Friday, October 22, 2010

Movie: RED



Salam Jumaat. Mari kita cerita pasal wayang! Malam tadi, I heret encik so-army tengok movie. As usual, GSC Leisure Mall Cheras sebab kat MBO S*PARK Desa Petaling tak kuar lagi. I suka tengok kat dua tempat nie sebab aman. Aman di sini bukan bermaksud takda orang dalam panggung, tapi aman sebab datang 5minit sebelum show-time pon bleh pilih2 seat plus parking senang dan mudah! Lagipun, area ni kawasan cha-ya-nun-alif, so, kalau tengok cita Melayu ke, memang heaven la :) Eh, tapi I bukan tengok cerita Melayu malam tadi.


RED = Retired Extremely Dangerous! Yes, memang extremely dangerous kau! Sinopsis? Hmm, I ni memang tak reti sgt nak buat review/sinopsis, tapi demi Bruce Willis I sanggup!! HAHA. Hero pujaan sepanjang zaman!!

Sinopsis:
RED! Boleh kategorikan as an action-comedy movie kot, tapi ada la sket touch of romance. Cerita ni pasal CIA agent yang dah bersara, Frank Moses (Bruce Willis) yang mengalami kejatuhcintaan kepada Sarah (Mary-Louise Parker), seorang penjawab telefon di sebuah Agency's pengurusan pencen.
Cerita bermula dengan adegan perbualan telefon anta Moses & Sarah, yang kemudiannya, di akhiri dengan attacked oleh team of assassins. Moses melarikan diri dari rumah, dan ke rumah Sarah untuk mengkidnap Sarah sebab merasakan nyawa Sarah juga dalam bahaya, sebab perbualan telefon mereka of course didengar!

Mereka lari membawa diri dan kemudian Moses membentuk kembali team lamanya yang terdiri daripada orang tua kulit hitam yang duduk dirumah pesakit kanser, Joe Matheson (Morgan Freeman), si gila2 Marvin Boggs (John Malkovich) yang duduk di tengah2 hutan sebab nak mengelakkan diri daripada dikesan CIA dan Victoria (Helen Mirren) ex-sniper,MI5. Cara mereka membentuk kembali team tue yang buat menarik kot filem nie. Plus, misi mereka nak mencari punca peristiwa Guatemala 1981 dan kenapa semua 11orang yang terlibat dibunuh oleh CIA sangat best. Plot dia macam tersusun, full dengan action. Untuk orang yg suka action memang I recommend filem nie.

Lain-lain komen dari I, jalan cerita filem ni dah boleh di predict kot sebab I dah biasa sgt tengok movie action. Selain tue, heroin filem si Sarah ni, macam kurang menyerlah. Bruce Willis boleh dapat yang lagi menarik + mantap kot! ;p Tahniah kepada Bruce Willis, walau dah tua tapi masih mantap! Gilooss I memang suka dia sejak kecik2 tengok cita Armageddon! :)
Ohh, sesiapa yang suka A-Team, Date Night, Salt, citer RED ni ala2 cite tue. :)

Keseluruhannya I bagi 5-stars!  Thumbs up untuk director RED!

Dan, paling penting, encik so-army sangat soooka ini cerita. Itu penting, sebab I paksa dia tengok cerita nie! Naseb baik dia senyum! Okeh, dia senyum I bahagia. ;p Tiba2 dia cakap, "Yang, rindu plak zaman dolu2.." HAHA. Zaman dolu2 kami yang bergelumang dengan senjata2, lumpur2, panas-hujan :p Tak terjangkau akal napa I leh join menda2 tue semua. Kenangan! manis untuk diingati, Pahit untuk diulangi!

Mampu lagi ke I nak melepasi menda ni sekarang? Dulu 41kg, Now 55kg. ok! Duduk diam2 sudah!


 Ini kami dulu2. Ya-Rabbi, sumpah chomot & tak semenggah gilooss!!


BisikChenta: Tiba-tiba rasa mahu menembak senjata berat! Rindu lapang sasar Ulu Tiram!

Friday, October 15, 2010

DIY: 1st trial menggulung (Quilling)

Salam Jumaat. Quick update! Kejap lagi nak pegi jumpa neurologist :) Dun worry ye kengkawan, I just nak pegi check urat belakang badan I je, macam sakit je lately! Ingat nak suruh check urat otak skali, putus ke tak! Haha.

Pasal tajuk entri...Kisahnya, malam tadi, konon nak tido awal sebab hari ni ade appointment, tapi dah puas nak pejam, tak bleh jugak. Ditambah dengan encik so-army yang tak balik lagi, jadi dengan pantas dan tangkas, i gigih menggulung. Sekali gulung tak jadi, 2 kali gulung jadi la sket, 3x gulung boleh laa. Haha. Kene improve lagi nie.Ini semua adalah hasil menjenguk ke blog Miyyah@Kertas la nie. Tapi memang takleh challenge la kekemasan, kekretifan & kemavelesan hasil kerja Miyyah la. I amateur je nokkk :p


Mari-mari cik adik, mari bapak-bapak ibu-ibu, mari lihat, mari lihat! Oh, sudah jatuh ditimpa tangga! Eh silap, sudahlah, gulung tak kemas, chomot plak menampal2 :)

Kad ni plan nak bagi kad adik ipar tersayang yang akan commission hujung tahun nie. Wahh, lame la lagi kot! Takpe, mane tahu, ade B2B yang I pegi wedding dia bertuah dapat hadiah yang ade kad ini. tapi, maaflah ye chomot! :) Hushushush...





BisikChenta: Encik so-army, nantikan kad anniversary nanti yer! Itupun kalau rajin!

Wednesday, October 13, 2010

DIY: Quilling Arts?


Salam all. Hari ni nak share pasal 'kegilaan' I dari dolu-kini-selamanya! Dari dulu I memang suka buat kad sendiri, design itu ini. Kalau boleh nak DIY semua benda! Dulu mase besday kawan2 I sangat gigih buat hand-made card bagi kat kengkawan rapat I. Selain itu, sangat rajin buatkan bookmark untuk mereka. Ape lagi ekk? Ohh, dulu sangat suka pegi kedai SILVERHO (now Living  Cabin kot) tengok hand-made card cari inspirasi la kunun :)

Sekarang dah kurang sket aktiviti ni, tapi kadang2 buat jugak kad2 utk wedding kawan2 dan special day, macam birthday family and of course besday encik so-army! :) Sape2 yg penah dapat hadiah wedding dari I tahu lah camne bentuk kad ucapan DIY I. Nanti ade mase I upload okey! Macam cantek je nak tayang2 kat sini kan?

Semalam, blogwalking kat blog Miyyah@Kertas. Sangat suka dengan quilling yang dia buat. Hoyeaahh..tibe rase nak gigih try buat style nie. Selama nie style biasa2 je main cut-punch-and-paste je. Teruja gila I tengok. 


miyyah@kertas_5
Miyyah juga menerima tempahan untuk special events macam Baby Shower ke, Teacher’s Day ke.


miyyah@kertas_3
Ini mashmallow okey :) yummmy!

miyyah@kertas_2
Ade juga box untuk doorgift wedding! Super cool, simple & nice!



Okey, my fave is Anniversary Card yg menggunakan teknik quilling :) Sangat adore, dan I rase nak inspired design nie untuk buat Anniversary Card nanti :) Baiklah, sila gigih menggulung dari sekarang sebab I takde kit-set utk quilling :(

miyyah@kertas_1
Gambar Source: Belog Miyyah@Kertas | Facebook : Miyyahatkertas


BisikChenta: Anniversary? Oh, sudah hampir setahun rupanya ;p

Tuesday, October 12, 2010

Wedding: Canvas Print by The Perfect Canvas

I heart thisssssssss!!


 Oh, sesiapa B2B yang ade Pre-Wedding, dan nak letak pict korang kat pintu masuk dewan ke, kat bilik perantin ke, or mantan B2B yang takde gambar kawen di dinding macam I, boleh la order dari The Perfect Canvas.
Normally amik masa 3-4 hari je siap after payment :)

Kenal tak?? Liyana mysquarecutring :) Gambar dia mase tunang!
Gambar banyak2 camnie, best jugak! Boleh buat different pose & angle :)
Ohhlalala..paling suka ini! Plan nak tempah nak letak kat kepala katil :)

Ok girls. Anything boleh check-out kat blog & Fb diorang! :)
 The Perfect Canvas | BLOG | FACEBOOK

BisikChenta: Mahu memilih gambar! Ehem...terus nak tempah kau! Tak tahan ;p




Thursday, October 7, 2010

Wedding: 10-10-10: Wedding of The Year

Owh My Gucci. Perkahwinan Terulung Abad Ini?? Sapa lagi oii kalau bukan Dato Sheikh Muzaphar Shukor, Angkasawan Negara dengan tunang terchenta Dr Halina. Mesti hebat, dasyhat, marveles, meletops, gedevas, daboom dan banyak lagi perkataan tak terkeluar dari mulut menyaksikan wedding Angkasawan ulung Malaysia nie nanti. Confirm I duduk depan TV3, 10.10.10 tue nanti :)

Tengahari tadi, WHI (Wanita Hari Ini) ada interview pasangan sweet nie. Ini serius, Dr Harlina tu sgt sweet muka dia, ayu gitew! Menurut mereka, Majlis Akad Nikah akan diadakan pada jam 10pagi 10 Oktober 2010, Ahad di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Putrajaya. 10,000 orang dijemput hadir, majlis open to public la kiranya.Mak aih, semua SEPULOH je! :)
 
Siaran belakang tabir boleh ditonton pukul 2petang hari yang sama dalam rancangan NONA. Tambah lagi, malam tu pulak lepas Buletin Utama, 9malam, Siaran Langsung di TV3, Majlis Persandingan di Istana Kayangan di PICC, 100 orang angkasawan datang. VVIP jangan tanya la. SPB YDP Agong confirm ada punya. Walllaweyy..Bila la nak rasa Agong bagi scroll lagi nie? HAHA. Pengacara terbaik malam tue ialah Mahazir Lokman, Fedtri yahya & Nurul Shuhada.
 
Sedikit info pasal Wedding of The Year Angkasawan Negara:
Konsep wedding : Persandingan Pahlawan Melayu di Istana Kayangan. (Wahh meriah kau!)
Perunding Perkahwinan: Bill Bora
Baju Sanding: Tajaan Bibah Songket (Biru-Emas-Perak), Rekaan: Putra Cosry
Baju Potong Cake: Dato' Bernard Chandran ~ Tema futuristik (Ala2 Lady Gaga tue!)

Oh..paling best tengok gambar Pre-Wedding diorang. terbang2 bagai! :) Idea dari Saiful Nang. DAn, macam biasa lah, CandidSyndrome & Kukubesi really did a great job! :D Sangat suka the idea! :)






 







 
Lagi gambar di SINI, dan SINI, dan lagi cerita di SINI 
 

Ini pula kad kahwin mereka. I dapat email dr encik so-army, pagi2 lepas sampai office terus text I "Yang, tengok email." chehh, ingat penting sangat, rupanya kad kahwin mereka ini dah tersebar di internet. tapi, memang terbaik la. Layan :)





Material: Acrylic kot :) 
Siap tulis 'MAJLIS PERKAHWINAN TERUNGGUL DEKAD INI'






BisikChenta: Nak jadi angkasawati boleh? :D

Friday, October 1, 2010

Bloggers: Wedding Nawal Ini Perempuan Jujur

Lame sket baru nak update story pasal wedding blogger(s). Macam berbalas2 tembakan pulak lepas sorang, sorang lagi update pasal wedding bloggers. Meriah nokkk! I like :)
So, here’s the story. Wedding pertama yang I pegi dalam bulan Syawal yg mulia ialah Wedding Aty & Fared! Tema adalah pinkish :p Nasib baik la I masters area Shah Alam, so umah Aty sgt senang dicari plus umah bakal kakak biras I kat area situ jugak :)

View wedding aty fared
The hantarans :)

IMG_9848
Indah pelaminan!

IMG_9872
Kek yang masih dara! opss..belom dipotong lagi :p

IMG_9863
I berbackgroundkan pelaminan ;p

IMG_9883
 
 IMG_9880
Masa untuk pulang…shohhh..

Dan seperti yang u alls baca dibelog, Acik, Lynda, Moose, Cik Belle, Zaila, Jaja, Eila, Asna, Farah, Atiqah dan semua yg datang Wedding Nawal si Perempuan Jujur & Daus, cerita I same saje. Tak payah ulang suara la yer?? Nanti bace je belog diorang! HAHA. Pemalas gile. Ampun!

I janji ngan Zaila, jumpa kat tol NPE, kul 6.30pm dan sgt cepat Zaila bersiap walaupun baru balik keje :) We all sampai dalam kul 7.10pm kat area umah Nawal. Ade misunderstood sket, Zaila ingat we all kumpul kat Petronas yg sama dgn geng2 lain yg diketuai Cik Lynda! Padahal, I dah bajet we all paling last sampai sebab plus jam dan Zaila & hubby balik kerja lewat so, tak bajet plak nak tunggu kat Petronas itu. Kesudahannya, kami juga antara yg awal tiba, tapi dok kat bawah je sebab tunggu Cik Lynda ketua rombongan :) Kalau I tahu Moose & Acik ade kat atas, I dah naik dulu dah :p

Bytheway, kami memilih khemah yang agak kebelakang dah jauh dari tempat cendol yg Cik Belle diamanahkan utk jaga tue :p Sebabnya, nak berborak n berposing sakan plus nak kecoh2 kat belakang tue :)
So, inilah gambar2 di hari kejadian :)

IMG_0027
MUA baru sampai nak mekap Cik Nawal :) Cik lagi okey!

IMG_0088
Hantaran sanntekk :)

IMG_0051
Pelamin wangiiizzzz :)

IMG_0042
Meet Aim~Pn Rockers, Lynda & Moose :)

IMG_0048IMG_0046
two cute ladies : Cik Belle & Cik Jaja :)

IMG_0045  
Bride-Zaila :p

IMG_0067
Ohh..Jiran rupanya kita kan Acik?? Pasni leh buat mesyuarat tingkap kat umah u..

IMG_0070
Candid! Jaja, Acik, Belle & Farah

 Moose, u tinggi macam I bayangkan :) HEHE

 IMG_0106
It's mine! 

IMG_0110
Itu dia, Sikecil yang memang kecilmolek & Qis yg nampak tembam sket! Ehem, ade ape2 ke Qis?

IMG_0113
Ohh..Ade gambar I..Thanks Jaja snap pict nie :)

IMG_0118
Itu mereka! Shomeel semuanya!

IMG_0120
Moose & Acik, teman semeja malam tue :)

  IMG_0121 
Lynda ini utk kau! Walaupun gambar shaking, aku nak letak jugak kau tgh lap air mata :p Syahdu! Soul-sisters punya feeling! Tak sempat nak snap Aliaa :)

IMG_0144
Asna, tinggi kamu yer, dun worry akk kenal kamu!

IMG_0147
Ada tambahan ahli di situ: Atiqah & June!

 Okeh, cukup! Gambar dengan perantin, gambar perantin, tak dapat nak amik.. Macam Acik jugak, I bila dah simpan camera or sibuk borak, dah malas nak snap picture. Kesimpulannya, sangat enjoy the nite!! ramai bloggers datang, walaupun tak penah jumpa tapi cam ala-ala kenal gitu. :) Jom jumpa lagi. Acik, cepat la arrange makan2. HEHE. I jadi assistant jer, okey?


IMG_0157
Ohh yer, ini kakak ipar Nawal yg sewel jugak macam I. Satu office dengan encik so-army, of course sebab dia sportswoman, so selalu jumpa di event2 office! Nawal, gamabar ngan u takdek, ngan dia pun okeh!

BisikChenta: This week Aliaa kan?? Ala, jauh sket nak pegi, plus minggu nie my BFF kawen juga! Aliaa & Abg Nijam congrets!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...