basic yg perlu ada untuk baby. Pastu siap print out 2-3 checklist, nak comparekan. Sebab macam tak konfiden tengok checklist sendiri panjang sangat! Hambik kau! Dan sekali lagi diulangi, kami hanya mencari barang2 basic.


Patutlah sume M2B suke shopping barang baby, semuanya kiut-miut! Walaupun Sarawak takde banyak mall dan tak banyak sangat pilihan, I tetap cakap semua yang I jumpa comel. Harus rambang mata! Tapi, "Stick to the plan". BELI BARANG BASIC. Dan, sila lihat checlist, kalau keperluan 2pasang, beli 3pasang boleh tahan lagi (alasan 1set boleh diterima!), tapi kalau dalam list 2pasang, sekali bayar 8pasang, itu bukan basic laggi kak oiiii. Nasib baik bab nie, I boleh kawal, dan selalu usha checklist baby :)


Alhamdulillah, sehingga sekarang, I rasa I dah cukup prepare barang-barang untuk newborn. Kalau ada pun a few je, itu pun rase-rasenya macam belum diperlukan seawal 1-2bulan nanti. Plus, nantikan ade auntie2-uncle2 nak datang bagi hadiah lagi :p HEHE. Cuma si Mama tengah usha benda-benda mahal sket pulak nie. Breastpump, stroller, bottles :D


Ohh yer, walaupun kami dah scan, and doctor dah confirmkan cingkuling adalah gegirl, kami tak beli banyak sangat Pink kaler pun. Campur2 aje, asalkan comel dan material sesuai lah dgn newborn.


So, M2B yang lain, macam mana dengan persiapan anda? Shopping sakan? Banyak mane dah berhabis especially first baby? Meh citer sket. I nak update Checkist Barang Baby and Checklist Keperluan ke Hospital. Tapi tak sempat lagi nak abiskan. Tengok kat sidebar tue pun tak berapa update, lompong2 lagi. Nantilah I update okey!

[ Sayangku cingkuling, Mama tahu kamu aktif seperti gambar ini ]

Oh yer, seriously, sekarang ni boleh kata setiap hari I boleh nampak kaki @ siku @ lutut si baby terbonjol. 
Ntah ape aktiviti dia kat dalam tue :)
Wonderful moment, Subhanallah!




BisikChenta: Beg Keperluan Baby & Mama dah ready! :)

# Wordless Wednesday - ME!

Gaya lama dan baru!
HAHAHAHAHAHAHA :D





BisikChenta: Terbayangkan my junior Lil' Chenta beraksi ;p Mama tak sabar nak jumpa kamu sayang! :)

Tuesday, June 14, 2011

# Info: Pentingnya Mandi Selepas Bersalin (Wiladah & Nifas)

Salam :) Hai semua.

M.A.N.D.I !
Ibu-ibu mengandung mesti suka bila cakap pasal mandi nie. Haha. Silalah faham bahawa bila situasi "Ada roti dalam oven" mommy-to-be mesti akan rasa panas, belengas, rimas, melekit. Asyik nak mandi je. Kalau duduk rumah pulak rasa nak pakai 2-piece je. HAHA. Ini serius!!

Gambar sedikit sexay! Ampun!

So, bercakap pasal mandi, I nak share sedikit info pasal mandi yang berkaitan dengan bersalin. Mandi selepas bersalin. Dah lama sebenarnya nak share perkara nie. Alhamdulillah, suami I dulu SMKA (macam tak percaya! hehe), dia sedikit sebanyak bimbing dan bantu I. I tak cakap dia tahu semua benda, dia pun belajar jugak. Dia jugalah yang cari info untuk menyokong fakta berkaitan mandi selepas bersalin ni, siap dah savekan link2 berkaitan lagi (Ailebiu Hubby!) Cuma baru sekarang berkesempatan nak share.


I sendiri ingat-ingat lupa dan a bit confused tentang hal ini. Almaklumlah, ilmu agama tidaklah sebanyak mana. Ingat2 lupa ape yang ustaz dan ustazah ajar masa sekolah dulu. Tue lah dulu tak concentrate belajar, dah tua baru terkayak2. Tapi seingat I, ada DUA KALI mandi untuk para wanita/ibu yang melahirkan @ bersalin, iaitu mandi WILADAH dan mandi kerana NIFAS.


Apa itu MANDI WILADAH?

FYI, mandi ini bukan mandi after darah nifas kering tau,tapi mandi selepas bersalin. Mandi ini dinamakan mandi Wiladah. Wiladah ialah darah yang keluar mengiringi bayi dari kandungan ibunya. Ia juga bermaksud kelahiran anak termasuklah keguguran (sekalipun hanya berupa segumpal darah atau segumpal daging).

Sebagai peringatan, berikut adalah perkara wajib mandi hadas besar (bagi perempuan):
1. Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Berjimak



Percaya atau tidak, perkara penting inilah yang most of women/mommy-to-be confused, dan bile dah konpius dan takde jawapan ade yang ignored. Ramai yang tak tahu pasal mandi after deliver nie. A few akak2 & kawan2 berpengalaman yang I tanya, berapa kali diorang mandi selepas bersalin, lebih separuh menjawab SEKALI sahaja, iaitu mandi setelah darah nifas kering. Bila I tanya/cakap, "Eh, bukan kena 2x mandi kelepas bersalin?", kebanyakkan jawapan yang I terima lebih kurang @ sewaktu dengan jawapan di bawah:
  • "Berapa kali nak mandi daa..? Sekali je la mek, lepas ko punye darah nifas kering"
  • "Haihh, akak sepanjang pantang mandi boleh dikira. Mandi yg wajib lepas abis darah lah"
  • "Mak aku tak bagi aku selalu mandi sangat, sejuk katanya. Nanti badan masuk angin"

I tak cakap statement mereka salah, dan I tak cakap I betul. Mungkin mereka juga ada nas-nas atau dalil yang menyokong. I pun masih belajar dan sama-sama belajar, baiki diri, topup2 mana ilmu yang kurang. Ilmu yang kita ada, harus dimanfaatkan dan dikongsikan bersama. Sharing is caring kan? Melalui info-info yang I perolehi dan melalui bacaan, ada yang bersetuju mandi SEKALI sahaja selepas bersalin dan ada juga yang berkata DUA KALI.


Mana satu nie, SEKALI atau DUA KALI mandi selepas bersalin?

Berikut adalah beberapa info yang I dapat dari sumber-sumber tertentu.

Pada dasarnya, semua perkara yang berkaitan dengan membersihkan diri (seperti mandi, memotong kuku) adalah Sunat. Begitu juga dengan istilah mandi wiladah ni yang dikaitkan dengan mandi selepas bersalin. Walaupun sesetengah orang berkata ia adalah sunat yang sangat dituntut (sunat ab'ad), tetapi ia masih jatuh kepada sunat. Jika dilakukan mendapat pahala tetapi jika tidak, tidak pula dia berdosa, kerana mandi wiladah tak membolehkan dia tercapai hasrat untuk membolehkan melakukan ibadah.


Yang jatuh Wajib adalah mandi hadas besar/wajib (mandi selepas nifas sekurang-kurangnya selepas kering darah nifasnya atau selebih2nya 60 hari), kerana ia menyucikan diri untuk membolehkannya melakukan ibadah. Mandi hendaklah didahului dengan niat dan hendaklah dipastikan air itu air mutlak dan sampai air itu ke seluruh bahagian termasuk rongga.

 Sumber dan Rujukan:

Menurut mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya); 
  • Wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia wajib mandi jika ditakdirkan tiada darah nifas yang keluar. Ini kerana anak atau janin tersebut adalah asalnya dari air mani yang telah menjadi kanak-kanak. Keluarnya anak atau janin dari faraj dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya, maka wajiblah mandi. 
  • Namun jika ada darah nifas yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya tertakluk dengan hukum wanita yang kedatangan nifas dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi.
Namun mengikut mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat lain dari Imam Ahmad;
  • Wiladah tidak mewajibkan mandi kerana tidak ada dalil yang menegaskannya.
  • Berkata Imam Ibnu Qudamah (salah seorang ulamak mazhab Hanbali) dalam kitabnya al-Mughni; “Yang soheh ialah tidak wajib mandi ke atas wanita dengan sebab wiladah, kerana suatu kewajipan hanya sabit dengan nas (dalil) Syarak. Dalam masalah wiladah ini tidak ada nas Syarak yang mewajibkan mandi dan juga tidak ada pengertiannya dalam nas. Ini kerana bayi yang dilahirkan bukanlah darah dan bukan juga mani, sedangkan yang terdapat di dalam nas (dalil) Syarak; perkara yang mewajibkan mandi ialah dua sebab yakni keluar darah dan keluar mani)

Sumber dan Rujukan:
1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawai
2. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah
3. Al-Fiqh al-Manhaji, Dr. Mustafa al-Khin dan Dr. Mudtafa al-Bugha


Tiada dalil mengenai mandi wiladah. Menurut fatwa Indonesia wiladah ialah wanita bersalin tanpa nifas dan Nifas ialah darah yg keluar sesudah kosongnya rahim wanita bersalin.

Pada dasarnya, mandi wiladah ini hanya hadir dalam mazhab Syafi'e. Ini perkara khilaf. Jumhur hanya mewajibkan mandi disebabkan nifas. Perkara ni banyak kekeliruan berlaku di kalangan orang Melayu. Kalau seseorang tu ada darah nifas, maka tak perlu dia mandi wiladah selepas bersalin tersebut, melainkan memadai untuk dia mandi sekali sahaja selepas darah nifasnya berhenti. Mandi sebelum darah nifas berhenti tidak mengangkat hadas besar tersebut.


Yang dikatakan mandi wiladah tu, adalah apabila seseorang itu bersalin, atau keguguran, tanpa kehadiran darah nifas. Contoh macam Sayyidatina Fatimah yg tak berdarah nifas. Maka dalam kes ini, mereka perlu mandi wiladah selepas mereka bersalin.

Tujuan mandi adalah utk membersihkan diri dan membolehkan kita bersolat. Selepas mandi nifas, boleh bersolat spt yg disebut dlm hadith. Jadi, apa keperluan mandi wiladah jika masih tidak boleh beribadat (puasa, solat) sehingga menunggu keringnya Nifas?

Sumber & Rujukan:
Mesra.net
Ahkam at-Toharah, Dr. Abdul-Karim Zaidan

Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah:
  • wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah). 
  •  perempuan yang mengalami keguguran anak, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).

Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut (Caesar) untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.


Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu 15 hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama 15 atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.



Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu 40 hari / 40 malam atau maksima selama 60 hari / 60 malam. 


Sumber & Rujukan:
www.geocities.com/ibudanbayi/petua_hamil.htm

ULASAN?

Mengikut pengalaman mama + mak mertua, diorang pun cakap mandi je DUA KALI, after deliver dan after berhenti darah nifas.

REASON?

1. Jika ditakdirkan ajal menjemput sebelum darah nifas kita kering, sekurang-kurangnya kita sudah berada di dalam keadaan bersuci.

2.  Mandi selepas bersalin dapat menyegarkan badan dan bersihkan badan dari daki2. Yang ni memang I ade baca, tak ingat pulak link dia. Ramai yang bagitau, lepas bersalin daki2 banyak. Jadi secara takl angsung leh bersihkan badan, dan elakkan badan bau busyuk! Takde alasan sejuk la, angin la. Zaman dah moden, ade water heater kan. Kalau takde pun, masak la air, mandi air suam.



Dear mommies yang berpengalaman and lebih arif, tolong betulkan jika I salah yer.
Kepada yang dah tahu, Alhamdullilah,
Kepada yang belum tahu, sama-sama kita beramal dan menyampaikan.
ILLALLIQA WASSALAMAH





BisikChenta: Banyak lagi ilmu Allah yang masih tak tercapai dijangkauan! Masya-Allah.

Monday, June 13, 2011

# Pregnancy: 35 weeks - Urine test!

Selamat pagi Isnin!
Monday blues huh?
I tak kerja pun rase blues. Hahaha.

Gulppp! 35 weeks dah.
Alhamdulillah.
Tetapi ada sedikit kerisauan di situ.
Haiyyyo, sape tak nervous, first baby kot!

Ohh, hari nie kena ke HUKM.
Ade repeat urine test.
Ada darah dalam urine katanya.
Ntah I pun tak paham camne leh ade darah.
Nanti balik kang I cite lah, lepas interview doctor :)

Selamat bekerja peeps!
And, selamat kembali ke sekolah budak2 sekolah & cekgu2!

BisikChenta: Mahu shopping stok makanan. Stok di rumah telah dihabiskan oleh mak buyong yang kuat makan :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...