Friday, March 19, 2010

Honeymoon: BALI -- Booked!

BALI here I come! :)
Selamat sudah di booked mase MATTA FAIR..
**pengalaman berjalan di MATTA Fair dengan kaki sakit**

InsyaAllah kami akan travel pada 26-28 Mei nanti.. *sila save date okey*
Ohh..masa itu sudah mahu masuk 6 bulan kawen, baru mahu pegi honey moon..
Pedulik lah!

Okeh I dah survey nak jalan2 mane nanti..

|Tanah Lot| amazingnye..tak sabar nak pegi!

|Uluwatu| tibe2 I teringat videoclip Westlife..ahaks!

|Nusadua| Oh! beach again..I like.. :)

|Kintamani| Gunung-ganang salju pemandangan! Sukee..

Okey, I dan encik so-army akan menginap di BALI BIDADARI VILLA..
It's a private villa for both of us..
Complete dengan bed-breakfast & candle light dinner..
Oh,tidak dilupa 2jam Spa di villa itu..
Wow, sangat tak sabar okey!

Jadi..I akan teruskan menggoggle utk mencari maklumat berguna..
:) Yang pastinya port shopping I mesti tahu okey!

BisikChenta: encik so-army sibuk suruh I check die bleh kuar negara ke tak!

Thursday, March 11, 2010

Wishlist: DSLR Camera!

Taknak cakap banyak..
I nak sangat ini barang..
Baik punye! :)

BisikChenta: Encik so-army nak belikan tak?

Wednesday, March 10, 2010

Passion: Audition Jangan Lupa Lirik (Season 3)

Sejak 2minggu lepas, ade saje orang yg SMS & email I tanye pasal procedure nak masuk Jangan Lupa Lirik..Sumenye sebab I dok post entry dengan gambar Jangan Lupa Lirik kat sini!

Untuk info, audition Jangan Lupa Lirik musim 3 dah berlangsung pada 27-28 Februari & 6-7 Mac lepas..Dah jangan tanya bila lagi audition..**Memang takde dah, tunggu tahun depan okey!**

So, I cite la sket *tak bleh banyak2* nanti I kene saman dengan ASTRO sebab bocor rahsia..ahaha..

Okey, dalam iklan cakap audition start kul 9 pagi, so kul 9pagi I dah terpacak kat SOGO.. *sanggup pegi naik moto sebab macam malas nak harung jam* Tapi,baru I perasan, SOGO bukak pukul 10 laa..haha..jadi menuggu la sampai shutter & lift bukak..mase nie dah agak ramai laa..Bukak je kaunter, terus beratur..Q memang dh panjang, siap dah pusing ecalator..panjang mak aihhh! Ramai jugak yang gile ingat lirik kan? *termasuk I*

So, I pon tergeheh-geheh amik borang..Konon2 nak isi cepat2 la..Sekali, amik kau, form tue ade 5 page kene isi termasuk karangan pendek tentang diri sendiri *ohh! I memang maveles kalo bab2 puji diri sendiri nie* tue tak termasuk I kene call mama n talian hayat yang lain semata2 sebab I skema gile isi tiap2 lagu yang diorang suruh senaraikan..ohh,I bagi sket la contoh,namakan lagu2 yang anda selalu nyanyi, lagu2 english, melayu, indon, klasik, retro, sume ade..Rupe2nye,diorang suruh isi 5-6 je..I skema badut isi sampai full..bagus kan I *patutla I dapat markah tinggi dalam kelas masa darjah 1* takde kaitan..heeee...

Ohh..terlupa, I tak bawak potostate IC, so encik so-army la yg turun pegi Pertama Complex potostate IC I..Anta borang dan no I 163..Mase I anta no 97 baru nak masuk..*gile kau aku nak tunggu!!* I balik umah dulu, pegi 2 kenduri kawen..kemas umah dulu, basuh baju..pukul2 I datang balik..Oh wow! Current no ialah 112..mak aihh...

**curik2 tengok orang lain tgh audition!**

Maka, bermula la episod menunggu! I memang benci part nie..konon2 nak give up dah..tapi ditenangkan oleh encik so-army dengan membawa I makan2 di food court SOGO yg ade air terjun cantik itu..memang tenang dan I sempat dengar lagu2 konon2 buat revison!

Sampai la giliran I..Jam mase tue pukul 6.45petang..no 157-166 masuk..I yang ke 163..yang sebelum2 I memang hebat juga okey..Nebes..Nebes..Sampai giliran I..
**nie batch I 157-166**

Juri: Ok kak, pandang camera. Kenalkan diri, asal, umur, pekerjaan.
163: Hai, saya Balkidz..bla..bla..bla..

Juri: Okey..So,kite start ye kak.


Tau lagu ape kat skrin? Goyang Inul..bahahahah..memang lagu mak suke nyah! Mak pun ape lagi, goyang la...hihihi..Lagu kedua lagu Bertakhta Di Hati..Huh,lagu kenangan nie..Lagu chenta menchenta dengan encik so-army! :)

Puhh...lepasss...tunggu abis sume sampai no 166..

"okey nombor yg saya sebut nie, dapat 2nd stage, kene tunggu yer.."
dup..dap..dup..dap..
"162" - "163" - "165"

Wahhh...No I ade..meloncat2 I kat situ sambil salam cium tangan incik so-army! :)

Next stage ialah masuk ke bilik karaoke bersaiz big di REDBOX! I pun curik2 dengar laa..Die suruh nyanyi lagu2 yang die mainkan..NON-STOP! ahaha.. *hambik ko, suke karaoke sangat kan!*

Jadi, sambung lagi episode menunggu! I dok kat luar bilik tue dah sejuk beku macam dok dalam igloo..nasib baik sume yang masuk macam frendly, so borak2 la..oh ya! kawan I Shuhada juga ade, teman kawan die.. :)

**episode 2nd stage - tunggu lagi! curik2 dengar lagi..**

I masuk bilik tue dalam kul 11.45 malam..I kena nyanyi lagu2 yg diorang select, adelah lebih kurang 12 lagu kot..ade yang I sumpah tak penah dengar specially lagu2 english yang very oldies~ Memang dalam hati I cakap, confirm I tak dapat sebab judges sume dah pegang mic skali nyanyi ngan I.. *memang diorang nie super best laa..diorg pun hafal lirik kau!*
**die standby je dgn kamera!**

Setelah hampir 15 jam menunggu, inilah hasilnya..Keluar dengan kertas kuning ini!
**muke excited tak bleh blah, macam tak percaya!**

Makanya, menunggu (sila perhatikan berapa kali I kena MENUNGGU!) keputusan samada berjaya ke ASTRO atau tidak pada bulan April ini..Semua video2, borang2 & profile akan dipersembahkan kepada Aznil Hj Nawawi..Selection akan dibuat sendiri oleh beliau! *oh, berdoa supaya I dipilih!!*

Sila doakan I untuk keluar TV ehehe..Jangan Lupa Lirik Musim 3 2010..**Dalila - ikut bapak dia pegi auditon~ sgt petah!**

**Sebab orang dah takde baru berani bergambar di bunting ini!**

**Die nak jugak tuan puan!**

**Terima kaseh encik so-army..I bagi sume bintang kat langit utk u!**

BisikChenta: I dah hafal lirik Di Sebalik Sejuta Wajah - Shima! haha..I kantoi tak tau lagu nie..~

Tuesday, March 9, 2010

KisahChenta: 2nd Engagement Anniversary!

Heppy Engagement Anniversary!
Oh..encik so-army yang wish I pagi2 tadi..
Sudah kahwin pun nak wish tunang2 kah?
Pedulik la kann...
At least, I tau die ingat tarikh kitorang tunang!
Bukan senang lelaki nak ingat bende2 nie..


2 tahun lepas, 9 Mac 2008,kami telah ditunangkan..sehari selepas pilihan raya okeh!
Temanya hijau-gold..Kaler pilihan kedua ibu bapa! *anak yg taat*
I ingat lagi, semua benda buat sendiri..
Hantaran, stage sarung cincin, baju pon jahit instant je..
Tapi Ahamdulillah semuanya okey!
Kami berkahwin selepas 1 tahun 9 bulan bertunang.

Sangat banyak dugaan bile tunang lama2 begini okeh.
=)
Tapi berjaya diharungi! Syabassss!!

Terima Kasih encik so-army sebab bertahan dan melayan I yang banyak kerenah ini.
hehehe..nak bagi prezen ape yer? okey, I dah ade idea.. :)

BisikChenta: Jom cari cuppies kejap! :p

Friday, March 5, 2010

Friends: Musim Kahwin @ Hulu Langat!

Musim kahwin datang lagi..awww..
Minggu lepas onwards, jadual dah penuh dengan wedding kengkawan..

Apepun, nak wish...
Congrats to Nisa & Yo!
**boss aku nie! :p super cun dgn baju yg super lawa!**

juga

Faizi & Fiza!
**sempat aku karaoke kat majlis diorang nie**

Kepak kebung...Kepak kebung!

BisikChenta: Tiap2 minggu tak payah masak dah..makan kenduri aje :)

StudentsLife: Info - Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM

Maaf kepada yang email I dan I tak sempat nak buat entry pasal TPM (Tenaga Pengajar Muda) Sungguh ramai yang search TPM UiTM ni dan klik link ke blog I yer..

Okey, taknak buang masa. Mari I bagi sikit INFO (or frequently asked questions) berkenaan Tenaga Pengajar Muda UiTM ni..*terasa I betul2 muda remaja dan nak jadi cikgu**

Baiklah..I may start now! Tawaran TPM UITM nie, tertakluk kepada beberapa syarat:

1. Mesti mendapat tempat pengajian di universiti dalam/luar negara yang diiktraf oleh Kerajaan Malaysia.

2. Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris. WAJIB menduduki TOEFL 460 (paper based) atau 140 (computer based) atau IELTS Band 5.0.

3. Meletakkan jawatan (sekiranya bekerja) sebelum memulakan pengajian.

4. Menandatangani Surat Perjanjian untuk berkhidmat dengan UiTM selama 7 tahun selepas tamat pengajian atau gantirugi RM 100,000.

5. Lulus Tapisan Keselamatan oleh JPA dan UiTM.

6. Memulakan pengajian dalam tempoh setahun selepas tawaran biasiswa.

7. Tidak menerima biasiswa/pinjaman atau mengikat perjanjian dengan mana-mana penaja/badan lain.

8. Setelah tamat pengajian, mestilah melapor diri dengan SEGERA dan menghadiri temuduga oleh pihak Universiti untuk dipertimbangkan ke jawatan pensyarah.

Baiklah. Cakap pasal SYARAT kat atas mesti boring kan? Cube I cakap pasal DUIT/ELAUN..mesti laju je korang nak scroll kan? :p

Biasiswa Tenaga Pengajar Muda nie menawarkan pakej percutian biasiswa/kewangan seperti:
Yuran Pengajian (ditanggung sepenuhnya mengikut yuran pengajian universiti masing2)
Elaun Tutor : RM 1,500 sebulan
Elaun Sara Hidup : Mengikut kelayakan
Elaun Buku : RM 750 setahun
Elaun Perkakas : RM 900 setahun
Elaun Penempatan : RM 1,350 (sekali sepanjang pengajian)
Elaun Thesis : RM 1,500 (Sarjana) / RM 6,000 (PhD)
♥ Elaun Akhir Pengajian : RM 500+

Haha..sekarang dah terjawablah kenapa I boleh kawen dan duduk kat umah saja tak payah kerja sambil belajar :) Kantoii :p

Harap2 yang bertanya/email I dah baca entry nie. Kalu nak tanya ape2 lagi, boleh private message I, tak pon letak kat komen yer..

Sekali lagi nak cakap bende nie, UiTM DiHatiku (wah, siap kaler purple lagi kau!)

*Big boss* Bernaung di bawah MOHE! :)



BisikChenta: Menunggu elaun bulan ini.. :p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...