Monday, December 27, 2010

Working Life Begin - HELLO SARAWAK!

Hye semua. Rindu I tak? Wahh, tak menahannn! 
Bajet Diva orang nak rindu2 aku. HAHAHA.
Eh, lame gila tak update belog. 
Tapi sempat main game kat FB, bina bandar, 
Pastu curik tanaman Yaya, kutip duit kat bandar Acik, 
Pastu dah abis tenaga, main game lain pulak. Itu jelah keje I, kalau takde keje.


 Okey, cukup mengarut. Takkan update, nak cerita pasal main game je.

Berbalik pada tajuk. Dah nak nangis dah ni kalau cakap pasal pindah.
Sobs. Sobs. Sobs. T_T
Sebelum ni tak ramai tau pun, sape2 yg rapat ngan I adelah PM.
Tue pun I suruh senyap2 dulu. Malas nak kecoh2 la.
Nanti ade orang cakap propa pulak, pindah je pun, bukan nak pegi mane :D


 
 Okey, dengan ini, I nak announce secara rasminya,
Mulai esok, I akan berpindah ke.......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Yes, Kuching, Sarawak.
Dan akan mula bertugas di UiTM Kota Samarahan pada awal Januari.

Jangan tanya ape perasaan I?
Nak duduk jauh dengan family, FIL and paling tak tahan jauh ngan Hubby.
YES, kami akan ber-PJJ buat seketika.
Encik so-army belum dapat tukar @ mintak keje area Kuching.
So, I akan berseorangan buat seketika.
Seketika tu tak tau berapa lama.
Seminggu? 2 minggu? Sebulan? Berbulan2?
Kalau ade sape2 yang ade kengkawan, BF, hubby yg kat Sarawak,
Ada vacant kerja line engineering, inform ehh? :)
Kool kan I? Ayat bajet tenang je, tapi dalam hati berkocak-kocakkan :(
Ape2pun, doakan I selamat di sana yer.
Kalau ade yg nak datang Sarawak, berhoneymoon, roger2 lah I okeh :D
Baby dah masuk 3 bulan, Alhamdulillah :)
Blog dah berusia 2 tahun, Tahniah :)


 Ampunnnn kepada sayang Lynda, tak dapat nak attend wedding kau 1.1.11 nanti.
Sedih mekkk :(
Juga kepada blogger2 yang bakal berkahwin.
Kalau nak anta kad, boleh aje, cuma kehadiran I tue, 
Tak boleh nak diharap sangat. Ade rezeki kita jumpa okeh :)
OHH, lupa nak congrets Moose. Selamat Perantin Baru Moose & Mr H.
Semoga bahagia ke akhir hayat.
Okeylah, nak sambung mengemas barang yang tertinggal nie.
InsyaAllah, update seterusnya Live dari Kuching, Sarawak :D
Selamat Tahun Baru in advanced!
Babai Semenanjung! :)


BisikChenta: Tak tahu ape sebenarnya perasaan sekarang!!

Wednesday, December 15, 2010

Love: Official 1st Anniversary Video

Wordless Wednesday? Not so wordless laa.
 
Just wanna share video post-wedding kami yang dapat FREE tue. HAHAHA. Besarkan perkataan free supaya orang tak tanya harga nak buat post wedding ni nanti.Gelak2 I tengok video nie sorang2.Pelakon-nya ntah ape2, tak professional langsung! :D
 
Terima kasih dan Tahniah kepada Mr Videographer dari Kazoku Studio, Kusyairi Mustafa & Assistant Rashidi :D Encik Kulat first time nak buat video post-wedding nie. Dan kami membantu menjayakan misi tersebut dengan jayanya. Jaya ke? Nak lawan CST memang takde lah kan. Cuma bekerja dengan mereka berdua adalah sangat tak stress walaupun ibu mengandung kena berjalan nak ke stesyen monorail & beraksi di tengah2 Bukit Bintang.

Kami bukan pelakon extra, bukan juga pelakon professional, jauh sekali la menang award kan? Lakonan yang macam over ke, ape ke, adalah di luar jangkaan, sebab kadang2 kami pun tak perasan aksi kami tengah dirakam. Tapi kami memberikan yg terbaik semampu yang terdaya untuk menghasilkan video ini.
 
 Yang penting kami enjoy, kami gembira dan paling penting ade video sempena 1st Anniversary. HAHAHA. sape nak bagi free kan?

Layaaaaaannnnnnnnnnnn!! :D






BisikChenta: Bukan senang nak berlakon jadi pelakon :)

Tuesday, December 14, 2010

Celebration: 1st Anniversary Dinner @ Bubba Gump, Sunway Pyramid

Haiii. Dah seminggu lebih berlalu.
Baru sekarang nak update!

5 Disember 2010.
Pada hari itu genap umur I, 25 tahun
Dan genap setahun usia perkahwinan I & encik so-army.
Wahh, pejam-celik dah setahun nyahhh!

Hadiah paling hebat ialah ciuman & wish di pagi hari oleh suami terchenta.
Terharu I! TAK PERLU hadiah utk tunjukkan kasih sayang okey!
Adegan selepas itu adalah 18SX, tak lepas nak ditayangkan kat Malaysia,
Apetah lagi blog I nie :D

 *************************

As I said, I pun tak plan dan tak mengharapkan sebarang hadiah.
Ape lagi suprised dari encik so-army.
Di pihak I pulak, takde yang hebat.
I plan bagi kad & hadiah picisan sahajo.


Kad itu DIY 2-hari sebelumnya. Gigih menggulung! :)

Hadiah? Hadiah tu biasa2 ajer.
Encik so-army suka gilooooo! Dia dengan semangat nak bukak hadiah!
Tak menyabar betol laki I nie :D

Sila lihat babak bukak hadiah! Main koyak jer. Penat I balut lawa2!

 
 Itu dia DKNY Be Delicious Men :D

Kenapa I bagi perfume?
Sebab laki I busyuk masyamm. HAHAHA.
Takdo lah, I bagi sebab kesian dia takde perfume baru.
Masa kereta kena pecah lepas raya hari tue,
Si perompak rembat sekali perfume kitorang. HAMPEH!

Tapi, I ade jugak perfume spare, encik so-army takde.
Pakai miniature and perfume Body Shop yg lama tue.
Oleh kerana itu, I pun belikan la yg baru.
Chukee tak cayanggg?

 *************************

Selepas itu, kami sempat pegi 2 kenduri kawen.
Then, encik so-army ajak dinner luar sebab dia kate segan I bagi dia prezen,
Dia tak balas ape2. Alalala, comelnya.
I ikut aje mane dia nak bawak! :)

Destinasi chenta kami ke Sunway Pyramid!
.
.
.

.
.
.
.

Ohh lalalala. Mane dia tau I teringin nak makan kat Bubba Gump?
Gugugaga.. Ailebiuu la sayang! :)

   Jom dinner! :)


 Run Forrest Run, dialog awek Forrest Gump!
 Kalau nak suruh orang amik order, flip Stop Forest Stop!

 
   Mamat ni tengah kusyuk layan cite Forrest Gump sebab dia cakap tak penah tengok!
Kesiannya lah laki aku nie :p
 

   Mengambil kesempatan! :)


   Our foods & drinks for the special day!
Drinks: Run Forrest Run & Speckeled Lemonade
Appetizer: Cajun Shrmp with Garlic Bread


  Yummmyyyyy!!
For me: Crazy Cajun Chicken served with mashed potato & seasonal veggie
For him: Lt Dan's BBQ Rib & Chicken Combo
 
 Nak jugak adegan manja2 makan bersuap! :D

Seriously, kenyang gileeerrrrrrrrrrrrr!!
I punya habis, licin. Baby pun semangat nak makan banyk!
Nasib baik habis, kalau tak, bazir jugak. 
Yelah harga boleh tahan kan.
Balik ke rumah, kenyang perut, suka hati.
Seronokkkk! 
Terima Kasih encik Hubby :)

.
.
.
.
.
.
.
Ohh yeaahh! Esoknya, dapat cupcake dari my BFF, Elma.
Home-made cuppies. I loooiiikkkee!
Elam jugak la yg buat cupcakes untuk I tahun lepas masa wedding!
Wahh, tiap2 tahun dapat cupcakes. Besttt nie :D

Seronokkkk lagiiii :)
Thanks Elma. Macam tahu2 aku mengidam mocha cake.
Ohh. inilah kek besday I untuk tahun ini.
Sebab mase encik so-army nak beli kek SR I cakap, tak payah bazir.
Nasib baik dapat jgk merasa ada kek kan?
Sape nak order cupcakes bleh contact I, nanti I bgtau Puan Elma nie.
Recommended, kek lembut, ising lembut, bila makan macam chewing-gum! :)

Thanks to Puan Jaja, buat entry untuk I kat [SINI]
sebab rupanya2 laki I sekodeng blog dia tahu yg I nak makan kat Bubba Gump

Okeylah. Ada kerja nak buat.
Babai. Take care u alllssss :)



BisikChenta: Belum nak ujung bulan, poket laki I dah hampir kering. HAHA.

Monday, December 13, 2010

Pregnancy: Check-up Baby

Eksited tak bace title? HAHA. Yang menaip ni lagi eksited.
Tapi orang tua2 cakap jangan excited sangat, nanti ade benda tak elok jadi.
Okeh2 cooooool. Just nak share je ok!
 
Dear Baby, entry ini untuk kamu! :)

*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*
 
Cerita 1 # Buku Pink

 Last two weeks mama pegi la KK Batu 14, semangat nak pegi buat buku pink nie.
Nak buat first check-up. Masa nie baby dalam 7weeks plus. 
Kalau ikut kan awal lagi, tapi Papa cakap since kita nak pindah.
Nak kena naik flight or jalan jauh. Papa suruh buat awal2.
Yela, takut ape2 berlaku kan?
 
So, pagi tue, sehari selepas besday Mama & anniversary Papa Mam,
dalam pukul 10, Mama & Papa pegi la KK tue,
Menurut auntie Aze, Klinik Ibu & Anak, kat sebelah kiri.
Bila kami pergi, rupanya dah pindah bangunan, 
Kami diarah ke blok belakang. Nasib baik tak jauh.
 Dah sampai, pegi la terus kaunter, cakap nak bukak buku pink.
Then, mama isi je la. Macam biasa, banyak form, kad, nak kena isi.
Bila dah isi, separuh jalan, ade staff-nurse datang.
Dia tanya la, last period, penah gugur tak, bape lame kawen, bla, bla, bla.
Then, bila sampai soalan, kerja kat mana,
Mama cakap la, bakal bekerja di _________.
Tiba2 nurse tu cakap,  
"Eh, nape bukak buku kat sini? Bukak kat sane je nanti"
Mama cakap, 
 "Boleh ke? Kawan saya penah nak bukak buku tempat lain, dia suruh ikut alamat IC. 
Nanti sy dah pegi sana, diorang suruh balik buat kat sini camne?"
 
So, selepas itu, datang la lagi 2-3orang staff nurse,
membincangkan masalah kita nie.
Last2 conclusionnya, 
Diorang suruh bukak buku kat tempat kita nak pindah je nanti.
Ada 2orang nurse dari daerah tempat kita nak pindah, dia cakap boleh je.
Dia yang guide, ape nak buat, ape nak bawak bila nak check-up nanti.
 So, selesai la satu bab kat situ.  
Buku Pink buat di tempat kita bakal duduk nanti yer :D
Jangan dia suruh mama balik buat kat sini sudah!
 
Ohh yeah, untuk pengetahun, Buku Pink or Buku Rekod Kesihatan Ibu nie,
boleh buat kat mane2 je pun. Boleh buat kat gov @ private. Tak kesah.
Nak buat buku kat gov & check-up kat private 100% pun boleh.
Janji buku tue mesti lengkap la by the time nak deliver.
In my case, encik so-army suruh buat both at private & gov.
Senang katenya! Yela, time deliver tak tau lagi kan ape masalah. 
So, baik bersedia je dari awal. Tak rugi pun :) untuk kebaikkan!

*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*
 
Cerita 2 # First Ultra-Sound Check-up @ Pusat Kesihatan Naluri, Wangsa Maju

 Kesinambungan dari cerita nak bukak Buku Pink, 
encik so-army agak risau jugak kalau tak buat ape2 check-up.
Yelah, motif utama nak buat Buku Pink sebab nak check condition baby kan?
So, memandangkan medical claim company dia ade rm2500 lagi,
Dia ajak pegi buat check-up kat private.

So, dear baby, our first check-up kat Klinik Naluri, Wangsa Maju.
Masa ni macam debar2 gila jantung mama. Macam ape je. Neves tau.
Maklumlah first timer kan?
Masa tunggu giliran, ade seorang budak lelaki umur dalam 5tahun.
Muka memang comel, tapi perangai OUT!
Out of topic sket, tapi, memang annoying gilooss budak nie.
Dia menjerit2, main kejar2, menyanyi kuat2 dalam klinik tue.
Howwhh, mama & papa buat tak layan,
buat muka garang kat dia pun dia buat tak paham jer.
Yang peliknya, mak ayah dia pun tak tegur. Just panggil nama dia dan biarkan je.
Takde common sense langsung. Tak tahu ke itu tempat awam?
Baby nanti, jangan jadi camtu yer?
Ohh lagi satu, tau tak, papa dok sebelah sape mase tunggu.
Papa dok sebelah Diddy AF4, yang kebetulan bawak wife dia check-up.
Dah sarat sangat dah tengok. Maybe nak due dah kot.

 Okey, kemudian kita pun masuk ke dalam bilik doktor.
Name doktor tue, Doc Kay. 
Papa cakap muka dia nampak garang. Papa takut nak tanye ape2.
Doktor tanya itu ini, last period, regular period tak, bape lame kawen.
Soalan wajib semua dia tanya. Then, dia suruh baring.
Masa nie, berdegup kencang jantung mama.
Yela, tak tahu macam mane keadaan baby kat dalam kan?
Doc sapu krim yang sejuk tue. Ntah ape name. Yang pasti ia coool!



Dan bila Doc tunjuk jantung baby berdegup, macam tak percaya je mama tengok.
Subhanallah. Wonderful & sangat kecil baby di sana. 
Insaf Mama tengok! Papa tengok kat screen pun happy. 
Tapi macam kejap sgt. Tak puas tengok.
Mama & Papa happy sangat dapat tahu condition baby semuanya okey.
Alhamdulillah :D

Tapi kami terlupa sesuatu, nak mintak doc print out gambar scan tue.
HAHA. eksited punya pasal. Papa cakap takpe, nanti buat lagi kat klinik lain.
Medical claim banyak lagiiiiii..... :)

*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*
 
 Cerita 3 # Second Ultra-Sound Check-up @ Klinik KITA, Cheras Perdana.
 
Malam selepas pegi check-up di Naluri, perut mama sakit sangat. Tengah2 malam pulak tue.
Nak kate ade angin, tak la sangat. Nak kate senak, boleh la. 
Tak tau macam mane nak cakap.
Tak tahu kenapa. Papa dah tak keruan. Papa suruh mama makan ubat.
 Dan makan, tapi tak reda2 jugak.
Pastu mama tak ingat sangat ape berlaku,
Sebab lepas papa tepuk2, mama terus tidur sampai pagi.
 
 Keesokkan harinya, sakit tue hilang sket, tapi ade lagi.
Papa cakap, kalau malam tak okey jugak, nak bawak gi klinik.
Mama ngadu kat nenek, dia cakap mungkin normal sebab first baby.
Tapi nenek pun suggest pegi klinik jugak, takut ape2 kan.
Papa telefon Auntie Aze, tanya opinion nak pegi klinik mane.
Dia suggest pegi Klinik Kita. Mama siap2 dan papa bagi cadangan nak ajak auntie Aze sekali.
Call auntie Aze, dan dia setuju. Kebetulan abang Ammar demam.
So kira tumpang je la sekali kan?

Ramai orang kat klinik tue,mama terus daftar & amik nombor.
Nurse suruh kencing & buat urine test. Mama mintak Doc perempuan.
63.. Tengg! Mama & Papa masuk dan macam biasa soalan wajib di tanya.
Then sekali lagi mama neves nak buat scan.
Tapi mama rasa doc di klinik ni lagi best & soft spoken.
Dia jawab je semua soalan yg mama & papa tanye. Dia pun a bit Islamic.
Very helpful dan paling penting tak payah mintak dia bagi gambar scan tue.
Papa suka gila, balik terus nak suruh mama upload.
Tapi, sebab busy weekend hari tue, baru sekarang sempat nak upload.

Baby, here's your 1st picture in my tummy :)




 
 So, we should say THANKS to Auntie Aze & Abang Ammar sebab teman kita kan?
 




 
BisikChenta: Perasaan ini begitu hebat. Tak terungkap dengan kata-kata.

Sunday, December 12, 2010

Update: Blogger's Wedding, Outdoor Shooting & Packing!

Salam all.
Serius, saaaaaaangat penaaaaaat!
Saaaaaaaaaaaangat busy! Dan plus ade malas sket.
Sebab bile dah busy + penat, malas gile nak buat benda lain.

Jadi, dengan itu, update laju2 dan update cerita banyak2 dalam satu entry.
Vollleyyy? Dan sila tengok gambar.
Tak paham, angkat tangan, tanye. okeh?

*************************************

Wedding#1: Reception Kay & Lukman
Location: Clubhouse Bukit Mahkota

 Deco meja buffet. Caterer : Felda d'Saji tak silap.

Cake fondant! :) Suka sebab ade hitam!

 Kami yang sewel.


Kay & Lukman, Congrats & Selamat berbahagia ke akhir hayat! :)

PdotS: Keciknya dunia, encik so-army's opismate = sepupu Lukman. Pengapit Lukman = Encik so-army junior kat sekolah. Adik angkat I = Kay's doormate at TKC.

*************************************
 
Wedding #2: Reception Yanie & Azlan
Location: Dewan Puspanita, Jalan Hose, KL

 Guestbook table. Comel!
Bunga tangan tue jadi focal point meja. Simple tapi attractive yet save cost! I likeee!


 Kumpulan kompang yg menyambut kehadiran pengantin.
Sila lihat archway, cantek kan? sweet je!


Close up sket dress Yanie from Ezzad Zikry.
Diiringi flower-girl & page-boy yang comel :D
Page boy tu nangis sementara tunggu pengantin, tapi ayah dia bagi cokelet terus diam :)

Itu dia pelaminan oleh Rass Deco.
Wooottt3. Siyes I cair okeh tgok pelamin Yanie.


Geng ghazal dari Taman Nirwana, Ampang. Alahai, dekat je ghupenya!
Sessi memberi ucapan oleh pengantin.
Masa Yanie sebut "Thanks to blah..blah..blah..bloggers" kitorang kuat2 jerit. Kelaasssssssss!
Memang suka bab2 crash wedding orang nie :p


Sessi bergambar selepas makan.
Sila perhatikan background, pengantin tgh makan beradap

 Kemudian, Hana bagitau Xora ade sekali.
Tarik Xora amik gambar jugak. Jadi aksi2 terlampau pun dihasilkan oleh lensa kamera.


 Dan, harus bergambar di pelaminan dengan pengantin.
I siap2 culik & tarik pengantin naik pelamin.
Tapi, tiba2 ade orang potong Q. Hanggginnnnnn!
Lepas tu kitorang terus blocked red carpet nak naik pelamin. :D

Ya Ampuunnn! Serius kecoh gila bile geng bloggers naik pelamin :D
Dan, sebelum balik, walaupun dah turun dari pelamin,kami bercamwhore di bawah pentas :D

 
 Me with Zaila, Yumie & Kak SK :)

Up next: Amelyn, Elya & Kina 
(Kina balik awal laa, tak sempat amik gambar banyak2)

Makanan semua sedappppppp!
Tapi sayang I tak dapat nak rase kambing golek.
Mase encik so-army nak pegi amik, dah abisssshhh!
*************************************
 Tahniah kepada Puan Hana yang dah sah jadi isteri orang.
Tak dapat hadir ke wedding Hana sebab ade family day :(
InsyaAllah, kalau takde aral, I pegi belah husband Hana kat Seremban.

*************************************
Maaf kerana terlalu busy, dan entry bercampur aduk!
I sekarang dalam proses nak berpindah.
Packing barang, dan pos!
Ke mana? Jangan tanya. Nanti I akan bagi tau jugak.
Disebabkan I tak dibenarkan buat kerja berat, makanya,
encik so-army banyak tolong.
I setakat masukkan dalam kotak & sealed.
Lain2 semua dia.
Termasuk mengangkat kotak dengan berat 40kg seorang diri.
Gagah laki I, harus lah, ashkar pencen kan?

I lebiuuuu sayang! :D



*************************************

Ohh yess. Ingat tak I dapt Free Outdoor by Kusyairi Mustafa from Kazoku Studio?
Sape yang lost, or tak tau citer, baca la balik entry I. [SINI]
Ermm. sebenarnya pada mulanya encik Kulat nak buat reggae song.
Tapi dia tukar fikiran and buat lagu slow,
Lagu by Full of Harmony.
Lagu berbahasa Jepooon, dan sebab I suka bahasa jepun, I pun happy.
I ikut je. Yela, benda free kan? Takkan nak demand lebih2 pulak.

Kami buat shooting area KL, dalam train & area Shah Alam.
Penat, tambah pulak pagi tu I pening sket macam nak demam.
Tapi demi post-wedding video yang kebetulannya untuk hadiah anniversary kami,
I gagah jugak okeh sampai ke sudah.
Thanks kepada encik Kulat & assistant encik Rashidi :D
Seronok bekerja ngan mereka. Santai + tak stress!

Behind the Scene :D

 


Hasilnya? Nanti I post kat sini.
Takpun pegi tengok kat wall FB I.

Cukuplah untuk setakat nie.
Nanti I sambung lagi. Tapi tak tau lagi bila.
Bergantung pada kerajinan + tahap kebizian. HAHAHA.
Babai. Lebiuuuuu all :D




BisikChenta: Orang kata, berpindah memang leceh. Yer, baru aku akui! :)

Sunday, December 5, 2010

1st Wedding Anniversary & 25th Birthday!

25 years = Jubli Perak :D


Ini bukan kek Birthday I okeh!
*pict source: Google*

Happy Birthday to ME!
Semoga perjalanan hidup semakin bermakna di usia ini.
Sesungguhnya pengalaman sepanjang usia ini amat bererti :) 
Syukur Ya-Allah aku masih bernafas sehingga hari ini. 

Untuk AYAH-MAMA tersayang,
Terima kasih untuk segala pengorbanan & jasa sepanjang hidup ini.
Tak ternilai untuk dibalas.
TERIMA KASIH untuk semuanya dari DULU hingga KINI.
.
.
.
and
.
.
.

Happy 1st Anniversary

  *Credit to myself for the card - update soon about the DIY*

Untuk SUAMI terchenta,
TERIMA KASIH
atas chenta-kaseh-sayang-rindu.
TERIMA KASIH
kerana mengotakan janji :)
Kaulah segalanya, chenta-kasih-sayangku
hingga akhir hayat, InsyaAllah!
 Terima kasih untuk pengalaman terhebat,
sepanjang setahun yang berlalu.

I LOVE YOU

******************************************************
Menyambut hari penting dalam hidup serentak?
Memang impian aku dari dulu!

Tak perlu hadiah beribu,
Cukuplah ucapan tanda ingatan.
Sungguh, hati ini hari ini benar2 aku sayu,
Mengenangkan hari2 berlalu, hingga ke usia ini.
Betapa bertuahnya aku.
Syukur. Syukur. Syukur.

BisikChenta: Semoga semuanya baik-baik sahaja hingga hujung nafasku! Amin.


Saturday, December 4, 2010

DIY: Baby's Journal Book

 Salam semua.
Macam-macam benda nak buat weekend ini ya?
Apekah aktiviti kamu2 semua hari ini?
Banyak tak wedding/kenduri nak attend?
Walau apa pun, jaga diri dan hati-hati memandu ya.

*************************
Hari ini, tentatively I dan encik so-army akan:
InsyaAllah ke wedding senior sekolah, Faiz & Nani,
InsyaAllah akan ke wedding Kay Kamal,
Menziarahi wife lecturer I yang baru bersalin sebulan lepas,
dan
InsyaAllah akan ke wedding Yanie pada malam hari.
Jumpa di sana ye.

*************************
Dan, DIY yang seterusnya adalah untuk bakal baby.
 I ade plan nak buat baby journal macam INI

 So far, I tengah design templates utk every pages.
Dapat la 4-5 templates kot~

v
v
v
v
v
v





Mommy-to-be yang nak template nie boleh e-mail I yer.
Cantek tak cantek, I pakai hentam.
Janji boleh tulis2, conteng2, tampal2 dan sewaktu dengannya.
 Errmmm. tak tahu lagi nak buat hard-cover ke, spiral binding ke.
Kena tanya pendapat encik so-army.

*************************
 Esok annibersery, esok besday I.
Kejap je dah setahun kan? Haishh!
My wish?
Semoga semuanya baik2 saja.
Dah tua nie tak reti nak wish itu-ini.
Tapi jika boleh mintak, mahu rabak poket encik so-army nanti.
Jadi, baik duduk diam2 tunggu ape seprise dia nak buat esok.
I rase macam ade je dia nak buat something suprised esok! HEHE.
Kalau takde pun takpe. Janji hari-hari sayang & chenta :)
Seprise I? Tak tau lagi. Nantilah pikir. HAHA.
Sempat ke? Sempat je kot :D
Miahahaha. gelak jahat.
 
 Okey, nak bercrumple dengan laki I sebelum keluar. 
Babai.

BisikChenta: Masih dalam proses packing barang!

Thursday, December 2, 2010

DIY: IKEA Frames & Wedding Wish Cards

Salam all.
Fuhh. Penat!
I tengah nak clearkan barang2 and packing sebab nak berpindah.
I & Encik so-army dalam proses nak mulakan new life, di tempat baru, bersama baby :)
Totally new environment. Dan I akan mula bekerja.
Tak jadi suri-rumah dah! HAHA.
Ohh. Pasal pindah. Later I update la yer.
Now still dalam proses buat check-list.

So, I tengah nak clearkan semua craft2 thingy dan DIY mane yang perlu,
supaya tak semak rumah parents & rumah baru nanti!
Bila kemas jumpa itu ini sempat pulak lah kan men-DIY beberapa benda.
Ntah la, kadang2 I pun tak tau ape motif I suka DIY.
Kadang2 takde pape pun, tapi nak DIY jugak. 
Untuk kepuasan diri sendiri kot!
Plus nak bagi nampak cantek sket barang2 I.
Takdela typical je nampak kan.

Let's DIY :) Murah + Mudah!

DIY #1: IKEA Frames with buttons

Frame IKEA, mama I punya dia nak bagi gifts utk jamuan ke ape ntah.
Pastu ade lebihan, bagi I. Yang I ingat, I cakap 'Terima Kasih' kat Mama.
Pastu I lupa letak mane, pastu now baru jumpa. HAHA.
Mase shopping ngan cik Belle I ade beli yg kaler Hitam, 2pcs = 9.90.
Yang ni kalau tak silap 3pcs = 5.90. Murah kan?
 Ohh. sebab I tak suka kaler wood nie, I nak spraykan hitam & letak sket buttons.
Buttons adalah a part of my craft thingy. So guna ape yg ada jer :)

Warna asal Frame IKEA tersebut!

I gunakan spray dari Nippon ni. Harga tak ingat sebab ni pun guna ape yg ade!

 Setelah beliau di spray. Hitam menawan. awww!
 
 Kemudian melakukan transformasi penambahan button. 
Ikut suka hati je tampal pakai UHU.

Dan kemudian letaklah picture u alls yang comel.
Dan buleh letak kat wall deco ke, deco meja ke, deco guestbook table ke,
dan sewaktu dengannya! :)

As for me, inilah hasilnya!!
.
.
.
.
.


HEHE. Gambar semua nak bajet comel >,<


DIY #1: Hand-made Cards

Haa. yang ni memang I sooookaa sangat!
Lagi2 baru dapat set gunting2 dari my BFF, Elma.
Thanks babe :)

Pastu, jumpa plak ngan kertas2 warna2 yg dah siap shredder.
Banyak tul harta karun kat bilik I nie. Semua baru jumpa! :D
Kertas tue sume encik so-army punya mase dia buat flyers.
 Nak buang macam sayang sebab colourful.

Yang ni takde la step2. Ikut kreativiti masing2 la.
I pinjam sket idea dari Miyyah@Kertas
Gila lah. budak2 kecik pun tahu buat quilling.
I yang dah tua ni baru nak terkayak2 buat. HOHOHO. Merykrismas!
.
.
.



Untuk perantin :) B2B, kalau i pegi wedding u alls, normally I bagi handmade card ok :)

Simple aje. sebab takde idea!

Sempat buat 2 keping je. Sebab encik so-army dah bising,
"Nak kemas ke, nak DIY?" HEHE
 
Okey, nak sambung kemas.
Kalau nak tanya ape2 email I okeh.
Nak tempah? Aduhh! Tak larat mekkk! :D
Babai.

BisikChenta: Macam nak DIY kad Anniversary. Sempat kah? Tak sempat beli je :D



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...