Wednesday, April 28, 2010

Family: DIY Invitation Card for Family Day J&J

Fuhh..tak abis lagi cite pasal Family day ni. I juga disuruh oleh so-army terchenta dipertanggungjawabkan (responsiblenye I) utk buat kad jemputan. Chewwah, nak jemput pakai kad la konon2, padahal dah tau dah muka2 yang akan datang.

Encik so-army kate, "Saje bikin gempak!" Haa..pandai, dia nak bikin gempak, I jadi mangsa mendesign kad jemputan. Nasib baik I sayang so-army I. Hishh..syorga di bawah kaki so-army! :)


Ha..Malas nak cite panjang. Silalah lihat design yang dihasilkan oleh pendesign tak bertauliah ini. Buat selama 30minit dan terus print! Sebab dah malas nak pikir2 & mata dah ngantukss!
.
.
.
.
.


**baru lepas dipotong oleh encik so-army!**
.
.
.
Kemudian, dibuli lagi untuk balut hadiah & buat kad birthday..Nasib baik idea datang mencurah2! :)


**balut hadiah, DONE!**

.
.
.
.
.

**ini muka-hadapan. konon je 3-D!**



**ini dibelakang. ruang untuk sign-menyain!**


BisikChenta: I ♥ ARTS

Tuesday, April 27, 2010

Movie: Ice Kacang, Puppy Love!

Ice Kacang Puppy Love!
I alert dengan iklan pasal movie nie kat TV3 tajaan Munchy's. I dah siap cakap ngan encik so-army I nak tengok cite nie sebab budak2 yg berlakon sgt chumell :)


Last weekend, selepas selesai shopping barang2 untuk Family Day, encik so-army ajak tengok wayang kat MBO S*Park kat Salak South.

Walaupun encik so-army yg ajak tengok & belanja, tapi pilihan movie ikut kata I okey **haha, gile queen-control kau!**

I paksa jugak encik so-army tengok cite Ice Kacang, Puppy Love! Sebab I rase cite die comel n touching ala2 cite Sepet, Gubra, Mukhsin, Talentime! And, luckily, encik so-army kate pilihan I selalu tepat! Cite die touching beb! Unsur2 kasih sayang dlm family & friendship! :)


I bagi 5 bintang okey! Same macam I bagi kat cite arwah Yasmin Ahmad.. Walaupun I hanya paham "mei-you", "xie-xie", "leng-loi" tapi I enjoy the movie. Terbbaeeek-lah. Encik so-army pon, siap hafal melody lagu tema filem nie. I suke watak si ikan Pelaga ~ tomboy yang berhati sensitif dan adik Malifan si Barley Ice yg comel **sbb I suke Barley jugak!**

**Duduk (kiri) - Malifan, Si Botak, Si Pelaga**
**Berdiri (kiri) - Si Prince Charming, Si Fried Chicken, Si Dinosor & Si Barley Ice**





Ice Kacang Puppy Love

**Si ayam goreng & dinosour yg bajet gangster, tapi pengecut nak mampus! haha..**

**si Botak & si Ikan Pelaga ~ puppy love sampai besar! **


BisikChenta: Pegi tengok ye kawan2!

Family: Jalal & Juma 1st Family Day @ Pantai Pengkalan Balak

Hujung minggu yang agak membizikan. This week ialah 1st Family Day Gathering utk my F.I.L, sempena celebration Babah & Mummy punye birthday. Mummy bulan 3, Babah bulan 5. Sebab bulan3 hari tue ramai anak2 tak dapat gathered, jadi we all plan buat la Mini-Family Day nie this coming weekend.

I ngan encik so-army dipertanggungjawabkan utk menyediakan hadiah-hadiah utk games yg akan dijalankan pada hari tersebut. Bajet RM80, utk 8games! haha..gile kentang nak save bajet, sebab nak spent lebih sket kat hadiah special utk birthday diorang!

Maka, kami pun pegi la shopping kat MYDIN USJ. 2jam gak la kat dalam tue sebab nak pilih hadiah yg dapat menepati bajet yg ditetapkan. Tapi akhirnya, terlebih sudeh, kene jugak RM100..huhu..takpe, lebih rm20 aje, resoanable lagi :)

Mencari hadiah utk Babah Mummy adalah yang nie paling mencabar. Last week, kami dah bincang dengan adik-beradik encik so-army! Ada beberapa cadangan seperti:
Babah : belt & wallet set, kasut, baju, jam
Mummy : wallet & handbag, jubah Hajaba, jam

Maka, setelah dipertimbangkan, I dgn encik so-army membuat pilihan utk membeli jam yg sepasang. Lokasi dituju ialah Kajang, sebab search kat internet kedai Time Galerie kat Tesco Kajang ade buat SALE..haha..I berkenan dengan set couple dari CROCODILE.

Sampai2 je terus tuju kedai jam kat level atas. Mata I terus cari perkataan CROCODILE! Ade beberapa pilihan. I siap snap picture, MMS kat sume adik beradik encik so-army. Maka, kami pun dengan segeranya membuat keputusan utk membeli set nie.....

Haha..harga before LESS RM 760, after LESS 5++ :) Ini yg terbaik kami leh cari!


Setelah penat mencari barang2, misi seterusnya ialah membalut hadiah iaitu hamper2 sebanyak 15 biji dan hadiah2 lain seperti mug, botol air etc. Haha..encik so-army dengan gigih menolong ok! Inilah hasilnya selepas semua di balut.


Alhamdulillah, selesai semuanya. Next entry, ialah berkaitan kad jemputan! :)

BisikChenta: Abis shopping tengok movie! :) Thanks encik so-army..

Thursday, April 22, 2010

Wedding: MUA Popular & Meletops

Salam, 
Dear readers,
Terima kasih kerana masih membaca :) (perasan macam I jurnalist fofular!) Penat gak I cari idea nak tulis ape. So, entry nie, I share lagi tips berguna utk B2B dan utk info u alls semua yg dalam perancangan ingin bertunang/berkahwin. Kalau sesiapa yg baca entry pasal Tips. oh! Pelamin & Tips. oh! Bilik Pengantin & Tips. oh! Hantaran & Tips. oh! Warna Tema, kali nie I nak share Tips Make-Up.

Oh I rase majoriti Perempuan/Girl/Ladies/Woman, harusss particular tentang make-up ini yer. Dan I sudah semestinya meletakkan make-up antara element yg diletakkan sebagai PRIORITY, walaupun bukan di tangga teratas, tetapi disebabkan ia dilabelkan sebagai priority maka harus diutamakan okey!
I tak kesah sgt MUA ke Mak Andam janji muka jadi santek n sweet di hari bahagia.. :)

Sebagai Ratu utk sehari, make-up memang penting. Ada yg berkata, kalau cantik @ glooming @ ayunya si pengantin perempuan, maka akan nampak cantiklah keseluruhan majlis. Ada pula yang cakap biar habis beribu utk MUA janji muka meletop & anggun. Iye atau tidak, Setuju ke tak Setuju, terpulanglah. Tapi, memang hakikat la kan, make up yg kemas & ade "magic touch" akan membuatkan pengantin santeeeek, shomellll & beautiful of course! So, I share kat sini, beberapa Tips tentang Make Up utk u alls ketahui. Since I pun bukan expert pun dalam bidang make-up2 nie, so, pendapat/komen u alls amat dihargai utk B2B yg lain2..


♫ Minta pendapat kawan & orang yg lebih berpengalaman tentang make-up pengantin (especially MUA @ ex-bride yg anda rasa make-up mereka cantek di hari bahgia mereka!)

♫ Cari reference make-up artis sebanyak2 yg boleh |google/search/blog| --> |right klik image| --> |save image as| senang kan? Buat pemerhatian & perbandingan dan pilihlah yg sesuai dengan citarasa anda (depends la u'alls nak yg make-up natural, simple, elegant etc)


♫ Next, yang perlu u alls perhatikan adalah hasil make up, harga make up pengantin dan pakej yg ditawarkan dan cara tata rias pengantin yg dilakukan kepada pelanggan2.


♫ Jika berkesempatan, lalukan Test Make-up. Ada make-up artis/mak andam yg menolak sesi test make-up nie atas sebab2 tertentu. Maka, u alls perlu kerja lebih sket, survey/tanya client2 yg pernah mendapatkan servis mereka.


♫ Bila u alls sudah membuat pilihan atau shorlisted make-up artis @ mak andam, try utk discuss dengan mereka. Inform mereka apa yg u alls nak, lagi bagus bawak la contoh2 gambar make-up pengantin yg u alls suka supaya mereka dapat gambaran apa yg mereka boleh lakukan dan pastinya bersesuaian dengan u alls.


♫ Biasanya, make up artis akan suggest yg terbaik utk u alls. Namun yang penting, berterus teranglah bila u alls agak tidak puas hati dengan make-up itu. Tapi jangan la cerewet sangat okey! Kang tak pasal2 muka u alls kene conteng macam opera Cina. Opss..haha..But I trust me, when u pay for it u deserve the best :)


Ingat yer, hari pernikahan/persandingan itu adalah milik kita, bukan orang lain. Your Wedding, Your Way!


Herewith, I suggest MUA yg I minat/suka dan yang glemer di pasaran sekarang. Klik kat picture utk direct link ke page they all ok! 



Happy browsing!
http://www.emocutez.com


{ Nurul Shukor }

{ Saidatulnisa }

{ Awin Seindah Wajah }

{ Nurin Make-over }
**letak pict sendiri aci tak?**

{ Emma Pesona }

{ Eleena Lamat }

{ Salima }

{ Chomel Rina }

{ Gorgeously Done }

{ Andaman Adreen }

{ Izza Cactus }

{ Diyana Shukor }


{ D'jemari Ku }


{ Munie Ahmad }

{ Petite Touch }

BisikChenta : Tibe2 rase nak pegi kelas make-up! Macam best je tengok orang cantik2 nie..

Saturday, April 17, 2010

Honeymoon: Genting Highland Pre-Honeymoon

Haha.. I'm away to GENTING HIGHLAND esok..

Pedulik hape..ye tak? yang penting dapat la jugak pergi daripada terperuk kat dalam kilang! ;)
Sudah booked hotel yang dibeli masa MATTA FAIR hari tue..
Rm100 for Standard room at First World Hotel dan 2 ticket for Outdoor One Day Unlimited Ride :)

Tak sabar nak naik Flying Coaster dgn Turbo Drop tuh..haha..
Mahu cabut jantung agaknya.. Dulu pegi, siap naik Turbo Drop tue 3-4 kali sebab orang tak ramai, pegi hari bekerja! :)
Last pegi main2 kat GH nie about 6years back kot..haha..lame kan?
Adela pegi jugak, tapi setakat jalan2 n lepak2 je kat atas tue..
Takde la masuk outdoor pon..So, I teruja dah nie..


Thanks Encik so-army.. I lebiuw bery much! :)
Ini kire Pre-honeymoon yang ke-3 la kot..

BisikChenta: Sejuk dah tangan nie.. ;p Grrrrr...Arrww!

Friday, April 16, 2010

Wedding: Tips Dekorasi Bilik Pengantin

Fuhh..wahh..ade jugak yg message inbox I kat fesbuk ngan email I lepas baca entry I pasal tips design & konsep pelamin nie. Ade kengkawan, dan ada juga org yg kawan kepada kawan I. Macam2 tanya & ade yg I dah bagi idea..Harap korang berpuas ati.. (Dalam hati I berkata, "Ade jugak orang bace belog aku yer!")

Pastuh ade yg mintak idea nak deco bilik pengantin plak. Hadoih..memang pening jugak I nak bagi idea sebab bilik pengantin I pon simple-pimple aje..D.I.Y je okey! Asal cantik di mata, ada aku kesah orang nak kate ape?

Okey, setelah I baca2 sket kat blog orang (not plagiarsm okey!) + pengalaman sendiri + hasil pembacaan & pengetahuan sedia ada, maka I pun menciptalah tips sendiri.. Hahaha.. Tips sendiri pun berasas hokey! Biase la bilik tidur mesti jadi tumpuan. Mesti ada yang jenguk jugak nak tengok bilik pengantin..Kawen kat dewan pun, ade yg nak tengok biliik pengantin..Maka, inilah TIPS HIASAN BILIK PENGANTIN 2010 :)

1. Warna
Ermm..yang nie depends citarasa u alls la..Kalau nak sama ngan baju u alls yg merah meletop tue pon takpe..Tapi biasanya kaler2 untuk bilik pengantin haruslah yg je..sejuk mata memandang! Kalau boleh biarlah warna soft2cat dinding ikut kaler kesukaan u alls, langsir pun senada dengan cat..

2. Konsep
Macam biasa, pilih la konsep apa yang korang berkenan. Contohnya, simple, cozy, elegant, modern, english/classic etc. Yang pastinya, apa2pun konsep yang korang pilih, make sure ianya comfort, kemas & HARUS nampak romantik! Yang guna WP, make sure bagitahu betul2 apa yg u alls nak..

3. Perabot
Haha..jangan cakap bilik pengantin ada tilam single pastu doublekan macam tilam kat umah sewa masa study okey! So, pemilihan perabot pun penting..
Kalau boleh elakkan pilihan katil yang bertiang2 dan ade penghalang dibahagian kaki. Ini untuk kesenangan OP jugak yer. Tapi, ikut kemampuan jugak la yer. Kalau nak save, pakai apa yg ada jer.

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Macam I, almari solek yg nampak lama sket nie, I mintak tolong ayah I spray & varnishkan supaya nampak shiny2 macam dan sedondon dengan almari baju..

4. Cadar
Hooyeahh! Sama macam warna la..Pilih cadar daripada warna putih, cream atau pastel (kuning cair, coklat muda etc)
Jangan pilih cadar corak yang besar2 sebab nanti bilik nampak sempit & kecil.
Seelok2nya elakkan la cadar kain satin, sebab panas gila kau nak "ehem2" atas katil tue nanti. Lagipun, nanti pakai sekali dah takmau pakai lagi (orang cakap!) Bazir saja!!

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ FYI, sampai sekarang I sangat suka dengan cadar bilik pengantin I yang penat I cari satu Malaysia (tipu!) sebab nak cadar colour cream TAPI nak ade bunga2/sulam hitam TAPI nak kain cotton sebab nak pakai lagi sampai tua TAPI nak quilt-cover yang ade ropol2 jugak sebab nak nampak cam cadar pengantin! DEMAND giler I kan? Pedulik, I did it my way! Luckily I jumpa cadar tue kat JAKEL, tinggal LAST dan I dapat harga kaw-team sbb tinggal satu jer..haha..

5. Bunga
Tak best pulak kalau bilik pengantin takde bunga2 yang menghiasi kan? Ahhaa..nak nampak sweet letaklah jambangan bunga2 cinta bersaiz kecil atau sederhana dekat kiri & kanan katil or kat side-table la..
Elakkan letak bunga2 yang besar kat atas katil. Elakkan juga letak bunga yang terlalu heavy kat hiasan kepala katil.
Lagi menambahkan kesegaran mood pengantin baru, taburkan kelopak2 bunga atas katil..schweeet :)

6. Haruman
Takkan nak sembur perfume korang setiap 10 minit bagi bilik bau wangi kan.. So, persiapkanlah bilik pengantin dengan haruman yang lembut. Ada beberapa pilihan nak bagi bilik bau wangi dan segar.
Paling save, macam zaman dolu2 amik bunga rampai tuk merenjis tue, sembur sket perfume, letak la dalam bekas ke ape, hiaskan kat tepi kati/meja solek (ala-ala potpouri la)
2ndly, pegi beli lilin aromatherapy @ lilin wangi kat kedai 5ringgit or nak up sket kat IKEA (yg kat IKEA nie memang bau die tahan dan best! especially Vanilla)
3rdly,beli je Ambi Pur ke Glade yang spray automatic setiap 5min-10min-20min@30min tue (yg nie I beli lepas kawen)

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Tapi, masa kawen, I dah ade bekas nak bakar essential tue, so, I beli je lilin bulat kecik yg jual bundle tue, then I beli essential kat Lovely Lace, bau Roses. Siap!! :)

7. Meja Solek
Opss..yang nie I hampir2 terlupa mase wedding.. Nasib baik ada bahan. Kalau tak bersih licin I punya meja solek. Kat atas meja solek, u alls boleh letak botol2 perfume size kecik, tapi jangan banyak sangat! Ataupun, letaklah kaki lilin, bekas tissue, bekas potpuri or sekali lagi, jambangan bunga lutsinar jadi pilihan! Thanks again to K.Fathinz sebab tolong I letak jambangan bunga heliconia kat atas meja solek! :)

Tambahan, jangan la u alls letak hantaran atas katil sebab atas tilam spring yg tak stabil, hantaran boleh jatuh. Seelok2nya sediakanlah sedikit ruang kat tepi katil utk letak hantaran. Awas! Hantaran yang berharga mintak disimpan cepat2 lepas nikah. Takut2 ade yg lesap, menangis tak berlagu :)
Oh, jangan lupa juga pencahayaan di dalam bilik mestlah cukup. Guna lampu meja @ lampu katil warna kuning yang boleh dimalapkan utk naikkan mood romantik.. I buat sendiri hiasan kat lampu down-light bilik I ala-ala chandelier.. :) bangga I tengok sampai sekarang ade lagi..
Tak best pulak kalau tak share gambar kan? So, I share la sket gambar mengenai hiasan bilik pengantin masa wedding I..

** SEBELUM **

** SELEPAS **
-->
I told u earlier, I buat konsep simple aje mase wedding hari tue. Lagipun I dah bagitahu encik so-army mase sebelum kahwin, I cakap I taknak bilik serabut2. Yang penting ade kaler HITAM..Ohh I memang suke & chenta kaler HITAM!! dan paling best, I tak payah nak tanggal2kan deco nie sebab terus jadi deco bilik I sekarang!
So, I hias sket2 je dengan bantuan K.Fathinz yang tolong belikan I accessories dari SSF (die dapat harga discount..tue yg best! :p)
I mintak tolong dia belikan benda untuk wall deco (kaler hitam kerawang2 tue) & ada sket benda utk I buat lampu ala2 chandelier (nak beli I tak mampu, so buat sendiri!) Yang lain2 I beli sendiri dan pastinya murah! Maka, inilah hasilnya! :)
** Nampak tak lampu yg konon2 macam chandelier tue..haha..it cost me below $100 okey! **

** Total deco my bilik nie dalam $200 je tak masuk cadar la :) **

** Bunga tangan I. Eh, nampak tak belakang tue, ade dulang isi air & tabur kelopak roses & letak lilin banyak2 :) **

** Bunga kat meja solek..Thanks k.Fathinz! **
Dan I selitkan jugak hiasan bilik pengantin daripada WP yang I berkenan dan I jadikan ilham..
**Source : google **

Sekian dulu Tips Hiasan Bilik Pengantin, saya Balkidz melaporkan untuk Nona TV3 (berangan kejap! :p) Selamat mencuba & membuat persiapan yer B2B! :)

BisikChenta: Yang berguna dalam tips hiasan bilik pengantin nie u alls amik la. Yang rasa idea nie tak boleh pakai, abaikan aje. Yang baik datang dari Allah, yang buruk semua dari diri I sendiri :)

Thursday, April 15, 2010

Wedding: Tips Pilih Pelamin


Kali nie nak share pasal tips reka bentuk & konsep pelamin.. Saje je nak cakap pasal tips reka bentuk pelamin plak.. Yela, ade kawan2 yg dah nak kawen, then, diorang tanye mane I tempah pelamin, nak mintak tips pilih pelamin, pelamin nak cantik, bla.. bla.. bla..

Well..well..well..berdasarkan pengalaman, (ecehh, banyaknye pengalaman konon!) I rase ade beberapa tips tentang reka bentuk dan konsep pelamin yg I nak share.. Here we go! :)

1. Kos
Yeah, ini faktor penting meh.. Ongkosnya mesti ditentukan dulu, berapa budget u alls untuk deco pelamin kan..Pikir2kan berapa yg sepatutnya u alls spent utk pelamin..Yela, kawen bukan nak sediakan pelamin je kan. So, kene sesuakan dgn budget! Lagi2 orang tamak macam I yang nak pelamin nikah ngan pelamin sanding lain2..Duit sume tue! $$$

2. Konsep
Yang ini kena la ikut taste & kesukaan masing2kan..Ada yg nak simple2, ade yg nak vogue-de-vazz, nak concept garden la, nak concept itu ini. So, apa2pun bincang dulu dengan pasangan & family tentang concept neh. Lagi2 yg buat kat dewan, mesti nampak sweet je kalau ade concept yg best (Tetibe I rase nak kawen skali lagi kat dewan plak! :p) Nanti jumpe wedding planner senang, bleh terus runding & cakap je nak konsep yg macam mane. Diorang pun senang nak suggest kalau u alls dah tau apa yg u alls nak.. Kalau harga ok dengan budget u alls, dah bleh booked je terus.. :)

3. Siapa?
Ohh..then, dah ada konsep, mulalah pencarian "siapa" yang akan merealisasikan impian anda untuk pelamin yg diidam2kan tue. Yang nie kene rajin sket la, cari, tanya, survey etc. Ada banyak wedding planner & mak andam yg menawarkan macam2 pakej. So, pandai2 la buat pilihan! Kalau dah ade idea dalam kepala, or ade jumpe mane2 gambar pelamin yg korang suka, tunjuk aje..At least, dapat bagi gambaran ape yang u alls nak!

Tue je kot yang I ingat pasal tips nak pilih konsep & design pelamin nie. Kalau ada ape2 yang I terlupa mintak comment n tambah la yer :)

Kat sini i nak share la, beberapa tempat yg I survey untuk wedding I hari tue..Ada banyak lagi, tapi yg nie most favourable la..Kalau nak tambah pun bleh, buat reference utk B2B yang lain..

Rinsuzana

*butik die kat Jalan Duta, very nice person*

Wedding by Sher

*kalau I nak buat pelamin utk baby nanti, confirm I amik die! cantek okey!*

Rass Deco & Weddings

*Ohh! sangat class design pelamin..Kak Ila pun very nice person*

dan of course credit to my pelamin designer Kak Fathinz from
Whatalovelywedding
* ohh..sangat suke kerusi macam ini!*


BisikChenta: Macam2 pattern & concept pelamin skarang, lawa2 plak tue..geram je rase nak buat reception 1x lagi je..ahaks! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...