Monday, May 31, 2010

Business: Detox Foot Patch


Ini sticky-post! scroll bawah untuk new entry! :)


Tahukah??
Berdasarkan kepada ilmu perubatan Cina, badan kita menpunyai lebih 360 titik akunpuntur, dimana 60 titik akupuntur ditemui di bahagian kaki. Bahagian kaki atau lebih sinonim sebagai "jantung kedua" ianya merupakan zon refleksi untuk organ dalaman utama badan kita dan merupakan "rumah" kepada pelbagai jenis toksik.

Oleh itu, I nak suggest penggunaan detox nie. Kenapa I promote? Suka hati la I nak letak kat blog nie. Sebab encik so-army gigih jual DETOX nie sekarang. Kalau ade sesiapa nak boleh la contact I okey! :)

Foot detox nie siyesly bagus. Bukan nak promote sebab encik so-army jual, tapi memang ade effect yang bagus kepada badan. Of course la I cuba kan bleh kate tiap2 malam I pakai. Antara effect ketara yg I dan encik so-army alami ialah, bangun pagi sangat fresh dan bersemangat waja. Lepas tue, I ni jenis yang ade ruam2 sket kat belakang badan, lepas maintain pakai, I punye ruam2 tue dah kurang.. :) I like..

So, I share sket antara kelebihan Detox nie in general:
- Badan menjadi lebih segar dan bertenaga
- Mengurangkan alergik
- Meningkatkan kadar metabolisma dalam badan
- Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi
- Mengurangkan sakit sendi
- Meningkatkan sistem imunisasi badan
- Melancarkan perjalanan darah
- Mendapatkan tidur yang lena & hilangkan penat
- Boleh mengurangkan berat badan
- Mengurangkan bau kaki
- Membantu buah pinggang dan sistem limpa berfungsi untuk membersihan toksik
- Kurangkan masalah tegang otot
- Elakkan sembelit

Kalau ade sape2 pernah pakai yg K**OH****SU tue, effect die lebih kurang same je..Yang pasti ianya tak semahal tue la..Tak silap I yang K**OH****SU tue sepasang lebih kurang RM20. Yang nie sepasang RM2++ okey..haha..beza banyak kan?

Bahan2 yang terdapat dalam pad herba nie ialah seperti : Bamboo Vinegar + Wood Vinegar + Chitosan + Dokudami + Loquat Leaf + Vitamin C + Vegetable fiber + Tourmaline + Cornstarch + Dextrin

21052010270


21052010265
Yang ni dah siap bungkus2 ikut order dari customers. 
Penat gak la nak kire satu persatu ade 1000++ nak kene packing. Takpe support hubby sendiri :)

Cepat-cepat sesape nak order bleh contact I okey! PM leh.. Diskaun baeekk punye! :)

 BisikChenta: Malam nie kene hantar lagi 500++ kat customers! Yeayy! :)

Saturday, May 22, 2010

Honeymoon: Tukar duit, Jutawan segera

Haha.. Mood ke Bali sudah semakin dirasai.
Duit pun dah tukar. Ade orang cakap suruh I tukar USD jugak. 
Harus ke? Taknak boleh kan?
Mama cakap singgit kita pun laku je kat sana. :)

* 1,000++ MYR *

..
..
..
..
..

* 3, 000, 000 Rupee Indonesia *

BisikChenta: Kaya segera!

Thursday, May 20, 2010

Foods: Breakfast @ O'Briens, The Empire Shopping Mall, Subang

Selamat pagi. Saja nak suruh u all cuci mata dan sebagai membuka selera di pagi Khamis nie.
Jom breakfast! :)
Err..tapi jangan tiru I yer, pagi2 dah minum air gas! haha..

 

 *I memang suke sandiwich! Sila suggest mane lagi ade sandwich best!! :)*


 


* Lokasi : O'Briens Empire Subang *
* Weekend yang lalu ketika I merengek nak makan sandwich *

BisikChenta: Nak pegi buat egg-sandwich :)

Tuesday, May 18, 2010

Our 1st House - Magna Ville Selayang!

Ohh..Silalah kata u alls rindu I. hahaha. Macamlah glemer kau nie balkidz oii.. Haha.. Tiada apa yang menarik weekend hari tue melainkan I berjalan2 ke shopping complex dan pegi kenduri kawen kawan2 dan kebetulan sangat malas untuk berblogging. 

Entry ini I dedikasikan khas untuk suami terchenta. Pertama kalinya encik so-army bertanya, "Eh yang, tak nak update blog kite ke?" 
What? KITE? KITA? haha..kelakar encik so-army :) bila pulak awak suka bace blog I nie hubby? Ohh.. I buat2 muka tak paham sedangkan I tau die nak suruh I update story pasal rumah kat blog KAMI ini. (okey, I harus mengaku ini belog kami sebab name pun Chenta Aqieshz + Zahir. Bukan Chenta Aqieshaja atau Chenta Aqieshorang! :p)

Baiklah sayang. I tulis ye pasal rumah.

Hmm.. Semalam encik so-army half-day, kebetulan keje die tak banyak sangat. So,die call I suruh amik kat office pukul 12 tghari (encik so-army pegi keje naik moto okey!) 

Modus operandi kami ialah ke MagnaVille di Selayang. Berhadapan UiTM Kampus Selayang dan berdekatan dengan Hosptal Selayang! (prospek..prospek!)

 Baiklah. Sila lihat muka bangga encik so-army yang tengah tunggu management office bagi kunci rumah selepas dah bayar maintenace fees :)

Then, kami naik la ke rumah tersebut (wahh skema ayat I) Blok C, Tingkat 14, no 14. Sekali lagi, sila lihat muka penuh semangat encik so-army nak merasmikan rumah itu! ;p

Yaayy.. Ini pemandangan dalam umah yang tidak berpenghuni ini. Haha.. Bajet macam cerita hantu, orang nak takut kalau sebut rumah tue takde orang duduk. Okey, kami bagi salam sebelum masuk yer!
Rumah ini berukuran 1032sqft lebih kurang. Esok I dah start nak pindah barang sikit. What? Berangan la kau! Haha.. Untuk info, rumah ini under Guarantee Rental Returm scheme yang mana selama 2 tahun rumah ini dijamin ada penghuni dan kami tidak perlu risau tentang penyewa! Sudah tentu penyewa adalah UiTM student. Hmm, kan I dah kate tadi prospek!

Reason kami taknak duduk sini sebab, I tak suke duduk umah atas nie la. Begitu juga encik so-army. Kami ingin menjadikan ianya sebagai aset sahaja sebab I pun dah plan nak beli umah atas nama I plak.
Tapi bila masuk rumah nie semalam, tibe2 I rase nak duduk sini pulak. Encik so-army pun cakap camtue. Boleh tak I letak syarat I nak pompuan aje dok umah nie? ;p

Okey. Sudah! Tunggu lagi 2 tahun baru pikir sama ada still nak duduk sini atau tidak. :)

Ade gym, swimming pool, club house, surau, dewan komuniti, playground, parking yang banyak dan ade courts. Ohh sebagai owner, kami berhak datang suka2 hati bila2 masa untuk bersukan dan berenang di gym & swimming pool. Ini best! I like!

 Jadi, sila ucap selamat tinggal kepada rumah nie buat sementara selama 2 tahun. sobb..sobb.. Takpe, every week I datang supaya budak yg duduk rumah nie tak nakal2 okey :)

Hahaha.. Itu saja pasal rumah. Sesape yang duduk area Selayang kite dah berjiran la sekarang yer. Muahaha.. Bleh la datang jenguk rumah I ye kalau ade mase. Jenguk rumah je, bukan jenguk I, sebab I tak duduk situ. lalala~

BisikChenta: Encik so-army, ade ape lagi yang I tertinggal? hehe..Lebiuu :p

Monday, May 10, 2010

DIY: Mother's Day Card

Semalam hari Ibu kan? Ape u all bagi hadiah kat Ibu2 u alls?
I pagi-pagi dah wish my Mama. I busy sikit weekend nie. Ada meeting dengan barisan ex-ROTU nak buat first gathering besar-besaran. Ade kenduri kawen juga. Dan ade janji dengan encik so-army sebab die nak tengok IP Man 2 :)

Cakap pasal Hari Ibu, I tak bagi ape2 hadiah sebab plan nak bagi hadiah yang special sket on her birthday nanti. I just bagi kad je. Kad je? tau tak betapa i memerah otak cari idea nak buat kad sendiri. Sentimental value ok kad buat sendiri. Siap pegi Shah Alam sebab nak mintak sign my brother kat UiTM.

Haha..I buat kad untuk my Mama & my Mummy (mother in law).
Bersungguh betul I buat 1hari 1malam :) Maka nilah hasilnya. jangan komen lebih2 kalau tak cantekk!

* untuk Mama *

* untuk Mummy *

* belah dalam ~ I tak sempat snap picture yang dah siap tulis, kelam kabut nak pegi pos *

* p/s: yang kat tengah2 tue kosong sebab adik I belom sign *

BisikChenta: Kasih Ibu membawa ke syorga! :)  Love u Mums!

Thursday, May 6, 2010

Family: Mother's Day

Selamat pagi semua sayang2 sekalian.
Hari yang indah ini I mulakan dengan sedikit info pasal Hari Ibu @ Mother's Day!

Oh..I tibe-tibe teringat lagu iklan susu Fernleaf tue (betul ke ek iklan ni?) "Ibu, Ibu, Engkaulah ratu hatiku!" I baru tahu yang tarikh Hari Ibu @ Mother's Day berbeza di setiap negara. I ingatkan sama saja satu dunia okey! Haha..

Seperti yang kita semua well-known, 9 Mei setiap tahun adalah hari untuk raikan Ibu, Mama, Mummy, Mak, Ummi, Bonda, Amma dan ape-ape je la panggilannya untuk insan yang telah melahirkan kita ke dunia nie. Wah, I sayu tiba2. Tapi tak semua negara sambut Hari Ibu @ Mother's Day. Berikut adalah date @ tarikh yang diraikan oleh negara berbeza diseluruh dunia.

9 Mei 2010 (atau lebih tepat lagi.. adalah pada Ahad minggu kedua dalam bulan Mei)
:: negara MALAYSIA, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe

1 Mei 2010 (Ahad pertama dalam bulan Mei)
:: negara Hungary, Lithuania, Portugal, Spain

29 Mei 2010 (Ahad terakhir dalam bulan Mei)
:: negara Algeria, Dominican Republic, France,Haiti, Mauritius, Morocco, Sweden, Tunisia.

22 Mac 2010
:: negara Ireland, Nigeria, United Kingdom

12 Ogos 2010
:: negara Thailand yang juga merupakan tarikh lahir Queen Sirikit

22 Disember 2010 :: Indonesia

Mak aihhh..kemain jauh lagi yang celebrate bulan Ogos - Disember tue ehh..huhu..Apa2pun tarikh sebenarnya tak penting, apa yang penting kerjasama ingatan dan kasih sayang kita terhadap insan yang melahirkan kita ke dunia ini.



Happy Mother's Day

BisikChenta: Kad untuk Mother's Day dah siap! Nanti I upload.

Wednesday, May 5, 2010

Five oh, Lima bulan sudah?

Happy Fifth Monthsaryly Anniversary, Encik So-army!
Lima bulan sudah kita berada di alam baru ini.
Alhamdulillah..
Berdoa untuk kesejahteraan & keharmonian serta kasih sayang yang tiada hujungnya hingga akhir hayat :) Amin!

Tuesday, May 4, 2010

Marriage Life: Soalan Popular - BILA?

Bila cakap pasal BILA, I akan terkenang balik dari zaman single sampai la sekarang nie dah jadi bini.
question-mark

BILA yang pertama ~ BILA nak serius? Haha.. sebelum couple banyak sangat teman-tapi-mesra. So, kengkawan dah bising2 bila nak cari yg serius!? Haha.. Sabar, belum jumpe Mr Right lagi :)

BILA yang ke-2 ~ BILA dah serius dan dah couple ngan encik ChentaHati time tue, orang dok komen2 mampu ke bertahan? Bila dah masuk tahun k e 4 dan ke 5 berchenta, pastu dah ade keja, orang dok tanya2 plak, BILA nak Ikat? BILA nak tunang?

BILA yang ke-3 ~ BILA dah tunang, tengah darah manis, orang sebok plak tanye, BILA nak KAWEN? BILA nak kenduri? BILA nak makan nasi minyak? mak aihhh..ingat kawen nie macam makan aiskrim? Ohh.. sakit ati jugak bile ade mulut2 yang cakap korang ni tunang lama2 nanti kang tak jadi naya jer. Ehh, Hello, bukan kau yang tentukan jodoh aku okey!

BILA yang ke-4 ~ BILA yang nie memang aku tengah alami sekarang! BILA nak ade Isi? BILA nak ade BABY? BILA mama I nak dapat Cucu? Wahh..dah macam satu sumpahan tanggang plak. Ade yang bleh pressure, stress, depressed bile makcik2, tok nenek, org sekeliling dok tanye2. ME? I takdela rase stress ke hape, naluri tue ade, tapi bagi I rezeki tu Allah yang nak bagi, mungkin Dia nak bagi rezeki lain dulu ke. Who knows kan? Luckily jugak my Mama & Ayah very cool tak tanya pun, siap cakap, enjoy la dulu hidup berdua. Honeymoon pun baru nak pegi ujung bulan nie. Dan paling penting I takdela eager sangat nak buat pregnancy test kalau 3-4 hari lambat peod tue. Penah test sekali je, pastu dah malas dah sebab I rase macam I punye hormon macam tak bape stabil je pas kawen, so date lari sket.

After being married for about 5 months (oriedy five kah??phuh~) yang dok sibuk kira date, sibok tanya2 ialah My encik So-army! Maybe sebab die dah selalu layan anak-anak buah yang 12orang tue..I pun suka sangat budak2 tapi as I said, rezeki tue bukan kita yg tentukan!
Ape2pun, there's nothing wrong with US. Allah akan beri rezeki itu, Insya-Allah.. We just have to wait patiently, berusaha sebaiknya dan seterusnya serahkan pada Dia yang Maha Kuasa. Dan paling penting, I nak enjoy2 dulu sementara masih berdua. Especially the moment where we enjoy pegi shopping & jalan2 tanpa perlu bawak stroller & sleeping beauty tanpa tangisan si kecil di malam hari. haha. tapi tue sume pengalaman kan? Sampai satu saat I akan alami jugak. Insya-Allah. doakan kami yek! :)

BisikChenta: I tengah pikir sape akan bangun malam buat susu baby sebab kami memang tidor mati.. bahahaks :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...