Friday, June 25, 2010

Wedding: Table Number Ideas

Hye all..sekali lagi, I jadi suke search picture2 pasal wedding deco nie. Macam terpikir nak bukak company sendiri. Berangan lagik! Okey, kali ini, mari kita cuci mata dengan salah satu benda yang I rase penting kot utk mereka2 buat RSVP jemputan. Table Numbers! I rase ia adalah a part of centerpiece kot~ Kalaulah wedding kat dewan, by reservation, mesti kool kalo dapat buat table  numbers nie.


 ---♥ Table Numbers Kategori : Simple & Biasa dilihat! ♥---

Simple-Table-Numbers

Simple-Table-Numbers-Card
Simple-Table-Numbers-Flower

* last pict nie macam sgt cute..flower tu boleh tukar ngan butterfly ke, crown ke, pict katun perantin ke, tepak sireh ke :p **

  -----♥ Table Numbers Kategori : So sweet! ♥-----

Simple-Table-Numbers

Picture-Table-Numbers

Chalk-Table-Numbers

High Stand-Table-Numbers

tablenumbers-Picture Bridegroom
 
Vintage-Table-Numbers

Table numbers with centerpiece
* ohh..santeekk..santekkk..gile meroyan tengok gambar2 nie semua! **
 
  -----♥ Table Numbers Kategori : D.I.Y! ♥-----

DIY Table numbers - Jar

DIY Table numbers - Spray Bottles
* I heart this! :) Pas spray nie, letak air, letak bunga rose, carnation, sebatang setiap botol..superbbb!! *
    
DIY Table numbers - RecycleDIY Table numbers - SpiceJar

DIY Table numbers - Bottles 
  DIY Table numbers - Bottles
* macam botol minyak urut! haha..lepas ni bleh recycle, jadikan centerpiece! :p *

DIY Table numbers - Pot

Source:
Mr Google

BisikChenta : Apa yang penting, kekretifan kan? :) Selamat mencuba! I rase macam nak cuba buat jugak..tapi tak tau nak bagi sape..hikhik..

Wednesday, June 23, 2010

Wedding: Candy Buffet Idea

Ohh..lately I tibe2 sangat suke menjenguk web/blog pasal all the thingy yg related dgn wedding preparation. Dan sgt suke bace pasal all the stories of B2B yg pening pikir itu-ini utk hasil yg terbaik utk W-Day mereka. Macam rindu plak nak mencari idea dan penat kesana-sini menghunting barang2 utk DIY! :)

Ermm..frankly speak, dulu I tak bape nak search sgt kat tenet pasal all the stuffs pasal preps before kawen nie. Yela, dulu I susah nk online, tak pakai broadband sebab belaja lagi. Yer,I masih belaja ketika mahu kawen dan bayangkan bagaimana I kena plan budget utk kawen - bayar yuran - duit utk buat site study. Sebab itu ketika itu broadband itu kena tolak tepi biarpun niat di hati memang nak sgt ade. Walhal, I bukan kawen 10tahun lepas, tahun 2009 ok. Cuma tak bape ade kesempatan nak survey online nie. Rase macam katak bawah tempurung pulak.

Bytheway, I banyak survey sendiri ngan encik so-army. Kami pegi semua wedding fair, drop by mane2 butik pengantin & jalan2 sendirian berhad cari kedai yg jual barang2 kawen. Dan maka itulah, sekarang I terasa macam, “Alahai, ruginya aku tak pakai broadband dulu, kalau tak boleh hari2 online tanye pendapat B2B yang lain2 n share pasal wedding preparations!” :( sobb..sobb..sedih! T_T tapi, syukurlah, wedding I masih menepati budget dan berjalan lancar. Untungnye jadi B2B sekarang bleh share experience and survey sampai puas ati!

Ermm..mengingatkan pasal itu, I rase kalaulah I boleh patah balik masa, salah satu benda yg I nak ada untuk my W-Day ialah CANDY BUFFET!! Demn,sgt suke..As I memang peminat tegar lolipop sampai sekarang, I jadi gile bile tengok ini…

V
V
V
redorangebuffet 
||hemohemo,sangat suke!! colourful & confirm menarik perhatian tetamu||

Di Malaysia, I rase susah sikit nak praktikkan candy buffet nie since most of bridegrooms akan lebih mementingkan main menu of their W-day. But, instead of having so-called dessert table boleh kot selitkan candy buffet nie. I’m wondering, one day, if I buat majlis cukur jambul & aqiqah baby I, confirm I nak buat candy buffet nie. Tak banyak pun, sikit jadilah. Budak2 mesti suka. Mak budak?? Kalau mak budak tu macam I,dah tentu I akan serbu jugak table nie. So, u alls doa2kan I dapat baby, nanti I jemput u alls datang ok!

Ohh..mari cuci mata dengan gambar2 dari. Sumenya pasal candy buffet! :) Sangat cute & I’m speechless.. Kalaulah..erm..stop kalaulah. Insyallah, I akan buat jugak one day!! Kalau encik so-army tak bagi, I nak golek guling2 sampai die bagi!! :p okey..Selamat cuci mata! :)


 * hey, tengok kaler shocking pink nie..i soookaa! *

  * Kalau I, confirm I serbu meja ni, amik semua candies yg ade!*

 * Green-vintage candy buffet.. Kak Xora mesti suke! *


 * sweet giler bekas yg ade LOVE nie..*

 * Polka dots! Suke jugak! *

 * Adorable pink-white theme!*

 * Orange-pink with lantern deco..wowww!! *

* Yeeayy! my all time faveret! Orange-black!!*


Source(s):


BisikChenta: Verangan itu indah kann?? :)

Tuesday, June 22, 2010

Isu - Penjara Pudu bakal diroboh

Penjara Pudu ada lukisan yang terpanjang di dunia kan? Iaitu sepanjang 384 meter dan tinggi 4.5 meter yg telah dilukis oleh banduan dengan menggunakan 2,000 liter cat. Historical building kot Penjara Pudu nie. Memanglah nama pun penjara, tempat orang2 bersalah dipenjarakan, dikurung, menjalani hukuman. Sounds not so good kan? But when it comes to historical value, I rasa kita dah kehilangan salah satu bangunan bersejarah di Malaysia.

Apakah ini propaganda pihak tertentu? Hmm..It used to be a museum kan? Ohh..I memang budak building surveying dan I memang minat sejarah. So I concern lebih sket bab2 bangunan2 sejarah nie.Ermm..Kenapa roboh jugak? Dushh..sayangnye. Walaupun I takut jugak bila tengok Penjara Pudu ni macam haunted mansion, tapi bila nak dirobohkan rasa sangat sayang okey!

Ini adalah antara komen2 rakyat yang tidak bersetuju dengan tindakan merobohkan Penjara Pudu dan mahu ianya dikekalkan sebagai aset warisan negara di masa akan datang.
“Jika bangunan ini dibaik pulih dan dibuka kepada umum saya rasa ia boleh memberikan hasil kepada negara,” ~ Yusof Isa, 60 (Pesara)
 “Kalau di luar negara contohnya di China, England dan beberapa negara Eropah lain bangunan bersejarah seperti ini akan disimpan dan dipulihara dan dijadikan sebagai warisan untuk tarikan pelancong,”~ Siti Zaleha Sheikh Mohamad, 45 (Kakitangan Kerajaan)
"Tak boleh ke kita kekalkan facade sedia ada bangunan ini yang memaparkan mural lukisan banduan2 yang terpanjang di dunia? Kenapa mahu dirobohkan semua? Apa kata pintu utama penjara ini dikekalkan macam Kota A'Famosa. At least, ada juga tinggalan bersejarah negara kan? Or refurbish/redevelop balik Penjara Pudu nie jadi something yang boleh jadi hasil kepada neagara ~ Balkidz, 25 (Pelajar) <-- yang ni interview diri sendiri okey!

Namun, biar apapun kata-kata dan suara rakyat, kerajaan telah membuat keputusan muktamad. Penjara Pudu yang berusia 120 tahun itu tetap dirobohkan. Berikut sedikit petikan mengenai ulasan kenapa Penjara Pudu tetap dirobohkan.
KERAJAAN tidak bercadang menjadikan Penjara Pudu sebagai tapak warisan kerana kewujudannya tidak dianggap sebagai sesuatu yang boleh dibanggakan rakyat negara ini. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata kerajaan juga tidak berhasrat untuk membina muzium di tapak itu untuk membolehkan generasi akan datang mengetahui sejarah kewujudannya yang dibina pada 1895.
“Kerajaan sudah meneliti perkara ini dan membuat keputusan tapak ini bukan tapak warisan dan tidak akan dijadikan tapak warisan negara.
“Mungkin banyak benda lain boleh dibanggakan berbanding sebuah penjara walaupun ia sebuah bangunan lama,” katanya menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang). Fong dalam soalannya ingin mengetahui kemungkinan kerajaan akan memulihara sebahagian bangunan penjara yang berusia 115 tahun itu untuk dijadikan bangunan dan tapak warisan bagi generasi akan datang supaya mengetahui sejarah penjara dan pembangunan Kuala Lumpur seperti dilakukan Korea Selatan.
 Sumber: Berita Harian



Nasi dah jadi bubur. Kerja-kerja merobohkan ini berjalan daripada jam 10 malam hingga 5 pagi selama 4hari berturut2 mulai malam semalam. So that, tunggu dan lihat je la usaha melebarkan jalan yang cadangnya mahu dilakukan disitu. Oh, siap ada laluan bawah tanah. Ermm..dah siap nanti macam akan ada plak kes2 orang "kena kacau" di laluan bawah tanah itu.. hihi.. Okey, jokes!


Lagi berita di Malaysian Insider diSINI

BisikChenta :  Nak tengok lepas ni jam tak Jalan Pudu-Jalan Imbi-Jalan Hang Tuah tue.. :p

Friday, June 18, 2010

Family: Jubli Emas Mama

Another June’s Birthday wishes. 9hari lepas Ayah. Hari ini pulak, genaplah usia Jubli Emas Mama I. 50tahun.
Selamat Ulangtahun yang ke-50,
Mama; Hjh Mislah binti Badli
.
.
.
balkidz + mama
{ Malam sebelum I dinikahkan. Malam Khatam Quran **Orang cakap muka kami sama. Copy paste tak muka kami??** }
Kakak doakan mama sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang Illahi.
Kakak juga doakan Mama sentiasa sihat dan dipermudahan urusan seharian. Tidak kira apapun yang Mama lakukan, kakak sentiasa doakan Mama selamat dan di bawah lindungan Allah SWT.
Semoga Mama dipanjangkan usia untuk melihat anak-anak berjaya dan cucu-cucu membesar di depan mata :)
Hanya Allah dapat membalas segala jasa dan pengorbanan Mama.
Kakak SAAAAAAAAAYANG Mama dunia dan akhirat :) I LOVE U!! 



hjh mislah badli

 Mama admit hospital semalam sebab tekanan darah terlalu rendah. Ya-Allah, kau sembuhkan segera mama-ku. Aku doakan mama-ku sihat seperti sedia kala. Amin!

BisikChenta: Semakin tua usia, maka semakin hari I rasa semakin hampir I akan kehilangan insan-insan tersayang! T_T

Thursday, June 17, 2010

Contest: Lompat Bintang!

Aiyyoooo…baru ade mase nak balas tag dari kengkawan. Oh sungguh lame gila tak buat tag-mentag nie. haha. Tag pertama yang I nak bayar utang adalah dari Cik Dayah @ biskut cokelat dalam tin. Contest dianjurkan oleh Cik Nina Aman. Contest lompatan terhebat!! Waaawwee.. Macam besh jer :p

happy jumping
|| Eh, maaf ini gambar hiasan ~ iklan Clean & Clear. Motif?? ||

-----♥ (re-post entry from cik Nina’s blog) ♥-----
Howdy to all.
Nak buat contest juga.
It's all about jumping = melompat.
Best kan?
Sebab saya tau ramai yang suka merakamkan gambar melompat (termasuklah saya).

Rules and regulations:
  1. Rakamkan sebarang gambar anda atau bersama kawan2 dengan aksi lompat yang paling cool. 
  2. Gambar yang diedit secara sederhana atau yang unedited juga diterima.
  3. Be my follower --> Nina Aman
  4. Repost entri ini di blog2 anda dan tag 4 kawan.
  5. 2 foto dengan aksi lompatan paling cool akan disiarkan di blog saya dan berpeluang menerima hadiah menarik.
  6. Tarikh tutup: 4 JULAI 2010
----------------♥**(the pict)**---------------

I tak banyak gambar lompat-lompat laa..Kenapalah Dayah tagged I? (Buat-buat muka tak paham) Macamlah tak tahu yang I pun same je macam cik dayah, simpan banyak gile gambar kat external + drive-D dan ntah bape banyak gambar lompat2 yang I ade dan sampai tak tahu mane letaknye gambar itu semua. Ohoho..Cari punye cari, jumpe yang paling latest je..Dolu2 punye, tak jumpe (Dayah, nampak sangat aku tak selalu amik gambar lompat2 dulu!) Jadi..ini adalah gambar yang I nak cuba try nasib :)

melompat lebih tinggi
|| Lokasi : Pantai Puteri, Melaka – Disember 2009 mase I lepas kawen ||

*Lihatlah anak-anak buah I yang heppy-go-lucky macam makciknya yang over kat belakang tue* Ohh, lupe nak cakap, kami family yang riang gembira, sporting + pastinya coollll :p sebab itu lompatan kami, lebih luar biasa daripada biasa!* Background pun cantek, gambar pun cool, so dah bleh la menang nie, kan? kan? * Ya-Allah perasannye! ;p
p.s : Cik Nina, cukup cool tak nie? Bleh la bagi la I can nak menang! :)

----------------♥**(tag it!)**---------------

Haha.. okey, I cari mangsa, sebab I dah kena. So, jom join contest ini kawan2 blogger!! Mana tau rezeki anak-anak..

dan sesiapa nak join contest ini. boleh klik SINI

----------------♥**(DONE!)**---------------

Okey..I memang super-degil, nak jugak nak letak dua gambar..
p/s lagi: Cik Nina, sila la consider untuk tengok dua2 gambar ok..hikhik.. :) 

pengantin lompat tinggi2|| Tasik Ampang Hilir – mase besday & hari kawen i.. ||

* ade 3 pengantin yang shoot kat tempat yang same mase nie. Tapi I tahu, I paling kool sebab I ade hubby dan kengkawan yang boleh lompat tinggi2 kelapa bali macam ini.. Gaya pengantin tak bleh blah, rockss sangat ke I mase nie? Buruk tul perangai pengantin pompuan cam I nie..hishh!! *

Sudah balkidz, kau kate tadi gambar lompat2 kau tak banyak??
-->Okey2 I tak bukak folder picture lagi dah <--

 BisikChenta: Nak ajar anak-anak amik gambar lompat2 jugak!

Travelog: Honeymoon - BALI 4D 3N (Part #02)

Tepuk tangan cepat sebab I update cerita pasal Bali lagi :) Sila lah baca kalau tak boring, muak & menyampah. Kalau boring tutup jer. Ade I kesah!? Datangmu tak diundang, jika ragu silalah tutup belog ini~

Transportation
-----♥ Taxi Service ♥-----
Kat Bali as u all kuar je airport, memang bersepah2 la taxi. If u alls nak pegi hotel or mana2, nak senang boleh terus ke counter taxi service. But I guess, Blue Bird Taxi sangat popular among Malaysians. I rase I ada bace kat ANN punye blog mase die pergi Jakarta. Yes, the Blue Bird taxi memang based dia kat Jakarta and I agreed taxi nie popular sebab ia sangat telus dan jujur sebab ada meter. Lagi satu, taxi Blue Bird ini menggunakan Toyota Vios. Kelassss ko! :) 

In my case, villa tempat I menginap memang dah provide transportation. Dari airport –> villa and villa –> area Seminyak, Kuta & Denpasar. But, I experienced once masa I jalan2 di malam hari kat Kuta. Pak supir kat villa I tue dah sound, make sure check berapa IDR meter dia start. Normally, meter starts at IDR 4K-5K la. Taxi Blue Bird yang I naik start dengan IDR 5K. Total damage perjalanan kami dari Kuta – Villa (Seminyak) = IDR 43K (RM15). (Gambar tak sempat nak snap sebab mata dah ngantok2 pikir nak balik cepat!)

Bytheway, ada macam2 lagi taxi tau, lagi satu yang glemer Praja Taxi. Ermm..Silver Bird pun ade, Gelora PT, Rajawali Taxi, Ramayana Taxi dll. Kagum kejap I bile tengok Alphard, Vellfire, Toyota Vios, Suzuki Swift, KIA Carens, haa..tue semua taxi diorang kat sini tau.  Amik kau, kat sane, bersepah, I repeat bersepah! Bezanya cuma jenis taxi dan pakai meter atau tidak dan taxi jenis mewah/private.
Suzuki APV di Bali|| ini dia kenderaan rasmi kami – Suzuki APV ||

Chenta Do's & Dont's:
(*) Harus ada duit kecik yer, as drivers akan claim takde duit pecah dan berharap u alls akan allow them untuk simpan je balance. Gile kau, kalu IDR 32.8K, then u all bagi IDR 40K memang die akan cakap, xde pecah punyer!FYI, tipping is not required pon kat taxi driver yer. Tak payah bermurah hati sangat! :)
(*) Make sure driver tau mane tempat tujuan, dan u alls kene buat2 macam tahu jalan, pegang map dan bagitau je, “Ini bukan jalannya ke villa kami, pak!” coz they sumtimes saje nak main pusing2 supaya meter naik. U alls pun boleh suggest utk lalu jalan pantai, rather masuk town dan habiskan masa kat traffic jam :)
(*) Sila cari driver yang agak berumur, sebab lagi berpengalaman dan akan potpetpotpet sepanjang jalan share ape2 info pasal Bali :)  Blue Bird dah makin established & expand bisness diorang, so budak2 muda pun diorang hire jadi driver. Kalau yg muda2 tapi local Bali, maybe bleh caya kot, but other than that, I have no idea! :)


-----♥ Motorcycle ♥------

Sewa motor semangnya murah la kalau nak dibandingkan naik taxi dan sewa mobil. Oh ya, motor dipanggil “speda-moto” di sana. Sangat banyak company yang menawarkan sewa motor di Bali. Banyak juga pilihan motor. Ada Yamaha Mio, Honda Vario, Honda Supra X, Honda New Tiger Revo dll. Pilih saje. Encik so-army dah booking siap2 by email je, dan luckily they all tak mintak deposit or what, just confirmation nak amik motor ape and bila nak amik. Oh, I mintak die hantar ke villa, and it’s FOC since office diorang pun just nearby jer.

Speda-moto yang kami sewa untuk 2 hari berharga IDR 80K, termasuk sewaan helmet. Memang normally harga sewa motor di Bali IDR 40K – 60K sehari, depends on kedai dan jenis motor yang u alls amik la. Ermm, kadang2 diorg paksa jugak untuk ambil insurans untuk kerosakkan means if kita bawak motor tue ditakdirkan eksiden, calar balar, lampu rosak, kita kene bayar semua kos masuk worksyop kalau tak amik insurans tue. Insurans ni about IDR 40K/motor. But I ngan encik so-army tak nak amik insurans tue. Sebab? sebab kitorang rase boleh jaga motor itu dengan baik disamping yakin dengan safety aspects kat villa tue. Btw, I suruh encik so-army bagi tips kat bapak yang hantar motor tue, sebab I takut if die nak sabotaj motor tue later. Hmm..neway, motor kami disewa dari AMERTHADANA.
 
honda supra di Bali || Speda-motor kami – Honda Supra X :) ||

Oh yer, sepanjang 2hari kami cume mengisi minyak sebanyak IDR 5K sahaja which is full tank kot! Kat sana kalau nak isi minyak ada yang tolong isikan tak kira la motor or kereta. Tapi, u alls kena jeling2 jugak, sebab kadang2 diorg ambil kesempatan. Kalau nak isi IDR 5K biasanya dia isi sampai IDR 4.5K aje, so yang lebih kira tips dia la..Itu pun nasib baik, pak supir kami, follow kami, kalau tak, mahu die isi IDR 3K je..fuhhh!!

isi petrol di bali

I dan encik so-army memang dari zaman berchenta naik moto jer kemana2. Maklumlah student! :) Should be takde masalah la kan? But, kat Bali, we both macam terkesima kejap kene “road-shock!” (haha..ade ke road-shock?) Siyesly, I memang pening giler dengan style diorg merempit. Ikut suka hati je, especially bile nak masuk simpang dan nak over-take. I dgn encik so-army berpendapat bahawa mereka mengamalkan konsep “Aku harap kamu faham!” I bagi contoh beberapa situasi AKU HARAP KAMU FAHAM nie:
1) Di simpang yang takde traffic light, sape sampai dulu terus je masuk, tak payah tunggu2. Dan, orang dari arah bertentangan kena paham dan bagi laluan. I rase encik so-army adelah mat rempit paling skema kat sane :p Yelah, biasenye kita bagi laluan kat kereta yang nak masuk simpang dulu kan, tapi tibe2 kami kene honk. Rupenya sebab kami sepatutnya keluar simpang cepat! Demit! Tak paham I macam mane diorg bleh selamba je buat muka tak bersalah!

simpang jalan di bali
|| Sila lihat kekeliruan di simpang jalan nie. Sape masuk dulu, sape keluar dulu pun dah tak tau! Pening wooo.. ||

2) Jalan kat sane kecik even itu adalah main road yang nak menghubungkan daerah2. Bersyukur gile la duduk kat Malaysia dengan infrastruktur jalanraya yang bagus, walaupun kene bayar tol :) I agak takut2 jugak bila encik so-army potong double-line. But guess what?? Bile potong double line, kenderaan dari arah bertentangan akan bagi laluan as if diorang paham yang kita nak cepat! Pastu mase pak supir I drive pun, I perasan bile die nak over-take die akan hon, itu menunjukkan yang die nak cepat dan Sila Bagi Laluan! haha..


Okey tue adalah contoh situasi yang benar2 kami alami dan baru sehari kami dah paham konsep Aku Harap Kau Faham nie :) Frankly speak, encik so-army memang surrender okey! Berbahaya kepada kesihatan! :p Lagi-lagi memang jarang gile nak jumpe traffic light kat sane. Tension. Tapi, I memang enjoy the view sepanjang perjalanan ke Ubud tue. Suasana kampung tapi takde la kampung yg senyap sunyi!!

Chenta Do's & Dont's:
(*) If takde pengalaman/first timer or takde orang guide, I suggest tak payah la berangan nak naik moto sendiri konon2 nak tengok peta! hahaha. konfem sesat dan lagi akan membazir masa sebab u alls mungkin akan follow route yang jauh. Luckily, kami ade guide dr pihak hotel :) Kalau takkk……
(*) If rider perempuan bawak tas (handbag) mesti bawak belah kiri sebab nak elakkan peragut. Yela, jalan kat sane kecik, so kalau perampok (peragut) datang dari belah kiri memang confirm diorang terbabas. Ermm.. I terfikir, kalau kat Malaysia, tak kira kiri ke kanan, dah selamat dah wehh!! :) Tapi bile I tengok diorg buat, I pun buat jugak, walaupun I bukan rider, passenger jer..Saje nak tengok, ade tak orang ragut!! hehe~ Takde rupenye, patut laa :P

tas bali
tas tangan bali|| Aiyyoo..memang sangat kool la diorang bleh buat camnie! ||

(*) Jangan terkejut beruk kalau tibe2 dengar kenderaan hon-hon sana sini. Kat Bali, dah jadi adat, kalau they all lalu kat kawasan temple2 tertentu or lalu kat tempat2 sacred macam pokok2 besar, patung2 etc mereka wajib bunyikan hon as if mintak permission kat dewa tok nenek diorang untuk lalu kat kawasan tue. Lagi satu kat simpang empat dan selekoh pun diorang bunyikan hon untuk mintak lalu kepada dewa and I guess as well as other vehicles from opposite way :)

-----♥ Kereta/Mobil ♥-----

Harga sewa kereta di sini biasanya dalm lingkungan IDR 200K-300K (RM 75-RM120) dan amatlah digalakkan u alls sewa lebih dari sehari sebab confirm lagi murah. 

Kami amik package mobil pada hari ke-2 sebab masa tue cuaca tak berapa elok. To be safe, kami terus amik je package dari hotel, including kereta dan supir (driver) = IDR 500K. Bile pikir2 balik, senang jugak kalau naik mobil jer, lagipun, mase I datang cuaca tak menentu, kejap ujan, kejap panas. Cuma halangannya kalau naik mobil ialah macet = traffic jam. :)

Macam2 kereta diorang ade untuk disewa, Toyota Avanza or Daihatsu Xenia harga lebih kurang IDR 150-170K/day. Kalau nak budget Suzuki Jimny dalam IDR 90-110K/day. I ade jugak survey tempat nak sewa kereta from internet before pergi. Harga pon boleh tahan la..Boleh juga tengok kat SINI.
sewa mobil di Bali
 || With our supir – Pak Komang Runut! Sangat loyal & obey :) Sangat sedih dengar cerita dia & family! ||

Chenta Do's & Dont's:
(*) Do bargain ye if nak sewa mobil nie. Kalau yang booked kat internet tue mungkin rugi sket sebab harga dah fixed plus payment guna USD & credit-card! :)
(*) Sama la macam by-self ride motorcycle, if u alls tak confident nak  drive dalam keadaan traffic yang kurang formal/rules toksah la nak berangan nak drive sendiri. Sewa je kereta dengan supirnya sekali. Kalau sewa lebih dari sehari termasuk supir, biasanya dapat harga lagi murah. Lebih kurang IDR 400-700K untuk 2 hari.
(*) Make sure kalau drive/ride sendiri u alls ade International Driving Permit (IDP) untuk vehicle rental. Biasanya, IDP akan diuruskan oleh syarikat/person yang menyewakan kenderaan, they all akan mintak photostate passport. Dan, ia wajib disertakan dgn Sijil Pendaftaran Kenderaan (road-tax la kalau kat M’sia). If kena tahan dengan pak polisi denada IDR 50K tau! plus duit kopi IDR 5K untuk lepas. Demn! Korupsi tinggi!

--------------------------------------------------------------------------------------

Places-to-go

♥ Uluwatu ♥

Here it is, the most feveret place yg I nanti2kan :) Perjalanan ke Uluwatu mengambil masa lebih kurang 30 minit dari Denpasar atau Tanjong Benoa. Tue pun kalau macet-nye biasa2 aje. Ekcelly, ini sebenarnya adalah kuil bagi penganut Hindu, but the point is not the temple la. I sangat teruja dengan lokasi kuil ini which is very beautiful. Subhanallah..MasyAllah..Tak terucap rasenya kata2 bila dapat tengok tempat ala-ala video klip Westlife nie dengan mata sendiri. Sangat cantek okey! Air biru, ombak besar dan menghempas tepi tebing, sangat damai. Siyesly, sgt tenang!

uluwatu view|| See?? Beautiful scene isn't it? Subhanallah :) ||

View uluwatu view

Kat sini ada satu attraction menarik, iaitu Kecak Dance @ Tarian Kecak atau juga dikenali sbg Monkey Dance (patut la banyak kaum tue kat sisni..)yang diadakan pada setiap hari bermula jam 6.00petang. So kalau tak nak terlepas showtime, datang awal, or else, u alls akan dapat tempat tak best dan tak paham cite sbb dtg mase dah start. show. Tarian nie simbolik kepada epik Ramayana-Mahabrata, dewa masyarakat Hindu. Epik tue sume tak bape nak menarik sgt, yg paling best ialah keharmonian suara lebih kurang 50 orang lelaki gagah menyebut perkatan “kecak”, “cak-kecak” dan “cak-cak-cak” dan menjadi harmoni macam lagu koir. ok, tipu lagi! Tapi betul la, bunyi dia jadi macam lagu bila dah sebut ramai2 dan bertindih2.
|| The Kecak dance :) macam nak amik kelas vokal dgn mereka.. ||
Ohh..okey..cakap pasal aktiviti kat sini tapi tak cakap pun bayaran kan? So, I bagi sekali la amount2 penting:
Harga Tiket –> Tiket parking : IDR 2K/vehicle ; Tiket masuk (Pura Uluwatu) : IDR 3K/pax ; Tiket menonton Kecak-Dance : IDR 70K/pax.
 
Chenta Do's & Dont's:
Untuk masuk ke sini, ada beberapa benda yang kena patuhi:

(*) Sesiapa yang memakai celana pendek, harus menutup bahagian tersebut dengan kain yang boleh didapati di pintu masuk, kain kaler biru/purple. See my pict below? Bergambar di pintu masuk. I pakai short skirt okey, sbb tu kene pakai jugak kain purple tue :) Tipu je! Kalau dah memang pakai proper, just pakai kain ikat kat pinggang jer, kaler kuning tue. nampak tak? Sape tak nampak, esok die kena blanje makan aiskrem kat Baskin Robin!
gateway to uluwatu kecak dance || Ermm..jagung bakar itu berharga RM4..Tipah tertipuuu! >,< ||

(*) Kalau konon2 nak bergaya dengan shades/glasses korang yang harga ratus-ribuan itu, and sangkut kat baju or kat kepala rentikanlah yer. Kalau makan jagung macam kat atas pun, kene habiskan awal2, takut nanti ade yg tolong habiskan ;p 

monkey at uluwatu || Lihatlah mereka ini, mencari mangsa, bila2 masa je akan menyerang! ||
 
Bukan pencopet sembarangan, tapi, si monyet samseng kampung dusun yg dengan senyap2 akan mencuri peluang utk mengambil ape2 juga benda yg nampak menarik. Ohh..luckily, pak supir I sangat bagus dan bawak kayu, bile ade monyet nak dekat, die akan buat2 nak pukul lalu monyet2 itu akan lari tak cukup tanah dan pegi kacau orang lain :) Itupun, ade sekor tue berjaya datang dari atas, dan cube nak tanggalkan key yg I pakai. Hampeh tul diorg nie, tak makan saman!! So, beware yer!

♥ Pasar Sukawati & Pasar Guwang @ Ubud ♥

Shopping time! hahaha..I dah familiar dgn nama pasar nie, as I dah survey kat blog/website pasal tempat shopping kat Bali. ehemm..pasal shopping kan? jadi haruslah I ambik perhatian lebih sket..hikhik..
P5280045
Okey, ada jugak pasar seni lain macam Pasar Kumbasari & Pasar Badung kat area Denpasar, tapi local pun dah suggest, pegi Ubud sebab kat Denpasar tue, diorg amik dari Ubud jugak, plus harga mahal sikit la dr kat Ubud! Kalau nak beli pernak-pernik = souvenir, kat sini adalah tempat paling sesuai. Ada beg dan baju macam2 saiz dan material, ada painting yg kewl utk hiasan, ada key-chain, ada baju I BALI dan macam2 lagi la. Rambang mata wooo..  n encik so-army pun dah naik pening nak beli ape utk mama-mummy, ayah-babah n adik-beradik n sanak sedara! Siyesly, banyak sgt sampai tak tau nak pilih mana.
shopping at pasar sukawati|| Muke senyum puas sebab dapat bargain to da maxxx!! ||

Total damage I mase shopping kat sini ialah about IDR 950K = RM350. haha.. ni dah siap kira nak bagi sedara2 rapat dan kengkawan rapat nie.. yang lain2, kalu ade rezeki insyaAllah, next time I datang lagi I belikan. Tak mau merajuk ehh!! :)

bargain at pasar sukawati ubud || See buku OJB (Our Journey to Bali) kat tangan I tue.. huhu.. mane pegi bawak buku tue, walaupun dah ade guide! ||

Chenta Do's & Dont's:
(*) Sila bargain dan make sure survey dulu ape nak beli then compare harga dari 1 kedai ke kedai lain. Memang bunyi sangat penat + letih! Tapi berbaloi kot~ Encik so-army terkena jugak, I dah cakap, jalan dulu, jangan stay kat kedai sama jer. Degil tul, meh piat telinga!! ;p Dia beli beg canvas I BALI utk souvenir kat satu kedai kat lorong2 belah dalam, dgn harga IDR 20K/bag. Tapi, I dapat kat lorong depan2 sket harga IDR 12.5K/bag. Hambik kau! Dah la amik 15biji. Rugi IDR 7.5K x 15 = IDR 112.5K = RM40.

(*) Lagi satu, sila perhatikan duit2 balance yang they all bagi tau! Kadang2 diorg bagi duit yg dah EXPIRED! I rugi IDR 230K = RM85 sebab I ngan encik so-army leka sgt shopping sampai tak sempat nak usha2 tahun keluaran duit yg diorg pulangkan. Sekali masa nak bg duit poket kat pak supir, die cakap, duit tu dah tak leh guna dah. Tahun 1998, dah lupus, bank pun tak amik dah~ Gile la, bank pun dah tak terima. Tak laku. Rugi mak nokkk~ Aishhh..asyik cite pasal rugi je kan? ade jugak yg I untung mase shopping, tapi u alls pegi dulu, experienced sendiri, baru best!! :)

--------------------------------------------------------------------------------------

I rase nak berenti setakat nie dulu. I dah penat membebel + nanti u alls bosan + malas plak nak bace entry panjang-berjela.. hikhik.. nanti I sambung lagi yer :) Pasal tempat2 lain dan makanan. Part3 will be coming soon…

BisikChenta: Bersambung lagi daaa..Sila jangan bosan :) Kalau bosan? Paham2 la, sila takpayah bace!!

Wednesday, June 16, 2010

Family: Father's Day


Selamat pagi semua sayang2 sekalian. 
Bulan Jun ni meriah betul family & kawan2 I yang sambut besday! Yang sambut hari bahagia pun ramai jugak. Hari yang indah ini I mulakan dengan sedikit info pasal Hari Bapa @ Father's Day!

Ayah, Abah, Papa, Bapak, Daddy, Walid, Baba, macam2 panggilan untuk si bapa tersayang! Tak kesah ape pun panggilannya, yang penting, tanpa dia siapalah kita kan?
Sama seperti Hari Ibu, Hari Bapa @ Father's Day juga diraikan pada masa yang bebeza2 di seluruh dunia.
Seperti yang kita semua well-known, 9 Mei setiap tahun adalah hari untuk raikan Ibu, Mama, Mummy, Mak, Ummi, Bonda, Amma dan ape-ape je la panggilannya untuk insan yang telah melahirkan kita ke dunia nie.  Berikut pula adalah date @ tarikh Hari Bapa @ Father's Day yang diraikan oleh negara berbeza diseluruh dunia.

Secara umumnya, most countries celebrate Father's Day on the 2nd Sunday in the month of June. Berikut adalah tarkh @ date Hari Bapa @ Father’s Day 2010 akan diraikan pada kebanyakkan negara di dunia. 

20 June 2010 (atau lebih tepat lagi.. adalah pada Ahad minggu kedua dalam bulan Jun)
:: negara MALAYSIA, Argentina, Canada, Chile, China, France, Greece, India, Japan, Malaysia, Netherlands, Malta, Pakistan, South Africa, United States & United Kingdom.

5 September 2010 (Ahad pertama dalam bulan September)
:: Australia, New Zealand, Fiji & Papua New Guinea

19 Mac 2010 (Ahad kedua dalam bulan Mac)
:: Portugal, Spain, Italy, Bolivia, Honduras & Macao.

8 November 2010 (Ahad kedua dalam bulan November)
:: Scandinavia, Norway, Sweden, Iceland, Estonia & Finland

23 February 2010
:: Russia menyambut Hari bapa sebagai  ‘Defender of the Fatherland Day’.

21 June 2010 
:: Egypt, Lebanon, Jordan, Syria & Uganda
9 August 2010 (Ahad kedua dalam bulan Ogos)
:: Brazilians and Samoans
  


Mak aihhh..kalau nak rase celebration Father's Day kat different countries boleh la travel pada tarikh2 kat atas tue yer..haha..Apa2pun tarikh sebenarnya tak penting, apa yang penting kerjasama ingatan dan kasih sayang kita dan bagaimana kita menunjukkan rasa hormat kita kepada mereka.

** Kakak sayang ayah!! Kakak banyak buat salah kat Ayah! Ampunkan kakak! **

BisikChenta : Kasihnya Ayah, sanggupnya berkorban! :)

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...