Monday, January 31, 2011

# I'm Coming Home



Hai semua!! Selamat Hari Isnin!
 
 
Sebelum terlupa congrets kepada amelyn yang selesai sudeh reception rizal's side
dan an yang dah selamat join kelab wifey :D
Ermm, jelesnya tak dapat nak gather2 dgn BBF pegi wedding diorang nie.
Nanti sape pegi sila upload gambar banyak2 hokey!
 
 
Ohh, I'm in a good mood :D
Today is the day! Penat counting days!
Now, kat office, setelkan beberapa keje.
Pastu nak chow.
HEA kata, kalau student takde, 4jam je min ade kat office.
Boleh la blah kan? HAHAHA.
Tak bagi pun, nak blah jugak. Dulik ahh!

Flight I kul 2 hari nie.
Bakal terbang dengan Firefly




 
1st time nie I nak nak Firefly.
Yelah Firefly dari KL - Kuching & KL - KK kan baru launch hari tue.

Ohh, sungguh tak sabar nak touch-down KL.
Macam2 benda nak buat.
Shopping, pegi carik makanan yang I teringin nak makan,
Berhibur hilangkan stress dll :)
Paling penting nak jumpe encik so-army & family
Ohh, tibe2 hari nie baru nak rase homesick!
HAHA.

Okey, jadi doakan I selamat sampai di KL okeh.
Update seterusnya InsyAllah kalau rajin & jadual tak pack!
Dozzeeeeeeenn of things in my To-DO-List yang nak kena buat :D

Till Then peeps!


*Source: fireflyz.com*



 
BisikChenta: Macam takde mood langsung nak buat kerja. Cepatlah kul12! :D

Sunday, January 30, 2011

# Pregnancy: Hair Makeover

Hai semua. Dah tido ke? I update belog malam baru best sebab line laju sket. Kalau tak lembab tul.

Pagi tadi I dok kemas rumah, buat laundry, iron baju, basuh kereta, kemas dapur dan kerja2 biasa surirumah. Macam rindu zaman belajar, jadi surirumah, hari2 kemas rumah, kemas bilik, kemas meja, kemas rak buku, sampai tak tau ape nak kemas lagi. HAHA.

Lepas dah penat buat kerja rumah, terasa macam tiba-tiba je nak pegi saloon, sebagai reward kepada diri sendiri. Pastu terpikir pulak yang I kan nak balik KL, ape salahnya buat suprised kan? (Padahal laki I dah tau I nak pegi saloon!) Haruslah kan, kena mintak izin encik so-army walaupun jauh2 kan :)

Mula-mula plan nak pegi wash + cut je. Rambut dah gile panjang tak trim, dah sampai pinggang kot. Pastu bila sampai dah kena seduced dgn junior hairstylist tue, I up sket buat treatment. Pastu kena hasut lagi dan lagi.

Akhirnya............

Rambut lurus panjang ala-ala Hillary Duff & Miley Cyrus
(tapi tak lah blonde ok!)


 Bertukar menjadi.........
.
.
.
.
.
.
.
.

Taraaaaaaa...


 Tiba-tiba jadi medium curly cam Madeline Zima nie.
Magic tak? I pun tak tau tiba2 I hilang ingatan macam mane rambut I leh jadi camni.
HEHEHEHE.

Dan, siap ade tambahan,
Beli moisturizing curl serum.

Suggested brand by hairstylist: Small Talk BED HEAD by TIGI
Yelah kan, serum straight hair tak same ngan curl :D
ALASANNN!! ;p


Ohh, saloon ni kat Kota Sentosa, Samarahan. 
Harga berpatutan, service bagus. 
I rase service same je ngan APT Saloon.
Staff peramah dan paling best, ada massage shoulder-to-head = 30 mins. FREE!
Wahh, melayang je rasa.
Tapi yang tak bestnya pegi time preggy ialah, cepat sakit belakang la.
Plus kena duduk posisi betul, supaya perut tak senak.
Tapi so far okey je. Bau chemical tu takdelah teruk sgt sebab I cam dah biasa kot.
So u alls, bila nak pegi saloon? Best woo! 
Lagi2 sape dah lame tak pegi sebab busy preparation itu ini.


Okeh, mahu tidur.
Nite everyone :D



BisikChenta: Tak sabar nak tayang rambut kat laki :)

Friday, January 28, 2011

# Pregnancy: Supplement Ibu Mengandung

Wahh. Rindu kat belog dan kamu semua. Esok start mid-term break. Jadi hari nie rileks sket la. Sebab tu boleh nak update nie! :D

So far now, baby dah  masuk 16weeks. Dah 3bulan lebih. Alhamdulillah, takda ape yang pelik2 I alami. Baby memahami mama kan? Good! I'm proud of u baby! Papa too. As for now, I'm counting the days to touch-down in KL soon. 2 days to go! Weeeiihaa! :)

Balik kepada tajuk! Bercakap pasal supplement dan ubat-ubatan sangat men'scary'kan untuk orang yang sangat benci ubat dan benci ke klinik macam I. Serius, selalu bila Mama I or hubby I suruh makan ubat, I akan cakap "Rasanya macam nak lagi demam je kalau makan ubat nie!" Padahal alasan sebab tak nak makan tahi lipas tue. HAHA. I panggil ubat2 tahi lipas sebab ubat selalu besar2 macam tue.

Erm, tapi since last 2 months, I dah belaja2 makan ubat daily. Hambik kau! Daily terus. Yelah, demi baby tersayang, mama sanggup! Janji baby sehat kan?

So, hari ni I nak share sket supplement untuk mommy-to-be. Eceh,ecechehh. Nak share pasal preggy2 kau. Macam segan je. HAHAHA. Bajet dah mak-mak bagi petua kat anak2, do's and dont's.

I would glad to share supplement intakes untuk preggy-women, dari mula I tahu I pregnant sampai sekarang. For me, ini my opinion, berdasarkan pengetahuan I , experience sendiri dan knowledge sharing from kawan2 yang ade experience and of course guidance dari doctor and pharmacist. Jika ada salah facts, sila betulkan okeh!

Asid Folik (Folic Acid)


Ini basic daily supplement untuk support fetus development. Ada yang cakap kalau plan nak pregnant pun dah boleh start ambil (for 2months before plan nak pregnant). I start makan bila dah confirm pregnant lebih kurang mase minggu ke-3 camtu laa.

Ada macam2 brand folic acid yang boleh didapati kat farmasi2 seluruh negara. Ada packing dalam 1 papan je, ade yg 1 kotak. U'll find many brand outside there and pharmacist normally will suggest u the best, but u alls yg nak keluar duit dan nak makan, so terpulang! Range harga berbeza2 depends on brand and tablets, ade yg RM2 sepapan, ada yang sekotak below RM10, ada jugak yg berpuloh2 hengget. Mak, tak mampu la nak beli mahal2 nokkk! Beli yang below RM10 je sudeh!


Dosage: Atas nasihat doctor, tak boleh lebih 5mg/per day = 1 tablet per day!
Variation Brand: Appeton, Upha, Hovid dll.
My Coice: HOVID, 100 tablets (1 box)
Price: RM9/per box
Duration intake: Awal pregnancy week - 8/9 weeks 

Obimin


Bila baby dah membesar sedikit, iaitu lebih kurang minggu ke-9/ke-10, I start kena paksa makan Obimin. Yang nie memang size dia besar (bagi I la!). Ada yang kate, bila dah lepas 1st trimester tak payah makan Obimin sebab nanti takut baby lahir besar. Yang ni tak sure, kena tanya doctor u alls. So far I terpaksa makan je :)

Obimin mengandungi Iron, Vitamins (A,B6,B12,C,D,B5), Asid Folik, Kalsium, Zat Besi, Iodin. Sila lihat ada perkataan "Asid Folik" di situ. Jadi, dinasihatkan, jika dah start ambil Obimin tak payah amik AF sebab nanti overdose pulak kan. Obimin mudah didapati di semua farmasi, packaging size 30tablets or 100tablets.

Dosage: 1 tablet/day
Price: 30 tablets = RM 19++, 100tablets = 43++ (ikut pharmacy)
Duration Intake: 8-9weeks sampai 1st trimester or sampai bersalin.


NeuroGainPB


NeuroGain ni sebenarnya types of Fish Oil. Neurogain nie bagus utk perkembangan otak baby, 'cell development' katanye :) Recommended dari awal pregnancy sampai bersalin even kalau breastfeed pun boleh.

Know wut, PB stands for Pregnant & Breastfeed. So sebab tu sgt  bagus untuk baby n mama baby. Ade yg cakap, baby akan active tau kalau kita amalkan makan NeuroGain. Yang tue I tak sure. Kena tanya yang ade experience lebih sket! :)

I tak start makan lagi this Neurogain. Ingat balik KL minggu depan nak pegi beli. So, dlm minggu depan (17 weeks) I try start makan di samping Obimin (kot!). Siap ade kot sebab takut, tak leh accept makan ubat banyak2. Erghh! Help me please!!

*source: Googles*

Dosage: 1 tablet/day (at meal time sebab better untuk penghadaman)
Price: 30 tablets = RM 60++
Duration Intake: Awal pregnancy - deliver - breastfeed



Susu / Milk


Ohh wow! Minum susu juga macam satu disaster untuk I. Tekak I takleh terima ape jenis susu (susu tepung, kotak, low-fat etc) kecuali susu pekat mains. HAHAHA. Mesti u all cakap I cerewet. Serious, I minum susu ibu cukup 2tahun dan kemudian dah loya nak minum susu. Selalu mintak milo dan teh saje.

Now, bila dah minum susu dan belajar2 ke tempat susu, barulah tahu susu formula mahal okeh. Gugugaga. Kena bajet nie untuk baby. I minum Anmum perisa coklat. Itupun I rase tak cukup rase coklat macam hot chocolate. Boleh tak? still rase susu lagi. Wekkk. First time minum, I muntah balik, bazir jer. Huhu. Lepas tu ada yg ajar suruh bancuh pekat2 supaya tak rase sgt n kuantiti sikit. Alhamdulillah, now boleh la jugak terima, tapi still loya jugak kadang2. :p


Anmum Materna ade Gangliocside, DHA and Folate yang membantu perkembangan otak bayi seawal 27hari. dah macam iklan Anmum pulak buat ayat standard nie. Selain tue, ade jugak kalsium, iron untuk ibu. Biasanya, bace instruction, diorang suruh buat 4scoop sekali minum. Tapi sebab nak jimat, I buat 3scoop je. Yelah, 1 kotak kecik ni tahan seminggu je kalau betul2 ikut schedule minum macam I. HAHAHA. Gila kalau tak ikut schedule. Laki I call/msg tiap2 malam suruh minum & makan ubat! Takleh lari wehhh.

Macam u alls tahu, macam2 brand susu ibu mengandung ni kat pasaraya. Harga pun beza. Jadi tepok poket, bajet sendiri! HEHE.

*Tips: Kalau tak biasa minum, mintak sample dulu dari SA. Biasanya diorg memang provide sample. Or daftar kat website berkenaan, tapi lambat la nak dapatnya kan. I mintak sket sample dari kawan2 n mintak kat pasaraya je. Kadang2 ada yg tak nak bagi. Tak nak bagi takpe, jalan je, cari kat tempat lain :D


Sugesstion Intake: 2kali/sehari = 4scoop sekali minum
Variation Brand: EnfaMama, MamilMama, Anmum Materna
My Coice: Anmum Materna (Chocolate)
Price: 650g = RM 32++, 350 = RM20++
Duration intake: Awal pregnancy hingga bersalin.


***************************************
So far, nie je yang I amalkan/bakal amalkan sepanjang2 mengandung nie. Nanti kalau ade penambahan I update lagi yer! Harap2 dapat membantu bakal mommy yg sekapal dengan I.

Okey, rase lega dan bangga dapat update blog. Lagi2 pasal pregnancy nie. HEHEHE. Later I share benda lain pulak okey. Take care u alls :D Happy weekend!!






BisikChenta: Hati melonjak pikir nak balik. Hati dah ade kat KL! Cepatkan masa boleh?

Wednesday, January 19, 2011

# Demam Jarak Jauh



Hye semua. Apekah khabar berita dari semenanjung?
Wahh, ayat bajet macam duduk kat London. HAHAHA
Update laju2 nieh!
Pagi tadi I sempat blogwalking sebelum pegi kelas. 
Sempat drop comment kat beberapa blog kamu2. 
Tapi ade yang tak sempat nak komen, sempat baca je. 
Dun worry, I menyepi bukan bererti I tak bace blog u alls okeh!
Kepada yang email and PM kat FB pasal macam benda nanti I reply eh.
Ambil masa untuk menyesuaian diri dan mencari masa untuk update blog.

*************


 

*source: Google*


 
Hari nie encik so-army DEMAM.
Err dari semalam lagi sebenarnya.
Kesian dia. Sapa urut dia? Sapa picit kepala dia? Sapa masak bubur?
Ermm, nasib baik Mama I ade tolong tengok2kan.
Alahai, tiba2 rase sebak.
Sebab di saat2 begini I takde di sisi dia untuk menjaga dia!
T_T 
Dan, tiba2 I pun rasa yang sama.
Nak demam. Selsema dah melanda nie.
Harap2 tak demam sebab I kalau demam memang tahap dewa la teruk.
Sapa nak jaga? Jaga diri sendiri lah! :(
Semoga kami sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Amin.

*************
 
Okeh, later I update yer.
Ingat nak update pasal keadaan kat sini.
Or nak update pasal pregnancy.
Akan difikirkan.
Till then peeps.
Love u all :)
 
 
BisikChenta: Semoga kamu, baik-baik sayang! :)

Monday, January 10, 2011

# Bila Kerinduan


Bila Rindu, terkenangmu sayang, kurasa sayu!!
YESS!
Sayu. Sebak. Sedih.
Itu perasaan sejak semalam.
.
.
.
.
.
.
Semalam,
Si suami sudah pulang ke Semenanjung.
Si isteri bersendirian di bumi Kenyalang.
Sessi menghantar si suami di airport nampak bersahaja.
Macam tiada apa2 kecuali saat berpelukan.
Air mata? Tak usah tanya!!
Pulang ke rumah?
Si isteri mengadu kepada bantal sebagai ganti bahu si suami.
.
.
.
.
.

Perasaan?
Tak tergambar dengan kata-kata.
Semoga si isteri & si suami tabah mengharungi semua ini.
.
.
.
.

Kuatkah si isteri? Tabah ke si isteri?
Sekuat mana pun, setabah mana pun,
Mesti akan terkenang juga.
Pasti akan terasa juga kehilangan bila berjauhan.
.
.
.
.
.

Untuk si baby,
Sama-sama kita harungi dugaan ini yer.
Mama tau baby kuat macam mama.
Mama tak kuat sangat, tapi bila ade baby mama jadi lebih kuat.
Sama-sama kita doa papa dapat duduk dengan kita nanti yer.
Mama & Papa sayang baby!
.
.
.
.

Untuk si suami,
Maaf kerana tidak akan berada di sisi menjaga makan minum,
Menyiapkan pakaian kerja seperti selalu,
Menemani tidur di malam sepi,
Menjadi makmum di waktu solat,
Menjadi teman bergaduh & bermanja setiap hari.
Menghadiahkan ciuman setiap pagi dan pulang bekerja.
Si isteri sudah merindukan suasana itu! :(
Namun, si isteri berharap supaya si suami juga tabah.
Si isteri tahu, si suami juga berat nak melepaskan si isteri seorang diri di sini.
Kita doa supaya dipermudahkan semuanya.
Dan semoga si suami  beroleh rezeki untuk berkerja di sini.
Ini dugaan Allah untuk kita kan?
Dugaan yang mungkin menghadiahkan sesuatu nanti. 
InsyaAllah :)
.
.
.
.
.

Empangan air mata runtuh lagi.
Sungguh, si isteri belum boleh menabahkan hati lagi.
Semoga semuanya lebih baik selepas ini.
Mencari masa dan ketika untuk menjadi lebih kuat.



Bingkisan sayang dari jauh dari si isteri yang merindui si suami :)


BisikChenta: Malam ini, kusendiri, Tak ada yang menemani, Seperti malam yang sudah2. T_T

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...