Friday, November 26, 2010

Tips: Early Pregnancy - Masalah Muntah/Mual/Sakit Awal Kehamilan


Salam Jumaat ladies. Mendung-nya cuaca hari nie, malam tadi hujan tak berhenti.
Mendung membuatkan mata I liplap-liplap berkelip, macam mintak nak golek2 lagi petang2 ni atas katil.HAHA. Burok perangai di hari Jumaat!
Alhamdulillah, baby sudah berusia 7minggu kini.
Menurut BabyCenter ia sebesar blueberry :) Syukur.

Ramai mommy-to-be dan kawan2 tanya I pasal morning sickness.
Soklan wajib, "Kau alahan teruk tak?", "U ada muntah2 tak?"
Apa itu morning sickness? Dalam medical term ia digelar "nausea and vomiting of pregnancy"
HAHA. I tak reti nak translate dalam BM. Kena tanya dokter2. Dr Kay, Dr Harz :)

Alhamdulillah, so far I takde mengalami muntah2. 
Cuma kadang2 ada pening2 sket kalau banyak sangat jalan, terlalu letih or makan tak ikut time :D
 



*pict: Google*

Kat sini I nak share sket Tips-tips mengurangkan rasa tak selesa masa awal2 pregnant.
Rasa tak selesa ni termasuklah muntah2, sakit kepala, sakit pinggang, sakit perut, senak dll.
Haa, amik kau, nak sangat ada baby, tanggung lah semuanya.
Tapi apa2pun, ia memang pengalaman yg sukar digambarkan dengan kata-kata.
Apa2pun hope Tips pasal morning sickness dan symptom2 nie boleh bantu mommy-to-be semua.
Tips nie I cedok & olah dari Forum Ratuhati.com dan tokok tambah hasil pembacaan majalah Pa&Ma


Untuk B2B dan Newly Weds boleh juga amik info nie untuk kegunaan masa depan ;p
Cekidaut!! :D

Masalah 1 # Muntah-muntah / Mual 

♥ Punca      : Hormon beta HCG yang bertindak balas pada bahagian otak.
♥ Tempoh  : Minggu ke-6 hingga ke-12. Ada jugak berlarutan sampai minggu ke-20.

♥ Cara Atasi:
1. Makan dalam jumlah sedikit tapi kekerapan tinggi.
2. Kurangkan makanan berlemak dan mengandungi garam yang banyak.
3. Makan banyak buah-buahan especially yg banyak potassium (anggur & pisang)
4. Elakkan air bergas/berkarbonat dan berkafein.
5. Jangan makan jeruk atau asam (banyak asid, garam, perisa dan pewarna tiruan - tak elok untuk baby).
6. Cuba makan makanan berhalia (boleh buang angin untuk elakkan senak perut)
7. Elakkan diri dari mengidu bau2 yang keras (perfume, bau makanan dll - bergantung pada individu).
8. Jika berterusan perlu ambil ubat tahan muntah seperti Maxalon atau Ancoloxin.
9. Banyakkan minum air (Nie untuk elakkan air kurang dalam badan sebab muntah

p/s: Pesan encik so-army standby buah limau/lemon/kulit oren dalam handbag, kalau rasa nak muntah cium je. Bau limau/lemon/kulit oren boleh reduce rase nak muntah. Insya-Allah


Masalah 2 # Sakit Pinggang/Belakang

♥ Punca      : Penyesuaian badan dan tulang belakang terhadap perubahan pusat graviti tubuh. Ligamen jugamula merenggang dan menyebabkan sakit belakang.
♥ Tempoh  : Minggu ke-12 ke atas bergantung kepada individu.
♥ Cara Atasi:
1. Jaga posisi tubuh ketika duduk, berjalan dan berdiri.
2. Elakkan mengangkat barang2 yang berat (Jika terpaksa, gunakan kaedah yang betul)
3. Lakukan urutan yang perlahan di bahagian bermasalah.
4. Letak bantal kecil di belakang badan especially masa duduk.
5. Alas belakang badan dengan bantal sewaktu tidur atau berbaring untuk menyokong bahagian belakang dan tulang belakang. (Wanita hamil digalakkan untuk mengiring ke sebelah kiri sewaktu tidur kerana ia membantu pengaliran darah dan oksigen ke plasenta).
6. Elakkan memakai high-heels. Pakai sandal/kasut yang comfort, tidak terlalu leper, tidak terlalu tinggi.



Masalah 3 # Sakit Kepala  

♥ Punca      : Ketegangan dibelakang tengkuk & leher.
♥ Tempoh  : 1st trimester dan bergantung kepada individu.

♥ Cara Atasi:
1. Berehat secukupnya kerana pening bertambah teruk kalau mommy kepenatan.
2. Tidur sekejap di siang hari (trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk) ~ HAHAHA. yang ni betul! :D
3. Bersiar-siar dan buat senaman ringan untuk dapatkan udara segar (Oksigen yang cukup ke otak, kaan mengurangkan/menghilangkan pening!)

4. Elakkan tempat panas dan crowded.


Masalah 4 # Kembung Perut/Senak/Sembelit



♥ Punca      : Masalah ini kerap berlaku di awal kandungan akibat peningkatan hormon progesteron yang menyebabkan pergerakan peristalsis usus menjadi perlahan. Oleh kerana itu jugalah angin di dalam badan sukar dikeluarkan.

♥ Cara Atasi:
1. Banyakkan minum air (10 - 12 gelas sehari) - mak aihhh! banyaknya. I tak suka minum air masak. Suka minum air buah. Boleh?
2. Makan makanan berserat especially sayur berdaun hijau.
3. Elakkan sayuran berkacang kerana boleh menghasilkan gas dalam usus menyebabkan pedih ulu hati dan senak perut.
4. Tidur sekurang-kurangnya dua jam selepas makan malam.
5. Elekkan tidur menelentang.
6. Jangan skip makan, elakkan perut kosong.
7. Jika berlanjutan, ambil antasid (atas nasihat doktor).




Kesimpulannya, kesemua jenis sakit & alahan nie bergantung pada individu.
Ada yang mengalami kesemuanya dan mesti kesakitan berganda.Ya-Allah, kesiannya.
Syukur, I hanya pening & kadang2 senak sebab makan banyak ikut suka jer.
HAHA. takleh kawal la, sebab i memang kuat makan kan.
Cuma for now, amik supplement dan cuba nak kurangkan minum ais.
Sebab ramai orang kate, ais akan menambahkan spare-tyre lepas bersalin dan menyukarkan proses menguruskan badan lepas deliver :D
HEHEHE. Berat I? masih maintain 54kg.
Tapi pelik tak, suma orang cakap I dah chubby in fact, jam I pun dah ketat.
Baju okey lagi setakat nie.






*pict: Google*

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 
Minggu ini, ialah minggu memenuhi undangan majlis perkahwinan, makan free.
Malam nie reception Heed belah Asri.
Asri, Acik, Zara & Tahirah. jumpa kamu yer ;D
Tahniah kepada geng blogger Farah, Kay, Reen yang bakal menyertai geng wifey2 :)
Juga tahniah kepada encik Firdaus & Ida, besfren encik so-army. Jumpa di Sabak Bernam esok.
Ohh, ramai lagi yang kawen minggu nie. Nak listkan satu2:
Waqi & Yana - Kelantan (Waqi = Encik so-army officemate)
Nisa & Nazri - Perak (Nisa = Encik so-army squad)
Hadi & Hidayah - Sri Kembangan (Hadi = my ex-matrician)
 

Ini hadiah dah ready balut, tinggal nak bagi je kepada bakal perantin :)



BisikChenta: Baju biru ke wedding Kay, Baju purple ke wedding Heed. Ohh. Banyak baju  nak kena gosok di musim kawen :D

Monday, November 22, 2010

Friends: Heed & Asri Wedding @ Seremban

Salam semua.
Hujung minggu ini sangat penat. Musim cuti = musim kawen & musim budak2 berkhatan.
Anak2 buah encik so-army sudah selamat berkhatan Ahad, semalam.
Selamat membesar semua anak2 buah mami & mamu :)
 


Jadilah anak yg soleh dan berbakti kepada ibu bapa kamu.
Juga muslim yang taat pada agama, Insyallah.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Okey, itu selingan. Dan selepas selesai majlis khatan tersebut, 
I dan encik so-army rushing balik.
Nak kejar wedding Heed & Asri di Seremban.
Semalamnya (Sabtu) tak dapat datang Heed & Asri nikah.
Walaupun Heed memang jemput,
Dan Asri ade SMS encik so-army, nak kami jadi rombongan pihak sebelah lelaki.
Sorry Asri & Heed, kami ada jemputan wedding di Muar,
Plus sibuk dengan persiapan kenduri khatan tue, 
So tak dapat la nak tolong.
Tapi kami datang jugak kan reception belah Heed? :)
 
I sampai dalam kul3 lebih. Katering dah kemas 4 khemah.
Nasib baik la tak bungkus semua lagi.
Cik belle kate dia dah sampai & makan, 
I puas jugak teleng2 kepala nak carik dia, tapi tak jumpa.
Rupanya dah masuk dalam rumah.
I makan dulu, bajet sempat nak kejar Belle, tapi tak sempat jugak. :(

Some pictures to share with u alls. Yang tak dapat datang,
silalah jamu mata okeh!



Heed's Solemnization Dais: "Euphoric of Heed" by Theme of Que Rafael
*picture credit to: Que Rafael*



Heed's Reception Dais: "Sakura Amore" by Theme of Que Rafael
*picture credit to: Que Rafael*
 
OHH MY GOD! Wedding Heed & Asri sangat cantek! berdrooling2 mata I tengok!
Que Rafael & team really did a very good job! :)

Meja makan beradap & the canopy view! :) Sangat sweet & suci je kaler putih!
Tepuk tangan lagi untuk Que Rafael.
Makan sedap! Serious~ Laki I tambah 2kali okeh!
 And Heed sangat gojessssssssss.
Make-up by Sue Cantik.
Dress by Sharifah Kirana.
  Itu dia OP: Daniel Zain. Terbaik!
Videographer: Sabirin Mohamed from Dosh Production :)
*Heed betulkan kalau aku salah okeh!*

Dan ini pula doorgifts.


Heed, aku takde niat nak amik lebih. 
Aku dah dapat masa makan, tapi mase nak balik, mak kau suruh amik lagi 2. HEHE.
 
Mase untuk posing dengan perantin.


Belle, ngape kau balik awal?
Zara, sorry, I tak baca msg u kat FB. hukhuk.
 
Tak boleh nak hover sangat sebab geng bloggers takde. Hihihi.
Ohh. itu dia opismate encik so-army.
Sabri & kak Ekma.
(p/s: Heed kau dan Asri tinggi sgt! Sama padan!)



Okeh, kate tak nak overrr kan?
 
Sudah2. Okey, kami di halau balik oleh Asri sebab dia kata nak ehem2. HAHA.
Okeh, babai Asri & Heed. 
Selamat Pengantin Baru!
Semoga bahagia ke akhir hayat!
Muahhhhhhhkkkss! *hugs*
Jumpa di KL Reception okeh! :D
Tak sabar!! Mesti super gojessssss!!
 


Asri, kau jaga Heed elok2. Kalau tak, aku suruh Zahir tak ajak kau sembayang Jumaat same2 lagi. Takleh kau ngumpat2 lagi!
Heed, jadi isteri yang baik okey. Garang2 tue okey je, lagi2 kalau Asri nakal2 tak dengar cakap! :D Take care sayang :)


BisikChenta: Musim kawen, makan free. Ahh! Pening pulak makan banyak2!

Friday, November 19, 2010

Pregnancy: Baby List!

Salam. Hye all :)
Selamat Hari Jumaat, dah Jumaat okeh!
Macam takde mood je nak buat ape2 kerja kan? HAHA. 

Sila lihat side bar. Dah ade penambahan untuk Baby CHENTA List.
Penat jugak I Google, cari kat blog2 pregnancy, blog2 mommy-to-be.
Akhirnya list keperluan baby ni, berjaya di siapkan semalam. Well done!
List yang I update tu, I amik kat Baby Jaya
 Pastu I combine kan dgn idea2 dari mommy2 blogger.
Dah proposed kat encik so-army dan dia suka!
Okeh, pasni boleh buat & mintak budget pulak :D

I saje buat list keperluan baby ni awal2, 
mana tau ada yg terlupa, tertinggal, boleh add on kan?
Mengikut pesan orang2 berpengalaman,
Kalau nak beli barang2 baby boleh start after 3months. Betul ekk?
Tapi kalau tak tahan tengok SALE boleh consider kan? ;p 
(siap besarkan perkataan SALE!)
Lagi2 nak Year End Sale (YES) ni kan?
Takpelah, I survey2 dulu. 
Kalau ada yg SALE harga menjunam, apa salahnya beli kan?
Jimat sket! Ape2pun I ingat pesan Mama I, Jangan membazir. 
Beli yang perlu dulu.
Nanti kalau ada rezeki orang nak bagi hadiah masa baby lahir kan dah jadi banyak.
 Betul jugak!
I just letak je sume benda yang I terpikir untuk list keperluan baby nie.
Perlu atau tak perlu untuk dibeli akan dipertimbangkan.
Kepada bakal2 mommy yang rasa2 nak softcopy boleh email I okey :)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dear Baby,
Mama harap kamu sihat di dalam sana.
Mama tahu kamu kuat!
Berdasarkan pengalaman mama,
Sejak seminggu sejak mama tahu kamu ada di dalam sana,
Kamu hanya akan mengada2 bila Papa kamu ada di sisi.
Betul tak? HEHE.

Kalau kita berdua je di rumah or jalan2 berdua, Kamu tak meragam pun.
Mama takde pening2, 
Tapiiii... bila Papa kamu balik kerja,
Papa kamu ada kat rumah, Jalan2 berdua dengan Mama,
Kamu mulalah nak meragam kan?

HEHE. Apa2pun mama tahu kamu nak cakap kamu sayang Papa kan?
Sebab tue kamu nak manja2 & ngada2 ngan dia?
Okey2, Mama layankan jer, tapi tak leh selalu tau!
Kesian Papa nanti.
Minggu lepas Mama dah mintakkan aiskrim untuk kamu kan?
Nasib baik kat SOGO ade aiskrim Lecka-Lecka
Okey, cukup la tue yer. :)


Minggu ni kita nak berjalan ke Muar, wedding kawan baik Mama.
Then, mungkin nak ke Seremban, wedding kawan blogger Mama a.k.a officemate Papa
Pastu, nenek kamu kat Melaka nak buat kenduri khatan abang2 sepupu kamu.
So Baby, behave ya! Mama tahu kamu baik! :)

Oh ye, semalam, Papa balik kerja, 
Dia belikan Majalah Pa&Ma yg pertama! Thanks to Papa!
Ok baby, Babai, I luve yuuuuu :D
BisikChenta: List dah siap dalam format Excel :) Boleh masuk budget pulak lepas nie :p


Thursday, November 18, 2010

Pregnancy: Diary Rasmi Lil' Chenta

Salam, hye all.
Rasa tenang tak tengok layout baru I?
U alls tak suka takpe, janji I suke tengok kaler biru!
Sejuk je mato mandang aiih :)
Ada jugak sket2 element pink. Sweet gitu.

Saja je I tukar layout, saja nak ubah mood.
Mulai hari ini, blog ini juga akan menjadi Diary Rasmi Lil' Chenta!
Ermm, rasa nak keep every moments sepanjang pregnant nie.
InsyaAllah, ini akan menjadi kenangan berharga untuk I, encik so-army dan baby yang bakal lahir.


Dear Baby B,
Mama dah buatkan List Keperluan untuk kamu okeh. U take care inside there! :)

 *image source: Mr Google*

BisikChenta: Gigih membuat list untuk baby! :)

Tuesday, November 16, 2010

Pregnancy Announcement - Alhamdulillah. الحمد لله

Salam semua.
I curik2 hapdet belog sambil anyam ketupat. HAHA. boleh tak?
Esok kami sekeluarga beraya di KL sajo.
Encik so-army pon cuti sehari aje.
So, macam malas nak balik B.Pahat or even Melaka.

Eheemm. Rase macam terlalu awal untuk share kat sini.
Tapi sebagai rekod peribadi, I nak jugak letak.
Sepanjang hampir setahun kami berkahwin, beberapa kali jugak I telah melakukan ujian ini
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Yeayy! Pregnancy Test. Tapi kesemuanya menghampakan.
Belum rezeki Allah nak bagi kan?
Sabar, doa & berusaha lagi :D

12.11.10 (Jumaat) I dengan malu2 buat sekali lagi test nie.
Sebab dah ade experience mengalami kekecewaan,
jadi I malas nak meletakkan harapan tinggi.
Dulu period lewat seminggu lebih, tapi bila test still 1 line.
Ni pun period dah delay seminggu lebih, so I dengan takut2 test la jugak!
.
.
.
.
.
.
.
Jeng..jeng..jeng!
.
.
.
.
.
Sila lihat perbezaan!
Itu dia 2 lines dah muncul :)

 Keberkatan hari Jumaat!
Dah lama menanti. Alhamdulillah الحمد لله

Esoknya, encik so-army terus nak ajak pegi confirmkan kat klinik.
Adoi, dia plak exsited kau!
Dia cakap, kadang2 mana tau test buat sendiri tak betul.
Ok nebes!

Tapi untuk puaskan hati bakal papa ni, I ikutkan jugak.
Kami ke klinik panel encik so-army di Desa Pandan.
Dan, disahkan pregnant 5weeks plus!
Due date lebih kurang pertengahan bulan 7 tahun depan.
Doktor pesan itu ini yada-yada-bla-bla. :)
Tak sabar nak melalui wonderful experience nie
Semoga I tenang melalui kenangan terindah ini :)
Semoga baby sentiasa dalam lindungan rahmat Illahi. Amin.

Selamat Hari Raya AidilAdha semua.
Maaf segala silap & salah.
Jom datang rumah I makan ketupat rendang!

BisikChenta: Lepas ni nak follow belog mommy-to-be pulak! Okeh! Sambung anyam ketupat. HEHE.

Friday, November 12, 2010

Wedding: STD Video Idea (Elyana & Khairul)

Salam.
STD? STD = Save The Date. Dulu, masa I nak kawen, sumpah, I cuma terpikir pre-wedding je.
Tak pernah terlintas langsung nak ade Save the Date punya video.
Bila sekarang, tengok video2 yang cantek2, rase nak nanges pon ade!
Haishh, syukur Balkidz, syukur! :)
Bestnya lah kan jika ade video STD.
Nowadays, ramai B2B yang dapat peluang untuk buat video STD selain dari pre-wedding.

Ada jugak pakej dari videographer + photographer yang menawarkan kedua2nya: Pre-wedding & Save the Date sekaligus dengan harga yang berbaloi2 :)
For me, if u alls ade budget lebih, why not go for it!

Hmm. I pening hari nie. Macam2 masalah datang.
So jalan2 cuci mata tengok video Save the Date B2B.
Sangat comel2 okeh!
Of course by CST PRODUCTION

 Layan jommm!!





Elyana & Khairul : Uisshh, I memang fans Elyana dari dolu.
(Kalau masuk nyanyi2 mesti nak nyanyi lagu dia.)
Dah nak kawen pon dia,, maintain comel tau dia nie! Gevusss kau! Geram! :)
Video ni gilos la comel, Elyana yang proposed! Mantap! :)

I sangat suka video pasangan lagi satu yang maen baling2 cat
 Nak share tapi takde plak video die kat web CST.
Kalau rajin, pegi tengok kat FB CST Production, video nie

Eh korang, CST buat contest baru tau.
Kepada B2B yang ada idea kretif nak buat video korang boleh checkidaut kat SINI
Try lah mane tahu ade rezeki korang!
Just share korang punya love story, mesti true love story okeh!
(Kalau tipu Tuhan marah tau! :p)
Kalau I tbe2 nak join aci tak? HAHA. tamak.
Orang tamak selalu untung kan? kan?
Cepat, cepat pegi join!




BisikChenta: Love Story? Auuww, mak segan nak share la! ;p

Wednesday, November 10, 2010

Wedding: Buttons-Bouquet Ideas

Salam. Lamanya tak update belog nie. 
Lately terlalu busy. Macam2 benda nak kena settle.
Tahun lepas, waktu2 gini tengah gelabah nak final exam + wedding preparation!
Tahun nie, thesis la, wedding kawan2, balik Melaka la, family event la.
Pfffttt! Mood nak type entry pon belom ade.
Just blogwalking je hari2.
Nama nak update entry baru takdo!

Tapi kan, minggu lepas kan, I terjumpa benda nie.
Terus save dalam folder.

 
Button-Bouquet! :) 
Awesome!!
Sangat chumell okeh. I jatoh chenta!
 Walaupon dah kawen, tapi feelin nak buat preparation kadang2 masih ada.
Kadang2 rasa rindu je ngan moment itu! :)

 Sila lihat lagi, cantek2 semuanya.
Eh, tak silap I, Moose ade DIY sendiri kot hand-bouquet dia guna buttons nie!
Moose, kau tolong la share nanti yer! :)



Yang ni buttons version Pomander Ball :)
Sweet jer.


Details, details. Oh, nampak agak mudah di situ! ;p

 I soooka, sookaa! sebab ade oren! :)

 Ada element felt di situ! :) Cantek juga!

Eheemm. tiba2 I rase mahu DIY jugak!
Buat hiasan di bilik perantin, atau nak bagi kepada B2B.
Ada sesiapa mahu?? HAHA. Kalau cantek boleh la bagi.
Kalau tak chantek, simpan sendiri sajo!
Macam menarik jer. Jatoh chenta lalala~
Baiklah mahu pegi cari buttons sekarang!! :)






BisikChenta: Pahh, butang baju aku mana Pah? ;p

Wednesday, November 3, 2010

Wedding: Free Post Wedding Video by Kazoku Studio


Salam, Hai all. Bilelah agaknya I nak update story pasal wedding Zaila kan?
Mesti paling lambat sekali nanti. HAHA. nantilah. I tak bawak camera on that day,
Jadi memang kena tunggu orang lain update, sebab nak mintak pinjam gambar mereka :p

Ingat tak entry Cik Belle pasal Kusyairi Mustafa dari Kazoku Studio yang dia ade buat promo untuk FREE post-wedding kepada ex-Bride&Groom
Dah name pun Post Wedding, takkan la nak bagi kat yang belom kawen kan?
Kepada B2B, insyaAllah, nanti akan ada lagi promotion
Kalau tak dengan Kusyairi, dengan videographer lain ke, mane tau kan rezeki nak kawen?

 So, cakap pasal promo ni, I pun dengan selamba je la PM Encik Ku nie.
Bak kate Lynda, mane la tau kan, ade rezeki ke, try je lah.
I tak cakap pon dengan encik so-army, I main redah je tanye je dulu, 
Kot-kot tak dapat tak yah la cite kan.
Yela, I tau pun macam dah lambat sebab malam tue offline awal la pulak.
Tak perasan msg cik Belle.
Ape2pun sayang kau Atia. Thanks so much! At least aku cuba kan?


See. Muka tak malu kan I? tanya direct je, takde kias2 langsung. Aduh PR hancuss I nie!
Dipendekkan cerita, setelah Encik Kusyairi mengambil masa 2hari selepas message itu ditulis,
dan memberi masa beliau untuk buat review candidates,
maka dengan gembiranya, I loncat2, bila beliau kata:

"Puan Balkidz, I'm looking forward to work with you & your husband!"
Apa makna nya? Maknanya I berjaya la dapat FREE post wedding tue.
Ohh, Alhamdulillah. Dan minggu depan, ada sessi bertemu dengan encik Ku untuk deal storyline, theme dsb.

Reggae!I Oh, tiba2 terbayangkan Bob Marley, No Woman No Cry. lala~
U alls adekah sebarang idea untuk tema ini?

Eh korang! Macam mana nak dress up, menstylekan diri dan lain2.
Idea pleaseeee. HAHA. Setakat ni I asyik dok terbayang rambut dread-lock Farid Kamil.
Gilooss. Ok, sebenarnya I ngan encik so-army macam tibe2 rase nak DIY tie-dye tshirt nie.

Tengok dah video2 DIY kat YouTube. Nampak macam senang je. Tak tahulah kan camne gayanya.
Encik so-army kate nak pinjam kat member dia menda nie, Toques! Encik so-army panggil topi eskimo. Comel jer :) HAHA.



Sudah hampir setahun kahwin, tapi baru mahu buat post-wedding!
Tue pon sebab FREE. Kalau tak, manado duet I nak buat walalala~
I pelajar okeh! PELAJAR.

Eh, nak SHARE sket. Encik Kusyairi @ Kazoku Studio ade buat  package utk VIDEO:
LOW-BUDGET Package dari RM600.
Dan, BeutiFULL Complete Package dari RM1800

Tapi kan, bila sekarang dah masuk musim kawen,
I tibe2 feel macam nak share video kawen yang dah nak setahun I simpan
Siyes geng, I malu nak post kat sini.
Sebab wedding I sederhana je. Takde baju designer, takde pelamin gah, takde photographer yang professional. Ala kadar dan semampu I jer.
Takde masa sangat nak select2 n review blog B2B lain sebab kekangan kelas & exam!
Tue pon kira okey la, encik so-army ade duit lebih sket and ajak I share utk buat jugak video kawen. tsk. tsk. Terharu I bila dia kata "Kawen sekali je yang, takpelah"

So, ini dia video Wedding I. Silalah jamu mata.
I sound awal2 jangan gelak tau tengok video ini. HEHE.







BisikChenta: Feeling perantin basi sama tak dengan B2B dan perantin baru??



Tuesday, November 2, 2010

Friends: Engagement BFF tersayang (Edleen & Adzmel)

Sabtu, 31 Oktober 2010 – Seorang gadis yang juga model dan pernah memenangi 1Dara.com/Sunsilk bernama Edleen Zainudin telah selamat ditunangkan dengan jejaka idaman hatinya, Mr Fly, Kapten Azmeel Nadzri :) Intro nak hot je kan. HAHA.

Dia ialah kawan baik I, kawan sekelas, kawan rumah Hijau di sekolah rendah, kawan nyanyi2, main rollerblade dan kami macam dijodohkan jadi kawan baik sebab besday Leen sehari selepas I, 6 Disember. Feeling kembar gitu :)

Kat sekolah menengah we all lain kelas start tingkatan 4, sebab lain aliran, tapi balik sekolah tetap same2. Masuk kawad sampai peringkat kebangsaan same2, join pengakap same2, dan banyak lagi kenakalan kami bersama. Paling tak tahan kene sumbat dalam bilik disiplin beramai2 sebab kantoi meniru dalam majoriti SEMUA subjek mase ujian bulanan. Gila tiap2 bulan ade ujian setara la, ape jadah ntah ujian lagi padahal baru form 2. Sape je yg rajin nak baca buku tiap2 bulan sedangkan PMR lagi setahun? HAHA. okeh. cukup! tak nakbukak pekung di dada ;p

I banyak simpan sejarah pahit-manis dia dan encik tunangnya. Diorang memang couple dari sekolah. He’s our senior pun actually! Suddenly kerana FITNAH, siyes, sebab fitnah diorang clash  and  Leen pun meet-up orang lain. Sampai sekarang, sumpah, I syukur diorang akhirnya still together jugak walaupun 6tahun lebih dah berpisah. Jumpa balik, terus tangkap LOVE dan kembali terjalin la kesah mereka.

To Abang Ameel & Leen, Selamat mengharungi alam pertunangan! :) Jaga hubungan korang yer. Dah lame kan impian kau nie. Alhamdulillah, dah terlaksana separuh! Jangan lupa hire aku tau nak jadi un-official team Wedding Planner kau! Haha. perasan WP la kunun. 

She’s damn gorgeous, model la katakan :)

Leen Engagement_2

Dress, Make-up, Mini pelamin & Hantaran by Kak Zaifie Zainal
Official Photographer : Abang Man (our senior) dari UsmanN Photography :)








Leen Engagement_6

Hantaran 5balas7 dulang :) Fresh flowers siap ade sangkar cinta gitu!
.
.
.
.
.
.

76305_1440882545092_1323913102_1025821_7427842_n
Doorgifts: Cupcakes by My Lovely Cupcakes! (Leen kalau salah betulkan! ;p)

Leen Engagement_3
Leen & me!

Leen Engagement_4
*Haippp!* My feveret cos I’m the director!

Leen Engagement_5
Si Bintang Kecil, lil Diva: Nasrah :) Sangat manja okeh!

Leen Engagement_8 
Mama & auntie ape tak ingat name as orang sebelah :)

Leen Engagement_9

Leen Engagement_10
Khemah & the deco: Romantic woo :)


View kawankawanbongek!
Kawan bongek selamanya :) Amie, Ieda, Sueza, Leen & me


Leen Engagement_11
my all-time feveret!!Leen's PINK angels :) HAPPENING!

Leen Engagement_12

All picture above credit to my encik so-army luve ♥
&



BisikChenta: Sayang cepat tawen ehh! I luv u so much!!♥♥

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...